Arahan 'tutup mulut' telah dikeluarkan kepada kakitangan akhbar New Sarawak Tribune berikutan penggantungan  tugas editor eksekutifnya, Paul Si berhubung sebuah artikel pada 30  Ogos lalu yang dikatakan tidak disenangi oleh Ketua Menteri sarawak, Tan  Sri Abdul Taib Mahmud.
Menurut sumber, kakitangan  berkenaan diarahkan supaya 'tutup mulut' berhubung penggantung ke atas  Si itu dan ia dipercayai adalah atas arahan anak perempuan bongsu Taib - Hanifah.
Hanifah  dilaporkan mencaci editor kanan dan pengurusan akhbar berkenaan pada  mesyuarat lewat petang Isnin lalu berhubung artikel berkenaan yang  berlarutan sehingga keesokan hari.
Hari berikutnya, yang kebetulan Hari Kemerdekaan, Si digantung tugas. Dia enggan mengulas apabila dihubungi hari ini.
Semuanya  gara-gara tindakan Si yang memilih laporan berjudul 'Adakah Taib Mahmud  sekadar mahu menguji?' yang dibekalkan oleh Bernama sebagai tajuk  halaman utama akhbar itu.
Laporan itu memetik pendapat  penganalisis politik yang mempersoalkan motif Abdul Taib mengumumkan  kesediaannya melepaskan jawatan ketua menteri menjelang pilihan raya  negeri akan datang yang mesti diadakan sebelum Jun tahun depan.
Menurut  mereka yang diwawancara Bernama, Abdul Taib tidak mempunyai niat untuk  mengundurkan diri setelah memegang kuasa selama 29 tahun dan tawarannya  itu dilihat cubaan untuk memancing sokongan daripada pemimpin tempatan.
Dalam  perkembangan berkaitan, ahli lembaga pengarah Sarawak Tribune, James  Ritchie menafikan laporan bahawa beliau telah dilucutkan daripada  jawatannya sebagai 'penasihat editorial' berhubung penerbitan artikel  itu.
Ritchie juga berkata beliau sangsi jika Abdul Taib secara langsung ataupun tidak - terbabit dengan keputusan menggantung Si.
“Ketua  menteri mempunyai dasar tidak campur tangan. Saya sangsi dia secara  peribadi terlibat dengan keputusan memecat sesiapa di the Tribune,”  katanya, ketika dihubungi.
Khamis lalu sebuah portal berita melaporkan bahawa Ritchie telah dipecat berhubung penyiaran artikel berkenaan.
The Tribune dilancarkan semula dengan penjenamaan baru pada 19 Mei tahun ini dan dirasmikan oleh Abdul Taib.
Akhbar  berbahasa Inggeris paling tua di Sarawak itu pernah digantung pada 9  Februari 2006 kerana menerbitkan semula karikatur kontroversial yang  menghina Nabi Muhammad SAW.
Pihak pengurusan akhbar berusia 61  tahun itu kemudiannya mengambil keputusan untuk menutup akhbar berkenaan  meskipun arahan penggantungan itu kemudiannya ditarik balik. Mereka  sebaliknya menerbitkan Eastern Times.
Edisi terakhir Eastern Times diterbitkan pada 19 Mei, iaitu sehari selepas Sarawak Tribune berada di pasaran semula.
Akhbar  itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Abdul Taib. Ia adalah anak  syarikat Naim Cendera Holdings Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Hamed  Sapawi.
Abdul Hamed adalah sepupu Abdul Taib dan mengikut majalah  Forbes, beliau adalah dalam senarai 40 orang paling kaya di Malaysia.  -MK
Monday, September 6, 2010
Kakitangan Sarawak Tribune diarah 'tutup mulut'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




menerima kritikan lebih baik dari menyekat kritikan. tindakan itu tetap menjejaskan reputasi KM sarawak.
ReplyDeleteApa pun, berikan berita yang terbaik kepada rakyat dab penuh dengan kebenaran dan fakta.
ReplyDeleteMemang mengecewakan kita, kenapalah hendak bergaduh tentang ini.
ReplyDeletesama ada benar atau tidak, harus diteliti dan disiasat secara terperinci bagi mengelakkan salah faham.
ReplyDeletenamun seperti yang Nurul katakan di atas, berita yang disampaikan adalah fakta dan benar..
ReplyDeleteMedia bertanggung jawab mengeluarkan kenyataan yang betul and berfakta.
ReplyDeleteSusah. Poor Sarawakian.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemedia hnya menjalankan peranannya dalam memberi info kepada pembaca, namun, media hendaklah melaporkan berita yang benar dan berfakta.
ReplyDeleteperanan media memberikan maklumat kepada orang ramai, tapi biarlah maklumat yang diberi adalah benar.
ReplyDeleteThe readers deserve to know the truth.
ReplyDelete