Seorang bapa dari Beaufort yang membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Sabah Medical Centre (SMC) baru-baru ini kecewa dengan layanan seorang kakitangan di bahagian kaunter farmasi hospital swasta itu.
“Melalui pengalaman saya tempoh hari, kecemerlangan SMC dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat negeri Sabah telah tercalar dengan sikap seorang kakitanganmereka yang bertugas di Bahagian Farmasi,” ujar pengadu.
“Pada hari tersebut, saya telah membawa anak lelaki saya ke sana untuk mendapat rawatan bagi penyakit tuberculosis (tibi) yang dihidapinya. Segala proses rawatan dijalankan dengan lancar dan saya amat berpuas hati. Setelah selesai rawatan saya turun ke kaunter farmasi bagi membeli ubat untuk anak saya.”
“Apa yang amat mendukacitakan, seorang kakitangan yang hanya dikenali EL menunjukkan sikap biadap dengan enggan menjual ubat berkenaan kepada saya. Dia juga mempersoalkan tentang dos yang hendak diberikan tanpa mendengar penerangan dari saya terlebih dahulu. Saya telah terangkan bahawa segala fail masih lagi berada di kaunter doktor namun dia masih mempertahankan yang dia tidak boleh menjual ubat berkenaan lantaran ketiadaan rekod dos bersama saya pada ketika itu,” ujar pengadu lagi.
“Akhirnya, kakitangan berkenaan menghubungi staf lain yang berada di kaunter doktor tersebut dan terbukti segala rekod telah pun tertulis di sana. Setelah mendapati penerangan saya benar, dia keluar dari bilik farmasi dan memarahi saya dengan kata-kata yang begitu kurang sopan. Dia juga telah membuang rekod perubatan anak saya di kaunter dan beredar dengan ekspresi wajah yang marah. Dengan rasa kecewa yang amat sangat kami sekeluarga keluar dari SMC tanpa mendapat sebarang ubat.”
“Pada saya, kekukuhan SMC adalah terletak di tangan pelanggan yang datang mendapatkan khidmat dengan bayaran. Saya tidak kisah dengan kadar caj asalkan saya berpuas hati dengan layanan malahan pusat perubatan ini merupakan pusat perubatan swasta dan semestinya pelanggan harus menjadi keutamaan,” tambah pengadu.
“Kakitangan berkenaan tidak seharusnya berkasar dengan pelanggan meskipun berdepan dengan kesulitan. Dia sepatutnya bertanya dengan lembut atau menyuruh saya menunggu sebelum memeriksa dokumen yang diperlukan. Bagi saya, sikap kurang sopan EL dengan membuang kad laporan kesihatan anak saya adalah keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan.”
Kakitangan dari SMC ketika dihubungi ActionLine mengesahkan kejadian tersebut tetapi menyatakan mereka memerlukan masa untuk membuat siasatan sebelum membuat sebarang kenyataan. -NST
Saturday, March 26, 2011
Bapa kecewa dengan layanan seorang kakitangan SMC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kakitangan farmasi SMC ini sememangnya terlalu biadap terhadap pelanggan. Harap HR SMC akan memberi amaran kepada pekerja mereka.
ReplyDeletejika benar kakitangan SMC tersebut bersikap biadap, dia harus diambil tindakn tatatertib oleh pihak SMC. tindakannya hanya mencemarkan nama baik SMC.
ReplyDeletekenapa tidak komplen trus ke pihak SMC.Biar pihak SMC mengambil tindakan terhadap kakitangan tersebut.
ReplyDeletejika benar seperti dikatakan, kakitangan farmasi tersebut perlu dikenakan tindakan disiplin/tatatertib.
ReplyDeletekakitangan macam ni tidak patut dikekalkan, tindakan yang paling sesuai dan tepat ialah minta beliau berhenti serta merta..
ReplyDeleteKepada siapa2 yang bekerja dalam perkhidmatan harus memberi kerjasama dan memperlihatkan kesenangan untuk membantu orang ramai.
ReplyDeleteBudi bahasa adalah kepentingan kita dan sepatutnya tidak timbul perkara seperti ini.
ReplyDeleteIt is staff like that could spoil the image of the company.
ReplyDeleteDisciplinary action should be taken against her.
ReplyDeleteSetiap bulan sya akan datang ke kaunter farmasi untuk mengambil ubat & tidak pernah pula sya dilayan begitu...semua staff di kaunter farmasi itu layan sya dgn profesional...maybe encik yg complaint ni pun datang sana marah2 kot pasal harga ubat sangat mahal?
ReplyDeleteKakitangan tersebut patut dibuang kerja. Baru dia tahu.
ReplyDeleteSetiap bulan sya akan datang ke kaunter farmasi untuk mengambil ubat & tidak pernah pula sya dilayan begitu...semua staff di kaunter farmasi itu layan sya dgn profesional...maybe encik yg complaint ni pun datang sana marah2 kot pasal harga ubat sangat mahal?
ReplyDeletejangan cepat membuat keputusan pada pekerja...baik pihak atasan atau bawahan..mesti ada sebabnya dia berkelakuan begitu.orang ramai kena faham tugas mereka...salah ubat atau dos ubat boleh membawa maut....jadi siasat dulu baru buat keputusan.
ReplyDeleteselalu juga saya pigi SMC tapi tiada juga berlaku begini,mungkin pengadu terus2 marah dan staf farmasi tengah lapar.. itu yang berlaku begitu...kes ini betul2 agak terpencil
ReplyDeleteTak hairan juga lah kalau ada yang bertindak kasar, namanya juga manusia kan.. Jadi saya yakin semua yang berlaku pasti ada sebabnya.
ReplyDeleteApapun, hal ini mmg patut diberi perhatian sewajarnya bagi mengelakkan nama baik SMC terjejas.
ReplyDeleteSMC patut siasat sama ada dakwaan ini betul ataupun tidak sebelum mengambil tindakan.
ReplyDeletePatut bersikap profesional walaupun mungkin mempunyai masalah peribadi.
ReplyDeleteBuat apa bayar servis perkhidmatan yang mahal jika dilayan sedemikian.
ReplyDeleteSetiap tahun saya pigi health screening test di SMC,dulu di Likas, sekarang SMC baru di Damai,.Saya sangat puas hati dengan layanan mereka centik2 jelita gadis2 sunti petugas dengan senyuman manis menawan melayan saya. Ttpi kita mestilah datang sanapun dengan senyuman juga,..justru orangpun balas dengan senyuman manis dan layanan yang sangat memuaskan. Kalau ada trijedi penyebab kenapa berlaku seperti yg didakwah, maka ceritakanlah apa punca ianya berlaku supaya dapat dinilai oleh pembaca dan diberikan komen seadil-adilnya. Kita bukanlah membela mana-mana pihak, tetapi biar resional laporan dapat diselami dengan lebih halus dan memuaskan semua pembaca. terima kasih
ReplyDeletePatut siasat dahulu supaya kebenaran jelas dilihat.
ReplyDelete