Tuesday, January 18, 2011

JABATAN HUTAN SABAH SEMAKIN KEJAM?



PENDUDUK kampung Sinawangan/Katubu dalam Mukim Rundum meminta campur tangan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk mencari penyelesaian terhadap tindakan drastik Jabatan Perhutanan yang bertindak ganas meroboh empat buah rumah di perkampungan itu tanpa sebarang amaran atau notis.

Jurucakap penduduk, Palipus Ampasu, 45, (gambar) ketika memberitahu Sabahkini.net pada Isnin bahawa beliau kesal dengan tindakan tersebut yang disifatkannya sebagai keterlaluan dan tidak berperi kemanusiaan langsung.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sekumpulan kakitangan Jabatan Perhutanan yang merobohkan 4 buah rumah penduduk perkampungan tersebut pada 13 Januari 2011 sekitar jam 1 petang dengan alasan kononnya rumah-rumah tersebut terletak di kawasan Hutan Simpan Rundum.

Ekoran insiden tersebut, satu laporan Polis telah dibuat beliau pada Isnin yang ditemani beberapa penduduk di situ, termasuk Haji Sabli Ambarok. Pihak Balai Polis di sini ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan tersebut.

Palipus yang juga Timbalan Ketua Cawangan UMNO Kg Katubu kelihatan agak beremosi ketika itu seterusnya berkata, “Kami sudah tinggal di situ lebih 30 tahun lalu dan mempunyai tanaman getah yang sudah mengeluarkan hasil. Tetapi kenapa baru sekarang kami diusir dan rumah-rumah kami diroboh, nasib baik tidak dibakar,” tegasnya.

“Ini adalah Tanah Adat dan kawasan perkampungan nenek moyang kami sejak beratus tahun dahulu lagi. Malangnya baru sekarang timbul kawasan hutan simpan yang kami tidak tahu kewujudannya. Kalau dakwaan mereka, benar mana sempadannya?” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan masalah tersebut kepada Pegawai Daerah Tenom semua insiden dan perilaku kakitangan Jabatan Perhutanan yang didalangi kira-kira 20 kakitangan yang dipercayai daripada Sandakan.

Oleh: MAIL MATHEW (sabahkini)

48 comments:
Write comments
  1. hal ini perlu diperjelas dan disiasat kerana telah berpuluh2 tahun mereka tinggal dikawasan tersebut, namun tiba2 rumah mereka dirobohkan.

    ReplyDelete
  2. Hope that the CM will take notice of this issue.

    ReplyDelete
  3. Adakah patut jabatan hutan sabah berbuat demikian. Sungguh tidak berperi kemanusiaan langsung!

    ReplyDelete
  4. Diharapkan perkara ini disampaikan kepada MA. Semoga dia dapat mencari penyelesaian terhadap tindakan drastik Jabatan Perhutanan.

    ReplyDelete
  5. pihak jabatan perhutanan juga perlu tampil membuat penjelasan berhubung dengan insiden ini supaya isunya lebih jelas. jika jabatan perhutanan berada dipihak yang benar, tidak perlu takut atau berselindung dibawah payung kerajaan.

    ReplyDelete
  6. saya harap ada tindakan selepas ini yang memihak kepada penduduk kampung berkenaan. para pemimpin politik juga perlu tampil membela nasib penduduk kampung tersebut yang telahpun dijadikan mangsa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  7. Orang kampung ini mustahil tidak tahu, bahawa kebun dan perumahan mereka termasuk dalam hutan simpan. Jabatan Hutan mestilah tegas dalam mempertahankan hutan simpan, kerana jika tidak orang kampung pura-pura tidak tahu menahu,.Syabah Kakitangan Jabatan Hutan, apapun Jabatan Hutan mesti mempertahankan HUTAN SIMPAN kerana HUTAN itu adalah warisan generasi ke Genarasi. Banyak orang kampung tamaha tanah, sudah berekar-ekar tanah mereka dikampung asal, pindah lagi cari tanah dan ceroboh HUTAN SIMPAN...tangkap mereka dan usir dari MENDUDUKI HUTAN SIMPAN....HIDUP JABATAN HUTAN.

    ReplyDelete
  8. Hutan simpanan sepatutnya dipertahankan. Jika tanah itu betul-betul kepunyaan orang kampung, mintalah mereka tunjukkan dokumen.

    ReplyDelete
  9. Banyak betul masalah tanah sekarang. Adakah pemilik tanah tersebut mempunyai geran tanah? Kalau tidak, itu hak milik Sabah.

    ReplyDelete
  10. sungguh memilukan apabila cerita seperti ini dibahaskan. nampaknya masih ada insan yg mementingkan diri sendiri dikalangan kita. jika berpandukan berita diatas, jabtan perhutanan perlulah memberi notis atau menyediakan tempat baru jika benar ia merupakan kwsan simpanan. nampaknya Anonymous 18,2011 11.45AM seorang yg dayus, lebih mementingkan Jabatan Hutan berbanding rakyat jelata. apa yang akan terjadi jika saudara berada di tempat tersebut, pasti melonjak gembira.....semestinya bukan.....sybas....hahahahahahaha

    ReplyDelete
  11. Semoga siasatan dilakukan kenapa Jabatan Hutan bertindak demikian terhadap penduduk kampung. Sekiranya Jabatan Hutan ingin melakukan sesuatu pastikan memberik notis atau amaran kepada penduduk berkenaan sebelum bertindak sesuatu.

    ReplyDelete
  12. Mungkin benar tindakkan yang dilakukan oleh Jabatan hutan ini sungguh keterlaluan. Jika benar sekali pun berikan lah notis kepada penduduk kampung. Berikan penjelasan yang baik, bukan main hentam saja. Jika benar sempadan hutan simpan dimana sempadannya??Tunjukkan bukti. Jika tidak ada 20 orang Jabatan Hutan itu perlu diambil tindakkan undang-undang.

    ReplyDelete
  13. Sekiranya benar itu hutan simpan sekalipun tidak perlulah bertindak seperti tidak berperi kemanusian. Jangan bertindak melulu. Kerana akan memberikan masalah pada diri sendiri saja nanti. Sekarang laporan polis dan pegawai daerah telah dibuat maka kita nantikan apa yang akan berlaku nanti..

    ReplyDelete
  14. hahahahahahahaa, kalau bab mengusir, bertindak dengan tegas kunun jabatan perhutanan, tpi kalau bab pembalakan haram...telur pun kecut....hahahahahahahahaha, aparrraaa jabatan hutan.hahahahahaha, woi jabatan hutan.....hasil pembalakan sabah pi mana??????? jawab....takkan masuk kocek....hahahahahahahahaha

    ReplyDelete
  15. sebaiknya notis harus diberikan..peta sempadan kawasan hutan simpan juga harus ditunjukkan sebagai bukti..

    ReplyDelete
  16. Hidup Jabatan Hutan, Hantam saja..jangan takut sama orang penceroboh, semua kes akan dibawa ke makhamah. nah disana baru tau siapa salah , siapa betul...negeri sabah ini ada undang-undang bah, semua orang pun boleh cakap ini nenek moyong punya tanah, kalau betul mana grannya..tunjukkan, mustahil tidak tahu, sekalang ini, tidak picaya, semua orang sabah tahu baca tulis...kalau tidak puas hati boleh jumpa sama Jabatan hutan dimakhmah....

    ReplyDelete
  17. apa pula respon dari jabatan hutan sabah?

    ReplyDelete
  18. laporan polis dikatakan sudah dibuat..oleh itu adalah perlu siasatan dilakukan.

    ReplyDelete
  19. kepentingan dan kebajikan rakyat harus diutamakan..

    ReplyDelete
  20. kita tunggu perkembangan isu ini..penjelasan dari semua pihak terlibat adalah perlu.

    ReplyDelete
  21. Kalau semua orang menganggap semua tanah kepunyaan nenek moyang mereka. Mampuslah semua hutan simpanan kita.

