SISTEM pilihanraya yang digunapakai sekarang adalah berwibawa berdasarkan kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan 12 pilihanraya umum sejak 1959, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Bahkan SPR sentiasa responsif terhadap perubahan semasa dengan melakukan proses rekayasa menerusi usaha pengupayaan dan penambahbaikan dalam pengurusan operasinya demi untuk memperkasakan sistem pilihan raya, sekali gus demokrasi Malaysia seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada 16 Mac 2011.
Mengulas kenyataan Nazri, bahawa SPR sebagai berwibawa dan mengamalkan demokrasi, Halik Zaman yang memegang jawatan Teknologi Maklumat dalam Jemaah Presiden PKR Sabah berkata, sistem pilihanraya Kerajaan BN itu dibuat secara betul tapi tidak bagus oleh kerana 'perlaksanaannya mengikut acuan UMNO demokrasi terpimpin'.
"SPR juga gagal mengenalpasti orang yang sudah lama meninggal dunia kerana hakikatnya mereka boleh bangkit dari kubur demi untuk mengundi kemenangan BN. Bagaimana dikatakan berwibawa kalau masih ada ruang untuk menipu dan tidak ditangani dengan sempurna?" tanya Halik.
Kata Halik, dalam PRK atau PRU, rasuah terus berleluasa, Perdana Menteri dan Timbalannya beri projek kilat; ubah suai masjid RM3 juta; buat projek naik taraf jalanraya, buat jambatan, buat balai raya, bagi zink, tangki air, beras, beri plywood kepada rakyat, bagi mesin rumput, menaikkan gaji polis, tentera dan pekerja Kerajaan, memberi bonus peneroka Felda dan berbagai rasuah berlaku dalam PRK atau PRU; tetapi SPR menutup dua belah mata.
"Bila parti pembangkang bantah, dengan selamba sahaja SPR atau Menteri yang berkenaan menjawab bahawa projek dan kenaikan gaji itu dah memang seawalnya lagi sudah ada dalam perancangan untuk dibahagikan. Tapi kalau sudah ada dalam perancangan kenapa dalam pilihanraya baru diberi? Kenapa tidak diberi sebelum pilihan raya atau selepas pilihan raya? Bukan kah perbuatan begitu dikategorikan sebagai rasuah? Nazri harus tahu apa itu wibawa dan demokrasi? Beliau masih jahil dengan istilah demokrasi dan berwibawa," tegur Halik Zaman.
Oleh: MEDIA PKR TENOM
Saturday, March 19, 2011
BERWIBAWAKAH SPR JIKA ‘HANTU’ MENGUNDI?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SPR paling teruk sekali macam tahi, sebabnya tak beritika dalam menjalankan tugas yang diamanahkan terutamanya berkaitan kesalahan mengunakan harta kerajaan dan resuah,SPR tutup mata lalau BN tapi kalu PR mampos dia kenakan.
ReplyDeleteTugas SPR adalah untuk memastikan pilihan raya berjalan secara adil saksama tanpa pilih kasih.
ReplyDeleteSPR adalah suruhanjaya bebas dan tdak terikat dgn mana2 pihak. SPR akan memastikan pilihanraya berjalan dgn baik dan adil.
ReplyDeletesememangnya sudah menjadi tugas SPR untuk memastikan pilihanraya berlangsung dengan adil. jika ada bukti "hantu" mengundi laporkanlah secara rasmi. jika tiada bukti, itu hanya sekadar khabar angin saja. apa pun setiap rakyat mahukan semuanya berjalan dengan adil.
ReplyDeleteAnonymous> rasanya ko salah faham.SPR untuk pilihanraya...
ReplyDeletehanya ketika pilihanraya sahaja barulah semua masalah2 rakyat itu dapat dilihat oleh pemimpin.
ReplyDeletePKR juga tidak cukup wibawa dan tidak wujud demokrasi serta keadilan dalam parti. setelah berhadapan dengan pelbagai kekotoran, yang terbaru kenyataan Azizah berkenaan dengan pemberian status PR kepada pendatang asing telah melenyapkan terus populariti PKR.. jika SPR tidak wibawa, PKR tidak akan berpeluang mentadbir selangor.
ReplyDeleteMana2 sistem yang tidak sistematik harus digantikan dengan yang lebih sistematik.
ReplyDeleteSPR harus menjalankan tugas tanpa bertindak bias.
ReplyDeleteSemoga penambahbaikkan dapat dilakukan bagi mengelakkan kontroversi timbul.
ReplyDeleteApapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
ReplyDeleteSPR haruslah tidak memihak mana2 parti dan bersikap profesional.
ReplyDeleteMISI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
ReplyDeleteMendukung Sistem Demokrasi Berparlimen Dan Menjamin Hak Rakyat Untuk Memilih Wakil Mereka
Dengan Mengurus, Mengawal Selia Dan Mengendalikan Pilihan Raya Secara Adil Dan Bebas.
VISI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
Menjadi Sebuah Institusi Demokratik Yang Cemerlang Dan Mendapat Kepercayaan Rakyat.
Harap SPR tidak akan lupa Misa dan Visi SPR sendiri.
Bagi saya, SPR patut dibentuk oleh individu-individu yang tidak berhubung kepada mana-mana pihak.
ReplyDeleteSaya ada satu cadangan Basung, apa kata SPR dibentukkan oleh individu secara sukarela yang tidak terlibat dalam politik dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan parti politik lain? Saya yakin mesti ada sukarelawan yang inginkan pilihan raya yang adil.
ReplyDelete