KERAJAAN Barisan Nasional (BN) terutama sekali para wakil rakyatnya digesa agar bertanggung jawab terhadap pelbagai janji pembangunan yang pernah mereka janjikan kepada rakyat di sesuatu kawasan ketika mereka berkempen dalam pilihanraya umum kali ke-12 lalu seterusnya mengambil langkah langkah serius untuk menunaikan janji mereka itu sebelum Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar untuk PRU13 sepertimana yang diwar-warkan ketika ini.
Gesaan tersebut dinyatakan Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah ketika memberitahu Sabahkini.net sempena majlis rumah terbuka Krismas di kediamannya di Taman Tensan, Tenom, baru-baru ini.
“Kita juga gembira apabila jambatan Binaie sedang dalam pembinaan ketika ini walaupun kita hampir kecewa kerana janji pembinaan sudah tersasar lebih tiga tahun. Bagaimana pun kita berharap agar janji pembinaan pekan kecil Melalap dapat direalisasikan dalam tahun 2011 ini juga,” kata Jimmy.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa janji-janji pembangunan pesat Koridor Pembangunan Sabah (SDC) khususnya di wilayah tengah yang menfokuskan kawasan pedalaman meskipun perancangan dalam kertas SDC memang baik malah ia dilihat sebagai satu anjakan ekonomi kawasan pedalaman namun persoalannya bilakah ia mula dilaksanakan.
Jimmy yang juga Pengerusi CLC Tenom turut menegaskan bahawa selain mereka (BN) pernah menjanjikan pembangunan bersaiz besar akan dilaksanakan namun pembangunan kecil-kecilan terutama sekali pembangunan infrastruktur yang dimusnahkan oleh bencana alam sekitar 2008, 2009 dan awal 2010 masih belum dibaiki lagi.
“Kita bersimpati bila rakyat meluahkan perasaan mereka kerana seolah-olah mereka dianaktirikan dari segi pembangunan. Sebagai contohnya, rumah kebudayaan yang ada di antaranya, atap bumbung diterbangkan oleh angin kencang dan tidak kurang juga ada yang hampir roboh tetapi terus terbiar walaupun JKKK di situ berulangkali meminta peruntukkan pembaikan,” tegas beliau.
Dalam pada itu, Jimmy menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk memperkecil- kecilkan kewibawaan kerajaan BN dalam mentadbir negeri ini dan seterusnya kebertanggungjawaban pembangunan di seluruh kawasan, tetapi janji mereka mendahulukan rakyat sudah tidak bermakna lagi jika rakyat terus dikebelakangkan dalam serba-serbinya.
“Saya berani berkata semua itu kerana rakyat sering mengadu kepada saya sama ada secara lisan atau ‘SMS’ berhubung perkara perkara kepalsuan janji mereka sedangkan mereka adalah kerajaan yang bertanggung jawab soal pembangunan,” tambahnya lagi. -sabahkini.net
Wednesday, January 5, 2011
53 Tahun Selepas Merdeka, Gagalnya BN Di Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kenalah tulis yang baik dan buruk supaya adil. Di mana mereka gagal, cuba senaraikan tapi jangan lupa senaraikan apa yang mereka berjaya melakukan.
ReplyDeletesetuju dengan Hasssan..kenalah tulis baik dan buruk barulah adil.
ReplyDeleteSabah telah banyak mengalami perubahan yang positif. namun, masih banyak lagi yang perlu dilakukan. semoga Sabah akan menjadi lebih maju pada masa akan datang.
ReplyDeletemmg masih terdapat lagi kawasan yang mundur di sabah, namun pembangunan tetap akan dilaksanakan.
ReplyDeleteBanyak perubahan dapat dilihat berbanding tahun2x yang lalu. Dari aspek mana yang telah BN gagal di Sabah???
ReplyDeleteKalau BN gagal di Sabah, kenapa masih banyak rakyat sabah undi BN?? Ini bermaksud majoriti rakyat sabah masih percaya dengan kebolehan BN.
ReplyDeleteApapun, saya berharap BN akan tingkatkan usaha mereka untuk membangunkan Sabah. Jangan kecewakan rakyat yang selama ini menyokong BN.
ReplyDeleteThere is still many parts that needs improvement. I agreed with Hassan that both the Pros and cons should be covered so that it will not be biased.
