PROSES pengiraan undi bagi pemilihan Jawatankuasa baru cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom terpaksa dihentikan serta merta kira-kira jam 11.10 malam apabila sekumpulan perwakilan yang sealiran dengan kem Peter Lonok membuat kecoh kerana tidak berpuas hati dengan kelebihan sebanyak 19 undi daripada jumlah perwakilan sebenar yang berjumlah 415 orang.
Mereka (perwakilan Kem Lonok) mendakwa bahawa pemilihan itu tidak telus dan berunsur penipuan dan mereka meminta supaya pengiraan semula dijalankan termasuk memeriksa semua kertas undi yang berada dalam kotak pengundian (ballots box).
Bagaimanapun pihak urusetia pemilihan tidak membenarkan hasrat pembantah itu yang membuatkan mereka terus berang untuk mendesak supaya pengiraan semula dilakukan.
Namun dalam keadaan kekalutan masalah itu, memaksa urusetia menghubungi pusat PKR di Kuala Lumpur untuk mendapatkan arahan lanjut. Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Radin Syamsul Kamar kemudiannya kira-kira jam 3.00 pagi mengarahkan pengiraan semula dilakukan di Pejabat Perhubungan PKR Negeri Sabah pada hari Isnin, jam 9 pagi.
Insiden itu bermula kira kira jam 11 malam ketika pengiraan undi untuk jawatan Timbalan Ketua Cabang selesai apabila Lampag Kurias (Kem Halik) mendapat 224 undi, Adries Taripin 116 dan Daniel Kalingang (Kem Lonok) 98. Manakala undi rosak 21. Jumlah keseluruhan 459 tetapi sepatutnya ia selari dengan penjumlahan asal perwakilan 415 orang.
Menguatkan lagi tanggapan pihak pembantah kerana penjumlahan undi untuk jawatan Naib Ketua 1, sekali lagi berlaku percanggahan apabila Sani Kuak (Kem Haik) mendapat 205; Antutus 121 dan Miling Oyot (Kem Lonok) hanya mendapat 80 undi manakala undi rosak 19. Jumlah keseluruhan untuk Naib Ketua 425 undi.
Setiausaha Bahagian, Misery Raisimin ketika dihubungi mengesahkan arahan pengiraan semula itu namun beliau tetap mempertahankan ketelusan urusetia yang menjalankan pemilihan tersebut sebaliknya menafikan ia ada unsur-unsur penipuan.
“Pihak pembantah mungkin terdorong oleh emosi mereka sehinggakan mereka terlupa bahawa undi lebih itu datangnya daripada undi bonus Angkatan Muda (Youth Wing) tetapi mereka sudah lakukan kekecohan apa boleh kita lakukan lagi,” tegas Misery sambil mengesali tindakan pembantah yang mencemar imej PKR.
Sementara itu, Ketua Pembantah yang juga calon Ketua Cabang, Peter @ Phillip Lonok ketika dihubungi berkata, beliau telahpun membuat laporan Polis semalam (ahad) berhubung dakwaan beliau kemungkinan berlaku penipuan di dalam pemilihan tersebut.
“Saya merujuk kepada pengumuman Ketua Urusetia Jawatankuasa Pemilihan yang mengendalikan pemilihan di sini, James Steven yang mengatakan pemlihan itu dibatalkan dan kami mahu menuntut supaya pengundian semula dijalankan,” kata Lonok sambil menegaskan bahawa cadangan pengiraan semula di Pejabat Perhubungan PKR Negeri tidak memberi kesan yang baik dalam menyelesaikan kemelut tersebut.
“Jika juga terpaksa, kita bersedia melangkah ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan yang sebaik mungkin,” tambah beliau lagi.
Ditanya apakah beliau mengiktiraf keputusan pengiraan semula yang dilakukan di Pejabat Perhubungan negeri itu yang dijadualkan hari ini (Isnin) jam 9 pagi, Lonok berkata;
“Ooohh! Tidak! Itu sebab saya tidak hadir malah tidak menghantar wakilpun untuk menyaksikan pengiraan itu. Sebarang keputusan yang mereka buat kami tidak iktiraf. Apa yang kami mahu ialah diadakan pengundian semula. Itu sahaja,” tegasnya.
Oleh: MAIL MATHEW (sabahkini)
Tuesday, September 21, 2010
PEMILIHAN PKR TENOM KECOH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PKR sepatutnya menangani masalah dalaman sendiri.
ReplyDeleteApa-apa pun, selamat berjuang.
ReplyDeletekekecohan berlaku kerana ada yang tidak berpuas hati dengan kelebihan sebanyak 19 undi daripada jumlah perwakilan sebenar yang berjumlah 415 orang.
ReplyDeletebaru pemilihan jawatankuasa PKR dah nak wat kecoh, berbincang dgn cara baik.
ReplyDeleteTanganilah isu-isu dalaman itu secara waras dan berpendidikan. Sangat memalukan. Beginikah sikap pemimpin2 yang tidak dapat menerima kenyataan? Bertandinglah secara adil.
ReplyDeletenampaknya ahli2 PKR juga tidak mempunyai disiplin yang baik sehingga boleh berlaku ketidaktelusan dan penipuan dalam proses pemilihan. yang penting masalah mereka ini tidak memberi kesan kepada rakyat dan biarlah mereka selesaikan masalah mereka sendiri.
ReplyDeletebagi saya kekecohan yang berlaku ini hanya membuktikan bahawa terdapat ahli2 PKR yang tidak layak untuk bergelar pemimpin..
