Wednesday, July 3, 2013

Suruhanjaya Siasatan Perlu Untuk Siasat Penipuan PRU-13

Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Mohd Ali hari ini memberitahu dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), menurut Akta Siasatan 1950, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja seperti mana kuasa yang dimiliki Kerajaan Persekutuan

Justeru, Azmin mendesak Kerajaan Negeri mengambil langkah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kecurangan dan penipuan yang belaku di Selangor dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

“Ini kerana penyelewengan pilihan raya adalah hal yang melibatkan kepentingan awam dan perkara ini termaktub di bawah akta berkenaan.

“Selaras dengan Seksyen 2(1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang memberi kuasa kepada sebuah suruhanjaya siasatan menjalankan siasatan yang berfaedah bagi kebajikan awam,” kata Azmin.

Menurut Azmin lagi Seksyen 21 Akta Suruhanjaya Siasatan ini turut memberi perlindungan kepada saksi- saksi yang bersedia untuk memberikan keterangan termasuk di kalangan pegawai Perkhidmatan Awam dan juga SPR.

Menurutnya lagi, suruhanjaya itu juga diberikan kuasa undang-undang untuk mengeluarkan sapina terhadap mana-mana individu yang difikirkan dapat membantu siasatan termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dan waran tangkap boleh dikeluarkan sekiranya pihak terbabit ingkar.

“Suruhanjaya ini boleh mengeluarkan sapina terhadap media seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang digunakan sepenuhnya oleh Umno untuk memaparkan berita-berita fitnah dan pembohongan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri seperti isu sampah, isu air bersih dan juga program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” ujar beliau lagi.

Azmin menambah lagi, suruhanjaya ini akan berfungsi mencari jawapan melalui keterangan bersumpah daripada saksi-saksi yang boleh membantu siasatan yang menyeluruh terhadap isu kecurangan dan penipuan dalam proses pilihan raya bagi melindungi kepentingan awam dan kedaulatan negeri.

“Saya menyeru rakyat Negeri Selangor khususnya para pengundi untuk bersedia tampil sebagai saksi dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja ini dengan mengemukakan keterangan dan bukti-bukti yang kukuh kerana mereka akan diberikan jaminan perlindungan mengikut undang-undang.

“Negeri Selangor harus memimpin usaha untuk membersihkan sistem pilihan raya di Malaysia,” kata beliau lagi. -selangorku

18 comments:
Write comments
  1. Jika benar ada penyelewengan mana isu 40,000 bangla dibawa masuk untuk mengundi?

    ReplyDelete
  2. Kalau kita lihat sendiri pun tidak ada petisyen yang mengemukakan mengenai bangla yang dibawa masuk sebagai pengundi hantu.

    ReplyDelete
  3. Kita tunggu saja RCI yang akan ditubuhkan oleh kerajaan selangor yang Azmin Ali mahukan itu. Tidak Azmin Ali bergaduh lagi dengan Khalid kah?

    ReplyDelete
  4. Atau Azmin Ali cuba untuk menubuhkan RCI ingin sabotaj Khalid di Selongar. Kita tidak tahu bukan niat Azmin Ali.

    ReplyDelete
  5. Alasan Azmin Ali saja itu cakap ingin menubuhkan RCI untuk menyiasat PRU13. Tapi mungkin ada niat lain yang cuba dilakukan oleh beliau.

    ReplyDelete
  6. RAFIZI PAKAR DALAM...

    Kalau bab menfitnah dan mewujudkan cerita-cerita sensasi, Rafizi Ramli cukup berjaya. Apatah lagi apabila dia juga dibantu oleh JINGGA 13, tentera siber upahan Anwar Ibrahim yang bekerja keras untuk mewujudkan persepsi dan menjadikan FITNAH sebagai sesuatu yang nyata dan boleh diterima ramai tanpa sebarang perasaan bersalah.

    Rafizi Ramli adalah ketuanya.

    Di Pandan, pada hari penamaan calon, Rafizi Ramli buat hal lagi. Rafizi Ramli bising-bising tentang calon Barisan Nasional, Gary Lim Chin Yee yang kononnya telah pecah amanah dan salahguna kedudukan selaku peguam. Katanya, dia mempunyai bukti tentang hal tersebut.

    RAFIZI PAKAR DALAM...

    Untuk beberapa hari selepas Rafizi Ramli buat sidang media – sesuatu yang amat digemarinya – Majlis Peguam yang sememangnya diketahui sangat cenderung kepada Pakatan Rakyat, terutama sekali PKR dan DAP, telah mengumumkan yang mereka akan melakukan siasatan berhubung dakwaan Rafizi Ramli.

    Sudah tentulah Majlis Peguam cuba mencari jalan untuk membantu Rafizi Ramli menang mudah dan kemudian menjadi sokongan moral kepada para pemimpin Pakatan Rakyat lain yang sedang berhadapan dengan pelbagai kepayahan dan halangan, tidak seperti tahun 2008 apabila mereka muncul sebagai underdog dan kurang yakin kemenangan akan berpihak kepada mereka.

    RAFIZI PAKAR DALAM...

    Namun, Rafizi Ramli yang sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang berhubung BAFIA, semakin terjerat dengan egonya yang tersendiri. Kegelojohannya untuk menjadi orang pertama yang membuat pelbagai pendedahan dan tahu segala-gala rahsia, akhirnya membuatkan dia terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.