ReplyDeletebukan mudah sebuah kerajaan memuaskan hati 29 juta rakyat Malaysia lebih2 lagi dengan wujudnya peranan pembangkang yang sentiasa menggagalkan usaha kerajaan serta memburukkan nama kerajaan. jika ada janji2 yang tidak dapat ditunaikan, sepatutnya pemimpin atau wakil rakyat dikawasan itu yang perlu dipertanggungjawabkan serta tampil menjelaskan perkara tersebut.
ReplyDeletedengan pembangunan dan kemajuan yang telah kita nikmati hari ini, tidaklah menunjukkan bahawa BN gagal di Sabah. pembangkang hanya terdesak menggunakan isu ini memandangkan mereka sedang ketandusan isu dan tidak ada kelebihan dipihak mereka yang boleh diketengahkan.
ReplyDeletebyk jg pembangunan yang telah dilaksanakan oleh BN di Sabah. kita sendiri dpt melihatnya.
ReplyDeleteSelama ini, saya menyokong BN. Sehingga hari ini, saya tetap berdiri di sisi BN. Harap BN dapat nampak keiklasan saya dengan sokongan yang saya akan memmberi seterusnya. Saya percaya BN akan memajukan BN.
ReplyDeleteBukan gagal tapi ke arah kemajuan. Benda tidak akan dapat diselesaikan dengan sekelip mata sahaja. Perlu ada proses untuk kita membanggun. Namun tidak dinafikan disabah masih banyak lagi yang perlu dilakukan, tapi dalam masa yang sama, telah banyak pembahruan yang dilakukan oleh BN sepanjang pemerintahan mereka.
ReplyDeletejanji2 yang telah dibuat pada masa pilihanraya haruslah ditunaikan..kini adalah masanya untuk menunaikan janji2 tersebut.
ReplyDeletejika ada sebarang masalah maka haruslah dirujuk kepada agensi2 kerajaan berkaitan serta wakil2 rakyat..jika merujuk kepada pembangkang, maka kerajaan tidak akan tahu masalahnya..lagipun, apa yang pembangkang boleh lakukan untuk menyelesaikan masalah yang timbul?
ReplyDeleteselama BN memerintah di sabah banyak rancangan2 pembangunan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan..hanya masa sahaja yang menentukan..
ReplyDeletenamun begitu, masalah2 yang berkaitan dengan kebajikan rakyat harus diberi keutamaan..wakil2 rakyat haruslah peka kepada segala permasalahan yang berkaitan dengan kebajikan rakyat dan perlu diselesaikan segera..
ReplyDeletediharapkan pembangunan di sabah akan terus dilaksanakan untuk rakyat dan negeri.
ReplyDeleteTak dinafikan ada yang gagal atau belum terlaksana namun mustahil juga kalau takda yang berjaya dilakukan kan.. hehe
ReplyDeleteJika dilihat secara positif pun banyak perakara yang telah berjaya dilakukan cuma masih perlu ditambah dan dipertingkatkan..
ReplyDeleteJadi saya harap BN akan terus berusaha berjuang utk membangunkan negeri Sabah dan memenuhi setiap janji yang telah ditabur.
ReplyDeleteApapun terpulanglah pada setiap individu untuk membuat penilaian. Lain orang lain pandangannya, cuma pastikan penilaian itu dibuat secara adil :)
ReplyDeleteSo, sama2 lah kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku seterusnya:)
ReplyDeleteDig out your weaknesses.
ReplyDeleteMaka adalah penting untuk meningkatkan prestasi dengan baik.
ReplyDeleteSemamangnya masih ada banyak lagi yang harus dilakukan oleh kerajaan.
ReplyDeleteJika kita bandingkan dengan semanjung Sabah masih ketinggalan jauh dari semua segi dan dianak tirikan sedangkan hasil minyak sabah yang kedua selepas Terangganu... kenapa jadi begini fikirkanlah wahai rakyat sabah?
ReplyDeleteYeah, I have the same feeling too.
ReplyDeleteItu mungkin hanya kata-kata dari pembangkang, tapi yang sebenarnya kerajaan telah berusaha untuk menaiktarafkan sesuartu tempat dengan cara berperingkat.
ReplyDeleteMemang kerajaan akan melakukan yang terbaik. Kita tidak pasti di mana pembangunan yang dilakukan. tapi apa yang kita nampak sendiri kebanyakkannya adalah ditumpukan dibahagian bandar. Oleh itu, diminta kerjaan cuba untuk menumpukan pembangunan seterusnya dikawasan Luar bandar. Yang utama sekali ialah jalan perhubungan seperti jalan raya.
ReplyDeleteSetakat melihat pengaruhnya di Sabah pun kita tahu bahawa banyak lagi yang harus dilakukan.
ReplyDeleteWake up!!
ReplyDeletesetelah 50 tahun...sabah masih ketinggalan. Sabah yang kaya dengan hasil bumi dan minyak sepatutnya sebuah negeri yang kaya sekarang. Kalau ditadbir dengan cekap dan amanah sudah pasti sabah lebih maju dari sekarang. Sudah- sudahla bagi peluang kepada pengaut- pengaut kekayaan & yang berkepentingan peribadi.
ReplyDeleteKamu semua diatas ini menulis hanya melihat Dapur dan Periuk Nasi kamu sendiri. Dan Selepas itu kamu pergi dijalan-jalan raya yang sama macam depan rumah kamu sendiri (Cantik tidak berlubang), Dan Lihat Banggunan dan kampung-kampung yang berdekatan dengan kamu yang dimana rumah-rumah dan kehidupan mereka sama sperti kamu sahaja dan dari situlah kamu membuat penilaian.
ReplyDeleteKita Sedih Mejoriti Penduduk SABAH Dungu Dan Bodoh Takut Bersuara.
Dan Jika yang berani bersuara pula hanya tahu meminta-minta tapi tidak tahu untuk membina sebuah idealogi ekonomi kemudian dijadikan realiti agar SABAH juga boleh menjadi hub gergasi ekonomi di Borneo agar dapat menguasai laluan Eksport ke Cina, Jepun, America dan Kalimantan Sumatera indonesia. (Tapi Sayang SABAH sentiasa dalam DILEMA)
SABAH KORIDOR??? Idealogi ini sudah tenggelam bersama PakLah.
Butakah kamu? Bukalah Mata dan Lihat dan jangan mudah menerima kata-kata manis dari sesiapa saja yang memerintah SABAH lebih-lebih lagi BN. Itupun jika benarlah kamu ini ada Semangat patriotik untuk melihat SABAH ini tidak hanya ditabur janji bukan saja oleh Parti BN malah akan datang Pembangkang juga akan bersikap demikian.
Lihatlah dengan teliti. Pembanggunan Di SABAH ini Lembab. SABAH ini dibuat seolah-olah Kanak-kanak berusia 4-5tahun diberi gula-gula kemudian dijanjikan dengan perkara-perkara menarik dan selepas itu dilambat-lambat kan (PRU akan datang baru dilaksanakan-itupun ditangguh lagi sampai mungkin 3 ke 4 kali PRU akan datang). Padan Muka Orang SABAH!!
Jambatan Lingkaran Highway Depan Lapangan Terbang KK pun yang jaraknya tidak sampai beberapa kilometer masih tidak siap? (Lagi SABAH DILEMA)
Terimalah Hakikat bahawa jika adapun pembanggunan Di Sabah ianya Hanyalah Sedikit (Hanya Banggunan Tinggi yang tidak berpenghuni) dan tidak setimpal dengan Aset SABAH yang kemudian akan Diberikan kepada Kerajaan Pusat kemudian sifatnya akan disebut pembayaran Cukai dan Hutang?
Tidakkah PM boleh bersuara kepada KM (Musa Aman) tentang perkara ini? kenapa PM terus membisu? kenapa biarkan isu begini dijadikan sajian kepada Pembangkang? Jawapannya mudah. SABAH ini Tempat mereka dan sekutu-sekutu Memerah Hasil Susu seperti anda memerah susuh getah.
There is more to improve on.
ReplyDeleteAbshan:- saya bersetujuh dengan hujah anda
ReplyDeletemelalui komen-komen yg terpapar, saya dapati ramai diantara mereka adalah PRO-Be ENDs. menyokong membabi buta, dah 52 tahun memerintah kenapa masih dikategorikan negeri paling miskin. kemana perginya hasil balak, royaliti minyak dan sumber-sumber yag lain. sendiri mau ingatlah.....masih dibawah ketiak BN....hahahahaahahahahahaha
Kerajaan masih perlu berusaha lagi.
ReplyDelete