Wednesday, July 3, 2013

Kuala Besut : BN ada tiga nama

Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu mengenalpasti tiga individu yang mungkin akan dipertimbangkan sebagai calon untuk pilihan raya kecil Kuala Besut.

Beliau tidak menyebut nama individu berkenaan namun berkata, mereka terdiri dari golongan anak tempatan, berkelayakan tinggi dan dikenali warga tempatan.

“Nama itu akan dikemukakan kepada pengerusi parti dan kita akan putuskan secepat mungkin,” katanya seperti dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini.

BN bakal mendapat tentangan dari PAS, yang dilaporkan akan turut memutuskan calon bagi pilihan raya tersebut dalam masa beberapa hari lagi.

Naib presiden Datuk Mahfuz Omar berkata perkara itu akan diputuskan dalam masa sehari dua lagi, menurut laporan Sinar Harian.

Akhbar sama semalam melaporkan, antara nama yang dipertimbangkan ialah yang dipertua PAS kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad.

Selain itu, turut dipertimbangkan ialah Napisah Omar, calon Muslimat PAS yang bertanding di kawasan tersebut dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Laporan itu semalam memetik kenyataan pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut. -MK
xxx2

Komen Anda

62 Responses to " Kuala Besut : BN ada tiga nama "
jokers said...
July 4, 2013 at 10:47 AM

Namun apabila Anwar didesak untuk membuktikan bagaimana SPR kononnya telah menerbangkan lebih 40,000 pengundi asing dari Bangladesh yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), beliau sehingga kini membisu seribu bahasa.

Begitu juga dengan dakwaan pembangkang mengenai dakwat kekal yang kononnya tidak kekal.

Namun penggunaan dakwat kekal adalah antara lapan tuntutan Bersih yang telah dipersetujui oleh SPR tetapi apabila dilaksanakan pembangkang pula mempertikaikannya.

Begitu juga dengan senarai daftar pemilih yang terus dipertikai oleh pembangkang sehingga ke tempoh berkempen walhal SPR telah memberi semua pihak secukup masa untuk meneliti satu persatu nama di dalam daftar jika mereka kehendaki.


jokers said...
July 4, 2013 at 10:48 AM

Untuk mengguatkan dakwaan bahawa SPR menipu semasa proses pengiraan undi, pembangkang mencipta cerita bahawa TNB pula bersekongkol untuk menyebabkan ‘blackout’ atau putus bekalan elektrik di beberapa tempat mengundi.

Kejadian ini dakwa mereka menyebabkan pembangkang kalah di beberapa tempat tetapi dakwaan ini telah disangkal oleh salah seorang calon Dap yang bertanding di Ketari, Pahang bahawa tidak pernah berlaku insiden tersebut sebagaimana yang canangkan di dalam laman-laman sosial media secara meluas.

Pembangkang memikirkan bahawa dengan melontar sebanyak fitnah dan pembohongan terhadap SPR, pilihan raya semula akan diadakan atau setidak-tidaknya rakyat akan bangun menentang kerajaan.


Calandria said...
July 4, 2013 at 10:52 AM

BERITA HARI INI! Puteri UMNO Yakin Pertahan Kuala Besut Walaupun Pembangkang Terlebih Ghairah

Puteri UMNO Besut laungkan keyakinan mampu menangkis apa jua taktik dan propaganda pembangkang yang dilihat terlebih ghairah untuk menawan DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr A Rahman Mokhtar kerana mengidap kanser paru-paru, pada Rabu minggu lalu.

Justeru Ketua Puteri UMNO Besut, Che Senah Che Sulaiman berkata pihaknya sudah bersedia dengan pelbagai persiapan termasuk strategi menyerang balas terhadap apa jua isu-isu yang direka cipta pembangkang seperti mana yang mereka sentiasa lakukan dalam setiap pilihanraya.

