Thursday, January 20, 2011

PRK Tenang : Fitnah mula tersebar di Internet?

Tarmizi Mohd Jam dengan blognya di sanggahtoksago.blogspot hari ini di dalam satu kenyataan media telah membuat seruan kepada ahli-ahli PAS, dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang beragama Islam supaya mengadakan solat hajat bagi dijauhkan daripada sebarang fitnah jahat para blogger yang didakwanya sebagai pemfitnah atau pro-Umno/BN yang bergentayangan di alam siber.

KLToday.com melaporkan beliau mendedahkan satu blog pro-BN iaitu Papagomo dikhabarkan sedang ligat memutarkan fitnah yang mendakwa pertemuan blogger bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat pada Sabtu lalu yang kononnya setiap blogger yang hadir diberikan wang tunai sebanyak RM500, sebuah komputer riba laptop, kemudahan percuma talian broadband dan sebuah telefon mudah alih jenama Blackberry.

Sementara itu juga, seorang pemunya laman Facebook, “Suara Dari Bumi” pula di dalam mesej facebooknya pula membuat fitnah yang mendakwa calon PAS di Tenang, Normala Sudirman (gambar bawah sebelah kanan) meninggalkan suaminya, tohmahan mempunyai skandal luar dan malah menyeru pembacanya jika ingat perkataan zina kenalah ingat PAS.

Taktik-taktik jahat ini didakwa adalah sama dengan yang dilakukan ke atas semua calon dari PR sebelum ini. Contohnya calon PAS di PRK Galas sebelum ini yang didakwa berzina dengan ibunya sendiri dan calon PKR semasa di Hulu Selangor dahulunya, Datuk Zaid Ibrahim dikaitkan dengan isu arak dan judi lumba kuda.

Semua blogger pro-PR adalah diseru melancarkan kempen alam siber mendedahkan laman dan blogger-blogger ’pemfitnah’ pro-Umno secara besar-besaran dan berterusan setiap hari. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kekeliruan persepsi dan minda di kalangan pembaca blog dan pengunjung alam siber.

Beliau bagaimanapun, menghormati pandangan yang berbeza dengan para blogger Umno yang tulen, berhujah dengan fakta dan bukti, serta menghormati hak demokrasi di negara ini. Tetapi, blogger-blogger yang memilih cara fitnah yang saban hari mengada-ngadakan cerita patut dibanteras, dihukum dan dinyahkan dari alam siber.

Semua cawangan PAS, dewan-dewan, kawasan diseru menganjurkan solat hajat ini, kerana ia adalah lanjutan Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam yang diadakan baru-baru ini agar negara diselamatkan dari kekacauan dan fitnah dahsyat para blogger pemfitnah pro-Umno ini.

Pada 15 Januari lalu, Kerajaan Kelantan telah menganjurkan majlis ramah-mesra dengan para blogger dan facebooker di Kuala Lumpur (gambar atas). Lebih 200 blogger pro-PR dan pro-rakyat hadir dan mereka benar-benar berpuashati dengan keraian yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Hampir semua Exco hadir termasuklah Timbalan Menteri Besar dan Speaker Dun Kelantan.-HD

22 comments:
Write comments
  1. Harap para blogger akan menyebar maklumat yang betul, bukan menyebarkan khabar angin dan fitnah. Gunalah kebebasan suara dengan cara yang betul.

    ReplyDelete
  2. Diharapkan para pembaca akan menilai sendiri maklumat yang ada. Jangan mudah dipengaruh.

    ReplyDelete
  3. jgnlah kita menyebarkan maklumat yang boleh mencemarkan nama baik seseorang, jika ia tak bernar, ia adalah fitnah. jika benar, ia adalah mengumpat. kedua duanya adalah perbuatan yang tidak baik.

    ReplyDelete
  4. Kalau mahu blog sesuatu, biarlah ia maklumat yang betul.

    ReplyDelete
  5. Ia adalah dosa untuk menyebarkan maklumat yang tidak benar mengenai seseorang. Kalau iyapun benar, tidak payahlah post di blog. Janganlah sibuk hal orang lain.

