Wednesday, July 3, 2013

Masih Ada Wibawakah Pengerusi SPR Setelah Disiasat SPRM?

SPRM dilaporkan sudah menubuhkan pasukan penyiasat bagi menyiasat pembelian dakwat kekal oleh SPR yang didakwa mudah ditanggalkan ketika digunakan dalam pilihanraya umum 5 Mei lalu. Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, pasukan itu sudah dibentuk sejak seminggu lalu susulan sungutan orangramai berhubung ketahanan dakwat yang dipertikaikan itu.

Pengesahana SPRM mengenai penyiasatan terhadap SPR ini menambahkan lagi episod baru mengenai kewibawaan badan itu dalam mengendalikan pilihanraya yang benar-benar bersih, adil dan memuaskan hati semua pihak.

Sejak isu dakwat kekal yang didapati tidak kekal menjadi topik perbincangan umum, SPR sering tampil dengan jawapan yang berdolak-dalik dan tidak konsisten mengenainya. Mula-mula dikatakan ia perlu digoncang secukupnya sebelum digunakan, kemudian meletakkan kesilapan kepada petugas SPR yang didakwa mungkin tidak arif cara mencalitnya di jari pengundi, selepas itu dikatakan pula bahan kimia nitrat perak dalam dakwat itu dikurangkan atas nasihat Kementerian Kesihatan yang menyebabkan dakwat itu mudah luntur.

Apabila Menteri Kesihatan menafikan mereka dilibatkan dalam membuat kajian keatas dakwat itu, SPR terus terdiam.

Episod memalukan kemudiannya menyusul lagi apabila Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen memberitahu bahawa bahan yang digunakan dalam dakwat yang dicalit pada jari setiap pengundi dalam pilihanraya lalu hanyalah menggunakan pewarna makanan saja dan bukannnya nitrat perak sebagaimana yang didakwa sebelum ini.

Sejak itu, desakan timbul bertalu-talu agar pengerusi SPR, Aziz Yusof dan anggota suruhanjaya meletakkan jawatan kerana kegagalan menyediakan dakwat yang benar-benar kekal sekurang-kurangnya selama 7 hari sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini.

Selain itu, desakan juga timbul agar nama pembekal dakwat yang bernilai RM7.1 juta turut didedahkan bagi mengetahui sama ada ia melibatkan unsur-unsur salah guna kuasa, kronismes dan sebagainya. Harga dakwat yang terlalu mahal dan tidak sepadan dengan kualitinya turut menjadi persoalan, apatah lagi dalam pilihanraya 2008 SPR juga memberi dakwat bernilai RM2.4 juta tetapi akhirnya tidak digunakan. Dengan peningkatan jumlah pengundi hanya 20 peratus tetapi kos dakwat meningkat daripada RM 2.4 juta kepada RM 7.1 juta.

Bagaimanapun, sepertimana selalunya, SPR tetap dengan ego melangitnya. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR bukan saja menolak untuk meletakkan jawatan atas pertanggungjawaban terhadap isu dakwat kekal itu, malah juga berkeras tidak mahu mendedahkan nama pembekal yang dilantik untuk membekalkan dakwat berkualiti rendah itu.

Sekali lagi, alasan yang diberikan ternampak sangat remeh iaitu atas faktor keselamatan. Keselamatan dari segi apa sehingga nama pembekal dakwat mahu dilindungi dan tidak boleh didedahkan sedangkan nama pembekal kapal selam Scorpene yang turut menjadi isu pun boleh diberitahu secara terbuka dan tidak pula mengancam keselamatan sesiapa?

Dalam hal ini seperti ada sesuatu yang mahu disembunyikan oleh SPR dan ianya lantas menyebabkan timbulnya pelbagai tanggapan di kalangan rakyat terhadap SPR dan juga pembekal dakwat itu.

Hari ini, dengan pengesahan SPRM bahawa mereka sedang menyiasat SPR berhubung pembelian dakwat itu, ia sekaligus meletakkan pengendali pilihanraya itu dalam kedudukan yang lebih buruk dari segi persepsi rakyat. Walaupun SPR belum tentu salah dan mungkin siasatan SPRM akhirnya bertujuan hanyalah untuk membersihkan nama SPR tetapi sekurang-kurangnya dengan kemasukan SPRM menyiasat badan pengendali pilihanraya itu, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena di dalam badan itu.

Penyiasatan ini pula mungkin memakan masa beberapa minggu tetapi dalam waktu yang terdekat ini, SPR terlibat pula dalam pengendalian pilihanraya kecil Kuala Besut berikutan kematian ADUNnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar beberapa hari lalu.

Sudah tentu, dalam pengendalian pilihanraya kecil itu nanti, SPR akan terus dipertikaikan, malah dikecam jika sekiranya dakwat yang sama yang menggunakan bahan pewarna makanan terus digunakan lagi. Kecaman dan pertikaian terhadap SPR juga tentunya lebih memburuk jika Aziz Yusof dan Wan Ahmad terus kekal lagi mengetuai badan itu.

Demi menjaga wibawa SPR, adalah amat munasabah sebenarnya jika ketika ini Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan serta mengundurkan diri secara terhormat daripada mengetuai badan itu. Ini kerana dengan penyiasatan oleh SPRM itu, wibawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sebenarnya sudah musnah di mata umum.

Walaupun banyak pihak,termasuk Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin turut mengatakan tiada keperluan untuk mereka meletakkan jawatan tetapi mereka tidak perlu terus bergayut dengan jawatan yang ada dengan berselindung di sebalik semua kenyataan orang politik. Mereka harus ada maruah sendiri untuk memikir sesuatu perkara itu tanpa bergantung kepada sokongan pihak lain terutamanya jika kesalahan yang dilakukan amat nyata dan memalukan sekali.

Dengan tidak mahu mengundurkan diri, pilihanraya kecil Kuala Besut ini akan terus menjadi medan yang memalukan negara berikutan pertikaian terhadap wibawa SPR akan terus meningkat dan kebolehpercayaan rakyat juga menjadi semakin menipis. Wibawa SPR hanya boleh dipulihkan jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi segera meletakkan jawatan dan pengendali yang baru segera mengambil langkah-langkah perlu untuk memulihkan semula keyakinan rakyat.

Secara moralnya, tiada alasan lagi untuk terus berdolak-dalik.

http://shahbudindotcom.blogspot.com/
xxx2

Komen Anda

32 Responses to " Masih Ada Wibawakah Pengerusi SPR Setelah Disiasat SPRM? "
Anwar Ib said...
July 3, 2013 at 1:28 PM

Rasanya mengenai siasatan SPRM itu tidak ada yang perlu dirisaukan. Masih lagi relevan dan wibawa untuk pengerusi SPR.


Hajuim said...
July 3, 2013 at 1:29 PM

Disiasat bukan bermakna orang itu bersalah. Jadi rasanya janganlah terlalu yakin seperti Anwar yang yakin menang tapi sayang kecewa dengan perhimpunan pilihan.


Emra said...
July 3, 2013 at 1:30 PM

Rasanya SPRM sendiri pun hanya melakukan siasatan atas aduan yang dibuat oleh pihak pembangkang. Jadi tidak perlulah mahu spin isu untuk memburukan SPR.


Dling said...
July 3, 2013 at 1:31 PM

Kes ini sama juga dengan kes permintaan Dakwat kekal digunakan pada PRU. Pembangkang yang mahu dakwat kekal digunakan, tapi bila sudah digunakan mula pula menyalahkan SPR kerana tidak telus dan sebagainya.


Ibunda said...
July 3, 2013 at 1:32 PM

Inilah dia permainan pembangkang di Malaysia ini. Mereka sudah tahu pasti akan berlaku perkara sebegini. Mereka sudah merancangnya dari awal lagi.


Ariana said...
July 3, 2013 at 4:19 PM

Anwar Desak SPR Letak Jawatan, Tapi…

Semasa berucap di perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada petang Sabtu lepas, Anwar Ibrahim terus mengulangi gesaannya supaya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan masing-masing.

Menurut Ketua Umum PKR itu, kedua-duanya telah gagal menjalankan tanggungjawab memastikan ketelusan pilihan raya terutama dalam isu dakwat kekal yang menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk mengendalikan SPR.

Pada 3 Jun 2013 selepas selesai mesyuarat pimpinan tertinggi pembangkang, Anwar menjadikan pula alasan banyaknya petisyen pilihan raya yang difailkan sebagai punca perlunya SPR meletakkan jawatan.

Sebelum itu, yakni pada 7 Mei 2013 politikus yang sama jugalah menuntut SPR yang ada sekarang digantikan dengan satu suruhanjaya yang baru kerana katanya ia penting untuk menjamin ketelusan, bebas dan adil dalam mengendalikan pilihan raya.

Jika segala alasan dan bantahan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang itu dijadikan sandaran, kita boleh tafsirkan selagi mana keanggotaan dalam SPR masih kekal orang yang sama maka Anwar dan PR akan memboikot mana-mana pilihan raya sehinggalah tuntutannya dipenuhi.

Itu logik bagi orang yang waras, tapi logik sedemikian langsung tak terpakai bagi politikus hipokrasi dan gila bermain propaganda seperti Anwar, kerana semalam tanpa sedikit pun rasa segan silu tiba-tiba sahaja Anwar menyuarakan keyakinan PRK itu adalah peluang terbaik untuk pakatan pembangkang yang diketuainya.

Hakikatnya, sampai sekarang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tetap orang yang sama, anggota panelnya begitu juga namun Anwar kelihatan begitu teruja untuk melihat PAS menyertai PRK DUN Kuala Besut yang tentu sekali akan dikendalikan oleh SPR.

Secara tersiratnya, bila Anwar menyokong PAS menyertai PRK DUN Kuala Besut itu maksudnya pengiktirafan terhadap SPR. Segala desakan menuntut SPR letak jawatan terus hilang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Gayanya selepas PRK DUN Kuala Besut selesailah gamaknya baru Anwar sambung semula desakan supaya SPR letak jawatan. Haru betul.


Anonymous said...
July 4, 2013 at 10:20 AM

Bukan kata isu dakwat kekal yg mesti dibawa ke mahkamah, kes seorg Peg SPR yg mnipu dlm tuntutan pun dah dibawa ke mahkamah oleh SPRM. Claim mngenai penyewaaan kereta utk pnggunaan peg2 SPR semasa PRU tempohari. Mngkin kereta digunakn/disewa hanya 6 buah tapi claim 10 buah..bgitu le contohnyer.
Ini contoh trkini,contoh lama suda banyak,mbah yg mlambangkn SPR tu tak relevan sebenarnya.Karut. SPR yg brtungkus lumus mmenangkan BN,bukan rakyat jelata.


Anonymous said...
July 4, 2013 at 10:24 AM

KUALA LUMPUR: Seorang Pegawai Kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa hari ini atas tuduhan melakukan rasuah berkait menyediakan perkhidmatan kenderaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Beliau dituduh bersama seorang lagi individu yang merupakan pengurus operasi sebuah syarikat swasta.

Dalam satu makluman kepada media semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan kes tersebut melibatkan nilai rasuah lebih RM300,000.

Pendakwaan tersebut dibuat di Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur yang dijadual pagi tadi.

Pendakwaan tersebut dibuat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan. (Hrkh)


mantera said...
July 4, 2013 at 10:53 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya umum ke-13 lepas.


mantera said...
July 4, 2013 at 10:53 AM

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata komitmen itu bagi membuktikan ketelusan pentadbiran badan bebas itu.

"SPR secara telus dan profesional telah dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sebagai agensi penguatkuasa untuk menjalankan penyiasatan secara terperinci," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, Isnin.


mantera said...
July 4, 2013 at 10:53 AM

Abdul Aziz berharap melalui siasatan itu, ia akan merungkai segala dakwaan dan tohmahan kepada SPR, sekali gus membersihkan imej SPR.


mantera said...
July 4, 2013 at 10:54 AM

Beliau mengulas laporan media mengenai kenyataan Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali semalam bahawa SPRM sedang menyiasat SPR berhubung dakwaan sama ada terdapat unsur-unsur rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah dalam pembelian dakwat kekal itu.

Mustafar juga mengesahkan satu pasukan penyiasat sudah pun dibentuk bagi membuat siasatan terperinci ke atas setiap laporan dan aduan yang diterima.


Anonymous said...
July 6, 2013 at 5:27 PM

Kata le gajah rimau ponn...Pengerusi SPR peduli apa. Org melayu ni senang ditipu oleh BN.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 1:59 PM

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut menjadi lebih istimewa kerana pertembungan calon yang melibatkan dua anak tempatan yang berpengalaman memberikan khidmat kepada masyarakat di Kuala Besut.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 2:00 PM

Anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut itu mula mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat setelah menyertai JPS 15 tahun lalu dengan menjawat jawatan jurutera daerah.
Pengalaman itu menjadikan anak kepada veteran Umno Besut itu sudah biasa berhadapan dengan masalah masyarakat khasnya penduduk kampung dan pengundi di Kuala Besut.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 2:01 PM

Ini merupakan kali pertama beliau dipilih bertanding di kawasan DUN, sekaligus menjadikan Tengku Zaihan sebagai muka baharu yang diberi mandat oleh kepimpinan Umno.
Tengku Zaihan, lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) dikatakan mempunyai ciri pemimpin berwibawa dan banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan Kuala Besut ketika berkhidmat sebagai jurutera JPS daerah itu.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 2:01 PM

Menyifatkan dirinya sebagai orang biasa di sebalik pangkal namanya yang bermula dengan Tengku, anggota Umno Cawangan Seri Seratus itu ketika ditemui selepas diumumkan sebagai calon menyatakan tekad untuk meneruskan tugas yang ditinggalkan bekas wakil rakyat, selain membalas budi pimpinan parti kerana memilihnya.
"Pemilihan ini merupakan satu amanah, satu tanggungjawab, satu keyakinan yang diberi pucuk pimpinan untuk membolehkan saya mencurahkan khidmat kepada penduduk kampung sendiri," katanya.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 2:02 PM

Pas pula mempertaruhkan ahli perniagaan Azlan Yusuf, 48, yang juga bendahari parti itu di Besut, sebagai calonnya yang lebih dikenali dengan panggilan Che Long dalam kalangan masyarakat setempat.
Anak tempatan Kuala Besut yang menetap di Kampung Baru di sini itu merupakan calon muka baharu taruhan Pas selepas parti itu gagal menumbangkan BN menerusi calon wanita pada pilihan raya umum lepas.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 2:02 PM

Pemilihan Azlan, yang banyak menghabiskan masa menguruskan perniagaannya di beberapa kawasan di daerah Besut dan di Kelantan dilihat satu percubaan berani Pas dalam pendekatannya kerana sebelum ini parti itu diuar-uarkan akan meletakkan calon yang berlatarbelakangkan agama.
Walaupun berbeza parti, dua calon itu dilihat meletakkan hala tuju sama dalam pendekatan berkempen iaitu secara sederhana dan berhemah menerusi program keagamaan di surau dan masjid dalam mendekati pengundi.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 2:03 PM

Program seperti berbuka puasa bersama penduduk dan tazkirah dilihat menjadi pilihan utama kedua-dua parti untuk disesuaikan dengan bulan Ramadan.
Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar dari BN pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 2:03 PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai tarikh mengundi dan Jumaat ini sebagai hari penamaan calon.
Dun Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan daripada jumlah itu, 17,463 ialah pengundi Melayu, Cina 125 manakala selebihnya pengundi lain-lain bangsa.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 2:04 PM

Pada pilihan raya yang cukup signifikan itu, BN menetapkan Slogan 'Kuala Besut bertambah Biru' untuk kempen manakala Pas tampil dengan moto '16-16', merujuk kepada kedudukan kerusi Dun Terengganu andai Pas berjaya merampas Dun Kuala Besut pada pilihan raya kecil berkenaan.
Selepas pilihan raya umum Mei lepas, Terengganu kekal ditadbir BN yang menang 17 kerusi, manakala baki 15 lagi diwakili pembangkang iaitu 14 daripada Pas dan satu wakil PKR.
Kuala Besut mempunyai kira-kira 22,986 penduduk pada keluasan 41 kilometer persegi, kebanyakan terdiri daripada golongan nelayan.


risd said...
October 1, 2013 at 11:41 AM

the 13th general election would be the decisive point for the future of the country and the people should be able to judge for themselves the advantage of choosing BN over the opposition.


dunia said...
October 1, 2013 at 11:44 AM

This general election will determine the future of the country which we will leave for our children


prob said...
October 1, 2013 at 12:00 PM

its implementation would lead to the federal government’s budget deficit to jump almost 30 per cent in the first year, and the ratio of the national debt to Gross Domestic Product (GDP) would jump to 140 per cent by 2015.


Anonymous said...
October 1, 2013 at 12:01 PM

The government’s Economic Transformation Programme (ETP) has wrapped up its second year by announcing approximately RM20.6 billion in realised investments as at third quarter 2012.


be said...
October 1, 2013 at 12:05 PM

Democratic rights should not be misused to topple a democratically-elected government


Anonymous said...
October 1, 2013 at 12:18 PM

The Philippines Embassy here said the forum is organised following the successful peace framework agreement signed between the Philippines Government and the Moro Islamic Liberation Front (MILF) brokered by Malaysia on Oct 15 in Manila.


Anonymous said...
October 1, 2013 at 1:55 PM

The particular investment opportunity sectors are agriculture, business, tourism and infrastructure development, especially transport, power and renewable energy, and services particularly Islamic finance and information and communications technology services


rwrw said...
October 1, 2013 at 2:04 PM

The forum capitalises on this interest and we hope that this would translate to real sizeable investments


Anonymous said...
October 1, 2013 at 2:06 PM

Re-gazettement of previously logged forest (secondary forest) into Class I Protection Forest Reserve by the state forestry department recently, has swung in favour of the orang utans living within totally protected areas (TPA) in Sabah.


Anonymous said...
October 1, 2013 at 2:06 PM

Hutan–Kinabatangan Orang Utan Conservation Programme (Hutan-KOCP) co-director Dr Marc Ancrenaz said the state government had shown its commitment to conservation by increasing the number of protected forests in Sabah.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx