Wednesday, March 9, 2011

300 keluarga bantah kenaikan tarif elektrik

Seramai 300 keluarga mangsa kebakaran Kampung Muslim, yang kini ditempatkan di kem penempatan sementara Kampung Kiansam di Labuan, membantah kenaikan tarif elektrik yang dikenakan oleh syarikat swasta yang dilantik oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mereka mendakwa akibat kenaikan tarif itu, mereka tidak mampu lagi membiayai bil elektrik setiap bulan yang jumlahnya mencecah puluhan ribu ringgit dan tidak lagi menerima bekalan elektrik sejak pertengahan Januari lalu.

Mereka adalah mangsa kebakaran Kampung Muslim pada Mei 2009, iaitu sebuah penempatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), ketika ditemui Bernama di Labuan, merayu MKN agar dapat menimbang untuk menarik balik pelantikan syarikat swasta, C3 Power (M) Sdn Bhd.

Wakil dilantik MKN, Sahadan Binsuy, 42, berkata hampir semua mereka mendapat taraf kewarganegaraan dan memiliki MyKad.

"Biasanya setiap bulan kami hanya membayar kira-kira RM30,000 melalui satu meter Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan selepas diambil alih pengurusan bil oleh pihak swasta itu, ia berganda 100 peratus dan kini membayar lebih RM60,000 setiap bulan," katanya.

Katanya, apa yang menyebabkan ketidakpuasan hati mereka adalah kenaikan mendadak bil elektrik bulanan berikutan "caj yang dikenakan untuk setiap barangan elektrik" dan bukan berdasarkan penggunaan.

Caj elektrik untuk setiap barangan seperti radio adalah RM11 setiap bulan, telefon rumah (RM11), lampu dan kipas (RM16), mesin cuci (RM26), pemasak nasi (RM41) peti sejuk (RM36) dan lain-lain dengan kadar yang tidak munasabah.

Bernama dalam satu temu bual telefon dengan Setiausaha Keselamatan negeri MKN Labuan Ichwan Fiska Rimaya Musly Thahar, menjelaskan bahawa pihak SESB pada dasarnya enggan untuk "membuat pengurusan" bil bagi kesemua keluarga, tanpa memberi penjelasan lanjut.

Oleh yang demikian, pihak MKN melantik syarikat berkenaan untuk mengurus bil bagi pihak MKN untuk SESB.

Bagaimanapun, pegawai MKN berkata tarif elektrik yang dikenakan oleh pihak syarikat yang dilantiknya adalah berdasarkan kelulusan Suruhanjaya Tenaga.

- Bernama

20 comments:
Write comments
  1. Bil elektrik berpuluh ribu ringgit? Kenapa boleh tinggi sampai macam tu?

    ReplyDelete
  2. Mungkin perkara ini akan lebih jelas jika SESB memberi kenyataan mereka.

    ReplyDelete
  3. bil tersebut mencapai puluhan ribu kerana ia menggunakan satu meter sahaja bagi kegunaan seluruh penduduk kampung.

    ReplyDelete
  4. apapun kenaikan harga tarif ini tak perlulah hingga begitu mendadak.

    ReplyDelete
  5. Bnyknya tu. Da la mangsa kebakaran kna byr bil eletrik yg bnyk pla tu. kesian. Duit bkn senang nk cr. Pjelasan harus dberi kpd mereka ini.

    ReplyDelete
  6. harap pekara ini dapat diberikan perhatian. bil yang terlalu tinggi boleh membebankan keluarga yang terbabit.

    ReplyDelete
  7. Huh, why the sudden increase of electricity bills???

    ReplyDelete
  8. SESB should provide the people an explanation regarding this matter.

    ReplyDelete
  9. Kenapa kenaikan mendadak ini berlaku??penjelasan mesti diberikan.

    ReplyDelete
  10. maknanya keputusan yang dibuat oleh MKN dengan melantik syarikat lain bagi mengurus bil bagi pihak MKN untuk SESB adalah tidak tepat. bagaimana mereka boleh membuat keputusan tanpa mengkaji impaknya terlebih dahulu. semakin tinggi tingkat pengurusan semakin tinggi juga kos bakal dikenakan/ditanggung. dalam masa mereka membayar kepada pihak yang melantik mereka, sudah tentu mereka juga ingin mendapatkan keuntungan. saya harap ada penyelesaian selepas ini bagi mengurangkan beban penduduk kampung tersebut..

    ReplyDelete
  11. tida payahla ba susah-susah, kasi putus saja ba tu karan. durang ni pun bukan org malaysia tulin, pelipin IC projek ba durang ni, masa kebakaran tu berapa juta duit JKM pakai untuk durang makan? dpt bantuan lg dri kemntrin wilayah.. lepas tu kena bg rumah lg tmpt tingal yg skrg ni la, bekas rumah navy lepas navy kena pindah di sepanggar.. pelipin di piara..urg local tida di peduli.. apa punya 1 malaysia

    ReplyDelete
  12. uiikks na.. macam mana juga bil boleh sampai setinggi itu??? hhmm

    ReplyDelete
  13. Perkara ini harus disiasat dan penjelasan haruslah diberikan bagi mengurangkan ketengangan yang berlaku.

    ReplyDelete
  14. It sounds like they just obtained their citizenships.

    ReplyDelete
  15. apasal temapat2 penempatan UNHCR ni selalunya jadi sarang pengedaran dadah? seperti di Kinarut, di Kg Muslim ni juga merupakan sarang pengedaran dadah

    ReplyDelete
  16. Naik 2 kali ganda? Adoi membebankan sungguh.

    ReplyDelete
  17. "Wakil dilantik MKN, Sahadan Binsuy, 42, berkata hampir semua mereka mendapat taraf kewarganegaraan dan memiliki MyKad."

    Hampir semua? Mereka bukan warganegara asal rupanya........ Banyak lagi perkampungan pedalaman yang belum dapat elektrik...

    ReplyDelete
  18. Penduduk kampung kiamsam ni merupakan warga labuan juga, patut di tolong. Mereka merupakan mangsa kebakaran, tidak perlulah dibebankan lagi dengan caj elektrik yang tidak munasabah. Kenapa pihak2 tertentu menjadikan mereka ni sebagai 'lubuk emas' kepada tokey2 kaya??? MKN terlibat sama ke?

    ReplyDelete
  19. Caj elektrik untuk setiap barangan seperti radio adalah RM11 setiap bulan, telefon rumah (RM11), lampu dan kipas (RM16), mesin cuci (RM26), pemasak nasi (RM41) peti sejuk (RM36) - Persoalannya, kenapa syarikat swasta ni boleh wujud di malaysia? Syarikat ni hanya menambahkan lagi derita orang2 miskin di Malaysia...

    ReplyDelete
  20. Siasat syarikat swasta ini, tidak wajar menaikkan caj elektrik tanpa sebab yang munasabah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.