Seramai 494,493 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) yang bermula kelmarin sehingga Khamis.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam satu kenyataan di sini berkata daripada jumlah itu, 373,190 adalah calon sekolah kebangsaan, 96,166 dari sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK©) dan 16,965 dari SJK Tamil.
Turut menduduki UPSR kelmarin ialah 8,163 calon Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Melayu dan sembilan pelajar dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Cina.
Di KUANTAN, seramai 26,936 pelajar Tahun Enam menduduki UPSR di seluruh negeri termasuk 81 calon daripada golongan kelainan upaya.
Pengarah Pelajaran Pahang Datuk Abdul Aziz Abdul Latif ketika ditemui pemberita selepas meninjau Sek Keb Permatang Badak di sini, berkata beliau berharap jumlah pelajar yang lulus dalam semua subjek pada kali ini akan meningkat berbanding 68.39 peratus tahun lepas.
Di KUALA TERENGGANU, seramai 23,533 murid Tahun Enam menduduki UPSR di 371 pusat peperiksaan melibatkan 354 buah sekolah di seluruh negeri, kata Pengarah Pelajaran negeri Ariffin Embong.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika dihubungi berkata beliau yakin sasaran Terengganu untuk mencapai 20 peratus A dalam semua mata pelajaran akan tercapai.
Ia berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan yang mencatatkan 29 peratus pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, katanya. -NST
Thursday, September 23, 2010
Lebih 490,000 duduki UPSR tahun ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat menduduki UPSR.
ReplyDeletepeperiksaan UPSR telahpun bermula, harap pelajar dpt menjawab soalan2 dgn baik. selamat menduduki UPSR.
ReplyDeletesemoga pencapaian UPSR pada tahun ini akan mencatatkan peningkatan yang cemerlang.
ReplyDeleteApa yang penting, semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan tersebut. Buat yang terbaik untuk diri dan keluarga.
ReplyDeleteselamat menduduki peperiksaan dan pihak sekolah wajib memastikan perjalanan peperiksaan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah atau gangguan.
ReplyDeleteSemoga pelajar menduduki peperiksaan telah bersedia terlebih dahulu sebelum menduduki peperiksaan tersebut.
ReplyDeleteharap pada tahun ini lebih ramai pelajar cemarlang akan dilahirkan. selamat menduduki UPSR.
ReplyDeleteGood luck to all students who are sitting for their UPSR!
ReplyDeleteDiharap tidak ada lagi desas desus Kementerian Pelajaran sengaja merendahkan purata markah lulus.
ReplyDeleteDiharap para pelajar telah bersedia menghadapi peperiksaan dan dapat menonjolkan keupayaan menjawab kertas soalan.
ReplyDeleteDiharap dapat meningkatkan peratusan pencapaian pelajar, tetapi pelajar juga kena ada kreativiti dalam menjawab kertas soalan agar jawapan yang diberi lebih padat, tepat dan mudah difahami.
ReplyDeleteDiharapkan pelajar kita semua berkualiti.
ReplyDeleteCun2 birthday ku pula dorang exam. hehhee
ReplyDeleteSemoga pelajar dapat buat yang terbaik dalam exam & sekaligus sekaligus mencapai target:)
ReplyDeleteHopefully Sabah lahirkan murid yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Good Luck :)