Monday, July 1, 2013

PRK Besut Medan Ujian Pertama Buat Pas

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Besut Terengganu kalau boleh dielakkan rasanya semua pihak mahu mengelakkannya. Lengguh dan letik semasa menghadapi pilihan raya umum lalu masih belum reda lagi. Tetapi kerana ia tidak dapat dielakkan hendak tidak hendak terpaksa dihadapi juga.

Namun bagi hantu politik mereka tidak merasa akan keletihan itu. Kekosongan mana-mana kerusi sesuatu yang dinanti-nantikan, konon kekosongan itu boleh dijadikan untuk menguji kekuatan parti masing-masing.

Sebaliknya juga bagi parti politik pilihan raya kecil pertama itu sesuatu yang membimbangkan. Terutamanya pihak UBN kerana pilihan raya itu amat mencemaskan mereka. Pilihan raya itu akan memberi natijah tersendiri kalau tiba-tiba UBN kalah. Kekalahan boleh menyebabkan berlaku sesuatu yang diluar dugaan di Terengganu.

Kekalahan UBN menjadikan kedudukan kerusi seimbang di antara UBN dengan Pas 16 - 16. Dengan kedudukan ini menyebabkan tidak ada siapa yang mendapat kelebihan kerusi dan berhak untuk menubuh kerajaan. Kerajaan sedia ada (UBN) bermasalah dan tidak dapat berfugsi lagi. Salah satu jalan terbaik atau kemungkinan diambil ialah Dun Terengganu dibubarkan.

Tertakdir berlaku demikian, kedudukan kerusi sama 16:16 - kalau ingin kepada keharmonian, menjimatkan wang rakyat, boleh dibentuk hanya dengan mewujudkan kerajaan bersama antara kedua-dua parti berkenaan.

Erti akan wujud kerajaan bersama di Terengganu. Untuk tujuan ini bolehlah jawatan MB digilir-gilirkan, dua tahun setengah seorang di antara Pas dengan UBN. Itu idealisnya. Tetapi Pas sebagai sebuah parti yang ghairah untuk mengganti Umno tidak mungkin akan bersedia. Pas akan merasakan lebih baik untuk diadakan pilihan raya semula. Kalau pun Pas Terengganu bersetuju atas 'maslahat' tertentu namun Pas Pusat akan menenangnya.

Situasi itulah maka menjadikan pilihan raya kecil Kuala Besut ini penting. Sebab itu saya katakan kalau ia boleh dielakkan, atau dibayar berapa sekali pun Umno Terengganu sanggup berbuat demikian. Kerana kalau bertanding ia belum tentu dapat meraih kemenangan dan UBN boleh meneruskan kerajaan yang sedia ada.

Pilihan raya kecil itu akan memberi signifiken kepada Umno dan Pas. Ia menjadi indikator kepada kedua-dua parti selepas berlangsungnya pilihan raya umum. Apakah perkembangan selepas pilihan raya umum berubah atau tidak? Pilihan raya itu akan memberi jawaban.

Wujud beberapa perkembangan selepas pilihan raya umum lalu, sangat diperhatikan oleh orang ramai bagaimana keputusan pilihan raya itu nanti. Pihak Pakatan Rakyat tidak menerima keputusan pilihan raya lalu atas alasan ianya dilakukan dalam keadaan tidak bersih, kotor dan penuh penyelewengan. Maka gerakan himpunan Black505 dilancarkan untuk menyatakan manifestasi itu. Kemuncak himpunan itu ialah di Padang Merbok dua minggu lepas.

Apakah perkembangan selepas pilihan raya itu akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat? Apakah rakyat khasnya di Besut menilai semua itu atau mereka tidak sedikitpun mengambil peduli. Memandangkan imbasan-imbasan (flash) mengutuk SPR berkenaan bersifat nasional saya tidak merasakan soal-soal tuntutan itu menjadi perhatian rakyat di Besut.

Dalam perhatian saya Black505 tidak memberi kesan besar kepada pilihan raya kecil di Besut itu, jauh sekali untuk mengharapkan pengundi di Besut akan membuat ralat besar ekoran kononnya berlaku penyelewengan dilakukan SPR berkenaan. Bagi rakyat Besut mereka mungkin pun tidak merasakan sedikitpun SPR bersalah.

Seperkara lagi bila bercakap soal pilihan raya kecil itu subjek tidak kurang peting ialah calon. Calon yang bakal diturunkan kedua-dua parti menjadi penentu. Kredibiliti calon menguasai 30% peluang kepada parti. Kemenangan UBN menerusi Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar baru-baru ini ialah kerana keistimewaan yang ada kepadanya. Beliau merupakan anak tempatan Pulau Perhentian yang suka bergelombangan dengan rakyat. Allahyarham juga mempunyai keperibadian yang baik dan disenangi orang bawahan.

Kelemahan yang ada kepada calon Pas, Nafisah Ismail ialah dia seorang perempuan dan kedua dia tidak dilihat tokoh yang mengauli rakyat. Sosio budaya di Besut berbeza dengan kawasan hampir pekan atau bandar. Maka ia memerlukan seorang calon yang bergaul dengan mereka. Dalam istilah lain calon-calon yang tidak berpijak di bumi akan ditolak.

Perbezaan gender juga menjadi persoalan baru-baru ini di mana masyarakat di Besut tidak begitu yakin dengan calon Pas seorang muslimat. Walaupun penampilan dan peranan wanita kini hampir sama dengan kaum lelaki, tetapi persepsi bahawa wanita itu tetap berada di bawah masih diterima.

Jadi dalam ulasan saya berhubung pilihan raya kecil Besut ini Pas sekiranya mahu menang atau setidak-tidaknya memberi tentangan kepada UBN sila kemukakan calon yang berpijak di bumi, seorang yang bergual dengan rakyat dan boleh bercerita mengenai ikan dan laut, pukat atau perahu. Calon-calomn branded dari atas kayangan rasnaya tidak sesuai. Kehebatan mereka dalam bidang mereka duduki baik agama atau perniagaan tidak banyak membantu.

Rasanya untuk pilihan raya Besut ini tidak sesuai kalau Pas meletakkan calon yang gah dengan nama atau profesyennya. Begitgu juga calon dari luar Besut tidak membantu. Pas harus cari anak tempat biarpun beliau itu bukan berkelulusan tinggi, atau berjebang lebat dan pandai membaca hadith dan ayat-ayat Quran.

Barang kali cukup kalau dia seorang juragan atau taukeh ikan di Kuala Besut. Apa yang perlu disedari masyarakat di pesisir pantai begitu suka kepada orang yang sehidup semati ataupun mudah ditemui. Kalau pun calon itu terkenal dan gah namanya di Kuala Lumpur ia tidak bererti kepada mereka.

Mungkin kriteria calons begini sedang diperhatikan oleh pucuk pimpin Pas Terengganu untuk diletak pada pilihan kecil Besut yang dijangka akan dilangsung bulan Ramdhan ini.

http://msomelayu.blogspot.com

28 comments:
Write comments
  1. Dalam Dewan Rakyat semalam, anak Anwar Ibrahim dan juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, si Nurul Izzah telah menegaskan bahawa pilihanraya Kuala Besut tidak boleh diadakan selagi kepimpinan SPR tidak ditukar. Katanya:

    “(Pilihan raya kecil) Kuala Besut hanya dilaksanakan bila ada pimpinan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang baru dan credible (wibawa). Nak teruskan dengan dakwat yang sama, dengan pimpinan (SPR) yang sama? Pada saya ini tak boleh diterima pakai,”

    ReplyDelete
  2. Namun, siapa yang akan mendengar cakap penipu tegar seperti Nurul Izzah. PRK Kuala Besut tetap akan diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh kerusi tersebut dikosongkan tanpa ada pertukaran dalam kepimpinan SPR.

    Justeru, mengambil kata-kata Nurul Izzah di atas, Pakatan Rakyat tidak harus bertanding sebagai menegaskan bantahan terhadap SPR. Jika tidak, ia akan menyerlahkan satu lagi hipokrasi yang paling jelek di pihak PR.

    ReplyDelete
  3. Jika keturunan Anwar Ibrahim ini waras dan bermaruah, tentu Nurul Izzah akan diam sahaja setelah terkantoi tidak dapat membuktikan berlaku penipuan dalam PRU-13 yang lalu.

    Tahukah Nurul Izzah bahawa cerita PR tentang 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh adalah satu penipuan paling bodoh dan kelakar? Mereka ini pula dikatakan datang dengan penerbangan dari Sabah. Bayangkan, tidak mungkin tiada siapa yang dapat mengesan 40,000 Bangladesh tiba dari Sabah? Lebih kelakar lagi apabila tiada seorang pun dari mereka dapat dibawa ke hadapan untuk membuktikan SPR menipu sedangkan Anwar mengaku mempunyai bukti dan butiran terperinci ketibaan mereka di Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Itu belum lagi gambar-gambar dan cerita yang disebarkan mengenai kotak undi yang konon dilarikan, disembunyikan dan dibuang oleh SPR. Ini termasuklah terjatuh dari helikopter yang jatuhnya elok berdiri tersusun rapi di tengah-tengah padang, tanpa koyak dan tanpa terusik. Pun begitu, tiada satu pun kawasan di mana agen PR membuat aduan bilangan pengundi dengan kertas undi tidak sepadan.

    Malah cerita ‘blackout’ juga senyap begitu sahaja sehinggakan himpunan yang dinamakan ‘blackout’ terpaksa ditukar nama kepada ‘black’ di acara kemuncak akibat telah terbukti tiada ‘blackout’. Lihatlah, betapa buruknya sifat mereka yang tetap menuduh berlaku ‘blackout’ walaupun pemimpin DAP, sekutu mereka sendiri telah menafikan ianya berlaku.

    ReplyDelete
  5. Pengerusi SPR mungkin dipersoal tentang dakwat kekal idaman PR yang tidak kekal dalam beberapa kes, tetapi ini masih tidak membuktikan terjadinya penipuan selagi tiada bukti terjadinya undi dua kali atau tidak dibenarkan mengundi langsung.

    Apakah Nurul Izzah terlalu bengap untuk memahami bahawa Himpunan Black505 telah tidak mendapat sambutan kerana rakyat sudah tahu bahawa PR menipu? Oleh itu atas dasar apa Nurul Izzah ingin mempersoalkan kredibiliti kepimpinan SPR sehingga menafikan peranannya dalam PRK Kuala Besut?

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya, orang yang perlu dipersoalkan kredibilitinya ialah Nurul Izzah dan bapanya serta seluruh pemimpin Pakatan Rakyat.

    Tidakkah Nurul Izzah terfikir, apa jenis orang yang membantah keputusan PRU tetapi menerima jawatan di Dewan Rakyat? Apa jenis manusia yang berhimpun menolak keputusan tetapi terhegeh-hegeh dan tersengeh-sengeh mengangkat sumpah?

    ReplyDelete
  7. Atau lebih tepat, apa jenis haiwan yang menyuruh haiwan lain merusuh berkhemah dan berguling-guling menentang kerajaan sedang dia sendiri menjamu selera bergelak ketawa dengan pemimpin kerajaan? “Professional and nothing personal”?? – Bullsh*t!

    Dan kali ini pula, orang atau haiwan yang sama menyatakan keengganan untuk menyertai PRK Kuala Besut jika kehendaknya tidak dituruti iaitu Pengerusi SPR tidak meletakkan jawatan.

    Sekali lagi diulang bahawa Pengerusi SPR tidak akan dan tidak perlu meletakkan jawatan hanya kerana beberapa ekor haiwan menipu menyatakan yang beliau menipu. Justeru, sekiranya PR tidak dapat menerima kepimpinan SPR, PR wajib memulaukan PRK ini.

    ReplyDelete
  8. Sebelum ini, banyak pihak menghormati PAS kerana kewibawaan kepimpinan Presiden PAS Dato’ Haji Abd. Hadi Awang yang lebih dikenali dengan panggilan Haji Hadi sahaja. Haji Hadi , seperti juga Fadzil Nor , menjadi tempat rujukan dan secara otomatik menjadi tulang belakang parti tersebut.

    ReplyDelete
  9. Bagaimanapun akhir-aklhir ini kehebatan Haji Hadi sebagai pemimpin berkarisma mulai luntur apabila umum melihat beliau begitu lemah berhadapan dengan para pemimpin Pakatan Pembangkang (PP) seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tian Chua. Prinsip dan pegangan PAS mula goyah dan tergugat berada dalam tangan Haji Hadi. Beliau tidak sepertimana yang dizahirkan dalam pidato-pidatonya yang berapi-api mempertahankan ‘prinsip kepimpinan Islam’, telah beransur-ansur tunduk dan akur kepada kehendak Anwar Ibrahim dan para pemimpin DAP khasnya Lim Kit Siang.

    ReplyDelete
  10. “Jauh panggang dari api kalau Haji Hadi hendak disamakan dengan kepimpinan Rasulullah yang kental dan tegas dan tidak berganjak dari prinsipnya walaupun baginda diancam dan diserang”. Sebaliknya, beberapa pemimpin PAS pula hilang prinsip bila berdepan dengan DAP dan PKR.

    ReplyDelete
  11. Ditengah-tengah kritikan tentang kelemahan Haji Hadi itu, tiba-tiba terkeluar satu kenyataan dari Haji Hadi yang amat luar biasa, apabila beliau menunjukkan kewibawaannya kepada rakyat Malaysia, di mana perpaduan orang Melayu diberikan keutamaan dengan menzahirkan keinginannya untuk berunding dengan UMNO.

    ReplyDelete
  12. kita tgk sapa yang akan menang.

    ReplyDelete
  13. Selepas Perhimpuan Black 505 yang dibanggakan Anwar. Kita lihat bagaimana keputusan pada PRK Besut ini. Adakah benar rakyat menyokong Anwar dan orangnya atau tidak.

    ReplyDelete
  14. Seperti yang kita sedia maklum yang mana kerusi ini adalah milik BN dan mungkin bukan mudah untuk PR merampasnya.

    ReplyDelete
  15. BN tetap akan menjadi pilihan rakyat. Kerajaan yang sedia ada ini telah pun berjaya membantu rakyatnya. Mungkin tidak 100% tapi yang pasti ada peningkatan dari tahun ke tahun.

    ReplyDelete
  16. PAS mahu lihat setakat mana sokongan rakyat. Kita lihat saja sendiri keputusan pada PRU13 dimana kedudukan PAS dalam PR.

    ReplyDelete
  17. Jadi kita dapat lihat juga bagaimana kemenangan BN dikawasan tersebut. Sememangnya sokongan kepada BN tetap kuat di kerusi yang akan dipertandingkan ini nanti.

    ReplyDelete
  18. PUNCA PAS KALAH DENGAN CEMERLANGOctober 9, 2013 at 10:32 AM

    Benar Che Long popular di kalangan masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih dikenali berbanding calon BN 14.2 peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2 peratus) berdasarkan kajian Ilham Centre, tetapi popular tidak semestinya disukai.

    ReplyDelete
  19. PUNCA PAS KALAH DENGAN CEMERLANGOctober 9, 2013 at 10:39 AM

    Ini kerana, mengikut kajian Ilham Centre, sebuah badan pengkaji pilihan raya, 77.2 peratus dari pengundinya memilih faktor parti calon berbanding hanya 12.8 peratus faktor keperibadian calon.

    ReplyDelete
  20. PUNCA PAS KALAH DENGAN CEMERLANGOctober 9, 2013 at 10:42 AM


    Sebagaimana didedahkan oleh PAS, BN yang membelanjakan hampir setengah bilion ringgit atau RM19,000 bagi setiap pengundi untuk pilihan raya ini berjaya memenanginya.

    ReplyDelete
  21. PUNCA PAS KALAH DENGAN CEMERLANGOctober 9, 2013 at 10:43 AM

    Faktor terbesar adalah kedudukan Kuala Besut yang terpencil dari arus perdana politik tanah air yang mahukan perubahan.

    ReplyDelete
  22. PUNCA PAS KALAH DENGAN CEMERLANGOctober 9, 2013 at 10:45 AM

    Dalam PRU13, pengundi bandar yang terdedah kepada penggunaan internet dan media sosial menolak BN dan mengundi Pakatan Rakyat (PR) hampir di semua bandar utama di Malaysia kecuali Kangar melalui wakil mereka sama ada PAS, PKR atau DAP.

    ReplyDelete
  23. PUNCA PAS KALAH DENGAN CEMERLANGOctober 9, 2013 at 10:47 AM

    Di samping itu, kenangan lama perpecahan penduduk kawasan itu antara PAS dan Umno mengongkong mereka dari mendekati PAS walaupun PAS sudah berubah.

    ReplyDelete
  24. PUNCA PAS KALAH DENGAN CEMERLANGOctober 9, 2013 at 10:48 AM

    Isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman masih menjadi stigma yang tidak boleh mendekatkan penyokong Umno yang meninggalkan PAS sebelum ini.

    ReplyDelete
  25. PUNCA PAS KALAH DENGAN CEMERLANGOctober 9, 2013 at 10:50 AM

    Usaha PAS untuk menampilkan seorang ahli perniagaan dan bercakap tentang ekonomi berbanding dengan tradisi meletakkan calon 'ustaz' dan bercakap mengenai agama semata-mata, belum berjaya memecahkan tembok minda.

    ReplyDelete
  26. PUNCA PAS KALAH DENGAN CEMERLANGOctober 9, 2013 at 10:55 AM

    Misalnya, apabila PAS memainkan isu empangan yang rosak di bawah tangan calon BN, rakyat bertanya balik, siapa yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah mereka, PAS atau Umno?

    ReplyDelete
  27. PUNCA PAS KALAH DENGAN CEMERLANGOctober 9, 2013 at 10:56 AM

    PAS berjaya mendedahkan isu tetapi BN melalui pengarah pilihan rayanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang dengan penyelesaian iaitu pengumuman peruntukan RM35 juta untuk membaiki balik empangan itu.

    ReplyDelete
  28. PUNCA PAS KALAH DENGAN CEMERLANGOctober 9, 2013 at 10:57 AM

    Begitu juga kemiskinan. PAS memang berjaya mendedahkan betapa miskinnya penduduk Kuala Besut tetapi siapa yang boleh menyelesaikannya, PAS atau BN?

    Pengumuman PAS bahawa mereka tidak mahu jawatan menteri besar bahkan Datuk Seri Ahmad Said akan terus jadi memegang jawatan itu walaupun menang dalam PRK ini lebih memburukkan keadaan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.