Sunday, January 30, 2011

SAPP SUDAH MULA GERAK JENTERA

NAIB Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah memberitahu bahawa jentera bahagian parti itu di Tenom sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya mengejut akan diadakan pada bila-bila masa sepertimana khabar angin yang kini bertiup kencang pada ketika ini.

Tegasnya, sebelum ini pun bahagian itu sudah menggerakkan jentera pilihanrayanya yang bermula awal tahun ini; antaranya program ‘masuk kampung’, satu-satunya program yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Program tersebut, tegas Jimmy merupakan satu kerangka khas untuk menyalurkan idelogi parti berhubung misi dan visi termasuk perjuangannya untuk mengembalikan kuasa autonomi demi menjaga hak-hak asasi rakyat di negeri Sabah.

“Kita mahu rakyat benar-benar memahami perjuangan SAPP dan tidak mahu melihat rakyat dipesongkan lagi dengan pelbagai isu yang diputarbelitkan termasuk mengelakkan mereka terperangkap dengan janji-janji semanis madu lebah yang diungkapkan di bibir mereka,” kata beliau kepada Sabahkini.net.

Jimmy berkata demikian sejurus selesai mengadakan kunjungan ke kedai-kedai menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau yang diiringi beberapa pemimpin bahagian parti itu melakukan kunjungan ke kedai-kedai termasuk penjaja pasar untuk menyampaikan ucapan ‘Gong Xi Fa Cai’ kepada masyarakat Cina yang bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina (TBC) yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Mereka memulakan kunjungan itu kira-kira jam 9 pagi dari pintu ke pintu kedai bersalaman dengan para pemilik kedai sambil menyerahkan kad ucapan TBC. Para pelanggan kedai yang juga pelalu lalang di situ tidak terkecuali bersalaman dengan pemimpin SAPP itu sambil menerima kad tersebut.

Turut sama dalam rombongan Jimmy itu terdiri daripada Rudy Sulaiman Mairi Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pusat; Said Kaspan Setiausaha Bahagian SAPP Melalap, Pemimpin SAPP Kemabong Saul Salleh;, Pegawai Penerangan SAPP Kemabong Ungkau N.C Sandig dan beberapa pemimpin parti itu di peringkat akar umbi.

Oleh: MAIL MATHEW (sabahkini)

26 comments:
Write comments
  1. Baguslah kalau dah bersedia. Tapi undian terakhir berada dalam tangan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Now it's time to wait for the GE date to be announced.

    ReplyDelete
  3. Hopefully they are really ready as they claimed they are.

    ReplyDelete
  4. persediaan awal mmg perlu ada.

    ReplyDelete
  5. mana-mana pihak pun perlulah melakukan persediaan awal.

    ReplyDelete
  6. apa pun yang penting adalah sokongan rakyat. siapa yang dapat menawan hati rakyat maka, parti itulah yang akan menjadi pilihan.

    ReplyDelete
  7. Kita nantikan saja bila PRU13 akan berlangsung..

    ReplyDelete
  8. Persediaan perlu sebelum PRU13 ini. Jangan tunggu besok PRU baru nak berbaik-baik..Lakukanlah dari awal sehingga PRU datang. Rakyat tahu menilai sendiri...

    ReplyDelete
  9. Rakyat adalah penentu siapa yang akan menang..Apa pun memang persedian ini perlu untuk rakyat. Semoga setiap pemimpin akan melakukan tanggungjawab mereka.

    ReplyDelete
  10. Bersedia, semua kena bersedia. Rakyat juga dari sekarang kena menilai mana2 calon yang boleh dijadikan pemimpin.

    ReplyDelete
  11. Jangan timbulkan sebarang masalah, dan jika boleh tidak perlulah menyebar tentang keburukan orang lain/Calon lain.

    ReplyDelete
  12. kononnya SAPP tidak mahu rakyat termakan dengan janji2 manis pihak lain.. tapi mahu rakyat termakan janji2 manis dari mereka. apa yang boleh mereka bawa ke kampung2 selain dari janji2 manis??

    ReplyDelete
  13. saya harap rakyat tidak mudah terpedaya dengan janji mana2 parti yang ada di negeri ini dan semua parti perlu bersedia lebih awal supaya tidak ada yang terkebelakang selepas tarikh diumumkan atau kempen bermula.

    ReplyDelete
  14. semau parti kena bersedia untuk menguatkan jentera mereka. rakyat jg kena bijak dalam membuat pilihan.

    ReplyDelete
  15. Harap rakyat akan mengingati mereka yang pernah menyusahkan kita suatu ketika dulu.

    ReplyDelete
  16. Keputusan terletak dalam tangan rakyat.

    ReplyDelete
  17. Nampaknya SAPP ingin memungut banyak undi.

    ReplyDelete
  18. Habis, kita tunggu dan lihat samada mereka mampu mengaut undian rakyat.

    ReplyDelete
  19. SAPP won't give in, bear in mind.

    ReplyDelete
  20. Ladies and gents, would you cast your vote for them?

    ReplyDelete
  21. Kita tunggu dan lihat sejauh mana kekuatan SAPP dalam PRU13.

    ReplyDelete
  22. pengaruh SAPP kian malap..lihat saja di PRK batu sapi baru2..SAPP kalah kepada PKR yang dikatakan sebagai parti semenanjung.

    ReplyDelete
  23. SAPP kini seperti telur di hujung tanduk...bila2 saja SAPP akan berkubur.

    ReplyDelete
  24. keputusan di tangan pengundi..sama ada SAPP akan terus wujud atau tidak ianya di tangan pengundi..jika tiada sokongan maka SAPP akan menjadi sejarah.

    ReplyDelete
  25. SAPP akan terus memainkan peranannya untuk membuktikan parti itu masih relevan kpd rakyat...sebab bukan semua rakyat Sabah tidak suka SAPP...hanya segelintir sahaja yg tidak suka dengan sebab tertentu. SAPP Tenom sudah dlm proses meremajakan saf kepimpinannya...yg terbaru seorang Peguam muda suku Murut menyertai SAPP...dan sedikit masa lagi sseorang lagi Doktor Perubatan akan turut menyertai SAPP...!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.