PEMBUKA tirai 2011, Mesyuarat MPN Negeri Sabah telah gagal berjalan pada hari ini 6 Januari 2011 kerana telah dijahanamkan dan dirosakkan oleh kumpulan bernafsu besar dari kumpulan 'The Three Stooges', kumpulan yang berkehendakkan Ansari Abdullah sebagai Pengerusi MPN Negeri Sabah.
Oleh kerana mesyuarat hari ini tidak dipanggil di Pejabat MPN Negeri, tetapi diadakan di sebuah Restoran Atlantis, maka Ketua-Ketua Cabang Kumpulan Majoriti mengambil keputusan untuk tidak hadir bagi membuktikan bahawa adalah tidak baik mengaibkan keputusan kumpulan Majoriti PKR Sabah seperti yang didakwa Anthony Mandiau ketua Cabang PKR Marudu yang berbohong kepada warga PKR Sabah seperti kenyataan sidang Akhbar mereka yang mendapat liputan besar-besaran TV 3, Astro Awani, Bernama dan beberapa akbar terkemuka Negara ini.
Pendokong Majoriti yang diaibkan oleh kumpulan terdesak dan berhawa nafsu besar, Anthony Mandiau & The Three Stooges (Tuaran, Ranau dan Batu Sapi) telah memutuskan untuk tidak hadir mesyuarat hari ini yang terdiri dari 16 dari 18 ketua cabang PKR Sabah kecuali Tawau (Datuk Kong Hong Ming) dan Tenom (Datuk Khalik Zaman) yang menghadiri mesyuarat tersebut.
Semua 16 ketua Cabang yang tidak hadir ini mendakwa bahawa mereka mengambil keputusan untuk tidak hadir hari ini disebabkan rasa tidak puashati mereka terhadap kumpulan The Three Stoges yang ingin menggunakan nama mereka dan cabang mereka bagi memberikan sokongan kepada Haji Ansari Abdullah tanpa kehadiran dan pengetahuan mereka.
Mengikut laporan yang diterima dari wakil jurucakap ketua cabang berkenaan, Johan Abdul Halim (Silam), Cabang Kalabakan, Cabang Kudat, Cabang Kota Belud, Cabang Putatan dan Cabang Semporna yang dilibatkan itu memaklumkan bahawa laporan akhbar hari ini adalah bohong dari Kem 'The Tree Stooges' dan membantah sekeras-kerasnya tindakan menggunakan nama cabang lain bagi kepentingan dan agenda peribadi.
Di samping itu, mereka mempersoalkan tindakan Anthony Mandiau yang memanggil sidang akhbar tanpa kehadiran Ketua-Ketua Cabang yang terlibat dan hanya dihadiri oleh kumpulan dari Parti Pas dan Dap Negeri Sabah.
Kenapa terpaksa panggil Cabang Labuan untuk tujuan memperbanyakkan Koarum sokongn kepada 'The Three Stoges', walhal wakil Labuan adalah wakil Wilayah Persekutuan yang tidak ada kena mengena dengan Cabang MPN Negeri Sabah.
Ketua-Ketua Cabang kumpulan Majoriti mengingatkan Anthony dan 'The Tree Stoges', “Kalau Berbohong, Pastikan ia seolah-olah benar, jangan sampai nampak tak benar dan kalau cuma ada 3 cabang maka jadikan ia 3 cabang saja, jangan ditambah untuk dapat keyakinan.”
Kami berharap kesemua kumpulan ini digantung dan diambil tindakan disiplin bagi mengelakkan pergolakan di dalam PKR Sabah tidak terus rosak oleh kumpulan mendakwa dirinya hebat ini tetapi bohong. Kumpulan Dr.Jeffrey sudah keluar dari PKR Sabah dan kini kumpulan perosak yang tinggal sedikit ini juga bakal disingkirkan dari PKR Sabah.
Oleh : WAKIL MAJORITI PKR SABAH. (sabahkini)
Saturday, January 8, 2011
Kemelut PKR Sabah Meruncing?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kemelut PKR Sabah ini hanya akan menjadikan PKR semakin lemah di Sabah.
ReplyDeletejika keadaan ini beterusan tidak mustahil akan ada lagi ahli PKR yang meninggalkan PKR selepas ini.
ReplyDeletesebab itu PKR perlu berehat sekurang2nya setahun untuk memulihkan parti dari sebarang pergolakan dan kekotoran. tidak perlu adakan apa2 program atau aktiviti kerana semua itu pasti akan dirosakkan oleh parasit yang semakin membiak dalam PKR.
ReplyDeletejika parti bermasalah seperti ini yang menjadi pilihan rakyat untuk membentuk kerajaan baru, maka bermasalah jugalah kerajaan dan negara kita kelak yang mana urus tadbirnya lebih rumit berbanding dengan mengurus parti sendiri.