Pada masa yang sama beliau juga berkata Barisan Nasional (BN) tidak gentar dengan propaganda awal pembangkang kononnya akan meletakkan calon yang cukup dikenali dan ramai peminat kerana pengundi di DUN Kuala Besut ini mempunyai penilaian tertentu bukan sekadar populariti semata-mata yang menjadi ukuran.

“Puteri UMNO sudah pun membuat persiapan dan mengadakan mesyuarat untuk pilihan raya ini, walaupun dikatakan pembangkang akan meletakkan calon dikenali dan mempunyai ramai peminat, namun itu tidak menjadi penghalang untuk BN terus mempertahankan DUN Kuala Besut.

“Pelbagai program telah dirancang sepanjang tempoh pilihan raya nanti untuk bertemu dengan seramai mana pengundi di Kuala Besut, walaupun kita baru selesai dengan pilihan raya umum, namun tanggungjawab untuk bertemu dan memberi penerangan kepada pengundi akan tetap dilakukan.

“Suasana pilihan raya kecil adalah berbeza dengan pilihan raya umum, sudah pasti Kuala Besut akan menjadi tumpuan semua pihak terutama pembangkang yang ingin menang bagi menidakkan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui BN.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mulai 26 Jun lalu berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13, Allahyarham berjaya mengalahkan calon Pas, Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Pada PRU 13, Barisan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan dengan kelebihan dua kerusi (17- 15) daripada pembangkang, berikutan kekosongan DUN Kuala Besut, jumlah kerusi yang dimiliki oleh BN adalah 16 berbanding pembangkang 15 kerusi., berikutan itu pilihan raya kecil Kuala Besut menjadi tumpuan kepada kedua-dua pihak.

Che Senah, berkata walaupun pilihan raya kecil ini berkemungkinan diadakan pada bulan Ramadan, namun ia tidak menjadi masalah kepada BN terutamanya Puteri UMNO kerana ia bukanlah pertama kali pilihan raya kecil diadakan pada bulan Ramadan.

“Pelbagai program sudah dirancang dan disesuaikan berikutan mungkin pilihan raya akan diadakan pada bulan puasa, sudah ia agak berbeza dengan hari biasa, Puteri UMNO akan menyesuaikan dengan suasana berkenaan supaya tidak menganggu kesucian bulan Ramadan,” katanya.


Anonymous said...
July 4, 2013 at 10:54 AM

BN Confident Of Retaining Kuala Besut State Seat

erengganu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said said the Barisan Nasional (BN) was confident of retaining the Kuala Besut state seat in the forthcoming by-election as the constituency was a BN stronghold.

He said he was confident that the constituents would continue to back the BN and the coalition expected to win by a bigger majority.

The seat fell vacant after assemblyman Dr A Rahman Mokhtar died of lung cancer last month. He had won the seat in the 13th general election by beating Napisah Ismail of PAS by 2,434 votes.

The BN candidate for the seat would be decided by the BN top leadership, Ahmad told reporters after chairing the weekly meeting of the state executive council at Wisma Darul Iman here.

The Election Commission is to meet on Friday to set the dates for nomination and polling in the by-election.

Meanwhile, in PULAU PERHENTIAN, Bukit Aman Logistics Department director Datuk Zulkifli Abdullah said the police were prepared for the by-election in terms of logistics and personnel.

He said the Terengganu contingent would be getting assistance from other states in terms of manpower and transportation resources to ensure a smooth by-election.

The department would also make available boats as a ballot box had to be brought across from Pulau Perhentian, he told reporters after a community programme.


Brisha said...
July 4, 2013 at 10:57 AM

Cadangan pembangkang untuk memboikot pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut kerana tidak berpuasa hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanyalah sekadar lakonan atau `gimik politik’ yang sering dilakukankan oleh mereka.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman berkata SPR, sepatutnya pembangkang memboikot Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, kerana isu tidak puas hati terhadap SPR bukanlah sesuatu yang baru malah sudah diperkatakan sejak sebelum pilihan raya.

