Gagal merancang adalah merancang untuk kegagalan. Itulah nilainya kepentingan perancangan yang betul dan tepat untuk menikmati erti kejayaan. Mengikuti kemelut agihan kerusi di pihak PR melalui akhbar perdana dan media PR sendiri menggambarkan betapa sukarnya persoalan ini untuk diselesaikan. Benarkah begitu ?
Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen sudah memberi gambaran yang jelas dan nyata tentang perkara ini. Untuk menafikan majoriti 2/3 BN , sekurang-kurang kemenangan dalam 28 kerusi sudah memadai. Jika nak menumbangkan BN 36 kerusi pun sudah cukup. Perkiraan ini jelas dan sudah cukup untuk pihak pimpinan PR membuat agihan yang realistik terhadap parti-parti komponen mereka di Sarawak. Matlamat untuk menumbang BN Sarawak sudah terpampang di atas kertas. Seharusnya pimpinan PR tidak menghadapi masalah besar dalam agihan kerusi ini. Faktor komposisi PR sudah jelas lebih baik daripa
da BN dal;am menentukan kedudukan parti yang bertanding dalam DUN Sarawak. Kekuatan DAP di kawasan bandar dan majoriti pengundi Cina memang sangat dominan di Sarawak. Perkara ini perlu diakui oleh komponen lain dalam PR Sarawak. Justeru itu pilihan kerusi DAP adalah perlu didahulukan agar pencapaian matlamat menumbangkan BN akan lebih jelas.
Bagi kedudukan PAS pula semestinya kelompok majoriti pengundi kaum Melayu dan Melanau Islam harus dipertimbangkan. Meskipun Melayu dan Melanau merupakan minoriti di Sarawak namun di beberapa kawasan kelompok kaum ini masih memegang undi majoriti. Harus diingat penglibatan aktif dan sambutan masyarakat Islam Sarawak kepada PAS dalam PRK Sibu tahun lepas harus dipandang hakikat yang nyata. Ternyata penglibatan PAS dalam PRK Sibu dahulu jelas memberi impak yang besar kepada perubahan undi kaum Melayu dan Melanau kepada DAP.
Bagi kerusi yang majoritinya kaum Dayak dan campuran yang agak seimbang maka kerusi untuk PKR dan SNAP adalah lebih relevan. Ini kerana kepimpinan kedua-dua komponen ini memiliki hampir kesemua kaum di Sarawak. Tidak sukar untuk PKR dan SNAP untuk mendapatkan undi kaum lain yang majoritinya bukan Cina dan Islam.
Dalam kerancakan merebut kerusi komponen PR untuk DUN Sarawak ini maka semua pimpinan parti harus sedar bahawa kepentingan politik peribadi bukanlah keutamaan untuk rakyat memilih PR.
Rakyat Sarawak sudahtidak sanggup ditipu dan dipermainkan oleh pemimpin yang mementingkan kepentingan diri. Sesungguhnya peluang dan semangat kebangkitan rakyat Sarawak dalam PR DUN kali ini janganlah dipersia-siakan. Rakyat Sarawak sudah bersedia untuk berubah. Cuma mereka mahukan calon yang diletakkan oleh PR adalah berkualiti dan berwibawa. Rakyat Sarawak sudah semakin sedar dan nampak bagaimana liciknya rejim Taib menipu hak rakyat untuk mengaut keuntungan diri mereka sendiri.
Ingatan terakhir buat semua kepimpinan PR yang berkeinginan besar untuk menumbangkan Rejim Taib Mahmud di Sarawak, kegagalan merancang adalah merancang untuk kegagalan. Rakyat sebenarnya ingin melihat kemantapan pimpinan PR dalam merealisasikan perubahan kerajaan yang mampu bekerjasama dan saling hormat-menmghormati antara satu sama lain.
Oleh Jebat Sarawak
Monday, March 28, 2011
Bukan Susah Pun PR Nak Tentukan Kerusi DUN Sarawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.