KUCHING: Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disahkan awal bulan depan.
Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata senarai calon sedang dalam proses untuk dimuktamadkan.
“Saya mempunyai temu janji dengan Perdana Menteri (Pengerusi BN) pada awal bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perdagangan Bangunan Keenam 2011 (BTS 2011), di sini, kelmarin.
Ditanya mengenai peluang BN dalam menghadapi pakatan pembangkang yang dikatakan lebih bersedia, Taib, yang juga Ketua Menteri dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata: “Saya serahkan kepada Allah tetapi akan bersyukur sekiranya BN boleh memperoleh majoriti lebih dua pertiga.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April dan tarikh penamaan calon ditetapkan 6 April ini.
Ditanya mengenai rancangan persaraannya, Taib, 75, berkata beliau ingin bekerja sedikit bagi mengisi masa tetapi tidak ingin bekerja di bawah tekanan.
Pada Sabtu lepas, Taib, yang memegang jawatan ketua menteri paling lama sejak March 1981, berkata beliau akan berundur pada pertengahan penggal baru bagi memastikan peralihan kepimpinan dapat berjalan lancar dan teratur.
Pada pilihan raya negeri 20 Mei, 2006, BN Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala DAP menguasai enam kerusi serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing, menguasai satu kerusi. -NST
Saturday, March 26, 2011
Senarai calon BN Sarawak dikemuka awal bulan depan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap setiap calon dipilih dengan teliti.
ReplyDeletecalon2 yang dipilih haruskan yang benar2 berkeboleha ndan disukai rakyat.
ReplyDeletepastikan calon yang dipilih mampu dan berkebolehan untuk menjalankan tanggungjawab dengan baik.
ReplyDeleteHarap2 calon2 ini adalah colan yang boleh diharap. Harap2 juga rakyat berpuas hati dengan calon2 ni.
ReplyDelete“Saya serahkan kepada Allah tetapi akan bersyukur sekiranya BN boleh memperoleh majoriti lebih dua pertiga."
ReplyDeleteaikk.. macam tidak yakin ja Taib??
Make sure the right candidate is chosen to contest in the election.
ReplyDeleteThose who haven't register as a voter should register as soon as possible. It's your right to vote. Use it.
ReplyDeletemake sure the candidate can do better and people like with what the candidate do for.
ReplyDeleteSemoga calon2 itu dipilih mengikut kebolehan diri mereka untuk memimpin.
ReplyDeleteRakyat perlu menilai calon2 itu dengan sebaik-baiknya agar tidak tersalah langkah dalam pemilihan itu nanti.
ReplyDeleteSekarang masanya rakyat buat pilihan yang terbaik:)
ReplyDeletePastikan calon yang dipilih adalah calon yang layak jadi pemimpin:)
ReplyDeleteCalon patut dipilih dengan berhati-hati. Jangan alang-alang meletakkan calon yang tidak sesuai.
ReplyDeleteRakyat Sarawak, harap semua turun buat undian.
ReplyDeleteApapun harap sepanjang proses pilihanraya akan berjalan dengan lancar dan adil.
ReplyDelete