PENGERUSI Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) Cawangan Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih menyokong penuh gesaan dan memorandum dari BAHASA Pusat kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk menubuhkan sebuah badan linguistik dan kesusasteraan yang dikenali sebagai Lembaga Bahasa dan Budaya Sabah (LBBS) untuk menyemarak, menjaga serta menyusun atur kegiatan sastera, linguistik dan kebudayaan di negeri ini.
Gesaan dan pandangan terkandung dalam memorandum BAHASA yang dinyatakan oleh Ketua BAHASA Sabah, Jasni Matlani yang dihantar kepada kerajaan negeri melalui Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah membuktikan, bahawa pengwujudan sebuah lembaga amat diperlukan bagi menentukan tanggungjawab menjaga kepentingan dan pembangunan bidang linguistik dan kesusteraan tempatan, terutama dalam membantu memulihara pelbagai bahasa etnik yang terdapat di negeri ini dapat dijayakan.
Kata Ghulabdin, gesaan itu yang disokong oleh tiga badan penulis lain seperti Ikatan Penulis Sabah (IPS), Rumpun Seni Tawau (RUSTA) dan Kumpulan Warna Wari Seni Sandakan (WARISAN) yang masing-masing berpejabat di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan, merasakan selama ini perkembangan dan pemantauan seni sastera dan budaya di negeri ini berada pada tahap yang begitu perlahan.
Jasni dalam kenyataannya yang disiarkan dalam beberapa buah akhbar tempatan di Sabah berkata, negeri ini amat memerlukan sebuah badan khas yang bertanggungjawab menjaga kepentingan dan pembangunan badan Linguistik dan kesusteraan tempatan, terutama dalam membantu memulihara pelbagai bahasa etnik yang telah wujud di negeri berkenaan.
"Dengan wujudnya agensi atau Lembaga Bahasa dan Budaya Sabah (LBBS), penyelidikan dan kerja-kerja pendokumentasian yang teratur boleh dilakukan untuk memantap dan memulihara bahasa etnik di Sabah, khususnya loghat tempatan yang diancam kepupusan.
"Dalam memorandum kami kepada kerajaan, kami juga mencadangkan agar sebuah badan yang diterajui seorang Pengarah ditubuhkan dan diletakkan di bawah Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar," kata Jasni yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA).
Sejajar dengan Pandangan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Zubaidi Abas yang memberitahu Bernama baru-baru ini bahawa kebimbangan tentang kepupusan loghat etnik di Sabah memang berasas. Ghulabdin merasakan badan yang ditubuhkan itu boleh berkerjasama dengan DBP bagi menentukan pengwujudannya menepati kehendak yang sebenar.
Ghulabdin yang menyatakan sokongan kuatnya, sekaligus menaruh harapan yang tinggi agar kerajaan negeri memberikan perhatian wajar terhadap gesaan ini yan akan menetukan pelbagai galakan kepada pengiat sastera dan budaya dapat dilakukan tanpa menyerahkannya sebagai sisipan kegiatan kementerian-kementerian negeri yang mempunyai tanggungjawab berlainan.
Oleh: KREW SABAHKINI.NET
Tuesday, September 14, 2010
BAHASA SARAN KERAJAAN NEGERI TUBUH LBBS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kerajaan negeri Sabah perlu melihat cadangan ini sebagai satu keperluan untuk kebaikan generasi akan datang. kita tidak mahu timbul penyesalan dikemudian hari setelah bahasa etnik dan budaya sabah hilang ditelan zaman..
ReplyDeletecadangan ini patut dipertimbangkan. langkah bagi memulihara pelbagai bahasa etnik dan kesusteraan tempatan penting agar bahasa dan kesusasteraan tempatan dapat bertahan pada masa akan datang.
ReplyDeleteBagus juga cadangan ini. Ia boleh membenarkan kita memperlihara bahasa dan budaya etnik Sabah.
ReplyDeletelihat dan telitikan cadangan yang dibuat oleh BAHASA. Ini adalah untuk rakyat kita Sabah yang penuh dengan bahasa dan budaya yang tersendiri. Oleh itu, kerajaan negeri harus memikirkan cadangan ini untuk kebaikan.
ReplyDeletecadangan yg boleh mengekal dan memperkenalkan budaya sabah.
ReplyDeletetujuan utama BAHASA ini adalah untuk mengekalkan budaya dan bahasa rakyat Sabah supaya tidak dilupakan dan pupus dengan masyarakat yang tidak begitu mementingkan bahasa ibunda mereka itu. Dengan cadangan ini agar dapat menpertahankannya.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletecadangan ini patut diteliti. adalah baik jika ianya dapat memelihara bahasa dan budaya yang terdapat di Sabah.
ReplyDeletecadangan yang baik seperti ini perlu dilaksanakan, ia akan memperkenal dan mengekalkan budaya masyarakat sabah yang berbilang kaum.
