Monday, March 14, 2011

Lagi Gempa Susulan 5.8 Skala Richter Landa Jepun

Gempa susulan berkekuatan 5.8 skala richter kembali melanda Jepun hari ini. Media tempatan melaporkan adanya ancaman tsunami baru sesudah gempa susulan.

Menurut laporan televisi NHK, tsunami susulan tersebut akan melanda Jepun dalam waktu 15 minit sesudah gempa susulan yang terjadi pagi hari waktu tempatan. Televisyen NHK sendiri merakam langsung gelombang tsunami melalui helikopter, di atas perairan Jepun.

Hingga hari ini Jepun masih terus dilanda gempa susulan. Keadaan sebahagian besar wilayah Jepun yang dilanda gempa 8.9 SR Jumaat lalu, masih porak poranda, demikian diberitakan Reuters, hari ini (13/3/2011).

Daerah yang terkena kesan parah akibat tsunami berada di wilayah Miyagi. Diberitakan kira-kira 10 ribu orang dilaporkan terkorban akibat tersapu tsunami.

Namun belum jelas jumlah pasti dari korban gempa yang disertai tsunami tersebut.

Keadaan korban gempa makin diburukkan dengan ancaman radiasi nuklear dari penyedia elektrik tenaga nuklear Fukushima. Beberapa hari terakhir reaktor di logi tersebut mengalami kerosakan akibat diterpa gempa dan tsunami. -GB

8 comments:
Write comments
  1. Harap penduduk di Jepun dalam keadaan selamat. Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

    ReplyDelete
  2. Let's pray for all that are affected.

    ReplyDelete
  3. It never rains but it pours... OMG...

    ReplyDelete
  4. bencana ini amat dashyat. semoga mangsa tsunami tabah menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  5. kejadian yang berlaku pasti sukar dilupakan oleh mangsa yang selamat. harap mereka akan tabah dalam menghadapi pekara ini.

    ReplyDelete
  6. huhuhu... menakutkan:( Harap2 keadaan di Jepun masih terkawal.

    ReplyDelete
  7. Apa yang jelas, kita tidak boleh menyalahkan bencana alam semulajadi..

    ReplyDelete
  8. Nampaknya Jepun terpaksa berjaga-jaga dengan apa yang berlaku sekarang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.