Tuesday, January 4, 2011

Teknik Kafan Mayat

Keperluan Kafan

1. Kain puteh - 24 ela.

2. Kapas - 2/3 gulung.

3. Air Mawar - 1 botol.

4. Minyak atar - 1 botol.

5. Cendana - 1 peket.

6. Kapur barus - 1 peket.

7. Gunting, jarum, talam besar, benang.

Cara menyediakan Kain Kafan

1. Bagi mayat lelaki sunat 3 helai kain kafan yang dapat menutupi semuanya. Di riwayatkan oleh jamaah dari Aisyah berkata : “Nabi saw dikafankan dengan tiga helai kain puteh halus yang baru, tanpa kemeja dan serban”.

2. Bagi mayat perempuan 5 lapis, 2 helai kain kafan panjang mayat, 1 helai kain, 1 helai baju dan telekong.

3. Bagi mendapatkan ukuran, ukur panjang mayat dari kepala hingga kaki kemudian di lebihkan sepanjang lilitan lutut apabila dibengkokkan kaki, ini memadai panjang kain untuk mengikat di pangkal (hujung) kepala kaki.

4. Disediakan 5 kali untuk mengikat jenazah, hujung kepala, bahagian dada, pinggang, lutut dan hujung kaki.

5. Potong kapas secukupnya. Sewaktu memotong kain kafan sunat membaca doa.


Cara Mengatur Kain Kafan

1. Bentangkan tikar atau apa sahaja.

2. Bentang 2 kain pembalut yang siap dipotong dengan satu persatu.

3. Bentang kain telekong, baju dan kain sarung.

4. Letakkan kapas dan cawat dibahagian dubur dan qubulnya.

5. Taburkan cendana, kapur barus dan minyak wangi setiap lapisan kain yang sudah dibentangkan di bawah sekali diaturkan 5 tali pengikat jenazah yang siap dipotong.

-Ustaz Nor Amin

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.