“Isu tidak puas hati dengan SPR bukan cerita baru kepada pembangkang, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada SPR dan menyatakan untuk memboikot PRU 13 jika SPR tidak mengikut kemahuan mereka , tapi bila tiba masanya mereka masuk juga bertanding.


Brisha said...
July 4, 2013 at 10:57 AM

“Cadangan mereka untuk memboikot PRK Kuala Besut, hanyalah sekadar gimik politik mereka yang sering didendangkan, tujuan mereka adalah untuk menimbulkan rasa benci rakyat kepada Barisan Nasional terutama kepada pengundi di Kuala Besut,” katanya.

Hamidah berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pembangkang supaya memboikot PRK Kuala Besut berikutan tidak berpuas hati dengan SPR yang dikatakan gagal dalam melaksanakan tugasnya ketika PRU 13 lalu terutama dalam isu dakwat kekal yang pertama kali digunakan dalam pilihan raya.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaaan kepada pembangkang yang akan cuba membangkitkan sesuatu isu untuk mendapat perhatian, sudah tentu PRK Kuala Besut nanti akan dijadikan medan untuk mereka menyalahkan SPR berikutan kegagalan pembangkang untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum lalu.


Brisha said...
July 4, 2013 at 10:58 AM

“Sejak lepas pilihan raya, pembangkang tidak henti-henti menyalahkan SPR, mereka juga menuduh Barisan Nasional melakukan penipuan sehingga mereka gagal untuk menawan Putrjaya, itu semua helah untuk menutup kelemahan dan kegagalan mereka.

“Sebelum Persidangan Dewan Rakyat, pembangkang yang diketuai Anwar turut menyatakan mereka akan memboikot majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat, tetapi apa yang berlaku bila tiba masanya, untuk menutup malu mereka menyalahkan media yang telah salah tentang apa yang dikatakan.

Beliau berkata, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika selepas ini pembangkang akan membuat pelbagai kenyataan mengenai PRK Kuala Besut dengan menyalahkan SPR dan Barisan Nasional.


Bianxa said...
July 4, 2013 at 10:59 AM

Populariti Calon Bukan Jaminan Tawan Hati Penduduk Kuala Besut – Idris

Populariti calon bukan satu jaminan atau kelebihan untuk menawan hati pengundi pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, kata Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, pengundi di kawasan itu tidak mudah termakan dakyah dan menyokong calon sembarangan yang tidak dikenali secara dekat.

“Pengundi di Kuala Besut yang majoritinya nelayan telah saya kenali sejak bertahun lamanya ketika menjadi wakil rakyat dan mereka mempunyai prinsip sendiri dalam soal menentukan wakil rakyat mereka,” katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Populariti Calon Bukan Jaminan Tawan Hati Penduduk Kuala Besut – Idris


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan beberapa media cetak mengenai ura-ura pembangkang meletakkan pendakwah bebas terkenal Ustas Azhar Idrus (UAI) sebagai calon Pas pada pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar Rabu lepas akibat kanser paru-paru.

Idris yang juga Menteri Pendidikan II berkata, jika penduduk Kuala Besut tidak memilih calon Barisan Nasional (BN), segala rancangan yang diatur sebelum ini tidak akan dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

Sementara itu, beliau berkata, UMNO bahagian Besut akan menyenaraikan nama tokoh-tokoh anak tempatan termasuk pentadbir agama, pendidik, pegawai tadbir dan bekas pegawai kanan kerajaan kepada Pengerusi BN untuk dicalonkan pada pilihanraya kecil itu.


Watiey said...
July 4, 2013 at 11:10 AM

Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian itu, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata ini kerana pengundi melihat kerajaan BN menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) melalui projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan terutama untuk golongan nelayan di kawasan itu.


Watiey said...
July 4, 2013 at 11:16 AM

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kejayaan BN menang di Kuala Besut dengan majoriti lebih 2,000 undi pada PRU13 walaupun tsunami politik melanda kawasan lain di negeri ini.

"Bukan mudah untuk menang dengan majoriti lebih dari 2,000 undi tambahan pula senario di Terengganu yang menyaksikan banyak kerusi hanya menang di bawah 1,000 undi.

YANG PENTING SEKARANG ADALAH BERUSAHA UNTUK MENARIK SOKONGAN RAKYAT.SEBENARNYA RAKYAT SUDAH BOLEH MENENTUKAN PILIHAN MEREKA SEKARANG BERDASARKAN PADA KHIDMAT YANG DIBERIKAN BN SEBELUM INI.


Tentera Kacang said...
July 4, 2013 at 11:19 AM

Gendang belum lagi dipalu, tetapi pemimpin Pas mula bertelagah sama ada mahu meletakkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut (PRK) atau memboikotnya seperti yang disaran DAP.


Watiey said...
July 4, 2013 at 11:20 AM

"Kita sudah bersedia untuk pilihan raya kecil kali ini dan semua jentera parti telah digerakkan bersama tugas tertentu untuk bersama-sama bekerja memastikan kemenangan BN," katanya.

SEMOGA SEMUA JENTERA SUDAH BERSIAP UNTUK MENGHADAPI PRK KUALA BESUT.SELAGI KHIDMAT LEBIH DIUTAMAKAN PADA RAKYAT,SELAGI ITULAH SOKONGAN PADU AKAN DIBERI.


Tentera Kacang said...
July 4, 2013 at 11:20 AM

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, bingkas menangkis pandangan itu dengan menegaskan bahawa pihaknya telah pun membuat keputusan untuk bertanding..


Tentera Kacang said...
July 4, 2013 at 11:21 AM

Mohd Abdul Wahid menegaskan pihaknya akan meletakkan calon mereka walaupun DAP mahu Pas memulau PRK berkenaan. Kenyataan Mohd Abdul Wahid ternyata bercanggah dengan kenyataan Mustafa yang menyatakan pihaknya akan meneliti cadangan Setiausaha Agung DAP.


Watiey said...
July 4, 2013 at 11:23 AM

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai kawasan yang mencabar untuk dirampas pembangkang, sekiranya pilihan raya kecil diadakan.

ANWAR SENDIRI MENGAKUI BAHAWA SUKAR UNTUK PEMBANGKANG MEMENANGI HATI RAKYAT DI KUALA BESUT.


Tentera Kacang said...
July 4, 2013 at 11:23 AM

Lim Guan Eng, sebelum ini ada mencadangkan agar Pas memboikot PRK DUN Kuala Besut berikutan isu dakwat kekal dalam PRU-13 yang didakwanya tidak ditangani oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).. so, jika arahan itu tidak diendahkan, bermakna isu dakwat kekal hanyalah usaha manipulasi pakatan untuk memburuk2 spr..


Tentera Kacang said...
July 4, 2013 at 11:23 AM

enurut Mohd Abdul Wahid, Pas Terengganu telah mengadakan mesyuarat dan akan meletakkan calonnya manakala jentera parti sudah digerakkan. Mengulas mengenai pertelingkahan pemimpin Pas berhubung isu berkenaan, Ketua Penerangan Umno negeri, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia memberi kelebihan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).


Watiey said...
July 4, 2013 at 11:26 AM

"(DUN Kuala Besut) benar-benar kawasan yang kritikal dan mencabar bagi satu pilihan raya kecil kerana majoriti yang diperoleh BN agak besar. Bagaimanapun, kawasan itu juga besar bagi PAS, jadi kita akan sokong calon PAS.

