Besar kemungkinan Pertembungan antara wanita berlaku di Tenang apabila BN dikatakan akan mengemukakan calon wanita manakala PAS juga mempertimbangkan dua calon iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.
"Mesyuarat hari ini telah membuat keputusan calon yang akan mewakili PAS tetapi ianya hanya akan diumumkan 16 Januari ini di Tenang," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Katanya, mesyuarat telah memilih salah seorang dari dua calon yang telah disenarai pendek oleh PAS Johor iaitu seorang dari Pemuda dan seorang lagi dari Muslimat PAS.
PAS hari ini mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Ini adalah mesyuarat pertama yang diadakan disitu selepas bangunan itu mengalami kebakaran kecil hujung tahun lalu.
Antara agenda mesyuarat hari ini adalah mempertimbangkan calon untuk pilihan raya kecil Tenang bagi mewakili Pakatan Rakyat.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 19 Disember lalu di Pulau Pinang telah memutuskan calon PAS akan mewakili Pakatan rakyat dalam pilihan raya kecil ini.
Menurut sumber media, BN akan meletak calon wanita dalam pilihan raya kecil ini. Ia dikaitkan dengan lobi MCA. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah bekas anggota Parlimen Labis manakala dalam pilihan raya umum lalu anak beliau menjadi calon BN dan menang.
PAS Johor pula telah menghantar dua calon, seorang lelaki dan seorang wanita untuk dipilih oleh pucuk pimpinan PAS dalam mesyuarat hari ini.
Sebelum ini, lima nama disebut-sebut untuk dipilih sebagai calon PAS.
"Kita telah pilih salah seorang dari dua calon yang dikemukakan oleh PAS Johor itu," kata Mustafa kepada Harakahdaily hari ini.
PAS dijangka akan memaklumkan keputusan ini kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dalam pertemuan menjelang ceramah dan solat hajat di Stadium Melawati malam ini. -harakahdaily
Tuesday, January 11, 2011
PRK Tenang: Wanita Lawan Wanita?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lelaki ataupun perempuan bukan faktor kemenangan. Yang penting adalah kemampuan dan keikhlasan.
ReplyDeletetidak kisah lelaki atau wanita, tapi pastikan calon tersebut benar-benar mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik.
ReplyDeletepastikan persaingan berlaku secara adil. semoga yang terbaik akan menang nanti.
ReplyDeletekena pastikan calon yang dipertandingkan benar2 tepat dan dpt diterima rakyat.
ReplyDeleteberhati2 ketika meletakkan calon. kadang2 ia boleh mempengaruhi pendirian penduduk untuk membuat pilihan.
ReplyDeleteKita tengok apa yang akan berlaku nanti. Siapakah yang akan dipilih untuk mencaloni parti masing-masing.
ReplyDeleteHarap calon yang terbaik akan diberikan sokongan.
ReplyDeleteWomen should play bigger roles in politics.
ReplyDeletePasti menarik PRU kali ini.
ReplyDeleteSetiap parti perlu menghantar calon yang terbaik untuk bertanding pada pilihan raya itu nanti.
ReplyDeleteYang penting calon itu berpotensi.
ReplyDeleteApapun diharap mereka akan dapat bersaing dengan parti lain.
ReplyDeleteBukan jantina menjadi ukuran tetapi, kewibawaan seseorang itu.
ReplyDelete