Sunday, March 27, 2011

AHLI PBS, PBRS DAN UMNO SERTA PKR TENOM

MANTAN Naib Ketua Bahagian PBRS Tenom, Haji Wahab Timpai Baigon, hari ini dengan rasminya telah menyerahkan borang keanggotaannya kepada Ketua Cabang PKR Halik Zaman, beliau menyertai PKR Cabang Tenom dengan kerelaan tanpa sebarang paksaan atau agenda.

Menurut Haji Wahab, bukan mudah untuk meninggalkan sebuah parti politik yang dianggotainya sejak PBRS menubuhkan bahagiannya di Tenom beberapa tahun yang lalu dan beliau mengambil masa tiga bulan untuk berfikir secara matang kreana perjuangan PBRS bersama BN gagal melakukan sebarang perubahan; sebaliknya hanya menjadi 'Pak Turut' sahaja; mengikut telunjuk UMNO yang berselindung di sebalik boneka BN.

“Segala propaganda kononnya para pemimpin BN dan UMNO adalah 'Juara' pembasmi kemiskinan, tapi apa yang nyata adalah 'indah khabar dari rupa' kerana perjuangan BN cuma untuk kroni dan saudara mara para pemimpin UMNO/BN sahaja,” perli Haji Wahab dengan nada sinis.



Haji Wahab merayu agar ramai rakan beliau yang masih setia kepada BN agar segera meninggalkan BN kerana perjuangan komponen itu cuma sia-sia sahaja; apatah lagi sudah 48 tahun BN dan sekutunya berkuasa; tapi tahap hidup rakyat masih di bawah paras kemiskinan.

Turut sama menyertai PKR Tenom ialah seorang ahli UMNO, Sanchi Bin Kalangou yang juga bekas Penolong Pengarah Bomba Sarawak yang lahir di Kampung Amboi Tenom. Setelah bersara dari jawatannya, beliau menyertai UMNO Bahagian Tenom.

“PKR adalah pilihan saya. Saya kagum dengan halatuju PKR dan saya tahu dalam ‘Buku Jingga’ banyak peluang ekonomi untuk rakyat Sabah. Ini tidak dapat dinafikan oleh para pemimpin UMNO,” kata Sanchi lagi.

Menurut Sanchi, pemimpin UMNO gagal merancang masa depan rakyat Tenom dan jika adapun hanya janji-janji kosong sehingga membuat rakyat muak dengan UMNO kerana semua projek 'disapu habis' para pemimpin UMNO yang menjadikan rakyat sebagai 'jambatan'.

Semasa mengalu-alukan penyertaan dua orang penting BN ini, Halik Zaman berkata bahawa PKR adalah parti pilihan kerana anggota Pakatan Rakyat. Kalau rakyat mahu perubahan hanya satu cara sahaja iaitu guling Kerajaan BN melalui undi dan gantikan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.

TINGGALKAN PBS KERANA SIMPATI PADA ANWAR

SERAMAI 34 orang ahli PBS dari Kampung Masalog, DUN Melalap hari ini secara rasminya meninggalkan parti tersebut dengan semangat waja menyertai PKR Cabang Tenom beramai-ramai.

Demikian kenyataan Jumpoh Abdul Rashid Paimin yang memberi tahu Media PKR Tenom, petang kelmarin.

Acara penyerahan borang keanggotaan dari Jumpoh dan pengikutnya di kampung tersebut diadakan di rumah beliau yang diterima oleh Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman dalam misi PKR untuk menambah keanggotaan PKR Tenom.

“PBS adalah anggota komponan BN, satu perjuangan dan satu matlamat dengan sekutu rapatnya UMNO. Kami rasa terharu dan simpati dengan fitnah yang dilontarkan kepada insan yang bernama Anwar Ibrahim. Beliau dihina, diaib, termasuk anak-anak dan isteri beliau, dari orang yang sebangsa dan seagama beliau sendiri, tanpa takut kepada Allah swt,” kata Jompoh dengan linangan air mata sedih.

Jelas Jumpoh lagi, “Fitnah pertama kami anggap wallahuwaalam bisawab. Fitnah kedua kami mulai curiga dengan kejujuran Kerajaan BN yang PBS di dalamnya bersekongkol. Fitnah ketiga membawa keyakinan kepada kami semua bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa fitnah dari kerakusan kuasa dari musuh-musuh politiknya bertekad untuk membunuh pengaruh politik beliau sehingga menjejaskan maruah beliau dan keluarganya.”

BN dan UMNO, kata Jumpoh, sudah keterlaluan dan beliau mengambil keputusan muktamad menyertai perjuangan Pakatan Rakyat melalui PKR kerana orang kampung terlalu simpati dengan penganiayaan terhadap diri Anwar Ibrahim.

“Kami tidak mahu tunggu lama-lama dalam PBS, takut terpalit dengan dosa-dosa fitnah,” demikian kata Jumpoh yang mengakhiri ucapannya dengan linangan air mata kesedihan di pipi.

Dalam suasana yang penuh sayu dan hiba itu, Ketua Cabang PKR Tenom Halik Zaman mengambil masa yang singkat untuk mengucapkan terima kasih kepada Jumpoh selaku tuan rumah yang membenarkan rumahnya digunakan acara pengambilan anggota baru PKR.

-Oleh : MEDIA PKR

22 comments:
Write comments
  1. Memang banyak katak dalam politik negara kita.

    ReplyDelete
  2. dalam politik ahli yang keluar parti adalah pekara biasa. malah situasi ini dialamai oleh mana-mana parti politik. tapi, kebanyakan rakyat pasti tahu membezakan parti mana yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  3. lompat parti dah menjadi perkara biasa. tapi ia takkan menjejaskan BN.

    ReplyDelete
  4. Kes anwar blm tahu siapa dalangnya.

    Buku Jingga, PATI akan diberi status PR. Ini la disokong?

    "Buku Jingga banyak peluang ekonomi untuk rakyat Sabah" Patut la PKR mahu berikan status PR kepada PATI, sebagai tenaga kerja untuk ekonomi Sabah. Jadi yang penduduk tempatan macam mana pla? Siapa yang pegang ekonomi Sabah kelak?

    ReplyDelete
  5. Tidak hairanlah jika kes lompat parti ini. Ini menandakan seseorang itu tidak ada pendirian sendiri dengan parti sebelum itu.

    ReplyDelete
  6. bukankah menuduh umno melakukan rancangan membunuh pengaruh politik Anwar juga merupakan satu fitnah?? malah tuduhan terhadap Anwar itu masih belum disahkan. Jompoh juga sedang memfitnah memandangkan beliau juga tidak mempunyai bukti yang boleh mengaitkan umno dengan skandal Anwar.

    ReplyDelete
  7. sendiri buat fitnah cakap orang lain fitnah... sekurang2nya wujud bahan bukti yang boleh mengaitkan Anwar dengan video itu. tapi apa pula bahan bukti Jompoh dan PKR yang boleh mengaitkan umno dengan kes ini??

    ReplyDelete
  8. sebenarnya, tanpa video itu pun pengaruh politik Anwar sudahpun menurun. apa2pun saya harap Jompoh selesa dengan keputusan ini.

    ReplyDelete
  9. Ji, berapa kali masuk PKR dan keluar PKR?

    ReplyDelete
  10. Tak perlu jatuhkan Anwar begitu rupa...KALAU ALLAH TAKDIRKAN DIA JADI PM,APAPUN HALANGAN DARI USAHA MUSUHNYA,tak akan ke mana.Demikian juga sebaliknya.

    Buat TIADA NAMA,dalam buku jingga,PATI yang dah ada IC akan diberi penduduk tetap tetapi dengan cara membazakan nombor ICnya.Begitu juga dengan surat lahir yg berbeza warna dengan satu tujuan hak BUMIPUTERA tetap terpelihara.Bagi saya,ini lebih baik dari apa yg ada sekarang.Nak tanya kepada yang TIADA NAMA,IC PATI ni siapa yg bagi???

    ReplyDelete
  11. Pada pendapat saya, tu bukan cara terbaik selesaikan kes PATI. sebaiknya PATI ni dihantar balik ke negara asal. Bukan diberi status PR.Sekiranya PATI ini dihantar balik ke negara asal maka lebih banyak peluang kepada rakyat tempatan.

    Dalam buku jingga sudah ada senarai PATI yg ada IC? Macam mana membezakan no ic? warna surat beranak? PKR mahu bagi status PR kpd PATI ni seblm Home Ministry mngeluarkan kenyataan pasal warna surat beranak tidak akan sama dengan rakyat M'sia.Jadi adakah ini terdapat dalam buku jingga?

    Rakyat Sabah ada beribu ribu tiada Mykad, tak akan la mahu buat semula IC PATI untuk membezakan no ICnya. Jadi rakyat Sabah yang lain mahu menunggu ka ni PATI dapat ICnya agar boleh dibezakan no ICnya. Lebih baik hantar balik terus. tidak kira la tu IC siapa bagi yang penting tu PATI kena hantar balik terus.

    ReplyDelete
  12. Terpulanglah kepada individu untuk terus bersama BN atau tidak. Itu sudah pilihan masing2.

    ReplyDelete
  13. Berkaitan dengan isu PTI, bertambahnya mereka disini, menampakkan bahawa sistem keselamatan negara kita masih memerlukan sistem yang lagi canggih bagi mengelak kemasukan PTI di kawasan negara kita.

    ReplyDelete
  14. tidak heranlah,,, apa sahaja si Anugerah Tuhan buat confirm dihalalkan.. kalau dia bagi kewarganegaraan dengan PATI pun, pasti pro Anugerah Tuhan akan bangkit menganggung2kan keputusan itu. kalau dia mahu meliwat ka, atau maksiat ka.. beliau tidak perlu risau kerana ada pihak yang akan mempertahankan beliau sekalipun penyiasat profesional didatangkan khas dari luar negara.

    ReplyDelete
  15. "dalam buku jingga,PATI yang dah ada IC akan diberi penduduk tetap tetapi dengan cara membazakan nombor ICnya".

    Buat WULAN, dari komen ko ni macam tu BUKU JINGGA ada senarai PATI yang ada IC.

    ReplyDelete
  16. Wow, I hope this is not another case of party hopping.

    ReplyDelete
  17. Suka hatilah. Ini negara demokrasi.

    ReplyDelete
  18. Nampaknya ada juga yang kecewa dengan keadaan sekeliling.

    ReplyDelete
  19. What more can I say? Let them be.

    ReplyDelete
  20. Lets see what happen in the next 5 years.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.