Monday, March 14, 2011

SAPP SANGSI KENYATAAN PAIRIN TULEN?

PEMIMPIN Parti Maju Sabah (SAPP) Kemabong, Saul Salleh sangsi kenyataan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan baru-baru ini yang membidas kenyataan Tan Sri Simon Sipaun ketika Seminar UBF beberapa minggu lalu sebagai bukan kenyataan tulen yang lahir dari sanubari Tan Sri Pairin sendiri.

Katanya, beliau yakin dan percaya bahawa perjuangan beliau (Pairin) sudah terpahat di hati rakyat khususnya masyarakat KDM tidak berbelah bahagi kepada matlamatnya untuk melihat Sabah ditadbir dan dilayan dengan baik pihak pusat sejajar dengan matlamat yang terkandung dalam 20 Perkara.

“Sebaliknya kita terkejut dengan kenyataan Pairin yang dilihat seakan akan menidak dan menolak bulat bulat sorotan fakta sejarah yang tepat pembentukkan Malaysia yang melibatkan Sabah dan Sarawak menyorot kembali suasana Sabah pada ketika itu yang dirungkai tokoh penjawat awam Tan Sri Simon Sipaun,” kata beliau semasa membantu kempen RCI diTamu Ground kelmarin.

Beliau yang juga bekas Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) ketika era kerajaan PBS dan UMNO-BN ketika mengulas kenyataan Tan Sri Pairin baru-baru ini berhubung kenyataan Tan Sri Sipaun semasa menggulung perbahasan dalam Seminar UBF ketika Sipaun merupakan Pengerusi Tetap dalam seminar sehari suntuk itu.

“Kita tidak faham kenapa pihak-pihak tertentu beremosi sangat apa yang dirungkai Sipaun itu yang menunjukkan fakta yang sebenar,” tegas Saul.

“Tan Sri Pairin, sepatutnya turut seirama dengan suara yang didendangkan Sipaun untuk mendesak Kerajaan Pusat menangani masalah PATI yang memiliki Kad Pengenalan yang dianggarkan kira-kira 600,000 orang daripada asyik menyalahkan Sipaun,” tambah Saul sambil mengharapkan agar isu tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Dalam kenyataan Sipaun itu, beliau menekankan bahawa keadaan situasi Sabah sebelum merdeka agak lebih baik suasananya berbanding sekarang, kerana masa itu tidak ada PATI, kadar jenayah di paras terendah, tiada akta yang mengekang kebebasan bersuara seperti Akta Rahsia Rasmi Kerajaan atau ISA.

Malang sekali tegas Sipaun, sambutan Hari Kemerdekaan Sabah yang diadakan setiap tahun pada 16 September, mengambil masa 46 tahun untuk diwartakan oleh Kerajaan Pusat.

Ekoran kenyataan Sipaun itu telah menimbulkan bantahan berbagai pihak khususnya pemimpin UMNO Tawau yang membuat laporan Polis kerana menyifatkan kenyataan Sipaun itu berbaur hasutan.

Manakala Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, Azman Haji Ruslan turut mengkritik Sipaun kerana fakta sejarah yang diungkitnya selepas penyertaan Sabah dalam Malaysia sejak tahun 1963 tidak tepat dan seolah-olah memperkecil kecilkan keputusan pemimpin terdahulu yang memutuskan persetujuan pembetukan Malaysia.

Oleh: MAIL MATHEW (sabahkini)

35 comments:
Write comments
  1. salam. jangan cepat melenting dan mengelabah wahai warga politik. fakta sejarah adalah terbentuknya temadun manusia di Bumi ini , jadi mengapa nak pempersoalkan fakta sejarah ! kebanyakan orang yg nak perotes fakta sejarah adalah orang yg buta sejarah tamadun sendiri. kalau tak faham lebih baik berdiam daripada menghabiskan air liur saudara semua.

    ReplyDelete
  2. Sejarah tetap tinggal sejarah, tidak ada apa yang boleh diubah lagi. Tapi setiap tindakan pd masa kini akan menentukn masa hadapan. Sekiranya isu2 kritikal di Sabah pada masa kini tidak diselesaikan sebaik mungkin maka pada masa hadapan kemungkinan isu2 kritikal tu akan lebih parah lagi. Harap2 kerajaan terutama kerajaan negeri lebih mengutamakan isu2 kritikal dan mengutamakan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Masing-masing ada pendapat sendiri mengenai isu ini. Simon Sipaun berhak mengeluarkan kenyataan ini, tapi terpulanglah dengan rakyat sendiri apa pandangan mereka.

    ReplyDelete
  4. Lebih baik semua pemimpin, NGO dan ahli politik menyimpan tenaga mereka untuk membantu memajukan Sabah.

    ReplyDelete
  5. Don't focus too much on this matter. There are still many unresolved issues Sabah is facing.

    ReplyDelete
  6. Better to solve those issues than to keep talking about sipaun statement.

    ReplyDelete
  7. Don't waste time discussing about Sipaun statement. What past is past. Sabah should move on already.

    ReplyDelete
  8. another anonymous who wants to remain anonymousMarch 15, 2011 at 11:04 AM

    Orang2 SAPP ni memang tidak ada simpati langsung, patutla masa pilihanraya batu sapi, kalah teruk...

    Pairin Kitingan baru saja kematian Ibunya, & SAPP ambil kesempatan pula untuk menyerang Pairin....Agak2 la bah kamu ni juga...

