Wednesday, March 23, 2011

Pakatan selesai bahagi kerusi p'raya Sarawak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpgXfiIEwu7gg9-QjK5-DQzMq9hfbXAsV77YsA8LNhyOIEvNDd39wxRyDAvmWCq_Mr7FUPLRsTc426JlgDCW3zk2hd4O8HoJv78H0jHjgA8CudCVhmFNnNezXxRMaoKPANGtfkCGM6LSg/s1600/20b3880f8fda5b928f17ce512e1b6506.gif.jpgPengagihan kerusi bagi PAS, PKR dan DAP bagi pilihan raya negeri Sarawak telah selesai dan Pakatan Rakyat bersedia bekerja sebagai satu pasukan di negeri itu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketiga-tiga parti termasuk Snap bersetuju dengan kerusi yang ditetapkan.

"Secara keseluruhan kita telah bersetuju dengan pengagihan kerusi dan kita akan bekerja sebagai satu pasukan Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang, bangunan Parlimen, sebentar tadi.

Tiga pengarah jentera pilihan raya yang akan menyelaras jentera kempen Pakatan Rakyat ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, dan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Tan Kok Wai.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.