GEORGE TOWN: Dua anggota polis mengalami kecederaan ringan ketika cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Gurney, di sini, Isnin.
Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, kedua-dua anggota polis itu berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan pegawai SPRM di tempat kejadian.
Menurut sumber, SPRM sebelum itu menerima aduan dari orang awam mengenai kegiatan dua anggota polis itu meminta rasuah daripada pesalah trafik di kawasan itu.
Katanya, dua anggota SPRM kemudian bergegas ke kawasan itu dan menyamar sebagai orang awam dan melakukan kesalahan trafik di hadapan anggota polis terbabit sebelum mereka ditahan dan diminta rasuah sebanyak RM800.
Setelah kedua-dua anggota SPRM itu memberi rasuah seperti yang diminta, dua anggota SPRM lain menyerbu dan menangkap anggota polis terbabit, katanya.
Sumber itu berkata, kedua-dua anggota polis itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan pesakit luar sebelum ditahan mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan enggan mengulas lanjut. - BERNAMA
Wednesday, January 12, 2011
Rasuah : SPRM Tahan Dua Anggota Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Padan muka kerana diberkas, siapa suruh terlibat dalam rasuah. Kerja sebagai polis tapi masih terlibat dalam perbuatan yang salah di sisi undang-undang.
ReplyDeleteperbuatan dua anggota polis ini amat memalukan.
ReplyDeletesesiapa pun perlulah menjauhi dan mengelakkan diri daripada terlibat dengan rasuah.
ReplyDeleteitulah akibatnya meminta rasuah, mereka inilah yang mencemarkan nama baik polis. tahniah kepada SPRM.
ReplyDeletejika di semenanjung SPRM boleh bertindak setegas dan secekap itu kenapa di Sabah tidak? kenapa masih ada aduan kononnya ada pihak polis yang sering menyalahgunakan kuasa.
ReplyDeletesaya harap semua anggota SPRM di semua negeri dapat bertindak dengan lebih berani, cekap dan tegas seperti yang ditunjukkan dalam artikel ini.
ReplyDeleteitu baru ikan bilis...ikan jerung camne?
ReplyDeletealahamdulillah....masih ada pegawai SPRM yg ikhlas....kalau PR memerintah...bukannya peagawai bawahan shj malahan pegawai atasan akan akan lebih ikhlas....insyaallah
ReplyDeleteItulah sesetengah daripada anggota polis kita, bak kat pepatah, harapkan pagar pagar makan pagi, apa nak malaysia tanah air ku yang tercinta,
ReplyDeletememang patut mereka ditangkap..hukuman yang berat harus dikenakan sebagai pengajaran kepada anggota polis lain.
ReplyDeletediharap orang ramai akan dapat memberikan kerjasama serupa kepada SPRM untuk membanteras rasuah..
ReplyDeletediharap SPRM akan menjalankan tugas mereka dengan lebih cekap dan berani lebih2 lagi apabila berhadapan dengan kes rasuah yang melibatkan golongan atasan dan elit..
ReplyDeleteBanyak lagi polis melakukan perkara demikian. Maka cepat-cepatlah tangkap mereka ini. Sia-sia hilang kerja lepas ini.
ReplyDeleteSPRM menjalankan tugas mereka. Tidak kira siapa saja yang rasuah tetap akan diambil tindakkan. Semoga SPRM dapat mengatasi masalah rasuah dinegara kita ini.
ReplyDeleteIni memalukan nama baik polis dan pada masa sama semoga ini menjadi pengajaran kepada polis-polis diluar sana. Jalankanlah tugas sebaik-baiknya. Kita tidak mahu polis yang menjadi dalang dalam semua hal sebegini.
ReplyDeleteCongratulations to SPRM. Please keep it up.
ReplyDeleteTahniah kerana berjaya memberkas polis yang terlibat dalam aktiviti rasuah.
ReplyDeleteHarap orang awam tidak akan memberikan rasuah kepada mereka. Bagi membanteras masalah rasuah, yang penting kita sendiri jangan beri, jangan menerima.
ReplyDeleteKalau kita terus memberikan rasuah, ini hanya akan menggalakkan mereka semakin naik kepala.
ReplyDeletePerbuatan polis yang memalukan.
ReplyDeleteBagus, tengok siapa lagi yang berani.
ReplyDeletePolis yang mengambil rasuah ini patut dipecat serta merta.
ReplyDeleteTgo, inilah individu2 yang tidak seharusnya berada dalam kumpulan polis!
ReplyDeleteRasuah tidak akan berakhir jika ianya tidak bermula dari diri kita.
ReplyDeleteKenakan hukuman yang berat dan diharap mereka tidak lagi bertugas sebagai polis.
ReplyDeleteMereka hanya memburukkan nama baik pasukan polis! tidak ada maknanya lagi mereka berada dalam pasukan polis kerana sikap mereka tidak sesuai untuk menjadi seorang polis!!!!
ReplyDeleteInilah contoh-contoh duri dalam daging polis.
ReplyDeleteKita berharap tidak akan berlaku lagi selepas ini. Kalau di China sudah hukum gantung jika melakukan rasuah.
ReplyDelete