    Mentang2 Pairin x dapat balas serangan kamu ini, nah ambil kesempatan la untuk serang saja...

    Sekarang baru sya tahu SAPP ni mcm mana punya jenis...suka ambil kesempatan, cakap tak serupa bikin, Ganas, Pengganas, ambil keputusan & tindakan ikut hati....

    Jadi masih mau Sokong SAPP??

    ReplyDelete
  9. Sipaun hanya menyatakan pendapat peribadinya. Terima atau tidak itu terpulang kepada individu.

    ReplyDelete
  10. Oh, Takziah kepada Pairin... Semoga roh ibunya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. RIP

    ReplyDelete
  11. tidak perlulah membesarkan isu ini lagi. lebih baik jika semua pihak berfikir bagai mana untuk menyelesaikan isu lain yang sedang dihadapi oleh Sabah kini.

    ReplyDelete
  12. masing2 menyatakan pendapat mereka.

    ReplyDelete
  13. Sudah2 la tu menyerang orang, orang yg baru mati mamanya pun masih lagi diorang serang...tiada perasaan betulll pentingkan diri betul!

    ReplyDelete
  14. kenapa SAPP tidak sangsi dengan sipaun yang pernah makan gaji dari kerajaan?? kenapa Sipaun diam pada waktu itu? atau pada waktu itu Sabah bukan berada dalam Malaysia? jika benarpun niat Sipaun hendak menyedarkan kerajaan berkenaan dengan masalah PATI, jenayah dan kebebasan bersuara, semua itu patut ditujukan kepada pemimpin hari ini dengan berdasarkan realiti hari ini. menggunakan gambaran Sabah sebelum menyertai Malaysia seolah2 menyalahkan pemimpin2 terdahulu dan rakyat Sabah pada waktu itu yang telah menyokong penubuhan malaysia.

    ReplyDelete
  15. tidak perlu membuat spekulasi berhubung dengan apa yang dikatakan oleh sipaun..beliau sememangnya berhak untuk berkata dan menyuara pendapat, demikian juga dengan pairin dan lain2..

    ReplyDelete
  16. mempolitikkan sejarah tidak akan membawa kita ke mana2 kerana sejarah tidak boleh diubah..

    ReplyDelete
  17. yang penting kita harus maju ke depan..

    ReplyDelete
  18. setiap orang ada pandangan mereka masing-masingkan. Jadi mungkin yang sipaun katakan tidak mustahil hanya kata-kata dari mulut saja tapi bukan dirancanga atau dari hati yang sebenar..Ini hanya untuk politik saja, digunakan untuk kepentingan politik semata-mata..

    ReplyDelete
  19. Tengok Sabah sekarang..banyak membangun juga la..Di mana-mana tempat sekarang dibangunkan..tidak kita utara timur barat selatan sabah semua dibangunkan..

    ReplyDelete
  20. Sipaun hanyalah bersifat sentimental. Biarlah dia.

    ReplyDelete
  21. Kenyataan Sipaun mungkin benar pada 50 tahun yang lalu, tapi sekarang zaman semakin maju dan berubah mengikut peredaran. Mahu memprsoalkan sejarah dulu2 pun tiada guna. Fikir logik lah.

    ReplyDelete
  22. Betul tu mike, semua pun ada hak bersuara, jadi biarlah Sipaun menyuarakan keadaan 'good old days' beliau dahulu kala.

    ReplyDelete
  23. Kalau tidak silap Sipaun pernah menjawat jawatan penting dalam kerajaan negeri, jadi beliau patutnya lebih arif dan faham dengan apa yang dikatakan.

    ReplyDelete
  24. Apapun isu ini tidaklah penting sangat. Sipaun seorang veteren, semestinya beliau mahu kedaan hidup seperti dahulu.

    ReplyDelete
  25. Yang penting apa rakyat sendiri yang fikir.

    ReplyDelete
  26. Kalau kita asyik menghentam orang lain nescaya kita akan terpengaruh dengan fikiran negatif.

    ReplyDelete
  27. Come on folks, we need solutions!

    ReplyDelete
  28. Sesiapa pun boleh meluahkan pendapat. Tp jangan pandang remeh dengan isu PATI. Isu ini semakin membimbangkan. Harap2 kerajaan mengambil tindakan ke atas isu PATI ini. Selesaikn isu PATI ini sebaik mungkin, walaupn memakan masa yang panjang.

    ReplyDelete
  29. Sejak bila SAPP mengasihani kita ini?

    ReplyDelete
  30. Stop accusing and lambasting. We can't waste no more time buddies.

    ReplyDelete
  31. Kenyataan Sipaun tidak sepatutnya diperbesarkan sehingga menimbulkan ketegangan. Lebih baik hal ini diberi perhatian dan dilihat dari sudut positif...

    ReplyDelete
  32. Apapun tujuan sipaun mengeluarkan kenyataan ini, terpulanglah pada penilaian rakyat sendiri. Saya yakin rakyat cukup matang dalam membuat penilaian.

    ReplyDelete
  33. Yang penting semua pihak harus berusaha utk pandang ke hadapan dan memperbaiki sebarang kelemahan yang ada dan bukannya asyik pandang ke belakang utk mengeruhkan keadaan.

    ReplyDelete
  34. Jadi tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  35. SAPP selalu pun sangsi ini, sangsi itu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.