TINDAKAN Wakil Rakyat kawasan Labuk, Datuk Michael Asang yang memecat dua orang Ketua Kampung Kepurun, Yutakim dan Ketua Kampung Lumau, Yulit tanpa sebarang notis telah dikutuk secara habis-habisan oleh 70 peratus penyokong Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO dan PBS di kawasan itu.
Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Beluran yang juga selaku Bendahari Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Labuk Sugut, James Miki (gambar sisipan) yang menerima aduan daripada kedua-dua mangsa tersebut mendakwa, mereka berdua dipecat daripada jawatan tersebut tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Dalam hal ini, kata James, Michael hendaklah menjelaskan kepada rakyat dan pengundi di kawasan Labuk mengenai pemecatan mereka berdua.
James berpendapat, ekoran tindakan Ketua Bahagian PBS itu membuang kedua-dua pemimpin masyarakat kampung yang berpengaruh di kampung mereka, sedikit sebanyak telah mencemarkan reputasi BN dan UMNO terutama sekali mengguris hati ahli-ahli UMNO di kawasan Beluran.
Sepatutnya tambah James, Michael tidak boleh bertindak terburu-buru memecat kedua-dua ketua kampung itu kerana pilihanraya umum yang ketiga belas (PRU ke 13) sudah semakin hampir.
“Perbuatan buang membuang Ketua Kampung adalah tidak tidak berperikemanusiaan dan barbarian walaupun mereka melakukan sebarang kesalahan. Mereka hendaklah diberikan surat tunjuk sebab kerana mereka tidak boleh dipecat dan bukannya pecat dahulu baru disiasat,” ujar James yang kesal kerana sukar untuk memujuk kembali rakyat yang terguris hati kerana kedua mereka telah banyak jasa kepada kampung masing-masing.
Tambah James lagi, memandangkan kes ini bukan merupakan kes terpencil, maka beliau meminta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan supaya campur tangan dan menasihati ADUN itu agar jangan mengikut perasaan dan sewenang-wenangnya melakukan pembuangan ketua-ketua kampung di musim ini bagaikan membuang sampah sarap kerana ini akan menjadi punca kemarahan para penyokong BN/PBS dan UMNO di Beluran.
Sementara Ketua Kampung Kepurun, Yutakim yang dihubungi oleh wartawan kanan Sabahkini.Net antara lain menjelaskan, sekiranya pucuk pimpinan Barisan Nasional Negeri khususnya, Ketua Menteri Sabah masih mengekalkan Datuk Ronald Kiandee dan Datuk Micahel Asang pada pilihanraya umum akan datang, kedua-dua mereka akan tewas dengan mudah, bukan kerana kekuatan Pakatan Rakyat tetapi kerana kekejam BN.
Kata Yutakin lagi, Pengerusi Barisan Nasional Sabah sewajarnya akur dengan calon yang dicadangkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Labuk-Sugut, merangkap Ketua Bahagian UMNO Beluran sekiranya BN ingin mengekalkan kedua-dua kerusi berkenaan.
Sabahkini.net akan berusaha untuk mendapatkan pandangan Ketua UMNO Bahagian Beluran, James Ratib untuk mengulas kenyataan James Miki berhubung kes pembuangan Ketua Kampung baru-baru ini dan seorang Ketua kampung serta dua orang Wakil Ketua Anak Negeri yang bakal dipecat dalam masa terdekat.
Oleh: SHAIMON S JUMADI (sabahkini)
Saturday, January 8, 2011
Pecat Ketua Kampung, BN Sabah Dalam Bahaya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pemecatan kedua ketua kampung tersebut harus diberikan sebab yang munasabah. kta tak boleh memecat seseorang dgn sesuka hati.
ReplyDeletemungkin ada sebab atau alasan mengenai apa yang berlaku. sebaiknya penjelasan berhubung pekara ini dapat dibuat.
ReplyDeletepekara ini tidak harus dilihat dari sebelah pihak saja. hujah daripada kedua-dua pihak perlu didengari dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau andaian.
ReplyDeletesebelum membuat sebarang spekulasi, minta dahulu penjelasan dari pihak yang bertanggungjawab memecat ketua2 kampung itu. tindakan menimbulkan spekulasi atau tuduhan tanpa merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab terlebih dahulu samalah maksudnya menghukum dahulu siasat kemudian.
ReplyDeletesemua ketua kampung dan ketua masyarakat perlu menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka dengan baik atau berdepan kemungkinan ditamatkan perkhidmatan jika melakukan kesalahan atau menyalahguna kuasa. tapi pihak yang memecat juga perlu memberikan notis tunjuk sebab supaya tindakan itu tidak menimbulkan salah faham.
ReplyDeleteKenapa perlu bertindak sedemikian rupa? kena ikut prosedur jika ingin memecat seseorang.
ReplyDeleteMacam mana pula BN dalam bahaya?
ReplyDeleteIf they are proven guilty, what should we do?
ReplyDeletejangan terlalu angkuh dengan kedudukan yang dinikmati sekarang..
ReplyDeleteharus ingat bahawa segala kenikmatan yang dirasai adalah berpunca dari sokongan akar umbi dan atas jasa2 pemimpin kecil seperti ketua kampung..tidak wajar mereka diperlakukan sesuka hati tanpa sebab atau alasan yang rasional dan kukuh.
ReplyDeletePM sendiri sudah cakap bahawa 4 'penyakit' politik di kalangan MP dan ADUN BN harus dikikis..apakah ADUN berkenaan memandang ringan perkara ini?
ReplyDeletewakil rakyat seperti inilah yang akan menyebabkan kekalahan BN pada masa pilihanraya akan datang...wakil rakyat seperti ini yang menjadi duri dalam daging BN harus disingkirkan..
ReplyDeletepenjelasan harus diberikan oleh ADUN tersebut..
ReplyDeletediharap pucuk pimpinan BN negeri mengambil serius perkara ini kerana ianya menjejaskan imej BN di mata rakyat..
ReplyDeleteSetiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Saya yakin ada la bah yang tak kena tu kalau sampai kena pecat.
ReplyDeleteHal ni harus disiasat sedalam mungkin dan perjelaskan kepada umum bagi mengelakkan salah faham berlaku.
ReplyDeleteJadi Datuk Michael pun haruslah tampil perjelaskan tindakan yang dibuat :)
ReplyDeleteTapi mungkin juga ada baiknya kalau orang di kampung (yang ketua kampungnya kena pecat) disoal mengenai kepimpinan ketua kampung mereka... Mana tau mmg ada yang tak kena. hehe
ReplyDeleteApapun kita tunggu dan lihat sajalah nanti... Saya cuma harap hal ni dapat diselesaikan dengan baik.
ReplyDeleteMichael Asang should give explanation to his actions.
ReplyDeleteApa-apa pemecatan haruslah diberikan notic telebih dahulu. Rujukan perlu dilakukan atas sebab kenapa mereka ini dipecat. Kita tidak boleh memecat tanpa notis. Ini satu perkara yang tidak profesional sebagai seorang wakil rakyat.
ReplyDeleteMungkin ini satu tindakkan yang akan melemahkan parti BN dikawasan tersebut, kerana bertindak dengan memecat tanpa ada notis. Ini menaikkan kemarahan penduduk dengan tindakkan tersebut. Apa pun, penjelasan perlu diberikan bagi menyelesaikan masalah ini.
ReplyDeleteSiasatan lanjut perlu dilakukan. Kenapa perlu bertindak demikian, bukankah sesuatu hal itu dapat diselelsaikan dengan cara yang baik.
ReplyDeleteAdalah wajar jika Michael Asang ini meminta maaf kepada penduduk kampung kerana membuat demikian.
ReplyDeleteExplanation should be given to the public. You can't just simply fired people.
ReplyDeleteI hope Michael has a good reason for firing the ketua kampung.
ReplyDeleteAT this point, BN Sabah might be in danger. Hopefully explanation will be made to clear things up.
ReplyDeleteSaya percaya YB Datuk Micheal Asang telah melekukan tindakan cemerlang, Kalau tidak angin manakan Pokok bergoyang,..Ketua Kampung yang tidak menjalankan kerja atau melakukan kesalahan harus dipecat, Tahnian YB Datuk Micheal Asang, dan ini akan menjadi ingatak kepada ketua Kampung yang tidak berkhidmat dengan sebai-baiknya.
ReplyDeleteHarap penjelasan akan diberikan. Mungkin dia mempunyai alasan yang baik untuk memecat ketua kampung tersebut.
ReplyDelete