Tuesday, March 29, 2011

Bekas Ahrli UMNO berebut- rebut sertai KeADILan !!

SABAH: Bosan dengan kepimpinan Umno yang sarat dengan perbuatan fitnah dan sibuk mengkayakan diri, sekumpulan 59 ahli Umno di Sabah nekad menyertai KEADILAN.

Kesemua mereka adalah bekas ahli Umno di Kampung Jawa Melalap, Tenom dan menyertai KEADILAN Cabang Tenom di bawah kepimpinan Ketua Cabangnya, Datuk Halik Zaman.

Menurut wakil kumpulan tersebut, Tahir B Dingau, antara sebab mereka menyertai KEADILAN adalah kerana bosan dengan kebatilan fitnah yang dilemparkan Umno kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

“Kami bertekad meninggalkan Umno kerana sejak sekian lama memerhatikan cara songsang kepimpinan Umno yang tiada lain selain memperkasakan diri dan kroni.

“Umno juga semakin parah dengan pelbagai fitnah yang wujud dan diciptakan khas untuk melemahkan perjuangan KEADILAN,” kata Tahir.

Katanya lagi, mereka juga sudah jelak dengan Umno BN yang gemar mempraktikkan agenda kotor demi memastikan rakyat Malaysia terus menyokong parti itu.

Menurut Tahir lagi, jika Umno berterusan dengan sikap begitu, tidak mustahil tsunami politik Semenanjung akan sampai ke Sabah dan Sarawak.

“Mungkin UMNO dan BN fobia dan trauma dengan tsunami politik pilihan raya umum yang lalu. Namun, mereka mesti ingat jika begini sikap kepimpinan UMNO, maka tidak mustahil akan berlaku lagi fenomena gelombang tsunami yang lebih dahsyat pada PRU ke-13 kelak” tegas Tahir. -KeadilanDaily

13 comments:
Write comments
  1. Ahli PKR masuk UMNO, ahli UMNO masuk PKR.

    ReplyDelete
  2. Pilihan ada ditanggan anda. Semua keputusan anda yang lakukan. Tidak ada paksaan untuk terus bersama2 UMNO.

    ReplyDelete
  3. Tapi kena ingat, tidak akan ada U Turn lagi selepas ini. Keputusan muktamad anda akan meletakkan di mana anda pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  4. Jadi ahli saja, undi tu masih rahsia...

    datang PRU13, kita akan tahu siapa yg lagi banyak pengaruh..

    rakyat tahu untuk menilai siapa yg lebih layak untuk 'serve' mereka...

    ReplyDelete
  5. keluar dan masuk parti adalah biasa dalam politik. ramai juga ahli PKR yang masuk UMNO. inilah politik...

    ReplyDelete
  6. Ahli UMNO??Benarkah ini. Atau tabur janji manis kepada mereka ini..

    ReplyDelete
  7. Hhhmmm... ada2 ja cerita politik keluar masuk parti ni. huhu

    ReplyDelete
  8. Apapun, pandai2lah rakyat menilai perkara ini.

    ReplyDelete
  9. bukankah menuduh umno memfitnah Anwar juga merupakan satu fitnah?? bagaimana mereka2 ini tahu itu adalah fitnah dari umno atau bagaimana mereka tahu tuduhan itu hanya fitnah semata2 sedangkan kes itu masih dalam siasatan??

    ReplyDelete
  10. memang tidak wujud keadilan dalam PKR apabila kes yang melibatkan pemimpin tertinggi mereka sengaja dihalalkan bagi melindungi parti. apa salahnya tunggu hasil siasatan sebelum melemparkan fitnah.. tanpa kes terbaru Anwar pun, PKR dan Pakatan sudah pun tersungkur...

    ReplyDelete
  11. mereka yang sering bertukar parti ni adalah mereka yang tiada pendirian.

    ReplyDelete
  12. http://one-kotabelud.blogspot.com/2011/02/200-bekas-ahli-pkr-sertai-gerakan.html

    http://one-kotabelud.blogspot.com/2011/03/pkr-parti-reject-tak-penduduk-sarawak.html

    Sama-sama aje di kedua-dua belah.

    ReplyDelete
  13. Wow! Mesti Keadilan gembira banget.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.