ReplyDeletepemilihan ni buatlah dgn cara adil dan bersih.
ReplyDeleteInilah bila sudah kalah tidak dapatm menerima kenyataan pelbagai tuduhan yang dilemparkan dan tidak berpuas hati mahu penggiraan dibuat semula.
ReplyDeletejika ada apa-apa bantahan pun tidak perlulah sampai berlaku kekecohan.
ReplyDeleteMungkin ada baiknya juga sekiranya pengiraan undi dapat dilakukan semula agar kedua-dua pihak berpuas hati.
ReplyDeleteIni cuma masalah dalaman saja, penyelesaian baik harus dilakukan, cuma kalau terpaksa pengiraan undi dilakukan tidak perlulah membuat pengundian semula.
ReplyDeleteSepatutnya semasa pengiraan undi dilakukan perlu ada wakil-wakil atau pihak-pihak tertentu yang hadir agar tidak ada kekeliruan berlaku.
ReplyDeleteSiasatan perlu dijalankan berhubung penipuan ini.
ReplyDeletesungguh memalukan apabila mereka PKR ini sungguh namapk begitu gila kuasa menjadi pemimpin. Jelas apabila serorang yang tidak puas hati dan membuat kecoh kerana tewas dan mahu pihak berkenaan membuat pengiraan semula.
ReplyDeletePerlukah ada penipuan untuk menjadi seorang pemimpin? Apa-apa pun diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik.
ReplyDeleteIrregularities are happening in 2 PKR divisions in Sabah.
ReplyDeleteChristina Liew masih mempertahankan kerusinya. Namun berita buruk untuk kerusi yang lain apabila perbuatan khianat masih berlaku.
ReplyDeleteJumlah wakil 415 orang, jumlah undi dikira 459? Jelas ada unsur penipuan.
ReplyDeleteParti yang lantang dengan slogan reformasi terbukti gagal ber reformasi dengan berlaku penipuan dalam pilihan parti.
ReplyDeleteUiiseymen.. mcm dalam drama mungkin oo dorang semalam tu kan. hihihi
ReplyDeleteKalau dah kalah akun ja la bah.. Namanya pertandingan, mestilah ada yang menang & kalah.
ReplyDeleteSusahlah kalau takda semangat bertanding secara adil oo, tengok ja lah hal ni :( Tak kisahlah siapa menang ba kan, janji dia jadi wakil pkr juga.. so apa lagi yang tak puas hati???
ReplyDeleteBaru buat pemilihan dah ada bantahan... Didakwa menipu lagi tu.. Mcm mana mo jadi pemimpin kalau mcm ni. Nanti ahli parti sendiri pun tak terjaga, inikan pula mo jaga rakyat.. aisshhh..
ReplyDeleteApapun saya harap semuanya OK. Dah lepas tu, dah lah kan.. So fokuslah yg dihadapan pula :)
ReplyDeleteThis is the outcome. So face it.
ReplyDeleteBiarlah PKR menangani masalah dalaman mereka dengan cara sendiri.
ReplyDeletetidak sangka dalam proses pengundian PKR juga ada masalah seperti ini..selalu dengar2 PKR ni adil...sudah namanya Parti Keadilan Rakyat kan..
ReplyDeletebaru dalam pengundian pemilihan dalam parti sudah kecoh..apa lagi kalau PRU nanti.. parti sebegini hanya membawa kehancuran kepada rakyat dan negeri..
ReplyDeleteurusan ini adalah urusan PKR...tidak perlu digembar-gemburkan..
ReplyDeleteDiorang ini semua TAMAHA rebut-rebut, kerana TAMAHA buat kecoh-kecoh
ReplyDeleteApa2 pun boleh terjadi.Perebutan kuasa antara sesama bukan lagi perkara baru dalam parti politik. Jeffrey harus bersuara kalau macam ini.
ReplyDeleteCat fights are wasting time. What happen to PKR in Sabah?
ReplyDeleteBaru pilihan dalam parti sudah berlawan, macam mana nak berhadapan dengan musuh luar?
ReplyDeleteOrang ditenom yg betanding itu, saya picaya itu bukan pemimpin yang boleh pimpin rayat dan kasi maju rayat dan masa depan sabah. Carilah pemimpin yg pintar, ada sekolah tinggi,. berebut-rebut itu bukan tindakan orang sekolah tinggi dan calon pemimpin,. Kalau tida boleh, sangup memimpin undur sajalah awal-awal, kasi ganti diorang yang pandai dan layak jadi pemimpin., kamu ingat senangkah jadi pemimpin.
ReplyDeleteDon't be too emotional. Sit down and relax. Don't let the feeling of unfairness take over you. Settle the problems properly with each other, okay?
ReplyDeleteBiarkan, biarkan. Rakyat sedang melihat apa cara mereka menangani krisis dalaman mereka.
ReplyDeleteKenapa perlu sibuk tentang apa yang berlaku, sebagai rakyat kita pilih mana2 yang mampu memberi kesenangan dalam masa yang sama berjuang bersama-sama kita.
ReplyDeleteNo compromise to the candidates who is making unpleasent situation especially in this case, let them out from the party before this group make a big trouble and arise many problems to the party.
ReplyDeleteBergantunglah pada mereka bagaimana mereka menangani masalah sendiri. Rakyat adalah penentu terakhir dalam PRU-13 nanti.
ReplyDelete