Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat dakwaan rasuah melibatkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) bagi memperbaiki reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa, kata Transparency-International Malaysia (TI-M) hari ini.
Gesaan ini dibuat ketika negeri itu bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya negeri.
Badan pemantau antirasuah itu menggesa SPRM agar mengambil tindakan segera memandangkan tuduhan terhadap Taib, ketua menteri paling lama memegang jawatan, sudah muncul di media asing sekarang.
“Transparency-International risau mengenai kewibawaan negara dan juga imej kita jika siasatan tidak dijalankan,” kata Presiden TI-M Datuk Paul Low kepada pemberita hari ini.
“Dakwaan berkaitan dengan kekayaan yang begitu banyak (jumlahnya), yang diperoleh oleh mereka yang rapat dengan beliau (Taib), keluarga beliau, saudara mara, (dan juga) rakan-rakannya,” kata beliau sambil menambah, siasatan yang sewajarnya perlu dijalankan untuk membersihkan tanggapan bagaimana kekayaan itu dikumpulkan.
Minggu lalu, bekas perdana menteri Britain Gordon Brown memberi sokongan kepada adik iparnya yang memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak dan hutan negeri itu, yang didakwa telah dieksploitasi oleh Taib.
Menulis dalam akhbar The Independent, Brown menggambarkan penebangan hutan Sarawak sebagai “jenayah alam sekitar paling buruk pada zaman kita.”
Clare Rewcastle-Brown, yang mengakui bertanggungjawab atas kelahiran Radio Free Sarawak dan blog Sarawak Report bulan lalu, kritikal dengan kepimpinan Taib yang menjadi ketua menteri sejak 30 tahun lalu sambil mendakwa wujudnya amalan-amalan rasuah yang berleluasa dan kegiatan politik tidak sah.
Rewcastle memulakan operasi kedua-dua saluran itu akhir tahun lalu dan mendedahkan identiti bulan lalu ketika pilihan raya negeri disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Low berkata Rewcastle, yang juga pemilik blog Sarawak Report, baru-baru ini tampil dengan mendedahkan identitinya.
“Sukar untuk membuat pendirian apabila pihak terbabit tidak mendedahkan siapa mereka sebenarnya. (Tetapi) mereka di sebalik tabir ... Sarawak Report telah tampil dan mengatakan siapa mereka sebenarnya (mendedahkan identiti mereka),” kata Low.
Sehubungan itu kata Low, siasatan SPRM adalah penting untuk mengembalikan keyakinan pelabur dan memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang semakin merosot.
“Ia akan memperbaiki kredibiliti kita dan memberikan mesej kepada pelabur-pelabur asing dan orang ramai bahawa kita serius dalam mengatasi rasuah,” kata Low.
“Indeks rasuah adalah gambaran persepsi pelabur dan orang ramai,” katanya.
Kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah telah jatuh ke paras 4.4 daripada 4.5 tahun lalu dengan mata 10 merujuk kepada rendahnya amalan rasuah.
Kedudukan Malaysia 2010 masih sama dengan tahun sebelumnya, 56 daripada 178 negara, selari dengan kedudukan Namibia dan Turki.
Low berkata aduan rasmi telah pun dibuat di SPRM.
“Saya difahamkan beberapa dokumen telah difailkan di SPRM. Jadi, secara rasmi aduan telah pun dibuat,” kata Low.
Justeru kata beliau, adalah penting bagi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meneruskan “kes-kes besar” bagi menunjukkan adanya iltizam politik menangani masalah rasuah.
“Pentadbiran Najib telah memulakan kempen secara aktif di bawah NKRA untuk mengurangkan dan mengatasi masalah rasuah,” kata Low.
“(Mereka) perlu memastikan adanya iltizam politik untuk melaksakanannya, khususnya kes-kes seperti ini melibatkan kes-kes besar,” kata beliau lagi. -TMI
Friday, March 18, 2011
Siasat Segera Taib Mahmud!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam. di sinilah kita akan melihat ketulusan dan kewibawaan kerajaan BN hari ini untuk membersihkan sistem pemerintahan mereka.
ReplyDeleteOrang Serawak berfikirlah dengan waras u punya ketua Menteri kaya dari Sultan Brunei so dari mana dia dapat itu wang.Harap u all undi dengan bijak mana satu u all mau agar tak menyesal untuk 5 tahun mendatang apapun undi anda sendiri punya keputusan just do it what u want.
ReplyDelete