ReplyDeletekenapa cadangan ini dikemukakan kepada kerajaan kerena ia dilakukan untuk memantap dan memulihara bahasa etnik di Sabah
ReplyDeleteCadangan ini harus dipertimbangkan kerana Sabah bukan lagi satu negeri yang mundur. Kita harus memartabatkan bahasa yang anda supaya kelak,semuanya menjadi baik.
ReplyDeleteSepatutnya harus di tubuhkan suda lama yang lalu tapi tidak apa masih belum terlambat lagi....jika ingin melihat bahasa kita sentiasa ada maksydnya tidak akan pupus pertubuhan seperti ini la yang mendorong ke arah itu. Semoga ianya menjadi kenyataan dan mendapat sambutan ramai.
ReplyDeleteMemang bahasa ibunda Sabah sudah semakin pupus di kalangan golongan muda berbanding masyarakat Sarawak yang masih menggunakan bahasa ibunda di rumah. Saya tidak nampak tiada sebab lain untuk tidak melaksanakan program ini.
ReplyDeleteIni adalah satu cadangan yang bagus dan patut dilaksanakan kerana ia dapat memulihara bahasa etnik di Sabah.
ReplyDeleteJangan biarkan bahasa etnik dan budaya sabah kita pupus begitu sahaja. Kita harus memuliharanya.Oleh itu, adalah bagus jika cadangan tersebut dilaksanakan.
ReplyDeleteI do support this idea very much. Keep up the good work.
ReplyDeletememang betul Sabah harus mempunyai badan pertubuhan sendiri bagi menjaga kelangsungan budaya dan bahasa.
ReplyDeletesekarang ni ramai generasi baru tidak tahu berbahasa ibunda dan lama-kelamaan dikhuatiri bahasa tersebut bakal pupus!
ReplyDeleteDiharapkan gesaan ini mendapat perhatian kerana penyelidikan dan kerja-kerja pendokumentasian yang teratur boleh dilakukan untuk memantap dan memulihara bahasa etnik di Sabah, khususnya loghat tempatan yang diancam kepupusan.
ReplyDeleteAsalkan gesaan ini berasas maka ia perlu dilakukan bagi memastikan bahasa dan budaya di negeri ini terus terpelihara.
ReplyDeleteCadangan ini diharapkan mendapat perhatian daripada pihak2 tertentu agar keunikan dari segi bahasa dan budaya di sabah dapat dikekalkan.
ReplyDeleteSabahans should be proud of our own dialects. This proposal is very important for the state's development.
ReplyDeleteSemoga bahasa dan budaya kita boleh diperlihara dan diteruskan kepada generasi seterusnya.
ReplyDeleteBAHASA ADALAH JIWA NYA BANGSA ROSAK BAHASA ROSAKLAH BANGSA.... saya banga kalau ada orang bergiat untuk memertabatkan bahasa,,,jangan sekadar penubuhan kesatuan sedangkan nanti bila bercakap entah di mana bahasa melayu yang mana bahasa english.....kerna masa ini orang dah tak pandai cakap melayu sebenar.....
ReplyDeleteWe should revive our local dialects. We should be proud of that. That's our mother tongue.
ReplyDeletememang perlu satu badan diwujudkan bagi menjaga kepentingan dan pembangunan bidang liguistik dan sastera tempatan.
ReplyDelete"Dengan wujudnya agensi atau Lembaga Bahasa dan Budaya Sabah (LBBS), penyelidikan dan kerja-kerja pendokumentasian yang teratur boleh dilakukan untuk memantap dan memulihara bahasa etnik di Sabah, khususnya loghat tempatan yang diancam kepupusan."
ReplyDeleteselain mewujudkan peluang pekerjaan kepada graduan2 universiti dalam bidang penyelidikan liguistik dan sastera, bahasa/ loghat tempatan dapat dipulihara dengan lebih baik..
loghat/bahasa etnik tempatan semakin diancam kepupusan..adalah amat tepat jika cadangan ini diluluskan oleh kerajaan negeri..jika dibiarkan maka kita akan rugi selama-lamanya..
ReplyDeletediharap agar kerajaan negeri akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya ke atas cadangan ini..
ReplyDeletesaya setuju dengan kebanyakkan komen serta pandangan daripada blogger di atas yang rata-ratanya menyokong cadangan ini..diharapkan agar cadangan ini akan menerajui usaha untuk memulihara serta memantapkan pembangunan linguistik dan kesusasteraan tempatan..diharapkan juga organisasi profesional dan ilmiah seperti UMS bersama2 menyokong dan menyumbang dalam bidang penyelidikan dan pembangunan liguistik dan kesusasteraan tempatan..
ReplyDeleteMaka adalah penting untuk Sabah menubuhkan satu pusat bahasa untuk meningkatkan lagi kemahiran warga tempatan menguasai bahasa ibunda masing2.
ReplyDeleteDiharapkan LBBS ini boleh membantu rakyat tempatan menghargai bahasa ibunda dan bahasa etnik kita. Rakyat juga sepatutnya memberikan kerjasama.
ReplyDelete