KERAJAAN Negeri Sabah berkemungkinan akan mengikuti langkah negeri Perak yang mengharamkan ‘Plumbum’ jika mendapati dasar dan perundangan yang diguna pakai di Perak serasi dengan Sabah.
Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, ketika dihubungi Sabahkini.net berkata pihaknya masih dalam peringkat kajian dan telah mengambil langkah berjaga-jaga ekoran penggunaan meluas bateri asid plumbum di sekolah rendah luar bandar Sabah.
“Kita sedang meneliti dasar dan perundangan yang digunapakai di Perak bagi menentukan sama ada perundangan yang serupa boleh dilaksanakan di Sabah,” ujar Masidi yang begitu mengambil berat isu pencemaran alam sekitar yang semakin serius, sekalipun agak mula terkawal di Sabah.
Sebagai permulaan, kata Masidi, kementeriannya telah mengadakan Bengkel/Seminar mengenai masalah dan langkah-langkah menangani sisa elektronik (E-Waste) pada tahun lepas.
“Sebagai langkah susulan, pegawai-pegawai di Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS-Sabah) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS-Persekutuan) sedang meneliti perundangan yang sedia ada dengan mengambil kira rumusan Seminar E-Waste di Kota Kinabalu tahun lalu.
Kata Masidi, mereka juga telah diarah pergi ke Perak untuk melihat sendiri pelaksanaan undang-undang yang digubal di negeri itu.
“Kesimpulan dan penemuan-penemuan ini akan dijadikan asas untuk mencadangkan peraturan-peraturan yang serupa di negeri ini,” ujar Masidi yang meyakini bahawa Kerajaan Negeri Sabah akan mengikut langkah Perak apabila kajian akhir selesai dalam waktu terdekat.
Masidi bagaimanapun berkata, buat masa ini pihaknya bekerja rapat dengan JAS untuk menjalankan kajian rapi dan mengambil tindakan susulan berhubung laporan Sabahkini.net sejak kebelakangan ini.
“Bidang penguatkuasaan di bawah jurisdiksi JAS, jadi kita hanya membantu demi kepentingan rakyat Sabah,” ujar Masidi yang tidak ingin menyentuh modus operandi penguatkuasaan Akta Alam Sekeliling yang begitu longgar di Sabah.
Mengikut kajian Sabahkini.net, Sabah menjadi pusat lambakan bateri asid plumbum daripada Bekalan Elektrik Solar dan Solar Hibrid Luar Bandar serta menara telekomunikasi sejak 1980-an, namun 58,000 metrik tan sisa plumbum dibuang ke laut dan ditanam ke dalam tanah sehingga menimbulkan impak kepada alam sekitar dan ekosistem.
Kajian Pusat Racun Negara dengan Kerjasama Yayasan Sabah terhadap Kanak-Kanak Tadika di Pantai Barat Sabah, termasuk Ranau pada 1996 mendapati kandungan logam berat plumbum dalam darah kanak-kanak berkenaan begitu tinggi sehingga boleh menyebabkan pelbagai radang, penyakit dan boleh mengakibatkan cacat mental dan fizikal serta boleh membawa maut.
Oleh: MUTALIB M.D
Tuesday, March 1, 2011
SABAH AKAN HARAMKAN PLUMBUM?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lebih baik kalau plumbum diharamkan dan menggunakan tenaga alternatif.
ReplyDeletepenggunaan plumbum amat berbahaya terhadap kesihatan kita. lebih baik ia diharamkan.
ReplyDeleteBaguslah tue plumbum diharamkan. Utamakan kesihatan rakyat!
ReplyDeletebaguslah jika Sabah ingin mengharamkan plumbum jika ianya memberikan kesan bahaya.
ReplyDeleteadalah lebih baik jika penggunaan plumbum digantikan dengan sumber tenaga lain yang lebih mesra alam.
ReplyDeleteKita tunggu saja, kerajaan telah mengkaji mengenai perkara ini. Sebaiknya keputusan haruslah secepat yang mungkin.
ReplyDeleteJika benar ia boleh menjejaskan kesihatan, maka memang perlu Sabah mengikuti Perak yang mengharamkan pengunaan plumbum. Free from Plumbum..Kita nantikan keputusan yang akan diterima.
ReplyDeleteJika diharamkan di Sabah, jadi apa cara lagi kerajaan perlu lakukan bagi menyelesaikan masalah elektrik di kawasan pendalamab??Harap kerajaan akan merancang sesuatu yang terbaik.
ReplyDeletemasalah ini tidak boleh ditangguh dan rakyat Sabah tidak boleh bertolak ansur kerana ia melibatkan nyawa penduduk dan generasi muda kita.
ReplyDeleteSemoga ia akan terlaksana.
ReplyDeletekita boleh gunakan bateri lithium polymer yang lebih bersih dan bersifat mesra alam. bateri ini juga boleh dikitar semula terus daripada kilang.
ReplyDeleteLead causes damage to the people.
ReplyDeletePlumbum boleh menyebabkan kecacatan otak.
ReplyDeleteHope that the government will stop using these harmful and polluting method.
ReplyDeleteThe radiation from lead can cause mutation to humans and wildlife, even more so when the lead waste are not handled properly.
ReplyDeleteI hope it will be materialized.
ReplyDeleteJangan perdagangkan hidup manusia di sekolah2.
ReplyDeleteHaramkan penggunaan plumbum kerana ia mendatangkan banyak kesan -ve.
ReplyDeleteWalaupun keadaan di Sabah menngenai isu ini masih terkawal, rasanya memang perlu isu ini diberi perhatian sewajarnya.
ReplyDeleteSemoga penantian terhadap hasil kajian di Perak membuahkan hasil. Mana tau langkah yang digunakan dapat menanggani isu ini.
ReplyDeleteSemua pihak harus bekerjasama dalam usaha menyelesaikan perkara ini. Pastikan keselamatan sentiasa diutamakan.
ReplyDeleteSama2 lah kita mengharap yang terbaik dalam hal ini. All the best!!
ReplyDeleteHope that they do it soon.
ReplyDelete