    ReplyDelete
  6. Harap para BLOGER..ingatlah bahawa semua perbuatan anda ada belasannya, yang baik dibalas dengan baik, yang jahat dibalas dengan kejahatan diakhirat,..Ingat dunia ini hanya mainan dan tipu muslihat dan akhirat juga yang kekal selama-lamanya,. Kerja memfitnah adalah dosa besar, memfitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh...ingatlah carilah rezki dengan jalan halal bukan memperolehi rezki dengan bergelimang dengan DOSA..nantinya penyesalan tidak sudah-sudah semada sewaktu hidup didunia lagi dan apatah lagi dikehidupan diakhirat.

    ReplyDelete
  7. kalau benar semua itu fitnah, minta lah yang empunya badan itu membuat penafian. kalau tidak mampu menjawab atau membalas tuduhan2 blogger, jangan terus menuduh pihak itu ini menyebarkan fitnah. ahli2 politik hari ini amat mudah menjawab persoalan hanya dengan mengatakan ianya fitnah.

    ReplyDelete
  8. pemimpin2 PAS dan Pakatan juga tidak lari menggunakan pendekatan fitnah untuk menyerang pihak lawan.

    ReplyDelete
  9. tidak hairanlah jika fitnah memfitnah ini keluar berikutan berlakunya PRK. Ini kerena bagi mereka hanya fitnah saja yang boleh melemahkan musuh. Apa pun kita mengharapkan, pada mereka supaya tidak menyebarkan fitnah kerana ini akan memburukkan keadaan nanti.

    ReplyDelete
  10. Biasalah kalau politik.. Macam2 ada, hinggakan haram pun boleh jadi halal. huhuhu

    ReplyDelete
  11. semua yang dibaca dalam blog tidak boleh dipercayai sangat..lebih baik selidik berita2 tersebut untuk memastikan kebenaran.

    ReplyDelete
  12. Apapun saya harap para bloger akan lebih matang dan menyampaikan maklumat yang betul dan bukannya berunsur fitnah.

    ReplyDelete
  13. buat baik dibalas baik..jahat jangan sekali..

    ReplyDelete
  14. Sebagai rakyat yang bijaksana, kita perlu pandai menilai sesuatu isu dengan bukti dan fakta. Janganlah kita mudah terpengaruhi.

    ReplyDelete
  15. Internet sepatutnya digunakan untuk membawa maklumat terkini kepada pengguna, tapi bukan semua maklumat boleh dipercayai. Harap rakyat sendiri pandai membezakan khabar angin dengan fakta.

    ReplyDelete
  16. Besar juga peranan seorang blogger ni ya. Apapun lain kali bersikap neutral lah, demi keamanan negara. Apa yang saya nampak kebanyakkan blogger hanya memperkatakan tentang keburukan saja. Pernahkah anda berkata tentang kebaikan?

    ReplyDelete
  17. Pandai-pandailah kita menilai sesuatu yang dibaca.

    ReplyDelete
  18. Satu seruan yang baik dan harus juga dilakukan oleh parti2 lain. Kepada para blogger jangan membuat penulisan sekadar untuk menjadi terkenal. Menulislah untuk tujuan kebaikkan bersama dan bukanya untuk individu.

    ReplyDelete
  19. Peranan Blogger sememangnya besar dalam menyebarkan makluamt. Tapi tidak ada gunanya juga menyebarkan maklumat yang tidak betul. Rakyat adalah lebih bijak untuk membuat penilaian.

    ReplyDelete
  20. Dua tiga kali kita buat fitnah org mungkin percaya,tapi kalau selalu org tidak lagi percaya pada kita.lagi pun fitnah tu dosa besar, dalam semua agama pun dilarang.ingat pemfitnah tu satu hari nanti kena fitnah juga tu.

    ReplyDelete
  21. Betul Anonymous,

    Fitnah itu dilarang dalam semua agama. Pembaca juga perlu berwaspada dengan apa yang boleh dipercayai dan apa yang tidak.

    ReplyDelete
  22. Bukan semua benda dalam Internet boleh dipercayai.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.