KALAU MEMANG KERUSI PAS,PKR JANGANLAH AMBILALIH.ANGGOTA2 PEMBANGKANG NI MEMANG BANYAK SANGAT KES YANG SUKA BEREBUT KERUSI


Watiey said...
July 4, 2013 at 11:27 AM

Penamaan calon belum bermula tetapi Pakatan Rakyat mula `bercakaran’ sesama sendiri, mula membuka pekung kerana kesinambungan kuasa yang tidak kesampaian dalam pilihan raya umum ke 13 lalu.


Watiey said...
July 4, 2013 at 11:29 AM

Jika kena strategi termasuk calon yang sesuai PAS boleh merampas semula Kuala Besut yang dikuasai Umno sejak tahun 2004.Tetapi peluang itu nampaknya bakal terlepas kerana sikap yang saling berbeza antara tiga parti – DAP, PKR dan PAS. Tetapi DAP seolah menyatakan pendirian yang keras itu memboikot pilihan raya kecil Kuala Besut.

INILAH MASALAH PEMBANGKANG.TAK HABIS2 DENGAN KETIDAKSEFAHAMAN DAN MUAFAKAT.


Watiey said...
July 4, 2013 at 11:30 AM

PKR dan PAS pula saling berebut kerusi. Kenyataan Timbalan Presiden PR Azmin Ali bahawa Kuala Besut kerusi PKR telah dibidas oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Mustafa Ali.Masalah domestik ini secara tidak langsung menyebabkan pengundi kurang yakin dengan pembangkang, apatah lagi Besut merupakan kawasan tradisional Melayu yang rata-rata masih berpendapatan rendah.

MEMANG SUKAR PEMBANGKANG UNTUK MENANG DI KUALA BESUT KALAU KEADAANNYA SEPERTI INI.


Watiey said...
July 4, 2013 at 11:34 AM

Pilihan raya ini sangat penting kepada kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat, di mana strategi adalah motivasi terbaik untuk menang.

RAKYAT SENDIRI AKAN LIHAT KHIDMAT/PEMBANGUNAN YANG DIBERI OLEH KEDUA-DUA PIHAK SEJAK DARI DULU.


Firah said...
July 4, 2013 at 11:41 AM

Kita percaya yang mana BN akan meletakkan calon yang terbaik untuk Kuala Besut ini.


Fredenan said...
July 4, 2013 at 11:42 AM

Masalah dalam PR masih tidak selesai lagi apabila berlaku pertengkaran dalam meletakkan calon antara PKR dan PAS.


Zkiki said...
July 4, 2013 at 11:43 AM

PKR ingin bertanding dikerusi Kuala Besut, namun ditetang oleh PAS. Ini kerana alasan PAS mereka yang bertanding dikerusi ini dahulu semasa PRU13 jadi mereka juga berhak untuk bertanding pada PRK.


Adie said...
July 4, 2013 at 11:44 AM

PAS tidak akan berganjak daripada keputusan yang dibuatnya itu, Mereka akan tetap bertanding walaupun berlaku 3 penjuru.


Emang said...
July 4, 2013 at 11:45 AM

Sememangnya PKR tidak dapat buat apa-apa lagi. Jika kita lihat pun PAS adalah parti yang tercorot sekali sokongan rakyat. Ini terbukti pada PRU13. Yang mana pasti tidak mampu menyaingi DAP dan PKR dalam memenangi kerusi.


Amelia Rock said...
July 5, 2013 at 2:02 PM

Pakatan Rakyat has had an easy ride since GE13. Aside from the question as to whether to support Anwar’s laboured quest to overturn the result – which was not backed by the leadership of the other Pakatan parties – there have been few issues to test the unity of this coalition.


Amelia Rock said...
July 5, 2013 at 2:03 PM

But now a by-election over a single state constituency in Terengganu is set to remind us the PKR-DAP-PAS axis remains an unworkable fudge. It couldn’t win the war and it might well struggle to survive the peace with all three parties in place.


Amelia Rock said...
July 5, 2013 at 2:03 PM

Anwar’s one-time golden boy and PKR deputy president Azmin Ali has publicly endorsed the idea of PKR fielding the Pakatan candidate in the seat – an idea which came as a surprise to PAS which thinks it owns the seat and fielded the unsuccessful candidate at GE13. The seat was retained by Dr A Rahman Mokhtar who has since passed away, triggering the by-election which is set to cause so much trouble for the Opposition.


Amelia Rock said...
July 5, 2013 at 2:04 PM

But seeing a turf war on the horizon PKR election director Haniza Mohd Talha has Monday tried to smooth over the impending rift by portraying it not as a PKR versus PAS issue, but a battle of the sexes issue.


Amelia Rock said...
July 5, 2013 at 2:04 PM

she is in favour of a female candidate to contest the seat because “candidate selection is critical to Pakatan Rakyat’s hope of wresting the seat from Barisan Nasional”


Amelia Rock said...
July 5, 2013 at 2:05 PM

She didn’t name that candidate, but since she is from PKR and PAS isn’t big on women in power, the conclusion is obvious. This is despite her steadfast denial that PKR is out to pilfer PAS’ seat.


Amelia Rock said...
July 5, 2013 at 2:05 PM

But no sooner had she uttered her soothing words than Terengganu PAS State commissioner Abdul Wahid Endut put his foot down on behalf of the Islamist party – not in response to the candidate issue, but the DAP’s leftfield suggestion that Pakatan Rakyat should boycott the entire contest. Pakatan Rakyat truly is the coalition where everyone says what they want, when they want.


Amelia Rock said...
July 5, 2013 at 2:05 PM

There is no issue on boycotting it, as we do not want to give Barisan Nasional (BN) an easy task in winning back the seat, this is our chanc


Amelia Rock said...
July 5, 2013 at 2:06 PM

This is more than a symbolic battle. As The Choice reported Monday, a Pakatan win could “theoretically tip the state’s narrow balance of power into a hung assembly.”


Amelia Rock said...
July 5, 2013 at 2:06 PM

it is also important as a reminder that Pakatan Rakyat hasn’t changed since GE13. It is still the same every-party-for-itself rabble that it was before the election. And still Anwar fails to impose any authority on the three parties he allegedly presides over, instead using the past seven weeks to criss-cross the nation bleating about the GE13 while the first post-election test of unity rears its head.


Kenzy said...
July 5, 2013 at 2:24 PM

It’s a case of a hypocrisy and instigation of the highest order by the DAP. It’s also a case of changing goal posts and a clear case of inconsistency.


Kenzy said...
July 5, 2013 at 2:24 PM

Some 13 years ago Lim Guan Eng and his wife Betty Chew were the most vocal of all critics when Jonker Walk was closed to traffic. But today they are singing a different tune.


Kenzy said...
July 5, 2013 at 2:24 PM

They are real hypocrites. The definition of hypocrite in dictionary.com best describes them. It says a hypocrite is a person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess, especially a person whose actions belie stated beliefs.


Kenzy said...
July 5, 2013 at 2:25 PM

The couple even launched a signature campaign against the decision to bar traffic into Jonker Walk.


Kenzy said...
July 5, 2013 at 2:25 PM

Both Lim and Betty had then called for a press conference urging the people to protest against the decision of the Malacca state government to close Jonker Walk to traffic. Back then, the DAP leaders said the state government should look into the interest of the Malacca people instead of 200 petty traders in Jonker Walk.


Kenzy said...
July 5, 2013 at 2:26 PM

Now the same leaders are singing a different tune. They are asking the authorities not to reopen the street to traffic. It is not that they have the interest of the people at heart but they merely want to politicise any damn thing that can create political mileage for them, rightly or wrongly.


Kenzy said...
July 5, 2013 at 2:26 PM

When Jonker Walk was closed to traffic 13 years ago, it was for the simple reason to promote the place as a tourist enclave. And despite the DAP protests and all, the state went ahead to close the area to traffic in the interest of promoting tourism.


