Kerajaan BN dan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud, telah menunjukkan kerisauan mereka terhadap peningkatan kritikan yang menyelubungi mereka dengan melancarkan beberapa tindak-balas dalam masa 24 jam.
Pada malam Khamis mereka mempergunakan polis untuk menangkap dua kumpulan NGO berprofil tinggi selang beberapa jam antara satu sama lain. Kedua-dua kumpulan tersebut diancam dengan tuduhan memiliki bahan-bahan berciri hasutan, tetapi selepas itu mereka dibebaskan.
Bahan-bahan yang dirampas itu merangkumi cakera-cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman-rakaman dari rancangan Radio Free Sarawak, yang beroperasi di Malaysia tanpa menggunakan lesen penyiaran kerajaan, termasuk juga klip-klip video dari rancangan TV Sarawak Bebas.
Menggelabah kerana dikritik berdasarkan undang-undang?
Sarawak Report boleh memaparkan beberapa bukti bergambar kejadian penangkapan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas pejabat pertubuhan Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), salah sebuah pertubuhan NGO, yang berpejabat di Kota Sentosa, Kuching pada awal pagi hari Khamis ini. Pegawai-pegawai polis berpakaian biasa, dengan dibantu oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggeledah pejabat berkenaan dan merampas cakera-cakera padat dan mesin-mesin penyalin cakera, bersama-sama risalah-risalah dan poster-poster.
Risalah-risalah berkenaan memaparkan mesej bergambar – peta Sarawak sebagai seekor lembu dan di bawahnya Taib Mahmud dan Najib sedang duduk memerah susu lembu itu sehingga kekeringan! Setiausaha Kehormat pertubuhan itu, Nicholas Mujah, bersama-sama dua orang ahli pertubuhan itu telah dibawa ke balai polis untuk disoalsiasat sehingga jam 3 pagi sebelum mereka dibebaskan. Kesemua mereka dibebaskan tanpa sebarang tuduhan.
Tangkapan yang berturutan
Tangkapan di Kuching adalah berikutan dari tangkapan yang dilakukan di lapangan terbang Miri ke atas peguam NGO yang terkenal dan disanjungi, Abun Sui Anyit, yang pernah memenangi banyak kes-kes mahkmah menentang kerajaan berhubung rampasan haram ke atas tanah-tanah NCR milik komuniti tempatan. Abun dikatakan baru sahaja tiba dari Kuching dan dipercayai memiliki cakera-cakera padat yang mengandungi rakaman-rakaman episod dari laman web Radio Free Sarawak. Radio tersebut rata-rata telah memperolehi bilangan pendengarnya yang semakin bertambah, dan ini telah mendatangkan kerisauan dan kerunsingan kepada Ketua Menteri.
‘Ya, ianya bersifat politikal’!
Abun Sui telah dijelaskan oleh pihak polis bahawa penahannya adalah atas alasan ‘politik’, dan dia mungkin akan didakwa di bawah Akta Hasutan (1948) kerana memiliki ‘bahan-bahan bersifat hasutan’! Tetapi akhirnya peguam itu dibebaskan tanpa sebarang tuduhan dan dakwaan, yang juga menunjukkan sikap tak endah pihak polis yang kurang berfokus seperti tuan-tuan BN mereka. Sementara itu, Chee See How, seorang peguam yang bekerja dengan ketua PKR Baru Bian, yang juga merupakan seorang peguam hak asasi manusia di Sarawak yang terkenal, telah mengiringi ahli-ahli SADIA ke balai polis. Mereka ini juga akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin polis tanpa sebarang tuduhan atau dakwaan.
Tindak balas ke atas kritikan-kritikan seperti yang dilakukan menunjukkan tahap ketiadaan tolak-ansur ke atas kebebasan bersuara (seperti yang dipertahankan oleh Menteri James Masing baru-baru ini ketika beliau ditemuramah oleh stesen penyiaran Radio Free Sarawak) yang dikatakan mengganggu-gugat akibat bekembangnya pergerakan pembangkang di Sarawak. Tetapi strategi pertahanan seperti ini menunjukkan betapa risau dan runsingnya BN menjelang pilihanraya negeri yang akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kerajaan tahu bahawa penggunaan kekerasan bagi membendung kritikan-kritikan boleh mendatangkan tindak-balas yang merbahaya, ditambah pula dengan pertambahan bilangan para peguam yang bersedia mewakili ahli-ahli politik mereka dan pertubuhan-pertubuhan NGO yang memperjuangankan hak asasi manusia menentang kes-kes rampasan tanah NCR secara haram yang dibiayai oleh Taib Mahmud dan pentadbiran BN. Di samping itu, kekerasan boleh mengundang bahaya menarik perhatian golongan NGO antarabangsa yang kian bertambah.
Tangkapan yang mengundang tindakbalas?
Kini Taib telah sekali lagi menunjukkan taringnya. Tetapi, beliau harus berfikiran panjang apakah tindakan yang harus diambilnya, dan sama ada meneruskan strategi berkasar dan menangkap pengkritik-pengkritiknya, atau menggunakan kaedah yang lebih lembut bagi mengelakkan publisiti yang rosak lebih mudarat dari yang sedang dihadapinya kini./SR
http://addin77.blogspot.com"
Tuesday, January 11, 2011
Ketua Menteri Sarawak Naik Berang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.