Wednesday, March 30, 2011

Radioaktif Sudah Sampai Di Filipina & Korea Selatan

Radiasi akibat kerosakan reaktor nuklear Jepun, telah dikesani di Filipina.

Seperti diberitakan AFP, Kerajaan Filipina menyatakan tingkat radiasi itu belum membahayakan bagi manusia.

"Kami dapat mengesani isotop, tetapi kami meminta masyarakat untuk tidak panik," kata Tina Cerbolis, jurucakap Institut Nuklear Filipina, kepada AFP.

"Radiasi dalam jumlah yang kecil itu berada di udara," katanya.

Institut mengumumkan laporan tersebut pada hari ini dan menyatakan radiasi yang berasal dari reaktor nuklear di Fukushima Jepun telah merebak sejak terjadi kerosakan akibat gempa dan tsunami pada 11 Mac lalu.

"Pemantauan keadaan lingkungan untuk mengetahui tingkat radiasi dilakukan di seluruh dunia, termasuk Filipina, yang mengesani isotop radioaktif dalam jumlah yang kecil, dari reaktor nuklear Fukushima, dan tidak berpengaruh pada tubuh manusia," seperti disebutkan dalam laporan itu.

Cina dan Korea Selatan yang berjarak lebih dekat ke Jepun, juga melaporkan adanya iodin 131 radioaktif yang dikesani di wilayah mereka, dan menyebutkan keadaan itu tidak berbahaya bagi manusia.

Sementara jarak Filipina adalah sekitar 2,500 km dari reaktor nuklear Jepun.

15 comments:
Write comments
  1. Walaupun tidak berbahaya, namun inilah salah satu kesan daripada tenaga nuklear.

    ReplyDelete
  2. Apapun harap semuanya akan selamat.

    ReplyDelete
  3. OMG!!!! Harap2 M'sia tidak kena ni.

    ReplyDelete
  4. harap langkah yang sewajarnya dapat diambil bagi mengelakkan keadaan menjadi teruk.

    ReplyDelete
  5. harap keadaan akan dapat dikawal dengan segera.

    ReplyDelete
  6. Kita hanya dapat berharap keadaan tidak akan bertambah teruk tetapi akan beransur pulih.

    ReplyDelete
  7. Rakyat jangan panik kerana pasti kerajaan sudah mengatur apa yang harus dilakukan.

    ReplyDelete
  8. Hopefully its under control.

    ReplyDelete
  9. Informasi dari masa kesemasa perlulah ada bagi isu radiasi ini.

    ReplyDelete
  10. Walaupun masih dalam peringkat yang kurang berbahaya, rasanya semua pihak harus berhati-hati.

    ReplyDelete
  11. Pemantauan harus sentiasa dibuat bagi memastikan perkembangan mengenai hal ini sentiasa diketahui.

    ReplyDelete
  12. Mungkin ia akan tersebar kepada Malaysia juga.

    ReplyDelete
  13. nampaknya radiasi dari jepun kini makin merebak.

    ReplyDelete
  14. Kita harus berjaga-jaga dengan keadaan sekarang ini. Radiasi dari jepun semakin merebak.

    ReplyDelete
  15. Jepun sebolehnya berusaha mengawal kerosakan reaktor nuklear mereka dan negara-negara jiran pula perlu berwaspada dengan radiasi yang sudah tersebar ke Korea Selatan dan Filipina.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.