Monday, July 1, 2013

Rumah Kena Rompak, Apa Kata Khairy Jamaluddin?

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam.

Menurutnya, kejadian seumpama itu yang dikategorikan sebagai jenayah adalah masalah nyata bukan persepsi semata-mata.

“Insiden ini adalah peringatan kepada kita semua bahawa jenayah merupakan masalah serius di negara kita.

"Masalah ini adalah perkara yang nyata, bukan semata-mata persepsi,” katanya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu juga mengesahkan kejadian rompakan di kediaman ibunya yang juga kediamannya berlaku pada Sabtu.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengirim mesej melalui SMS, FB dan Twitter tentang kejadian rompakan di rumah ibu saya semalam yang juga merupakan kediaman saya.

“Syukur Alhamdulillah tiada siapa yang cedera,” tulisnya lagi.

Khairy turut menyatakan perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis sudah membuat kenyataan tentang kejadian ini dan saya serah kepada PDRM (Polis di Raja Malaysia) untuk menjalankan siasatan,” ujarnya.
xxx2

Komen Anda

6 Responses to " Rumah Kena Rompak, Apa Kata Khairy Jamaluddin? "
Anonymous said...
July 2, 2013 at 9:40 AM

Itu mlambangkn Undang2 Jenayah negara tidak dtakuti bukan kata Penjenayah Tegar..penjenayah kalangan kanak2 pun tak gerun. Undang2 yg banyak dtertawakan malah tak pelik jika di sesetengah negara luar,rakyat brtindak terus ke atas pelaku jenayah dgn mmbakar,menyeret dijln raya atau mmancung terus. Kerana apa? Kerana undamng2 dan penguatkuasa undang2 spt ADA PUN TIDAK MENAMBAH DAN TIADA PON TIDAK BERKURANG.


Anonymous said...
July 2, 2013 at 7:26 PM

Ni bukan nak mengata kat KJ tapi nak kongsi sikit kejadian.

Satu masa dulu saya pernah dengar boss saya bercakap tentang keburukan hukum HUDUD, siap berceramah panjang lagi memperlekeh perundangan islam, dia ni orang cap BIRU totok pernah MELANCONG ke Mekah.

Kemudian dia bertukar ke negeri pantai barat, di sana dia dapat pelajaran yang baik tentang perundangan islam yang dahulunya dicemoh. Dengan izin Allah suatu hari seperti biasa dia balik ke rumah utk makan tghari, sejurus dia masok pasang TV kemudian terus ke dapor, sebaik dia ke dapor datang sekumpulan penyangak mengangkut semua perabot, settee dan berbagai barang di ruang tamu ke dalam sebuah lori kecuali TV di biarkan.

Bila bekas boss saya ni keluar utk ke ofis semula, dia terkejut berok ruang tamu telah kosong, lalu dia bergegas keluar bertanya jiran, jiran kata dia ingatkan tuan Haji nak tukar perabot baru, saya kira orang kedai perabot tadi datang angkut dengan lori, kerana saya nampak kereta tuan ada kat depan.

Sejak peristiwa tersebut terkena keatas batang hidong sendiri bekas boss saya berubah tanggapan terhadap peraturan islam terutama HUDUD.
KERAP DIA MERUNGUT KENAPA KERAJAAN TIDAK MELAKSANAKAN PERUNDANGAN ISLAM, rungutan ini datang selepas segala harta di ruang tamu dikebas penyangak.

Ini bukan cerita rekaan, ini kisah BENAR


Anonymous said...
July 2, 2013 at 7:28 PM

Inna lillah wa inna lillah hirojioun.
Alhamdulillah tak ada orang dirumah... kalau ada entak apa akan berlaku. Bukan RM24,000.00 yang hilang mungkin lebih dari itu....

Polis oh Polis sejaak lepad PRU ni berapa rumah VVIP dah kena..... rumah marhain tak boleh kira dah....

1Malaysia 1rumah 1pencuri.

Dapat tangkap terbukti salah potong tangan baru ada pengajaran kot.


Anonymous said...
July 2, 2013 at 7:29 PM

Apabila rumah BANGSAWAN kena rompak, baru rasa negara ini ada peningkatan kes jenayah.Tapi kalau rumah RAKYAT MARHEIN yang kena rompak, apa pon tak kesah.Itu kes terpencil katanya.Kesian kat rakyat Malaysia............"Ingat pesanan Nabi Muhammad saw kalau ingin umat selamat".


Anonymous said...
July 3, 2013 at 7:26 PM

Itulah jadinya jika polis di sibukkan dengan hal2 politik..tiada masa jaga keselamatan rakyat..pencuripun bermaharajalela


Blog Tuan Hamba said...
July 3, 2013 at 10:20 PM

BAGUS JUGA DIADAKAN SIARAN LANGSUNG DI TV 1,2,3 DAN ASTRO POTONG TANGAN KEPADA PENCURI YANG CUKUP SYARATNYA DI POTONG SUPAYA MENJADI PENGAJARAN KEPADA YANG INGIN MENCURI ATAU BERNIAT JADI PENCURI


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx