RAMAI di kalangan Umat Islam merasa kecewa dan terkilan terhadap tindakan seorang Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Amde Sidek, yang secara terang-terangan menentang habis-habisan perlaksanaan undang-undang Anti Murtad yang bakal dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHAEINS) dalam masa terdekat ini.
Timbalan Pengerusi USIA Bahagian Sandakan, Hj Awang Japar @ Omar (gambar) ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Yang Dipertua PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah berhubung isu penentangan pelaksanaan undang-undang Anti-Murtad oleh Amde Sidek yang telah tersiar di Sabahkini.net baru-baru ini menjelaskan umat Islam yang lain turut kecewa dan hampa.
Kata Hj Awang, tindakan Amde boleh mengguris hati seluruh Umat Islam sejagat kerana ini isu agama Islam dan jangan sesekali dipersenda-sendakan kerana boleh mengundang dan mencetuskan huru hara di kalangan masyarakat Islam.
“Sikap SAPP mencampur adukkan agama dan politik amat tidak wajar, sedangkan ramai umat Islam menjadi ahli SAPP. Bukankah tindakan ini akan ramai yang kecewa dan terkilan. Made seolah-olah menggali lubang untuk mengubur partinya sendiri,” jelas Hj Awang lagi.
Tambah Hj Awang, SAPP belum pun memerintah dan menjadi kerajaan negeri, namun sudah buat banyak karenah terutama sekali tentang undang-undang Islam. Sepatutnya Amde dan SAPP turut menyokong mengenai perlaksanaan undang-undang tersebut oleh pihak JHEAINS bukannya menentang.
Ekoran tindakan SAPP dan Amde benar-benar menimbulkan kemarahan Umat Islam kerana tindakan Amde bertentangan dengan akidah Islam di samping mencemarkan nama baik kesucian Agama Islam sebagai agama rasmi Negara.
“Sebagai seorang ahli UMNO/BN saya merayu agar para pemimpin politik khusus UMNO di Sabah, supaya mengutuk sekeras-kerasnya terhadap perilaku dan tindakan songsang Amde Sidek (SAPP) yang menentang usaha JHEAINS untuk melaksanakan undang-undang yang dimaksudkan, sedangkan Amde juga beragama Islam,” tegas Hj Awang.
Hj Awang selanjutnya bersyukur dan berterima kasih kepada Hj Hamzah Abdullah (PAS) walaupun berlainan ideologi fahaman politik, tetapi sebagai umat Islam, beliau begitu prihatin dan mengambil berat tentang syiar dakwah Islamiah di Negara ini yang sering dipersenda oleh umat Islam sendiri, seperti Amde.
Oleh: SHAIMON S JUMADI (sabahkini)
Thursday, January 27, 2011
KENAPA SAPP SANGGUP PERSENDA ISLAM?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Politik dan agama tidak sepatutnya dicampur aduk.
ReplyDeletesebaiknya penerangan mengenai undang2 ini diperjelaskan.
ReplyDeleteSemua perkara dapat dibincangkan dengan baik. Tidak perlu bertekak tentang hal ini.
ReplyDeleteSatu lagi, ternyata sangat SAPP tidak dapat mengurus keadaan bila bersemuka dengan perkara seperti ini. Belum lagi memimpin dengan sepenuhnya sudah menunjukkan kelemahan mereka.
ReplyDeleteisu seperti ini tidak harus dipolitikkan.
ReplyDeleteisu yang sensetif tidak seharusnya diperbesarkan, lebih baik jika perbincangan dilakukan.
ReplyDeleteSection 64 of Title VI in the Malaysia Agreement states that the establishment or maintenance of Muslim institutions in Sabah should have the consent of the governor.
ReplyDeleteThis means that such an act should first be passed in the State Legislative Assembly.
Betul ker???
SAPP perlu ingat di negeri kita ini mempunyai pelbagai bangsa agama dan kaum. Maka SAPP jika tidak faham dengan agama islam tidak perlu mengaitkan politik hanya semata-mata untuk kepetingan politik sendiri.
ReplyDeletekononnya dengan mempertikaikan usaha pihak JHAEINS itu, PAS akan mendapat sokongan sebilangan besar rakyat Sabahan. ingatlah, tidak semua yang terlintas dalam fikiran ahli2 politik itu boleh dipertikaikan. lain kali berhati2 sebelum membuat kenyataan kalau tidak mahu terkena ludah sendiri.
ReplyDeletePolitics and religion should not be mix!
ReplyDeleteHarap rakyat akan membuat penilaian secara waras mengenai hal ini.
ReplyDeletePerbuatan ini mungkin membangkitkan kemarahan umat Islam.
ReplyDeleteSAPP sudah lupa bahawa Malaysia adalah negara majmuk.
ReplyDeleteRakyat Sabah mengamalkan semangat 1 Malaysia, iaitu saling menghormati agama orang lain dan hidup aman damai bersama. Tidak kira apa jua bangsa dan agama.
ReplyDeleteSaya sokong Iranun, Sabahan ada semangat 1 Sabah.
ReplyDeleteHai Orang-orang yang beragama Islam..marilah kita rijik parti SAPP..kasi mampus partyi ini dan undilah PAS, parti Islam yg terbaik
ReplyDeleteHarap rakyat akan pandai menilai perkara ini.
ReplyDeleteYa mengapa SAPP mempersenda Islam?
ReplyDelete