Friday, January 7, 2011

Tenang : Bila Agensi Kerajaan Dilacurkan?

Guru-guru di Johor merasa tidak selesa dengan sikap Pengarah Pendidikan Negeri yang dilaporkan sebelum ini cuba mempengaruhi guru-guru kaunseling untuk turun berkempen didalam Pilihanraya Kecil N.05 Tenang untuk Umno Barisan Nasional. Mereka terkejut dengan pendedahan tersebut dan mempersoalkan mengapa mereka sebagai golongan profesional cuba diajak untuk bertindak sebaliknya sedangkan mereka tidak mahu terlibat didalam politik kerana ingin memberikan tumpuan kepada mendidik anak-anak yang hauskan ilmu pengetahuan.

Pendedahan “video Markom” menyebabkan satu letusan yang dahsyat berlaku di Tenang kerana rahsia Umno Barisan Nasional yang ‘melacurkan’ guru-guru kaunseling untuk tujuan kempen Umno Barisan Nasional terbongkar. Belum lagi tiba waktu berkempen bahkan penamaan calon belum pun berlaku, Umno Barisan Nasional telah berani menunjukkan taktik kotor dan jahat mereka, dengan segala akses terhadap agensi kerajaan Umno Barisan Nasional bersikap mereka adalah ‘raja’ yang tidak perlu ditegur dan harus akur setiap apa tindak tanduk meskipun telah melampau dengan menyusahkan kehidupan rakyat.

Guru-guru hari ini bukan lagi seperti guru-guru diawal kemerdekaan, guru-guru hari ini adalah guru-guru yang berwawasan dan berjiwa merdeka. Mereka tahu apa yang patut mereka buat sesuai dengan jawatan yang mereka sandang. Tindakan cuba menekan guru-guru dengan cara halus seperti yang dilakukan oleh Pengarah Pendidikan Johor menghasilkan rasa benci dan meluat guru-guru bukan sahaja kepada Pengarah Pendidikan Johor bahkan kepada Umno Barisan Nasional. [JK]



johorkini.wordpress.com

16 comments:
Write comments
  1. benarkah pekara ini atau isu ini sengaja dibesarkan???

    ReplyDelete
  2. tidak kira kepada mana-mana parti pun bersainglah secara adil dan biar rakyat tentukan siapa yang akan menang nanti.

    ReplyDelete
  3. terpulang pada mereka nak memilih parti mana.

    ReplyDelete
  4. apa buktinya guru2 telah dipergunakan untuk PRK Tenang? penipuan dan fitnah sentiasa ada pada pembangkang seperti mana yang berlaku pada Rais Yatim.

    ReplyDelete
  5. kenyataan ini sekadar menutup tindakan mereka yang lebih keji iaitu mempergunakan pelajar untuk PRK Tenang. antara yang dipercayai terlibat adalah GAMIS yang masuk berkempen di Galas baru2 ini. Pelajar2 ini datang ke rancangan2 Felda pada lebih kurang pukul 10-11 pagi. taktik pelajar ini adalah datang untuk buat kajian dan survey. apa gila pelajar2 ni asyik buat survey setiap kali sebelum pilihanraya kecil? Pelajar ini datang untuk kempen pada kaum ibu dengan menggunakan push pull survey. cara soalan survey itu dibuat, seolah2 untuk mempengaruhi ibu2 ini. dalam pilihanraya kaum ibu paling susah diubah dan susah untuk ditemui. di Felda dan Johor, kaum ibu adalah tulang belakang UMNO dan BN. inilah cara halus pembakangkang bergerak.

    ReplyDelete
  6. malah sebelum ini bukankah pembangkang juga yang beriya2 mahu guru2, pensyarah dan pelajar2 terlibat dengan politik? cermin diri sendiri supaya tidak terludah ke muka sendiri..

    ReplyDelete
  7. Perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku. Kenapa perlu berbuat demikian? Tapi hal ini kena ada siasatan lanjut..

    ReplyDelete
  8. Rebirth, memang pembang menyukai guru-guru berpolitik tetapi bukan nya pengrah, itu pun guru DG 29 hingga DG 48 sahaja pengarah ni dah DG 54 cuba fahami sedikit,

    ReplyDelete
  9. Siasat perkara ini dan buatlah apa yang patut jika dakwaan ini ternyata benar.

    ReplyDelete
  10. Apapun pandai2lah rakyat menilai perkara ini.

    ReplyDelete
  11. kalau kempen untuk pembangkang dah tentu tak naik pangkat dan kena pindah jauh- jauh... Mana boleh paksa guru, ikut suka guru nak sokong siapa.

    ReplyDelete
  12. Teachers duty is to teach the students, not involved in politics.

    ReplyDelete
  13. Keadaan semakin hari semakin membimbangkan... kenapa perlu melakkukan perbuatan seperti itu???

    ReplyDelete
  14. bidang perguruan tidak patut untuk dipolitikkan. Mereka ini lebih menumpukan kepada pendidikan. Maka harap para politik tidak akan menganggu guru yang tidak berminat dengan politik.

    ReplyDelete
  15. memalukan! xtau mbezakn antara parti dan kerajaan! semua harta, masa dan tenaga itu milik rakyat (kerajaan)bukan parti!

    ReplyDelete
  16. Harap perkara ini akan dijelaskan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.