Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan peningkatan ketara dalam jumlah laman web dalam negara yang digodam bulan ini, dan sedang bekerjasama dengan pemilik laman web berkenaan untuk memulihkannya.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat SKMM, Zeti Marziana Muhamed, berkata bilangan laman web yang digodam meningkat kepada 262 kes minggu pertama bulan ini berbanding 168 kes bulan lalu.
"SKMM ingin mengingatkan semua pemilik laman web untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan mengemaskini pelayan serta aplikasi-aplikasi yang berkaitan pada laman web itu.
"Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko penggodaman sekiranya terdapat kelemahan pada ciri-ciri keselmatan laman web," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, pemilik laman web juga disaran mengambil langkah yang mencukupi supaya keselamatan web mereka terjamin dan diberi perhatian sewajarnya semasa cuti perayaan.
Zeti berkata, kebanyakan laman web tidak dipantau ketika hari raya dan serangan penggodam itu meningkat sewaktu musim raya tahun lepas.
Beliau seterusnya meminta pemilik laman web supaya menghubungi SKMM di talian 03-8688 8303 sekiranya mereka mengesan sebarang kegiatan penggodaman di laman web mereka.
Katanya, maklumat lanjut boleh didapati dengan merujuk kepada panduan SKMM di http:/www.skmm.gov.my/cybersecurity.
Zeti berkata, pihaknya akan terus memantau situasi itu melalui Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM.
Katanya, pusat itu diwujudkan selaras Dasar Keselamatan Siber Kebangsaan dan 10 Objektif Dasar Kebangsaan yang termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Pusat itu bertindak dalam memberikan amaran pencegahan awal kepada semua pihak yang berkaitan dalam negara," katanya.
- Bernama
Thursday, September 9, 2010
Bilangan laman web digodam meningkat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Walaupun ancaman penggodam komputer di Malaysia masih dalam keadaan terkawal, pemilik2 laman web tidak boleh ambil ringan masalah ini dan usaha mengurangkan risiko penggodam perlu dipikul oleh setiap individu dan organisasi yang menggunakan teknologi maklumat secara kolektif. lakukan seperti yang disarankan oleh SKMM sebagai langkah pencegahan awal sebelum menjadi mangsa.
ReplyDeletesemua pemilik laman web perlulah sentiasa meningkatkan ciri-ciri keselamatan pada laman web mereka. ini sekurang-kurangnya dapat membantu dalam mengurangkan risiko laman web daripada digodam.
ReplyDeletePenggodaman komputer ini adalah perbuatan yang tidak beretika.
ReplyDeleteSungguh berani mereka menggodamkan web orang. Betul tidak beretika langsung mereka ini. Menyusahkan orang lain dengan perbuatan mereka ini.
ReplyDeleteBetul tu Nurul.. Menyusahkan orang lain saja oo.. hhuhuhu
ReplyDeleteSemoga pemilik laman web akan mempertingkatkan ciri2 keselamatan laman mereka bagi menghalang kegiatan penggodaman berlaku:)
ReplyDeletepenggodam laman web adalah sebenarnya pencuri yang mementingkan diri sendiri. benci dengan perangai penggodam ni...
ReplyDeleteapa yang penggodam dapat? sememangnya semua pemilik laman web kena berwaspada dengan para penggodam terkutuk tu. contohnya lamanweb bank-bank..saya yakin memang banyak betullah penggodam yang cuba nak masuk dan hack data-data untuk mencuri duit...
ReplyDeleteperbuatan menggodam adalah satu jenayah, ia harus dibendung, semua laman web perlu ada sistem keselamatan yang kukuh.
ReplyDeleteYa, pengendali web perlulah menggunakan sistem keselamatan dan sentiasa membuat back-up.
ReplyDelete