Wednesday, July 3, 2013

Kuala Besut Kekal Milik PAS?

PAS Terengganu sedang membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut termasuk mengenal pasti dan menyenarai pendek calon yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu antara nama yang dipertimbangkan adalah terdiri daripada anak tempatan dan menolak cadangan pihak media yang menyebut tentang Ustaz Azhar Idrus sebagai turut disebut-sebut untuk menjadi calon.

YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, banyak pihak yang mahu bertanding pada PRK Kuala Besut, namun katanya, oleh kerana kerusi tersebut pernah ditandingi oleh PAS, Pakatan Rakyat akan memberi laluan kepada PAS.

"Ustaz Azhar Idrus dia orang (Kawasan) Ladang (Kuala Terengganu) bayak maklumat yag kita terima dia tak minat untuk bertanding politik ini, antara nama yang naiknya (disenaraikan) adalan nama anak tempatan,

"secara peribadi saya ada berbincang dengan saudara YB Azan, Insyaa Allah tidak ada masalah untuk diberikan laluan keada pihak PAS kerana PAS yang bertanding sebelum ini, kita (Pakatan Rakyat) bersetuju, kalau boleh satu lawan satu,"ujarnya. [Lihat Video]

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat PAS Terengganu, di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar di sini hari ini, pada Isnin 1 Julai.

Beliau menegaskan tidak timbul soal untuk memboikot pilihanraya kecil tersebut sebagaimana yang dicadangkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam.

Haji Wahid yang juga ADUN Wakaf Mempelan berkata, jentera telah disusun bagi menghadapi pilihanraya tersebut termasuk melantik Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri yang juga ADUN Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat sebagai Pengarah bagi Jawatankuasa Operasi bagi negeri Terengganu.

"tidak timbul soal boikot, kalau (kita) boikot....Umno 'amin' (sukacita) aje lah...........kita telah bermesyuarat, jentera telah kita susun, lepas daripada ini kita akan lancarkan jentera kita,

"kita dah setuju untuk lantik Timbalan Pesuruhjaya I YB Ustaz Satiful Bahri Mamat yang akan mengetuai jentera pilihanraya Pakatan rakyat khususnya PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Besut ini,"jelasnya. -BO
xxx2

Komen Anda

39 Responses to " Kuala Besut Kekal Milik PAS? "
Anonymous said...
July 3, 2013 at 10:22 AM

"ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar hari ini mencadangkan agar satu kerajaan memperkenalkan satu undang-undang baru bagi melarang perbuatan meminum minuman keras di tempat awam.

Menurutnya, enakmen itu bertujuan bagi memberi kuasa undang-undang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis untuk menguatkuasakan larangan tersebut di tempat berkenaan.

Kawasan awam yang dimaksudkannya itu termasuk tempat-tempat seperti taman permainan, kawasan rekreasi dan padang bola, kata bekas exco itu.

"Pejabat saya telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang kumpulan yang minum minuman keras di lokasi berkenaan sehingga larut malam dan kemudian meninggalkan botol kosong dan juga pecah yang berselerak di tempat tersebut.


Anonymous said...
July 3, 2013 at 10:23 AM

Ada ke ADUN atau MP UMNo/BN berani syor perkara2 di atas. Oh Nooo..


gojes said...
July 3, 2013 at 4:23 PM

Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undang Negerinya (Adun) Dr A Rahman Mokhtar, 55, pada Rabu lalu.

Allahyarham berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu selepas menewaskan calon PAS, Napisah Ismal dengan memperoleh 2,434 majoriti undi.

Kekosongan itu meletakkan BN berada dalam keadaan tidak selamat kerana kegagalan untuk mempertahankan kerusi itu akan menyebabkan DUN tergantung di Terengganu.

Sekiranya Pakatan Rakyat menang, ia akan menyebabkan kedua-dua parti memperoleh keputusan seri, sama-sama memenangi 16 DUN.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kemungkinan keadaan DUN tergantung tidak akan berlaku kerana parti pilihan di kawasan tersebut masih BN.

“Mereka mempunyai kelebihan di sana,” katanya.

Namun, beliau berkata, dia menjangkakan PAS akan memberi tentangan sengit.


Anonymous said...
July 3, 2013 at 7:40 PM

PRK DUN Besut bukan mustahil untuk PAS memenanginya memandangkan PAS juga pernah memenangi kerusi tersebut dlm pilihanraya 1999. Untuk mengambil alih kerusi tersebut PAS/PR perlu komited dalam kempen mereka serta meletakan calon dari kalangan anak tempatan yg berkualiti tanpanya ada tikam menikam dari belakang. Begitu pun akar umbi dan pimpinan PAS/PR harus bersatu di bawah satu pakatan sebagaimana yg dipersetujui bersama dlm PR. Justeru itu, jangan ada lagi suara2 sumbang dari kalangan peminpin tertentu membuat kenyataan dangkal yg boleh merosakkan parti sebagaimana kenyataan bodoh yg berlaku dlm PRU 13 baru2 ini.Bersatu serta bermuafakat dalam satu pakatan boleh menyakinkan lagi untuk memenangi DUN tersebut. Tanpa bersatu dalam satu2 perjuangan PAS/PR tidak kemana.. Mungkin 4 penggal lagi pun PAS/PR masih di ambang sore...


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:26 PM

Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan tiga nama untuk dipilih sebagai calon bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketiga-tiga mereka merupakan orang tempatan dan mempunyai latar belakang berkelayakan tinggi sertaberhemah.


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:27 PM

“Kita ada ramai tokoh, tetapi saya dikemukakan dengan tiga nama, walaupunPengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berada di luar negara, kita akan kemukakan nama-nama ini kepada beliau dan akan putuskan seberapa cepat yang mungkin,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-20 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini, Selasa.


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:27 PM

Muhyiddin yang juga pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Kuala Besut berkata, BN telah membuat persiapan rapi dan berharap menerusi kempen yang akan diadakan nanti, keputusannya akan lebih baik dan majoriti undi meningkat daripada diperoleh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu. Mereka baru mesyuarat tadi di mana wakil bahagian dan setiausaha bahagian bagi taklimat, Menteri Besar (Terengganu Datuk Seri Ahmad Said) pun hadir untuk memberi input tentang apa yang boleh kita lakukan.


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:27 PM

Begitu juga dengan pembahagian tugas-tugas, bahagian pun usulkan kalau negeri-negeri lain hendak membantu, bahagian akan tetapkan setiap peti undi ada dua buah negeri, tidak ada masalah, katanya. Beliau berkata, sekiranya pilihan raya kecil diadakan pada bulan Ramadan, mungkin gerakan kempen akan diadakan dengan pendekatan berbeza daripada biasa.


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:27 PM

Strategi kita adalah untuk menang kawasan itu yang juga merupakan kubu kuat BN, tidak ada soal wujudnya kerajaan campuran, tidak payah andaikan (akan berlaku), katanya. Mengenai kenyataan DAP berkaitan tindakan memboikot pilihan raya kecil tersebut berikutan isu dakwat kekal, Muhyiddin berkata,: “Saya andaikan bagus juga kalau dia boikot, kita hadapi itu sebagai kenyataan, tidak ada masalah kerana sistem demokrasi negara kita mengizinkan, kalau ada pencabar, kita akan tentang katanya.


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:27 PM

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada majlis di Kulaijaya, Johor baru-baru ini mencadangkan agar Pas memboikot pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, bagaimanapun Pas Terengganu sudah membuat keputusan muktamad untuk bertanding dan tidak akan memberi kemenangan mudah kepada BN. Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mulai 26 Jun lalu berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada Rabu lepas.


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:28 PM

Pada PRU-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut untuk BN dengan mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat Jumaat ini bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi itu.


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:28 PM

Bahagian Besut akan menyenaraikan nama tokoh-tokoh anak tempatan yang disenangi penduduk Kuala Besut kepada Perdana Menteri untuk dicalonkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut tidak lama lagi. Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata UMNO mempunyai ramai calon yang layak yang berasal dari Kuala Besut untuk dicalonkan.


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:28 PM

“Kita mempunyai ramai calon yang berkaliber dan disenangi rakyat terdiri dari tokoh pendidik, tokoh agama, pegawai pentadbir yang semuanya akan ditentukan oleh PM selepas ini,” katanya. Beliau bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan PRK dengan Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan barisan UMNO Perhubungan Negeri di Damai Beach resort di sini hari ini.


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:28 PM

Menurutnya, Kuala Besut masih merupakan kawasan luar bandar dan majoriti penduduknya terdiri dari kaum nelayan yang berfikiran sederhana tetapi mesra.Mereka tentu menyokong ahli parti yang menepatikan janji selama ini iaitu BN.


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:28 PM

Selain itu juga, Barisan Nasional (BN) yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, Rabu. Ketua UMNO Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh berkata DUN Kuala Besut merupakan kubu kuat BN dan Allahyarham berjaya meraih majoriti lebih 2,400 undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:29 PM

Beliau yakin dapat mempertahankan DUN Kuala Besut, katanya mereka di peringkat bahagian Besut akan membuat persiapan rapi dari segi jentera pilihan raya. “Kita juga akan bermesyuarat minggu ini dengan kehadiran wakil UMNO pusat,” kata Idris yang juga anggota Parlimen Besut. Keyakinan ini juga ada asasnya dengan track record nya ditambah parti yang baik.


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:29 PM

Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata jentera pilihan raya BN peringkat negeri dan pusat akan bekerja keras bagi mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut. “Saya cukup kenal rakyat dan amat memahami kawasan ini…biarkan pakatan pembangkang mahu cakap apa saja, yang penting rakyat tahu jasa BN dan saya cukup mengenali rakyat DUN Kuala Besut,” katanya.


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:29 PM

A. Rahman, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Kuala Terengganu pada pukul 10.18 pagi akibat kanser paru-paru. Allahyarham merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri. Satu pemergian yang menyedihkan semua. Oleh itu jentera BN akan siap sedia meneruskan perjuangannya demi rakyat.


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:29 PM

Pada PRU-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi itu setelah mengalahkan calon Pas Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 17 kerusi, Pas menguasai 14 kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat satu kerusi.


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:29 PM

Selain itu,UMNO Kelantan akan membantu UMNO Terengganu dalam memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu kekal di tangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN itu nanti. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkatabeliau telah mengarahkan UMNO Bahagian Pasir Puteh, yang merupakan daerah jiran, supaya segera turun padang membantu jentera pilihan raya BN di DUN itu.


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:29 PM

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman yang merupakan ADUN Semerak adalah bekas guru di Kuala Besut dan beliau ada pengaruh di situ dan saya sudah minta Umno bahagian itu untuk segera membantu. Nampaknya saingan hebat kepada pihak pembangkang juga dengan persiapan UMNO dan BN.


gazi hardy said...
July 3, 2013 at 10:30 PM

Dengan ini juga ingin saya katakan, pertandingan harus adil dan tidak berlakunya pertikaian malah pembangkang dan UMNO harus bekerjasama bagi kebaikan semua bukan kepentingan sesetengah individu semata-mata.


mantera said...
July 4, 2013 at 11:04 AM

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Raya di Dun Kuala Besut bagi mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya kecil kelak.


mantera said...
July 4, 2013 at 11:04 AM

Menurut Muhyiddin, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memaklumkan kepada beliau berhubung perkara itu sebelum berangkat ke luar negara.


mantera said...
July 4, 2013 at 11:04 AM

Kita (BN) sudah sedia untuk menghadapi PRK itu, PM pun telah putuskan dengan melantik saya untuk mengepalai jentera BN di Kuala Besut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing tanpa izin di bangunan Parlimen.


BN MENANG, PAS HANYA MENANG SORAK tapi tetap KALAH! said...
October 6, 2013 at 9:00 PM

BN menang dengan pertambahan majoriti pada PRK Kuala BesutBN menang dengan pertambahan majoriti pada PRK Kuala BesutANALISIS BERITA: Sebagaimana diramal, Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dengan meningkatkan jumlah majoritinya dari 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kepada 2,952 undi di kerusi berhampiran dengan kubu kuat PAS di Kelantan.


BN MENANG, PAS HANYA MENANG SORAK tapi tetap KALAH! said...
October 6, 2013 at 9:01 PM

Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang bergaya kali ini dengan mengalahkan calon PAS, Endut @ Azlan bin Yusof atau lebih dikenali masyarakat setempat dengan nama Che Long, dengan majoriti yang lebih besar.


BN MENANG, PAS HANYA MENANG SORAK tapi tetap KALAH! said...
October 6, 2013 at 9:01 PM

Benar Che Long popular di kalangan masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih dikenali berbanding calon BN 14.2 peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2 peratus) berdasarkan kajian Ilham Centre, tetapi popular tidak semestinya disukai.


BN MENANG, PAS HANYA MENANG SORAK tapi tetap KALAH! said...
October 6, 2013 at 9:02 PM

Ini kerana, mengikut kajian Ilham Centre, sebuah badan pengkaji pilihan raya, 77.2 peratus dari pengundinya memilih faktor parti calon berbanding hanya 12.8 peratus faktor keperibadian calon.

Kajian juga menunjukkan 82.7 peratus pengundi Kuala Besut yakin dengan kelebihan BN yang mempunyai sumber kewangan yang besar.


BN MENANG, PAS HANYA MENANG SORAK tapi tetap KALAH! said...
October 6, 2013 at 9:02 PM

Sebagaimana didedahkan oleh PAS, BN yang membelanjakan hampir setengah bilion ringgit atau RM19,000 bagi setiap pengundi untuk pilihan raya ini berjaya memenanginya.

Kenapa pengundi Kuala Besut tidak mengundi calon PAS?


BN MENANG, PAS HANYA MENANG SORAK tapi tetap KALAH! said...
October 6, 2013 at 9:02 PM

Faktor terbesar adalah kedudukan Kuala Besut yang terpencil dari arus perdana politik tanah air yang mahukan perubahan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui penduduk Kuala Besut perlu memperkasa penggunaan IT mereka untuk membolehkan mereka terdedah kepada maklumat semasa tanpa dikawal BN.


BN MENANG, PAS HANYA MENANG SORAK tapi tetap KALAH! said...
October 6, 2013 at 9:03 PM

Dalam PRU13, pengundi bandar yang terdedah kepada penggunaan internet dan media sosial menolak BN dan mengundi Pakatan Rakyat (PR) hampir di semua bandar utama di Malaysia kecuali Kangar melalui wakil mereka sama ada PAS, PKR atau DAP.


BN MENANG, PAS HANYA MENANG SORAK tapi tetap KALAH! said...
October 6, 2013 at 9:03 PM

Di samping itu, kenangan lama perpecahan penduduk kawasan itu antara PAS dan Umno mengongkong mereka dari mendekati PAS walaupun PAS sudah berubah.

Isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman masih menjadi stigma yang tidak boleh mendekatkan penyokong Umno yang meninggalkan PAS sebelum ini.


BN MENANG, PAS HANYA MENANG SORAK tapi tetap KALAH! said...
October 6, 2013 at 9:03 PM

Usaha PAS untuk menampilkan seorang ahli perniagaan dan bercakap tentang ekonomi berbanding dengan tradisi meletakkan calon 'ustaz' dan bercakap mengenai agama semata-mata, belum berjaya memecahkan tembok minda.


BN MENANG, PAS HANYA MENANG SORAK tapi tetap KALAH! said...
October 6, 2013 at 9:04 PM

Isu-isu yang dimainkan PAS dalam menyerang Umno juga nampaknya berjaya dipatahkan dengan baik oleh BN dengan menggunakan kuasa wang mereka.

Misalnya, apabila PAS memainkan isu empangan yang rosak di bawah tangan calon BN, rakyat bertanya balik, siapa yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah mereka, PAS atau Umno?


BN MENANG, PAS HANYA MENANG SORAK tapi tetap KALAH! said...
October 6, 2013 at 9:04 PM

PAS berjaya mendedahkan isu tetapi BN melalui pengarah pilihan rayanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang dengan penyelesaian iaitu pengumuman peruntukan RM35 juta untuk membaiki balik empangan itu.


BN MENANG, PAS HANYA MENANG SORAK tapi tetap KALAH! said...
October 6, 2013 at 9:04 PM

Begitu juga kemiskinan. PAS memang berjaya mendedahkan betapa miskinnya penduduk Kuala Besut tetapi siapa yang boleh menyelesaikannya, PAS atau BN?

Pengumuman PAS bahawa mereka tidak mahu jawatan menteri besar bahkan Datuk Seri Ahmad Said akan terus jadi memegang jawatan itu walaupun menang dalam PRK ini lebih memburukkan keadaan.


BN MENANG, PAS HANYA MENANG SORAK tapi tetap KALAH! said...
October 6, 2013 at 9:05 PM

Ia menghantar signal salah kepada pengundi. Kalau PAS menangpun, parti itu bukan boleh menyelesaikan kemiskinan mereka, BN juga yang mampu, melalui Ahmad Said di Terengganu dan kerajaan Pusat yang dikuasai BN.


BN MENANG, PAS HANYA MENANG SORAK tapi tetap KALAH! said...
October 6, 2013 at 9:05 PM

Jika begitu, buat apa undi PAS? Baik kekal bersama BN, duit dapat, penyelesaian kepada masalah jelas kelihatan dan masa depan lebih cerah.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx