SANDAKAN: Seorang buruh sambilan dijumpai mati dengan beberapa kesan tetakan dan kepalanya hampir putus di tapak sebuah pembinaan di Batu 6, Jalan Labuk, kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai Jalidin Dalim, 34, dari Kampung Ranau, Kota Kinabalu.
Seorang pengawal keselamatan yang sedang meronda di tapak itu kira-kira jam 7.40 pagi melihat dari jarak jauh mangsa sedang dikejar oleh seorang lelaki yang memegang parang.
Pengawal keselamatan itu kemudiannya bergegas balik untuk memaklumkan ketuanya dan kembali ke tempat kejadian 10 minit selepas itu dan menjumpai mangsa sudah tidak bernyawa lagi dengan kesan darah berlumurun di atas tanah.
Sepasukan anggota polis yang diketuai oleh Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Naaem Mohd Nor, berkejar ke tempat kejadian setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Mangsa mengalami pelbagai kesan tetakan di tapak tangan kiri, lengan kenan, dua bahagian leher kepala, yang hampir putus.
Mereka kemudiannya menjalankan penyiasatan di tempat kejadian sebelum menghantar mayat mangsa ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat.
Isteri mangsa yang hanya dikenali sebagai, Nordia, 25, yang sedang mengandung lima bulan anak pertama mereka tidak dapat menahan sebak sebaik tiba di tapak pembinaan bersama anggota keluarganya.
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung motif pembunuhan ini tetapi tidak menolak kemungkinan ianya bermotifkan balas dendam.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Supertendan Fadzil Mohd Ali, berkata polis sedang melancarkan gerakan untuk memburu suspek. -NST
Sunday, January 2, 2011
BURUH SAMBILAN MATI DITETAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.