Wednesday, March 30, 2011

JPN bersubahat dengan Umno cipta “pengundi hantu”

Kerajaan negeri Selangor digesa memantau aktiviti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran dakwaan bahawa agensi kerajaan itu mengeluarkan kad pengeluaran kepada warga asing di luar waktu pejabat.

Ketika membuat gesaan ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali berkata, beliau mempunyai bukti yang sahih di mana JPN bersubahat dengan para pemimpin Umno cawangan Sepang dalam perkara ini.

“Kad pengenalan ini diberi kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, khususnya di Seangor,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden PKR.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu memantau aktiviti ini dan saya mempunyai maklumat tentang lokasi dan siapa (dalam Umno) yang terlibat serta kegiatan kad pengenalan ini dibawa keluar selepas waktu pejabat.”

“Namun, kita akan turut memantau aktiviti ini, di mana kad pengeluaran dibawa keluar masuk dalam negeri ini kerana semata-mata Umno hendak mendapatkan undi dari warga asing bagi menjamin kuasa politik mereka.

“Usaha ini dilakukan memandangkan rakyat tempatan tidak lagi menyokong mereka,” katanya, ketika berucap membahaskan titah ucapan Sulan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menurut Azmin, “pengundi hantu” ini juga turut dikesan di Hulu Kelang.

“Di rumah ibu saya di Hulu Kelang, walaupun beliau tinggal seorang tapi dalam rumah ada lapan “penunggu”, sebahagiannya ada bangsa Cina dan India,” ujar beliau.

“Pengundi hantu” diistilahkan sebagai orang yang sudah meninggal dunia tetapi di”hidupkan semula” oleh Umno untuk menjadi pengundi. -FMT

24 comments:
Write comments
  1. Kalau ada bukti, tunjukkan kepada SPRM supaya boleh disiasat.

    ReplyDelete
  2. jika dakwaan ini benar, tunjukkanlah bukti agar pekara ini boleh disiasat dan diambil tindakan.

    ReplyDelete
  3. Jika ada bukti,sila kemukakan bukti tersebut bagi mengelak isu ini dipolitikkan.

    ReplyDelete
  4. Jangan hanya sekadar menabur fitnah kerana mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri.

    ReplyDelete
  5. Kalau benar ada bukti tunjukkan. Tidak ada guna jika cakap saja. Kita mahu tengok juga kebenaran dalam kes ini.

    ReplyDelete
  6. Really? If really Mohamad Azmin Ali got evident why make public statement. Just show the evident to SPRM.

    ReplyDelete
  7. If its true what Azmin said, he should provide evidence then to prove his statement.

    ReplyDelete
  8. True or not hoo. Just show it to SPRM la. What u wasted time to make a statement.

    ReplyDelete
  9. “Usaha ini dilakukan memandangkan rakyat tempatan tidak lagi menyokong mereka,”

    Pakatan kalah berturut2 di 4 PRK, itukah maksud Azmin tidak ada sokongan?? atau Azmin cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes Anwar??

    ReplyDelete
  10. kalau benar wujud kes ini, Azmin sepatutnya sudah mendedahkan siapa ahli umno itu. kenapa perlu tunggu?? tunggu sehingga kad pengenalan ini diberikan kepada warga asing? pasti isu ini senyap selepas ini kerana semua ini hanya gimik politik.

    ReplyDelete
  11. setiap dakwaan perlu ada bukti.

    ReplyDelete
  12. SPRM perlu menunjukkan bahawa mereka bertanggungjawab. Ada byk kes yang perlu diselesaikan.

    ReplyDelete
  13. Itulah, rupa macam gimik saja. Kenapalah Malaysia ni selalu saja sembunyi identiti yang bersalah?

    ReplyDelete
  14. Aik kau orang niekan macam tak tau pula Sabah lah yang menjadi ujian undi pertama macam nie sehingga PTI dapat mykad Biru,benda dah berlaku sejak Berjaya lagi lah dan dalangnya UMNO/BN.Kan buku projec IC dulu ada dikeluarkan takan kau orang tak tau hal dalam negeri sendiri kot.

