MANTAN Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang digantung tidak bertali oleh Ibu Pejabat UMNO setelah Pendaftar Pertubuhan Malaysia membenarkan beliau kembali memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Labuan; diwar-warkan akan merampas kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (UMNO) pada pilihanraya umum akan datang.
Suhaili yang sebelum ini mendakwa dirinya menjadi mangsa konspirasi Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, tidak menolak kemungkinan beliau menerima tawaran Parti Keadilan Rakyat untuk menyertai parti itu dan bersedia dicalonkan menentang calon BN pada pilihanraya umum akan datang.
“Saya orang politik. Walau dicantas atau ditikam dari belakang, saya tetap akan bangkit memperjuangkan masa hadapan Labuan, sekalipun bukan dengan tiket BN atau Pembangkang,” ujar Suhaili ketika dihubungi Sabahkini.net berhubung desas desus yang bertiup kencang dan setelah isu penggantungannya disiarkan Sabahkini.net.
Suhaili mengakui ada pihak telah melamarnya, namun menyatakan belum tiba masanya mengumumkan parti pilihan beliau kerana masih berharap agar penggantungan jawatan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Labuan ditarik balik, ekoran kes rasuah yang dihadapinya telah diputuskan di mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan menerima rayuan beliau untuk kembali memegang jawatan selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan.
“Jika tiba masanya, saya akan membuat pengumuman rasmi sama ada saya sertai mana-mana parti pembangkang kerana semua parti baik. Sama ada saya sertai PKR atau PAS tidak timbul kerana mereka adalah Pakatan Rakyat,” ujar Suhaili yang menafikan beliau menyertai pembangkang untuk membalas dendam; sebaliknya untuk meneruskan perjuangan politik beliau yang belum selesai setelah digantikan oleh Datuk Haji Mohd Yusof Mahal pada pilihanraya umum 2008 melalui konspirasi paling licik.
Suhaili yang mewakili Labuan sejak 1999, yakin beliau akan dapat memenangi kerusi berkenaan, tanpa mengira parti apa yang beliau wakili kerana beliau percaya rakyat akan berpendapat, bahawa Labuan akan terus menjadi ‘Anak Emas’ Kerajaan Persekutuan sekalipun diwakili pembangkang.
Kata Suhaili, jika UMNO tidak lagi memerlukan beliau dan mengenakan ‘embargo’ serta tidak menghormati perlembagaan parti, untuk apa lagi beliau bertahan di dalam UMNO?
Jika tekad Suhaili dilestarikan, UMNO Labuan terpaksa gulung tikar kerana hampir majority ahli UMNO adalah penyokong akar umbi Suhaili selama ini. Sekalipun mereka ditindas oleh Ahli Parlimen baru, namun kesetiaan mereka kepada Suhaili tidak berganjak.
“BN (UMNO) kena bertindak segera kerana arus politik Suhaili semakin deras kerana beliau mempunyai karisma untuk mengawal arus sokongan ahli UMNO di Labuan kerana majoriti ahli UMNO sanggup ‘do or die’ bersama Suhaili,” ujar Dr Awang A Ghazali, seorang pemerhati politik Malaysia.
Dr Awang melihat senario politik ini amat berbahaya kerana faktor lokaliti dan semangat parochial yang sempit membuatkan ahli atau pengundi bertindak mengikut arus pengaruh dan karisma pemimpin yang mampu memperjuangkan hak mereka.
“Ketaksuban ini agak bahaya dan kalau BN gagal mengekang ledakan kemarahan ini, akan merebak ke Sabah dan seterusnya menghasilkan Tsunami politik paling besar berbanding 2008 kerana PKR sudah hampir selesai membersih semua pengkhianat yang ditanam oleh UMNO selama ini,” ujar Dr Awang lagi yang tidak menolak kemungkinan pandangan Raja Petra Kamaruddin bahawa Parlimen Malaysia digantung selepas pilihanraya umum ke 13.
Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)
Saturday, January 8, 2011
PRU 13 : Labuan Milik Siapa..?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sebarang pekara yang berlaku perlulah ditangani dengan bijak agar tidak merugikan mana-mana pihak.
ReplyDeletePKR sedang mengalami kemelut sekarang ini. Datuk Suhaili perlulah berfikir dengan mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.
ReplyDeleteDatuk Suhaili kena membuat keputusan dgn bijak kerana menyertai PKR bukanlah pilihan yng tepat.
ReplyDeletejangan terlalu yakin dengan sokongan akar umbi. semuanya boleh berubah sekelip mata lebih2 lagi Datuk Suhaili sendiri pernah dihadapkan kemahkamah atas tuduhan menipu bank dan membuat kenyataan palsu. reputasi buruk ini tetap akan menjadi pertimbangan rakyat untuk membuat pilihan.
ReplyDeleterakyat hari ini akan mengambil kira latar belakang pemimpin dan parti sebelum memutuskan pendirian mereka.
ReplyDeleteLabuan sudah menjadi milik SM.
ReplyDeletelabuan kena memilih pemimpin yang benar2 baik.
ReplyDeletependuduk labuan harus memikirkan masa depan mereka.
ReplyDeletepengundi masa kini bukan lagi pak turut lebih2 lagi pengundi muda..mereka tahu menilai dan memilih..
ReplyDeletejangan terlalu taksub untuk berkuasa dan berkedudukan tinggi..sikap tamak dan angkuh inilah yang akan memudaratkan.
ReplyDeleteapa pun dalam politik macam2 boleh berlaku..kita lihat saja pada PRU13 nanti..
ReplyDeletePolitik mmg bikin pening kepala.. huhuhu
ReplyDeleteTapi bagi saya dari komen si suhaili ni pun, nda hairan jugalah dia kena gantung. hehe
ReplyDeleteSetuju dengan komen kili... Datuk Suhaili harus buat keputusan bijak kerana menyertai PKR bukanlah pilihan yang tepat.
ReplyDeleteSaya harap hal ni dapat ditanggani dengan baik demi kepentingan bersama... Jangan biarkan hal ni berlanjutan lama kerana ia mampu menimbulkan ketegangan.
ReplyDeleteApapun, saya yakin penduduk di Labuan tahu apa yang patut dilakukan :)
ReplyDeleteHope that he will make the right decision.
ReplyDeleteI also hope that Labuan will be given back to Sabah to rule.
ReplyDeleteKita tengok sendiri sampai mana kekuatan Suhaili untuk menentang BN di Labuan.
ReplyDeleteKita nantikan PRU13 nanti, Labuan adalah untuk siapa nanti. BN atau Suhaili yang sertai PKR. Tapi jika dilihat mungkin agak sukar PKR kerana ahli baru PKR sukar untuk mendapat sokongan kecuali orang-orang dia.
ReplyDeleteSemoga setiap ahli UMNO akan memberikan yang terbaik kepada penduduknya. Janji tolong tunaikan untuk masa hadapan sendiri juga. Kita mahukan UMNO dan parti gabungan BN bersatu untuk memperolehi kejayaan.
ReplyDeleteApa sahaja yang menjadi pilihan orang2 di sekitar labuan, diharap mereka akan diberkati dan semakin mebangun dari masa kesemasa.
ReplyDeletemembangun tu ok... tapi masalahnya dilabuan yang minum arak tu .. bukan islam tak ramai, yang kaki mabuk anak2 muslim ... korang pigilah di kedai makan, pub2 ... tengok keadaan ... ini lah yang reality sekarang .. pembangunan insan tiada ...
ReplyDeleteLabuan sepatutnya milik Sabah.
ReplyDeleteSuhaili...awas dgn Tukang Kipas, boleh jadi mereka itu suruhan musuh politik anda...silap langkah binasa
ReplyDeleteHopefully the labuan citizen is aware about this situation. It's a serious matter.
ReplyDelete