    ReplyDelete
  22. sabah asli: woi geng, kata orang asli, tanah ko bergeran ker? cuba pi jabatan tanah, berapa lama nak mohon tanah....sampai berjanggut pun belum tentu dapat....

    NOta: taraf pendidikan di sabah masih ketinggalan, siapa kata semua dah tahu menulis membaca, piraaaaa mampus, jalan pi sikul pun tanah merah...betapa mundurnya sabah oleh keragusan BN. kalau nenek moyang tahu menulis, may be perkara nie tidak akan terjadi....so sendiri mau ingatkanlah....kita harus menuju ke arah pembangunan, sabah masih daif...ke tukar pemerintahan, jangan dianggap fix deposit tetapi tak dapat faedah.....

    ReplyDelete
  23. Habis tu siapa yang salah? takan orang lain yang salah disebabkan mereka jauh ketinggalan. Sendiri tidak mahu berusaha. Semuanya dari diri sendiri la weii!!!

    ReplyDelete
  24. Buat laporan dan selesaikan masalah ini dengan undang2.

    ReplyDelete
  25. Saya rasa soal ada pendidikan kah tiada pendidikan orang sabah bukan salah kerajaan sabah, tu...sekolah dipelusuk-pelusuk pedalaman, banyak guru dari bandar merasa sengsara bertugas dipedalaman apalagi guru-guru dari semananjung...ditenom saja banyak sekolah dipelusuk-pelusuk, dipansiangan pun ada, digaras tambunan ada sekolah menengah...rakyat sendiri yang tidak mau guna tu kemudahan kerajaan bagi...ada rayat sabah tidak mau pigi sekolah,...tingal jauh-jauh dlm hutan, tengok kerajaan punya bagus adakan skim nabawan..saya masih ingat..tiap2 bulan diorang kasi duit...lepas terima duit, pigi masuk hutan lagi...tatapi syukurlah sekarang Nabawan sudah maju...dan sekolah menengah, hospital, balai polis pun ada, do pun ada dinabawan...para pengomin...ini semua bukan salah parintah kita, ttpi kesilapan orang kampung. Kita tidak boleh kasi rusak hutan simpanan kerajaan, kerana itu hak semua rakyat, bukan hak perseorangan, kalau hutan rusak dimana lagi kita simpan air, dimana lagi binatang kita tinggal, dimana lagi orang utan kitan tinggal, gajah, pelandok dan banyak lagi..tulanutpun mau tempat tinggal bah, jangan manusia saja mau tu tempat...kita rakyat sabah mesti ubah pikiran supaya dapat bersaing dengan oranmg lain seperti cina dan lain-lain bangsa disabah...rugilah kita kerana kita ini dikira penduduk asal sabah...bah, jadi kita mesti jaga kita punya sabah ini...siau kio..aman

    ReplyDelete
  26. hahahahahahaha,.......ketirisan dan kelembapan pengurusan adalah segalanya,hahahahahahaha, pernah tak kita bertanya mengapa tenaga pengajar tersebut merasa sengsara (kemudahan infrastuktur cukup tak)?
    soalan kedua, kenapa ramai yg tidak ke sekolah? sistem pembelajaran sekarang semakin merundum, tiada kualiti, masa dulu, 90% keatas baru dapat gred A, skg???????.....
    mengajar kanak-kanak bukannya memberikan duit, ia lebih merosakan, sama juga dengan mendidik anak sendiri....fikirkanlah....

    ReplyDelete
  27. Kita jangan pandang rendah sama diorang guru, guru-guru di Malaysia tidak sama...mungkin segelintir saja yang tiada komitmen..jadinya..macam seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit..jadi kesianlah guru yang bertungkus lumus mengajar murid disekolah,..ttpi, pengalaman saya sebagai orang tua, bahawa kita tidak boleh harap pengajaran disekolah semata-mata, ibubapa dirumah haruslah juga membantu anak-anak dalam pelajaran, saya rasa buat masa zaman abad ke 20 ni, ibubapa mesti ada pelajaran sekurang-kurangnya darjah enam...tambah pengalaman bertahun-tahun..maka ibubapa jadilah orang pandai,..jika tidakpun kita juga kena tunggu anak paling kurang sampai jam 9.30pm baru pigi tidor,..kenalah sama-sama anak duduk satu meja dirumah tentunya,.Letrikpun ada, kalau kami dulu..baguslah tu kalau ada lilin,..ini lampu minyak tanah,..pagi-paginya memang kotor hidung kena asap lampu minyak tanah tersebut. Sebenarnya pelajaran sekarang ini cukup lengkap dan mencabar..cuba kauorang jawab soalan peperiksaan UPSR , bepusing-pusing juga ohhhh.

    ReplyDelete
  28. Pendidikan adalah penting untuk menjamin masa depan anak-anak muda. Hanya pendidikan saja yang boleh membantu seseorang itu keluar dari kemiskinan.

    ReplyDelete
  29. Jadi pergi la didikkan diri jangan malas dikampung itu.

    ReplyDelete
  30. Apa suda cerita ini kampung? ada suda yang bertindak?? ada sesiapa yang tahu?

    ReplyDelete
  31. Bagus ini orang kampung pigi minta tolong sama diaorang punya YB Esar dan c YB Rubin Balang. YB mesti tolong sama rayat.Ini lagi mau dekat pilihanraya sudah ni...aman onsoi

    ReplyDelete
  32. Harap isu ini mendapat perhatian daripada pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  33. Mereka dah tinggal lama kat situ, apasal jabatan perhutanan tak datang berbincang? sebelum ni tak timbul isu menceroboh pun, dan setahu mereka ini tanah adat turun temurun. rumah-rumah PATI yang berlambak kat sabah tak pula nak dirobohkan. dengan rakyat sendiri berani macam samseng lagi. agaknya sebab tak tahu nak hulur- hulur sikit kat penguat kuasa tu. Balak dah habis kena rompak.

    ReplyDelete
  34. apakah pihak jabatan perhutanan bakal2 melahirkan PENJENAYAH?????

    ReplyDelete
  35. sebaiknya penjelasan diberikan. harap pekara ini dapat diselesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
  36. The State Forestry Department should say something about this.

    ReplyDelete
  37. Kejadian seperti ini tidak harus berlaku terutamanya di kawasan persendirian.

    ReplyDelete
  38. I think there are some misunderstandings going on here.

    ReplyDelete
  39. This problem won't be solved if there is no further explanation given.

    ReplyDelete
  40. Saya fikir Mahkamah saja lah yang dapat selesaikan masalah ini

    ReplyDelete
  41. Jabatan hutan di sabah jabatan $$$$. kalau mau selamat tanah dan rumah-rumah kampung, kasih rasuah la diurang. tengok saja pembalak-pembalak haram dulu, senang-senang boleh keluar masuk curi hutan walaupun jabatan perhutanan di depan mata, sebab mata sudah mata duitan...penuh $$$$. Tetapi penduduk tempatan yg sudah lama tinggal dan mengusahakan tempat tu senang-senang saja halau. Kita ada ordinan khas untuk tanah sabah, kita ada hak sebagai NCR; walaupun tiada geran tapi gunakan hak NCR itu. Kalau tidak dapat diselasaikan dalam mahkamah awam, laksanakan "mahkamah ke-3" (pandai-pandai la laksanakannya....)

    ReplyDelete
  42. Harap ada pendedahan lanjut selepas ini. Buktikan sama ada tanah ini kepunyaan penduduk ataupun kerajaan.

    ReplyDelete
  43. Anonymous 21,2011 4:35pm ..kalau tuan ada bukti lapurkan saja kepada Suruhanjaya Pencagah Rasuah Malaysia, baru diorang tahu

    ReplyDelete
  44. Harap kes ini disiasat supaya kebenaran didedah.

    ReplyDelete
  45. Memang salah punya, tengok diaorang punya YB pun diam-diam

    ReplyDelete
  46. Jabatan hutan perlu memberi kenyataan mereka.

    ReplyDelete
  47. Harap penjelasan diberikan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.