    ReplyDelete
  15. Kemukakan bukti pada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

    ReplyDelete
  16. Semoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya demi kepentingan semua pihak.

    ReplyDelete
  17. Paquin kau lupa Young Tek Lee menang di Mahkamah pasal undi hantulah kesnya ,aku rasa kau niekan bias kat UMNO tapi membutakan mata kepentingan hak Sabahan sendiri mungkin juga kau berketurunan PTI dah dapat mykad yulah kau membutakan mata pada fakta yang nyata tapi kau angap auta.Kesian Sabahan dah banyak anak cucu PTI menjadi warganegara malaysia seningga suara rayat peribumi ditengelami oleh PTI bermykad biru.

    ReplyDelete
  18. Semananjung tak taulah adakah tidak tapi utk Sabah,jangan cakap.Kepada Yg nak sangat BUKTI,beli buku yg ditulis oleh DRJ dan Mutalib MD.Ada lagi satu Ahli Perniagaan dari Skan yg mengaku terlibat dengan Projek ini.Nak bukti macam mana? Ramai PATI yg dah dapat IC,jika sesiapa yg tak pernah jumpa mereka ini,ertinya orang ini tidak prihatin dengan Tanah Air sendiri.

    ReplyDelete
  19. Di Kampung saya,ada pelbagai bangsa PATI.Semuanya ada IC,dah Melayu tak tuntas.Cakap lahir di Sabah tapi sebut IKANG,BUSKU...alahai,sedar2lah wahai sahabat2ku.Kasihani anak cucu yg bakal kita tinggalkan.

    ReplyDelete
  20. Orang Sabahan yang komen tekpernah dengar atau taktau hal ini aku rasalahkan mungkin keturanan PATI dah dapat mykad sebab kemana sehaja kita pergi diSabah niekan banyak kita tersempak PTI yang dapat IC masa kerajaan Berjaya (Dt. Harris Salleh)dan juga Labuan dah milik Persekutuan akibatnya.

    ReplyDelete
  21. Pengundi hantu sememangnya ada, ini tidak boleh dinafikan.

    ReplyDelete
  22. mcm betul juga kes ni, coz..ada setengah tempat atau daerah..di sabah juga... pejabat JPN..beroperasi pada hari cuti bagi membolehkan orang luar berurusan di pintu belakang.. apa maksud nya ni...Tak kan kita tidak tahu..cuti mana ada buka opis...Tapi kenapa masih buka dan ikut pintu belakang dan utk orang luar sahaja..apa maksud nya...

    ReplyDelete
  23. satu hari sya tanya kpd pekerja kontraktor...bila sampai di sabah..dia cakap baru 2 minggu..jadi tiada ic lah..tapi dia jawab, bos sudah urus...tunggu berapa hari lagi akan dpt lah ic, jawab pekerja tu..untuk makluman pekerja itu adalah orang baru bagi kontraktor yg kaya raya orang kuat UMNO..yg selalu banyak projek besar..semua pekerja nya adalah org PATI yg ada IC warna BIRU..Hebat nya...

    ReplyDelete
  24. alaaa...baru kamurang heboh...pasal ni... di sabah...dah beranak cucu cicit...PTI,yg ada IC Biru..Dorang lah yg kc penuh ni sabah..terutama p Hospital..sebab senang ja dpt IC. Dulu kwn sekolah sya bangsa pilipin, zaman BERJAYA, baru dtg p sabah, tapi senang2 dpt IC, 1 keluarga..kaya lagi tu, bapa dia kerja di pembalakan kimanis..hidup dorang lagi senang dpd kami org kampung tanam padi...Tidak lama cerita budak ni..dorang kena kc tanah lagi di kimanis, mcm2 lagi kemudahan utk dorang kena kc oleh kerajaan BERJAYA...punya siok bilang saya, masa tu sya masi kanak2 tidak tahu apa2dan belum memahami..yg sya tahu..dpt bantuan kerajaan kasut, pakaian dan susu sekolah gembira suda hati ibubapa...skg sya dengar kwn sya ini dah kerja di Jabatan Kerajaan..Bangun lah org SABAH...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.