ReplyDeletekemelut dalam PKR semakin menjadi, kini jeffrey dan pengikutnya telah keluar dari PKR dan ini melemahkan lagi PKR Sabah.
ReplyDeleteInteresting...now the other side (Thamrin Camp) has spoken, It is more interesting to know what will Ansari Camp said about this matter...
ReplyDeleteMemang pun. Jadi adalah lebih baik jika Christina Liew turut mengambil langkah yang sama.
ReplyDeleteWell, it bruising now.
ReplyDeleteKemelut ini jika tidak di tangani dengan segera ianya akan menburukkan lagi keadaan.
ReplyDeletejika PKR terus begini dalam kemelut tak berhenti, tk perlulah kita nk sokong mereka.
ReplyDeletekemelut ini hanya akan melemahkan PKR sabah..
ReplyDeletedalam hal ini pun mereka tiada sepakatan inikan pula ingin mengambil alih pentadbiran negara..
ReplyDeletemungkin inilah antara punca yang menyebabkan JK dan ramai pemimpin KDM keluar dari PKR baru2 ini..
ReplyDeletememang wajarlah JK dan ramai pemimpin KDM keluar dari PKR kerana dalam PKR hanya kepentingan kumpulan2 tertentu saja diutamakan..
ReplyDeletePKR lagi... hhmmm tak hairan jugalah kalau PKR dikatakan makin lemah. huhu
ReplyDeleteMalah keadaan ini juga akan jadi pendorong utk ahli lain meninggalkan PKR.
ReplyDeleteTapi politik memang sukar diramal.. Semua yang berlaku di luar jangkaan..
ReplyDeleteJadi lebih baik tunggu dan lihat saja apa yang bakal berlaku seterusnya kerana nak komen banyak2 pun xda guna juga. hehe
ReplyDeleteApapun, pandai-pandai lah rakyat nilai perkara ni.
ReplyDeleteThe people are watching PKR.
ReplyDeleteLooks like both PKR and BN will be having a tough competition during the next GE.
ReplyDeleteLihat sendiri betapa bermasalahnya PKR Sabah. Mungkin memang Sabah bukan untuk PKR. PKr tidak layak bagi menduduki Sabah.
ReplyDeleteMungkin bagi mereka Ansari adalah orang yang layak untuk Ketua PKR Sabah. Bermasalah benar PKR Sabah. Satu masalah datang lain lagi masalah baru datang.
ReplyDeletePKR selesaikan dulu masalah sendiri..Kalau selalu masalah timbul baik tidak payah ikut PRU13. Rakyat mahukan parti yang boleh menyelesaikan masalah dalaman dan juga rakyat. Kita lihat sendiri PKR sehinggakan ramai yang tidak datang kerana protest.
ReplyDeleteKenal pasti dimana yang menjadi masalah, seterusnya mencari jalan untuk memperbaikinya.
ReplyDeleteTaktik kotor politik.
ReplyDeleteMany KDM PKR leaders are leaving, that's good.
ReplyDeletePKR memang telah lama mengalami kesusahan namun selalu dinafikan oleh orang2nya.
ReplyDeletePKR Sabah masih acuh tak acuh sampai sekarang.
ReplyDeletePKR is slowing going down especially after the resignation of Jeffrey. I've a feeling more will follow him to resign.
ReplyDeleteThe people must evaluate wisely on which party they intend to vote when the next election comes. The future are in our hands.
ReplyDeleteMay the best man win the next GE!
ReplyDeleteini msalah anwar n pmpin2 pkr pusat yg tdk sensetiv kpd kptusan kpmpinan ngri.....tda jaminan kuasa autonomi n hak kita rakyat sabah n sarawak dibela dgn dominasasi pkr d sbah n srwk....anwar tdk prnah mendengar cadangan, nasihat n permintaan yg melibatkn kpntingan/masadpn sabah.....sbab itu rmai yg kluar pkr, tda beza dominasasi pkr n umno di sabah...bgus kluar pkr
ReplyDeleteanwar hnya dngar ckap pengampu shja, anwar penasihat parti yg tda dlm prlmbgaan parti tda kuasa pnuh....presden pla tda suara mcam boneka...jdi spa jenral pkr sbnarnya....tda kuasa pmpin2 pkr ngri spti dlm prlmbgaan prti, smua kptusan dibuat oli pmpin pkr pusat di malaya....apa beza dng amino...ini la bhya dominasasi pkr d sbah n srwak...apa jdi bla pakatan memerntah, ada jaminanka hak kita dibela?...takut nanti mngharapkan kluar dri mulut buaya tembaga rupanya jatuh dlm mulut naga....ha ha fikir2kn la...
ReplyDeletePKR masih perlu berusaha lagi.
ReplyDelete