Kenzy said...
July 5, 2013 at 2:27 PM

the traders should be thankful that the right decision was made then despite DAP side lining the traders then. If not for the decision back then to turn the place into a tourism enclave, the traders would not have benefited with flourishing businesses till today.


Kenzy said...
July 5, 2013 at 2:28 PM

Ironically today, Guan Eng and Betty seemed to be the champion of the traders whom they previously described as inconspicuously significant. Now all of a sudden, there is an about turn and these traders are important.


Kenzy said...
July 5, 2013 at 2:29 PM

Come on Guan Eng, don’t politicise for the sake of politicizing. Lets be realistic and truthful and not spin lies here. The situation compared to 13 years ago is different and there are more vehicles on the road compared to more than a decade ago.


Kenzy said...
July 5, 2013 at 2:29 PM

The authorities may now have a valid reason to open Jonker Walk to traffic for the sake of easing congestion. Anyway Local Government, Housing and Environment committee chairman Datuk Ar Ismail Othman had said that traders were still allowed to carry out their business on the space available on the five-foot way and road shoulders along the street.


dumax max said...
July 7, 2013 at 3:11 PM

Pas akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Selasa ini.


dumax max said...
July 7, 2013 at 3:12 PM

Pengarah PRK Dun Kuala Besut, Satiful Bahri Mamat bagaimanapun berkata, tarikh itu masih dalam perancangan dan tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan serta bergantung kepada keadaan.


dumax max said...
July 7, 2013 at 3:13 PM

Beliau berkata, pengumuman calon mungkin dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sebelah malam.


dumax max said...
July 7, 2013 at 3:13 PM

BN juga dijangka akan mengumumkan calon parti itu pada hari sama, 9 Julai ini berdasarkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Kelmarin, SPR menetapkan tarikh PRK Dun Kuala Besut pada 24 Julai ini, manakala penamaan calon pada 12 Julai.


BN TETAP MENANG! said...
October 7, 2013 at 2:35 PM

Barisan Nasional (BN) seperti yang dijangka berjaya mengalahkan Pas dengan majoriti undi 2,592 seterusnya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan hari ini.


BN TETAP MENANG! said...
October 7, 2013 at 2:36 PM

Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 manakala lawannya dari Pas, Endot @ Azlan Yusof hanya mendapat 5,696 undi.


BN TETAP MENANG! said...
October 7, 2013 at 2:36 PM

Sejumlah 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di kawasan DUN Kuala Besut keluar mengundi hari ini bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil kawasan itu.


BN TETAP MENANG! said...
October 7, 2013 at 2:37 PM

Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini membuktikan kekuatan UMNO masih menyerlah.


BN TETAP MENANG! said...
October 7, 2013 at 2:37 PM

Justeru itu, Perdana Menteri berkata, usaha untuk memperkukuhkan UMNO akan terus diperkasa supaya mampu menambah keyakinan rakyat terhadap BN.


BN TETAP MENANG! said...
October 7, 2013 at 2:37 PM

"Alhamdulillah... BN telah menang di Kuala Besut dan terima kasih kepada semua pengundi di Kuala Besut yang telah menyokong BN.


BN TETAP MENANG! said...
October 7, 2013 at 2:38 PM

"Insya-Allah kita akan tunaikan semua janji-janji pilihan raya kita," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat, ketua bahagian, Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO di Seri Perdana di sini.


rawna H said...
October 7, 2013 at 2:39 PM

Kekalahan PAS adalah disebabkan rakyat sudah sedar yang pembangkang hanya menjual air liur.


Tonmo said...
October 7, 2013 at 2:40 PM

PAS Kalah sebab mereka terlalu riak semasa berkempen, confident menag la orang cakap.


Bung said...
October 7, 2013 at 2:41 PM

Baru PAS tahu mana tinggi antara bulan & daratan.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx