Monday, July 1, 2013

Lelaki Pakistan diancam bila cuba mengundi

Seorang lelaki Pakistan yang berhijrah ke Sabah dan memiliki kad pengenalan bewarna biru dengan cara yang diragui berkata, beliau telah diancam oleh penduduk tempatan apabila cuba untuk mengundi dalam satu pilihan raya.

Abdullah Mahmod, 55, yang tiba di Sabah dari Kuala Lumpur bersama bapa saudaranya ketika berusia 10 tahun berkata, beliau mendapat kad pengenalan biru itu tanpa memerlukan sebarang dokumen yang dikehendaki.

"Apabila Harris Salleh menjadi ketua menteri, saya pergi ke Kota Kinabalu untuk memohon kad pengenalan dan mereka (Jabatan Pendaftaran Negara) meminta saya berikan gambar saya.

"Saya beritahu mereka, saya buta huruf supaya mereka boleh isikan borang untuk saya. Selepas itu, saya mendapat kad pengenalan biru," kata Abdullah dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah hari ini.

Selain itu, Abdullah juga berkata, kad pengenalannya juga menunjukkan bangsanya ialah 'Melayu'.

61 comments:
Write comments
  1. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tiada petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Pakatan Pembangkang tentang kononnya wujud pengundi hantu Bangladesh semasa Pilihanraya Umum ke-13 yang lepas.

    ReplyDelete
  2. Beliau berkata: "Tidak ada yang menyebut kehadiran 40,000 pengundi hantu Bangladesh sebagai alasan mereka untuk memfailkan petisyen". Ini, Wan Ahmad berkata, adalah jauh berbeza sama sekali dengan dakwaan Pakatan dalam perkara ini sebelum, semasa dan selepas PRU13.

    ReplyDelete
  3. Jika tiada petisyen, ianya boleh bermaksud bahawa 'pengundi Bagladesh' itu hanyalah rekaan Pakatan pembangkang sahaja.

    ReplyDelete
  4. Memang benar. Anwar Ibrahim sendiri telah menyebut perkara ini secara terbuka dan kemudian diwar-war dan dicanangkan dalam media pembangkang termasuk media sosial mereka, Lim Guan Eng DAP juga turut terlibat di dalam propaganda jijik mempersoalkan isu pengundi Bangladesh yang tidak realistik dan tak masuk akal ini.

    ReplyDelete
  5. Walaubagaimana pun, masih ada juga rakyat yang percaya dengan propaganda jijik dan jahat tersebut. Mereka tertipu di dalam media sosial, media pro-pembangkang dan juga ceramah-ceramah Black 505 mereka.

    ReplyDelete
  6. Tidak sangka ada rakyat Malaysia yang begitu bodoh mempercayai kata-kata kepimpinan pembangkang. Yang lebih menyedihkan ialah mereka telah ditipu banyak kali sebelum ini tapi masih bodoh percaya kepada parti pembangkang.

    ReplyDelete
  7. A TRADER from India told the Royal Commission of Inquiry on illegal immigrants in Sabah that he obtained a Malaysian blue identity card (IC) in 1988 without any birth certificate or even a statutory declaration.

    Tamil Nadu-born Nasir Yusof told the commission that he was among about 1,000 Indian and Pakistani nationals from around Kota Marudu and Kudat district who got a Malaysian IC from the National Registration Department (NRD) office in Kota Marudu.

    ReplyDelete
  8. Sabah has always been what Barisan Nasional calls, a BN ‘fixed deposit’. But of late, incidents such as the Sulu incursion in Lahad Datu and ‘Project IC’ have rattled its normally stable environment. We headed to Semporna to find out more about what matters to people the most when casting their votes in the upcoming general elections.

    ReplyDelete
  9. For 29-year-old Mohd K, it doesn’t’ matter if he has a MyKad or not. He tells us he will vote in the upcoming Malaysian polls. Picking up from our confused reaction, he explained, “But I don’t go now. I just sign up and then send (the papers) to the office, in May.”But, we asked him again, you don’t have a blue MyKad, how can you vote? “That’s right, maybe I cannot say too much.” Mohd K smiled.

    ReplyDelete
  10. ‘Will someone take you to the polling station in Semporna?” Yes, was his response. That marked the end of our recorded interview with him as he left us and declined to explain more about his opportunity to vote in the elections.

    ReplyDelete
  11. Earlier, we met with a part-time resort worker on Mataking Island - the closest island to the southern part of the Philippines - to find out how people living and working in Sabah were feeling about the upcoming polls and how they were coping post-Sulu incursion. We also wanted to find out if there was any truth to the ‘Project IC’ allegations. We wondered if foreigners living in Sabah were given an easy treatment when applying for a MyKad.

    ReplyDelete
  12. The MyKad issue has been a thorny one ever since allegations surfaced involving foreigners, mostly from the neighbouring islands of the Philippines, being given MyKads without having to put in formal applications.


    Critics claimed that the project was initiated to alter the demographic patterns of Sabah, to favour the ruling coalition in their bid to stay in power. An inquiry was organised to gather evidence about the issue and is postponed due to the May polls. This initiative, dubbed the Project IC is the very issue that angers most Sabahans.

    ReplyDelete
  13. This opinion is that of Patrick L, a tour operator who expressed his views about how most Sabahans ?hate’ the current government.“People who came in (to Sabah) yesterday, the next day they get an IC. But, for a local Dusun guy who fathered a boy, it took him 15 years to get an IC (for his son)”. But, why only get angry now? “We have voiced it out before, but no one was listening.”

    ReplyDelete
  14. “Look at the development here under the BN government. I don’t want to change, I want Datuk Shafie (Apdal), the current MP to stay,” was this 25 -year-old executive’s plea.

    She felt that under the BN government, the military and police force handled the Lahad Datu crisis well, and there were no problems in Semporna. “It was safe and we were going to work like normal.”

    “Maybe it was just a rumour. That was her response when we asked about whether the shooting incident in Semporna’s Kampung Simunul had sparked unrest and fear among people living in Semporna. The incident was thought to have been linked to the invasion at Lahad Datu.

    ReplyDelete
  15. Suruhanjaya Siasatan (RCI) Pendatang Asing di Sabah berperanan membantu kerajaan menyelesaikan masalah yang mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian di negeri itu.

    ReplyDelete
  16. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kasim berkata, menerusi RCI itu kerajaan berharap rakyat Sabah akan bersama-sama mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah pendatang tanpa izin di negeri tersebut.

    ReplyDelete
  17. Menurutnya, pada 21 September tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyerahkan watikah pelantikan kepada Pengerusi dan anggota jawatankuasa suruhanjaya itu di Putrajaya.

    ReplyDelete
  18. Suruhanjaya terbabit dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, Setiausaha RCI iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kasim dan dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kamaruzzaman Ampon.

    ReplyDelete
  19. Seorang saksi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang haram di Sabah, warga asing dari Pakistan, Abdullah Mahmud hari ini berkata beliau terpaksa tukar lokasi mengundi kerana menerima ancaman di lokasi mengundi ketika pilihan raya.

    ReplyDelete
  20. Abdullah, 55, memberitahu Inkuiri RCI beliau pernah ditampar ketika mahu mengundi di Keningau walaupun telah menunjukkan kad pengenalan.

    ReplyDelete
  21. "Saya pernah mengundi enam kali ... waktu itu di Keningau, semasa (Tan Sri Joseph) Pairin Kitingan pembangkang, saya undi kerajaan," kata Abdullah kepada panel RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  22. Ekoran dikasari semasa ingin mengundi, Abdullah kemudiannya menukar tempat mengundi ke Beufort.

    ReplyDelete
  23. "Saya tunjuk IC mereka tidak terima, mereka minta saya tunjuk sijil beranak," katanya yang tidak memiliki dokumen berkenaan kerana lahir di Peshawar, Pakistan.

    ReplyDelete
  24. "Saya minta maaf cakap ... sana (Keningau) ada perkauman," kata Abdullah, yang telah memperoleh kerakyatan dan mengahwini wanita dari suku kaum Dusun dan beroleh tiga anak.

    ReplyDelete
  25. Abdullah merupakan saksi ke-144 RCI dan memperolehi kad pengenalan tanpa melalui proses mengikut sistem perundangan.

    ReplyDelete
  26. Beliau berkata kepada panel RCI yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, telah memperolehi kad pengenalan ketika pentadbiran Tan Sri Haris Salleh sebagai Ketua Menteri Sabah.

    ReplyDelete
  27. "Saya diarahkan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kota Kinabalu, dan bawa gambar hitam putih ... empat lima tahun kemudian baru dapat itu IC," katanya kepada lima panel RCI.

    ReplyDelete
  28. Abdullah memasuki Sabah ketika berusia 10 tahun bersama pak ciknya, dan sejak itu beliau berkata telah menetap di Sabah.

    ReplyDelete
  29. Ketiga-tiga anak lelakinya yang berusia, 21, 19, dan 18 tahun turut memperolehi Mykad.

    ReplyDelete
  30. Sementara itu, seorang lagi saksi RCI berbangsa India, Zainal Abidin Mohamad berkata beliau terpaksa menukar namanya daripada Ahmad Bashir bagi membolehkan beliau memiliki kad pengenalan.

    ReplyDelete
  31. Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah di sini hari ini diberitahu bahawa satu bahagian diwujudkan untuk memantau integriti petugas dan perkhidmatan Jabatan Imigresen.

    ReplyDelete
  32. Ketua pengarah imigresen Datuk Alias Ahmad berkata penubuhan bahagian yang ditadbir seorang pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu bertujuan meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan jabatan berkenaan, di samping menambah baik prestasi anggotanya.

    ReplyDelete

  33. "Saya akui, kami ada kekangan. Tapi, kami sentiasa cuba memperbaiki perkhidmatan kami.

    ReplyDelete
  34. "Kami memberi fokus kepada manusia (petugas) dan bagaimana untuk menjadikan mereka memiliki integriti paling tinggi," katanya.

    ReplyDelete
  35. Menjawab soalan pegawai pengendali Manoj Kurup tentang dokumen imigresen palsu, Alias berkata ia tidak mungkin dikeluarkan petugas jabatan itu.

    ReplyDelete
  36. RCI SABAH Pemberian kad pengenalan biru secara haram berlaku berleluasa hinggakan pekerja asing yang bertugas di dalam hitam juga ditawarkannya, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang asing Sabah diberitahu hari ini.

    Seorang penerima Maming Saleng, 63, dari Sulawesi berkata, dia tiba di Sabah pada 1981 menggunakan pasport Indonesia dan bekerja dengan syarikat pembalakan di Kinabatangan.

    Menurutnya, beliau berkata "ya" apabila pengurus kem pembalakan itu bertanya sama ada dia memerlukan kad pengenalan.

    Memberi keterangan kepada RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu hari ini, Maming berkata, selepas itu, dua lelaki tidak dikenali datang ke kem untuk memproses permohonan itu, termasuk mengambil gambar, cap jari dan mengisi borang.

    Menurut Maming lagi, dia membayar RM50 dan dua bulan kemudian berjaya mendapat kad pengenalan biru di kem itu dan perlu membayar RM100 lagi bila siap.

    Kira-kira 20 orang lagi menerima kad pengenalan biru bersamanya, tambah Maming.

    ReplyDelete
  37. dia tidak sepatutny layak memiliki mykad

    ReplyDelete
  38. Mungkin dia ini sudah hidup lama di Sabah. sejak umur 10 tahun. Sekarang sudah 55 tahun. Bayangkan.

    ReplyDelete
  39. jika dilihat memang layak pun dia dapat ic. Dalam undang-undang kita pun siapa yang duduk lama di Sabah ada kemungkin dapat memohon.

    ReplyDelete
  40. Kita percaya cuma ada pihak yang sengaja menjadikan isu ini sebagai isu politik mereka.

    ReplyDelete
  41. Jangan mudah terpedaya dengan mereka yang cuba memainkan isu Mykad dan projek IC ini.

    ReplyDelete
  42. Kalau benar mereka itu benar tunjukan bukti yang mereka itu benar-benar betul. Jangan hanya cakap kosong semata-mata.

    ReplyDelete
  43. Sindiket melibatkan bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mendapat RM11 juta hasil daripada penjualan kad pengenalan (IC) kepada pendatang haram di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) diberitahu hari ini.

    ReplyDelete
  44. Pegawai Polis Kanan Cawangan Khas (SB) Ahmad Fauzan Mohamad juga berkata hari ini tiada seorang pun daripada 94 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sepanjang 1995-2001 kerana penglibatan mereka dalam sindiket, didakwa di mahkamah.

    ReplyDelete
  45. Dianggarkan lebih kurang RM11 juta dikumpulkan hasil dari tindakan ini,” kata Ahmad Fauzan semasa RCI di sini hari ini.

    ReplyDelete
  46. Ahmad Fauzan, yang bertugas di jabatan polis bahagian keselamatan, sindiket dan penyeludupan manusia di Kuala Lumpur juga menegaskan sindiket itu hanya didorong oleh keuntungan kewangan, dan bukan atas sebab-sebab politik.

    ReplyDelete
  47. Saya tidak ada sebab untuk melihat motif lain kerana keuntungan kewangan sudah ada,” katanya.

    ReplyDelete
  48. ebelum ini bekas pengarah JPN Ramli Kamarudin, bagaimanapun, memberitahu RCI bulan lepas bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Megat Junid Megat Ayub mengarahkan dirinya untuk mengeluarkan resit JPN, yang sama dengan nama dan nombor kad pengenalan pengundi berdaftar kepada pendatang.

    ReplyDelete
  49. Ramli telah mengatakan lebih kurang 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), di mana kerajaan merasakan sukar untuk menang, sebelum pilihan raya negeri 1994.

    ReplyDelete
  50. Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi DUN.

    ReplyDelete
  51. Akan tetapi beberapa ADUN PBS belot menyertai Barisan Nasional (BN) sejurus selepas itu, menyebabkan kerajaan PBS jatuh.
    Ahmad Fauzan mengatakan hari ini Ramli ditahan selama dua tahun dibawah ISA dari 1996 hingga 1998, manakala seorang lagi bekas pengarah JPN Sabah Datuk Abdul Rauf Sani diletakkan di bawah kediaman terhad selama enam bulan pada 1996.

    ReplyDelete
  52. Pegawai SB DSP Badaruddin Ismail memberikan keterangan bulan lepas Ramli telah menjual 16,000 resit JPN dengan berharga lebih RM1 juta yang membenarkan pendatang Sabah untuk mengundi. Ramli menjual setiap resit dengan harga RM250 sepanjang 1993 dan 1995 kepada pendatang haram dari Filipina, India, Pakistan dan negara lain, menurut Badaruddin.

    ReplyDelete
  53. Badaruddin juga mengatakan Abdul Rauf telah menjual 6,305 kad pengenalan kepada pendatang Filipina dan Indonesia juga kepada rakyat tempatan dengan harga RM167,300. Abdul Rauf memberitahu RCI bulan lepas kad pengenalan biru juga dikeluarkan untuk meningkatkan jumlah pengundi Islam di Sabah. Beliau mengatakan beliau sedar pendatang di Sabah diajar bagaimana untuk mengundi dalam pilihan raya, jika tidak, kad pengenalan mereka akan dibatalkan.

    ReplyDelete
  54. Ahmad Fauzan mengatakan hari ini setiap IC dijual di antara RM50 hingga RM1,400, tetapi menambah beliau tidak mengetahui identiti penerima. Beliau sedar operasi sindiket tersebut telah mengancam keselamatan negara.
    Dengan serangan daripada semua warga asing, ia menggalakkan aktiviti penyeludupan manusia

    ReplyDelete
  55. ini disediakan dan disusun dengan baik. Selain pegawai JPN, terdapat juga agen dari orang awam dan sub-agen yang terlibat dalam mengeluarkan IC,” tambah Ahmad Fauzan

    ReplyDelete
  56. Beliau menegaskan Megat Junid telah menandatangani perintah tahanan kepada 80 daripada 94 ditahan di bawah ISA.
    Ahmad Fauzan, yang telah melakukan penyelidikan dan penilaian terhadap sindiket, berkata 3,035 lagi rakyat di Sabah telah didakwa di mahkamah oleh agensi-agensi penguatkuasaan lain untuk memalsukan kad pengenalan dan memiliki kad pengenalan palsu

    ReplyDelete
  57. Bekas penolong pendaftar JPN Sabah Kee Dzulkifly Abd Jalil memberi keterangan bulan lepas 100,000 kad pengenalan biru diberikan kepada pendatang Filipina, Indonesia dan Pakistan di Sabah pada 1993.

    ReplyDelete
  58. Perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkuasa dari 1981 ke 2003 telah dituduh menggepalai “Projek IC”, di mana kerakyatan diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi.

    ReplyDelete
  59. Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh yang mentadbir negeri tersebut dari 1976 hingga 1985 telah menafikan kewujudan “Projek IC”.
    Dr Mahathir memberitahu pemberita bulan lepas, orang asing di Sabah ada menerima kerakyatan akan tetapi menegaskan ia dilakukan dalam konteks undang-undang.

    ReplyDelete
  60. Ramainya cybrtrooper yang diupah untuk manghalalkan projek IC di blog ini. Nampak sangat tidak berintegriti.

    ReplyDelete
  61. Sial si bangan haris salleh.... rupanya keluarga Pakistan nih....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.