TAWAU: Enam orang terbunuh manakala enam lagi cedera dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di KM35, Jalan Kunak-Lahad Datu, di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Bong Kuet Khiun, berkata kejadian 10.25 pagi itu membabitkan sebuah bas mini, sebuah Perodua Viva, sebuah lori dan sebuah bas ekspres.
"Identiti tiga yang terbunuh sudah dikenal pasti iaitu penumpang Perodua Viva Azlan Aziz, 17, pemandu lori Norawi Madu, 37 dan anak lelakinya Mohamad Azrul, 14.
"Tiga lagi termasuk dua wanita adalah penumpang bas mini dan belum dikenal pasti, namun kesemua mereka mati di tempat kejadian, manakala enam mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dirawat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas mengenai kejadian itu, Bong berkata sebuah bas mini dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Kunak dipercayai cuba memotong Perodua Viva terbabit sebelum dirempuh bas ekspres yang datang dari arah bertentangan.
"Turut dirempuh bas ekspres berkenaan ialah Perodua Viva sebelum bas tersebut terbabas ke dalam gaung, manakala lori yang mengekori bas mini dan Perodua Viva turut terbabas ke dalam gaung dipercayai hilang kawalan selepas mengelak pelanggaran dengan bas ekspres," katanya. - BERNAMA
Thursday, September 9, 2010
Enam maut nahas di Lahad Datu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan ini.
ReplyDeletetakziah kepada keluarga mangsa..kepada semua pengguna jalan raya, berhati-hati lah ketika memandu..
ReplyDeletebiar lambat asal selamat.. patuhi peraturan yang telah disediakan.. takziah kepada keluarga mangsa.
ReplyDeletejanganlah terburu-buru menbawa kereta dan ingatlah orang yang tersayang.
ReplyDeletejangan kerana kecuaian sendiri melibatkan ramai orang. Biarlah kita memeikirkan keselamatan orang lain terlebih dahulu..berhati-hati membawa kenderaan.
ReplyDeleteBerhati-hatilah di jalan raya.
ReplyDeleteDuii kesian... takziah pada keluarga mangsa.
ReplyDeleteMarilah kita semua amalkan sikap berhati-hati di jalan raya. Malang memang tak berbau, tapi kita boleh mengelakkan kemalangan jika kita sentiasa berhati-hati :) Ingat, pandu cermat jiwa selamat!!!
ReplyDeletekalau kita berhati-hati di jalan raya tetapi orang lain tidak berhati-hati, ia adlah perkara yang paling menakutkan!
ReplyDeletebenci dengan sikap orang-orang yang kurang sedar akan etika bersopan memandu kereta..
ReplyDeleteTolong berhati-hati bila mengunakan jalan raya untuk keselamatan diri dan juga pengguna jalan raya yang lain.
ReplyDeleteAdalah penting untuk setiap pemandu sentiasa berhati-hati semasa memandu.
ReplyDeleteTakziah kepada keluarga mangsa. Ini adalah satu pengajaran kepada semua pemandu untuk selalu berhati-hati semasa memandu. Pastikan semua peraturan jalan raya dipatuhi. Ingatlah orang yang tersayang.
ReplyDelete