Kerjasama dan komitmen antara PAS, PKR dan DAP akan memastikan Pakatan Rakyat dapat merampas Sabah dari Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata kesemua parti dalam kompenen pakatan rakyat itu telah memeterai perjanjian bersama untuk tujuan tersebut dengan menubuhkan Sekretariat Pakatan Rakyat Sabah baru-baru ini.
Selain Nasharuddin yang mewakili PAS, pelancaran sekretariat tersebut juga disempurnakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan slogan 'Selamatkan Sabah, Selamatkan Malaysia'.
Majlis pelancaran berlangsung sempena jamuan makan malam Pakatan Rakyat Sabah di Restoran Putera, Bukit Padang, Kota Kinabalu, Rabu lalu.
"PAS, PKR dan DAP telah melancarkan Pakatan Rakyat Sabah dan kita akan wujudkan satu sekretariat di Sabah bagi mentadbir hal ehwal Pakatan di sana," kata Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok ketika dihubungi Harakahdaily.
Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat berazam mahu membawa rakyat Sabah jauh ke hadapan berbanding ketinggalan pada waktu ini biarpun 47 tahun negeri itu merdeka dan diperintah Barisan Nasional.
"Kita dedahkan kepada rakyat yang hadir bahawa sudah sampai masanya untuk Pakatan Rakyat diberi peluang untuk mentadbir begeri itu kerana sudah 47 tahun negeri itu merdeka, namun Sabah masih ketinggalan di belakang dan baru sekarang kerajaan seolah-olah memberikan perhatian terhdap kebajikan rakyat negeri itu setelah lama diabaikan," jelas beliau.
Sementara itu, Anwar dalam ucapannya sewaktu majlis pelancaran itu berkata, Pakatan Rakyat berjanji untuk menghormati kuasa Autonomi Pakatan Rakyat Sabah dalam membentuk polisi negeri.
Manakala Kit Siang dalam ucapannya pula berkata, pelancaran itu membuktikan Pakatan Rakyat telah bersedia sepenuhnya bagi menewaskan BN pada PRU 13 akan datang. -HD
Saturday, September 18, 2010
PR lancar Sekretariat Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak kisah bagaimana cara mereka nak mendapatkan sokongan rkyat, yng penting ia adalah dgn cara yang bersih. apapun kita lihat pada PRU nnti siapa pilihan rkyat.
ReplyDeleteSelamat berjuang.
ReplyDeleteDiharap dengan kedatangan mereka ini tidak akan memecahbilaukan keadaan rakyat Sabah yang harmoni.
ReplyDeleteApa pun, BN tetap menjadi pilihan rakyat di negeri ini. Rakyat tidak akan tertipu dengan janji-janji yang diberikan oleh PR. itu semua hanyalah janji manis yang tidak ada kesudahannya kelak.
ReplyDeleteini adalah usaha PR untuk mendapat sokongan di Sabah. namun BN merupakan parti yang mendapat sokongan rakyat di Sabah.
ReplyDeleteApapun yang dilakukan, hanya rakyat yang mampu mengubah segala2 nya.
ReplyDeleteBN perlu memberikan saingan terhadap usaha2 PR ini dan jangan terlalu yakin dengan kedudukan BN di Sabah buat masa ini. jika BN tidak mahu menjadi pembangkang selepas PRU13, lakukan sesuatu untuk mengukuhkan kedudukan BN dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan BN di Sabah.. selamat bersaing dan jangan gunakan taktik kotor baik dipihak BN mahupun PR..
ReplyDeleteDiharapkan semua parti akan bersaing secara bersih dan adil!
ReplyDeletepilihan adalah di tangan rakyat sabah..menang atau tidak, rakyat sabah yang tentukan pada PRU13 nanti..
ReplyDeletependapat saya, BN tetap akan menerajui sabah kerana sabah kini membangun dan perancangan pembangunan giat dilakukan dalam RMK-10..
ReplyDeleteapa pun, PRU13 akan beri jawapannya..kita tunggu dan lihat sahaja..
ReplyDeleteSaya harapkan semua parti dapat bersaing secara sihat. Tak payah gaduh-gaduh kerana matlamat utama satu saja mahu mebela nasib rakyat :)
ReplyDeleteApapun, jom sama2 kita tunggu dan lihat apa kejadian next GE nanti! hehehe
ReplyDeleteIni adalah cabaran BN untuk terus melangkah lebih jauh kehadapan
ReplyDeleteAdakah sabah jauh lebih maju sekiranya Pekatan Rakyat berjaya merampas sabah daripada UMNO/BN? atau ini hanyalah mainan politik sahaja....
ReplyDeleteBergantung dengan parti komponen PKR adakah mereka mahu bekerjasama ataupun tidak.
ReplyDeleteBN harus memantau pekara ini. Segala kemungkinan bakal berlaku harus dihitung dan dikaji.
ReplyDeleteIni satu isyarat buat BN bahawa parti-parti pembangkang duduk semeja dan bakal mengancam kedudukan BN.
ReplyDeleteRupanya pambangkang sudah mencipta kata sepakat. Macam mana pula SAPP?
ReplyDeleteSkrg sudah berjaya dilancarkan, apa lagi?
ReplyDelete