Tuesday, January 18, 2011

DUN Tenang : Fitnah Mula Dirancang..?

Abaikan informasi ini sekiranya anda merasakan ianya cuma satu andaian sahaja. Tetapi maklumat yang diperolehi, menyatakan sebaliknya.

Apa yang jentera kempen UMNO sedang merancang , khususnya dari Bahagian Perisikan dan Perangsaraf nya, untuk mencipta fitnah ke atas calon PAS/PR di DUN Tenang.

Salah satu yang sedang diusahakan ialah satu kejadian , peristiwa atau `event' yang boleh mencemarkan imej, moral dan keperibadian calon tersebut.

Ini kerana faktor calon berkemungkinan besar PAS dapat menawan DUN Tenang nanti. 'Tindakan' menukar suami Cik Gu Mala ke Johor Bharu oleh tindakan seorang Pengarah JPN Johor yang kurang cerdik boleh ditafsirkan betapa faktor calon telah menyebabkan UMNO kurang senang dan tidak selesa.

So, langkah di bawah ini dikira satu strategi yang baik dan berkesan bagi mengekalkan sokongan pengundi - pengundi Melayu di Felda dan kampung di DUN Tenang ini.

Apa yang dimaksudkan ialah semasa calon berkenaan Cik Gu Normala mengunjungi pasar - pasar awam , perhentian bas, lawatan rumah ke rumah dan sebagainya maka akan muncul dari kalangan yang ramai tersebut seorang atau beberapa orang `lelaki' yang sudah tentu bukan muhrim, berebut menghulurkan tangan untuk bersalam.

`Lelaki' yang akan berlakon sebagai penduduk di DUN Tenang seperti biasa mudah sangat untuk diduga iaitu seorang SB. Dan sudah siap bersedia jurukamera dari RTM terutamanya dan juga dari rangkaian Media Prima khususnya TV3.

Modus oeprandinya sangat mudah, iaitu haram hukumnya bersalaman antara seorang perempuan dan lelaki yang bukan marhamnya. Sekiranya itu berjaya , TV3 dan RTM yang sudah bersiaran 24 jam sehari kini, akan mengulang tayang kalau pun tidak setiap jam, tapi sudah tentu siang dan malam akan menyiarkan `event' tersebut.

Begitulah buruknya agenda UMNO. Dengan mengamalkan konsep Machiaevilli matlamat menghalalkan cara , perkara sebegini bukanlah pelik baginya.

Moga - moga informasi yang diperolehi ini dapat sampai ke jentera parti, khususnya pemimpin - pemimpin dan petugas - petugas parti yang sentiasa bersamanya. Bagaimana YB Tengku Razaleigh `terkena' dengan imej `tengkolok salib' , seharusnya boleh menyedarkan semua. Masalah besarnya ialah samada PAS, PKR & DAP juga, pemimpin - pemimpinnya sering kali lalai dan alpa serta cuai, lihat sendiri bagaimana TGNA `mencemar duli' diperangkap oleh Pak Lah di Istana Terengganu, begitu jugalah dengan DSAI sudah 2 kali `dipatuk' ular. " -Tranung

21 comments:
Write comments
  1. ini hanyalah andaikan semata2. tk perlulah nk burukkan BN dgn cara ini.

    ReplyDelete
  2. Speculations is useless. Better wait and see.

    ReplyDelete
  3. Seperti yang kita semua sedia maklum, PAS akan mengerakkan jentera pembohong dan fitnah mereka ke mana2 pilihanraya. Sebelum ini di Permatang Pasir mereka mengedarkan wang palsu dan risalah undi BN, di Bagan Pinang dengan insiden tetak tak luka, kemudian Hulu Selangor dengan risalah palsu Perkasa. kini Tenang menyaksikan sekali lagi hasil produk kilang fitnah PAS, risalah kononnya berupa amaran di pihak Perkasa telah diedarkan kepada peniaga2 cina bertujuan untuk membangkitkan politik benci dan rasis.

    ReplyDelete
  4. lupakah PAS yang sebelum ini mereka pernah dengan lantang mengkritik BN khususnya UMNO yang melantik kaum wanita dalam pentadbiran negara dengan mendakwa ianya tidak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya kerana meletakkan kaum hawa itu setaraf dengan kaum lelaki dalam struktur pemerintahan? adakah mereka juga lupa mengenai kenyataan Mursyidul Amnya satu ketika dahulu yang melarang wanita menjadi calon kerana golongan itu dikatakan sesuai tinggal di rumah untuk menjaga anak dan keluarga? Ini jelas membuktikan Pas sanggup berdolak dalik dan berselindung di sebalik topeng agama bagi membenarkan apa sahaja tindakan mereka jika ianya boleh mendatangkan keuntungan politik.

    ReplyDelete
  5. Menyebarkan ramalan tanpa bukti juga suatu fitnah.

    ReplyDelete
  6. Kenapa PAS dulu melakukan perkara yang sama boleh kenapa BN buat salah. Kita minta, PRK Tenang ini biarlah berjalan dengan tenteram. Tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.

    ReplyDelete
  7. Harap pembaca sendiri boleh membuat penilaian mengenai hal ini.

    ReplyDelete
  8. Yang penting rakyat setempat kenal siapa diri kita yang sebenar.

    ReplyDelete
  9. Walaupun betapa hebat fitnah itu dilemparkan jika ianya tidak betul maka, orang yang memfitnah itulah yang akan mendapat musibah sebaliknya.

    ReplyDelete
  10. LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

    Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

    Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

    "Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

    Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

    "Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

    "Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

    Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.


    hahahahahahaha....sikap pemimpin yg disukai oleh Penyokong Be Ends....hahahahahahahahahhahaa.....

    ReplyDelete
  11. Janganlah suka fitnah.

    ReplyDelete
  12. setiap orang ada pandangan masing-masing, namun, bukankah menuduh tanpa bukti juga dianggap sebagai fitnah.

    ReplyDelete
  13. sumandak: ayat diatas bukan fitnah, cuba baca dekat akhbar altenatif....jangan baca utusan, berita harian atau bernama sahaja. itu surat khabar lidah kerajaan semata-mata, kadang kala fakta diputar belit, skg zaman semakin canggih, carilah dekat internet.

    dikg, megpa cuma siaran RTM, TV3 n NTV7 sahaja yg keluar, semua tue dibawah bidang kerajaan. cuba tengok stesen tv kerajaan selangor....inilah masalahnya penduduk sabah, masih dibawah tempurung, pemimpin cuba menyembunyikan fakta supaya rakyat tidak bangkit, rakyat sarawak semkin berani mulai bangkit, rakyat sabah bila lagi....

    ReplyDelete
  14. Harap rakyat pandai membezakan khabar angin dengan fakta.

    ReplyDelete
  15. Pandai pandailah kita menilai sesuatu maklumat.

    ReplyDelete
  16. Rakyat perlu pandai membezakan apa yang boleh dipercayai dan apa yang tidak.

    ReplyDelete
  17. Tidak hairan banyak berita seperti ini akan keluar lagi2x kalau dekat tarikh pilihan raya kecil. Kemungkinan ini adalah khabar angin semata-mata memburukkan nama BN.

    ReplyDelete
  18. Oleh itu, pembaca harus pandai menilai sesuatu maklumat dengan bijak.

    ReplyDelete
  19. What you read in the media, may not be true.

    ReplyDelete
  20. Apapun, diharapkan rakyat undi yang terbaik untuk Tenang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.