KUCHING: Isu diskriminasi dan rampasan tanah membabitkan rakyat tempatan sarawak akan menjadi ledakan isu yang boleh menumbangkan pemerintahan BN di sini, kata Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Sarawak, Baru Bian.
Baru yang juga seorang peguam terkemuka berkata, isu hak ke atas tanah adat dan bumiputra ini dihadapi semua kalangan orang asal Sarawak dan ianya semakin meruncing. "Ianya menjadi isu hangat, dan saya percaya sejak kita bawa isu ini, pemerintah BN sarawak ambil berat isu ini," katanya ketika ditemui semasa Majlis Himpunan Tanah Rakyat Sarawak dekat sini 13 Mac lalu.
Ianya berkaitan penafsiran dalam Kanun Tanah Sarawak 1958, kerana semua provosi atau ayat-ayat hak ini dicatat dalam akta tersebut, katanya.
Ujar Baru, seksyen 2 kanun ini menerangkan tanah hak asal itu wujudnya, samada ia individu atau kelompok yang telah duduk di Sarawak dan mengusahakan tanah tersebut sebelum 1 Januari 1958.
Ertinya, kata beliau, sekiranya orang asal Sarawak, hanya orang asal ikut Perlembagaan Persekutuan selain dari kaum Cina, India dan Euroasian, selebihnya di sarawak adalah orang asal.
Mereka terditri daripada suku Murut, Lumbawang dan banyak lagi bumiputera asal di negeri ini, kata Baru yang juga daripada suku Lunbawang.
Menurut masyarakat di sini, tanah itu adalah nyawa bagi mereka kerana kehidupan mereka sejak nenek moyang sangat berkait rapat dengan tanah adat mereka ini, katanya.
Beberapa kes yang dibawa ke mahkamah berkaitan tuntutan pemilikan tanah orang asal seperti kes di Batu Pagi dan Jalan Parang, tanah mereka ini dirampas, katanya.
Bagi masyarakat di sini, rampasan tanah seumpama merampas nyawa mereka, namun kerajaan Taib Mahmud sejak dahulu merampas tanah-tanah mereka ini dengan kanun yang menjamin hak kerajaan, bukannya hak rakyat, katanya.
"Ramai yang tinggal di sini sejak 1.Januari 1958 iaitu sejak dari nenek moyang mereka, namun kita tidak boleh mendapat (hak tanah) jika tanpa izin dari pemerintah," katanya.
Majlis ceramah Baru Bian diganggu pihak polis, yang diperalatkan BN Sarawak
Baru juga menerangkan beberapa seksyen dalam Kanun Tanah Sarawak yang dimanipulasi oleh pemetrintah untuk kepentingan mereka, namun mutakhir ini ramai pemilik tanah yang mula sedar dan menuntut hak mereka melalui proses undang-undang.
"Dua kes kita menang di Kuching, di kalangan tanah orang Melayu," katanya.
Ujar Baru, hak tanah boleh dilenyapkan mengikut selera kerajaan, tetapi rakyat yang sedar akan hak mereka boleh membawa kes kemahkamah untuk mendapat hak dengan berdasarkan bukti-bukti yang nyata.
Jika rakyat sedar akan kewujudan hak mereka menurut perlembagaan, tanah yang dirampas oleh kerajaan dan diberikan kepada kroni boleh dicabar dan pemilikan kroni dianggap sebagai tixak sah menurut Seksyen 15 kanun tersebut, katanya.
Beliau banyak mengendalikan kes-kes rampasan tanah termasuk yang diberikan kepada tauke-tauke balak kroni Taib Mahmud.
Beliau mendedahkan, banyak tanah orang asal diambil oleh kerajaan untuk diserahkan kepada kroni hanya kerana tanah-tanah rakyat itu tiada 'title' dan tidak didaftar ke pendaftar tanah.
"Kalau kita memerintah, kita nak ubah ini, kita akan siasat dan kaji NCR di sarawak ini kita akan ikut adat asal, Pesuruhjaya boleh berikan 'title' geran, kita buat dasar ini, sekarang ini di bawah kerajaan yang ada tak ada dasar," katanya lagi.
Beliau juga menyahut cabaran beberapa orang pemilik tanah daripada Miri yang dirampas tanahnya agar mengheret Taib Mahmud ke pengadilan dan dikenakan tindakan akibat rampasan tanah rakyat Sarawak.
"Jangan risau, jika kita memerintah kita akan heret beliau (Taib) dan suku sakatnya ke muka pengadilan, ini jaminan kita," ujarnya lagi.
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB-Detikdaily
Benda kalau betul maka Sarawakian kena buang ini BN untuk cuba pemerintah baru iyalah tak rugi bagi pengajaran kepada yang tak amanah,lain kali tak berani pemimpin nak mainkan rayat.Itu pun kalau betul kes nie.
ReplyDeletesalam untuk semua rakyat malaysia. kepada pemimpin politik di tanah air kita jgn terlalu leka dgn kuasa yg ada d tangan anda sebab jika SUNAMI politik tiba akan jatuhlah pemimpin yg ada sekarang.
ReplyDeletePilihan raya dah nak hampir, gunalah peluang ini sebaik mungkin.
ReplyDeleteisu tanah akan menjadi isu utama dalam pilihanraya nnti.
ReplyDeleteterpulang kepada setiap orang untuk menilai mana baik dan mana yang buruk.
ReplyDeleteBN perlulah memperjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.
ReplyDeleteHarap isu ini dapat diselesaikan sebelum ada pihak yang menjadikan ini sebagai isu.
ReplyDeletekejutan boleh berlaku, itupun jika semua rakyat sarawak bersatu hati.. BN juga mampu menggagalkan kejutan itu jika mereka mampu memperbetulkan keadaan.
ReplyDeleteSusah juga mahu komen awal2. Biasalah politik ni kan macam2 boleh berlaku. huhuhu
ReplyDeleteApapun, kita tunggu dan lihat saja nanti. Saya yakin rakyat tahu membuat penilaian yang terbaik.
ReplyDeleteRakyat Sarawak, Pilihan Raya selepas ini adalah peluang terbaik untuk mengundi pemimpin yang boleh dipercayai.
ReplyDeleteBuatlah pilihan yang terbaik bila PRU-13 menjelang.
ReplyDeletebtul tu samanda, isu ini akan jadi isu paling hangat ketika pilihanraya nanti.
ReplyDeletekali ini rakyat tiada alasan untuk tidak keluar mengundi.
ReplyDeleteOrang serawak harus fikir ketua menteri mereka kaya dari Sultan Brunei so baik tukar pemimpin sebab dah terlau uzur malah rayat patut bagilah peluang orang lain lagi ganti mana acikan dia bolot 30 tahun ,cukuplah tukarlah dia mungkin orang lain boleh buat lebih baik dari dia untuk kepenting rayat.Tak kan kita hari2 ikan kering aje bosanlah cubalah tomyam sea food mungkin lagi sedap so tukar cita rasa Serawakian.
ReplyDelete