    Gary Lim telah membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi adalah liar dan tidak berasas. Justeru, memandangkan Rafizi Ramli telah mengadakan sidang media yang bertujuan untuk memalukannya, maka Gary Lim telah mengambil keputusan untuk menyaman budak jambu itu.

    RAFIZI PAKAR DALAM...


    Nasihat daripada Gary Lim kepada Rafizi yang mengharapkan benar kerusi Parlimen Pandan akan berpindah kepadanya setelah mengetahui Ong Tee Kiat, penyandang kerusi tersebut tidak lagi bertanding ialah Rafizi seharusnya menerangkan kepada penduduk dan pengundi di Pandan, apakah khidmat yang akan diberikan kepada mereka berbanding mengada-ngadakan cerita seperti itu semata-mata untuk menjadi popular.

    ReplyDelete
  7. RAFIZI PAKAR DALAM...

    Sememangnya itulah yang sepatutnya Rafizi Ramli lakukan. Apa sumbangan yang akan diberikan kepada penduduk dan pengundi di Pandan? Apakah Rafizi Ramli akan mengulangi perangai wakil-wakil rakyat Pakatan yang hilang entah ke mana dan langsung tidak turun menjengah permasalahan rakyat, sebaliknya cukup lantang menyalak dalam media sepertimana yang ditunjukkan oleh rakan karibnya, Zuraida Kamaruddin yang mewakili Parlimen Ampang, bersebelahan dengan Parlimen Pandan atau seperti Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang melompat sana, melompat sini tetapi sama seperti Mat Sabu, Saifuddin Nasution tidak pernah bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan kepadanya bermula dari Lunas lagi.

    RAFIZI PAKAR DALAM...

    Tidak dapat dinafikan, Rafizi Ramli sebenarnya jadi begitu kerana selama ini UMNO dan Barisan Nasional terlalu GENTLEMAN dan beranggapan bahawa segala tuduhan liar yang dibuat adalah bermotifkan politik. Apabila bermotifkan politik, maka ia harus diselesaikan dengan kaedah politik, bukannya perundangan.

    Namun Pakatan Rakyat menerusi pemimpin-pemimpin utama mereka seperti Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Husam Musa seringkali menyelesaikan masalah politik tersebut di bilik perundangan. Dan menariknya, mereka tidak pernah menang melawan fakta-fakta yang dibentangkan tetapi sentiasa mencari alternatif TEKNIKAL sebagai punca kemenangan.

    Pakatan dah ajar agar selesaikan sebarang masalah dengan saman. Seharusnya para pemimpin Barisan Nasional juga melakukan perkara yang sama dengan sepantas-pantasnya dan tidak memberi muka atau ruang langsung kepada mana-mana pemimpin mahupun pecacai Pakatan Rakyat. Tindakan yang dilakukan oleh Gary Lim Chin Yee amatlah bertepatan dan dialu-alukan.

    ReplyDelete
  8. Rakyat menyampaikan mesej yang jelas dalam PRU13 yang lepas bahawa mereka mahukan kerajaan bertindak lebih tegas dan berani mempertahan institusi-institusi penting negara.

    Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah penting untuk memastikan institusi yang selama ini telah kerajaan wujudkan untuk menjaga pembangunan, keharmonian, perpaduan dan keselamatan negara tidak diancam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

    "Saya dapat mesej yang jelas sewaktu pertemuan bersama pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat, kini kerajaan yang memerintah mesti lebih efektif, cekap, berani serta bersedia hadapi apa sahaja di hadapan.

    "Jangan biarkan puak-puak yang tidak bertanggungjawab mengganggu-gugat keamanan dan perpaduan. Mereka (rakyat) mahukan kerajaan lebih berani.

    ReplyDelete
  9. "Saya nak ulangi, kita akan bertindak lebih tegas mempertahan segala institusi yang telah dibina untuk menjaga pembangunan, keharmonian, perpaduan, keselamatan dan keamanan negara," katanya.

    Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu, di sini hari ini.

    Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abd Rahman, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta pemimpin-pemimpin negeri dan parti komponen BN.

    Muhyiddin berkata, mesej berkenaan antara dapatan yang diperoleh hasil analisis yang dilakukan oleh BN daripada keputusan pilihan raya umum lepas.

    Beliau turut memberi jaminan kerajaan akan menumpukan perhatian yang lebih terhadap kelompok masyarakat yang menyokong BN dalam pilihan raya lepas sehingga parti itu dapat terus mentadbir negara.

    ReplyDelete
  10. "Mesej jelas sebahagian besar Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, Siam dan sebahagian besar masyarakat di Sabah dan Sarawak masih mendukung BN. Mereka ini akan terus kita bantu dengan lebih kuat, itu yang akan kita lakukan," katanya.

    Dalam masa yang sama, beliau menyeru semua pihak supaya akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dalam pilihan raya umum lepas dan tidak perlu mempertikaikan lagi perkara itu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan sebagainya.

    Beliau berkata sudah sampai masanya, agenda pembangunan negara berjalan seperti sediakala dan menurutnya rakyat sedang menunggu kerajaan untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan dalam manifesto pilihan raya sebelum ini.

    Pada sidang media kemudiannya, Muhyiddin berkata hasil laporan terperinci keputusan analisis pilihan raya yang dilakukan oleh BN itu dijangka diketahui pada bulan depan.

    "Saya telah minta kajian lebih terperinci dilakukan di samping menilai bagaimana keputusan bagi setiap kawasan parlimen dan dewan undangan negeri.

    "Ia bagi membolehkan inisiatif boleh diambil untuk hadapi cabaran masa depan baik daripada aspek pengundi mahupun isu pembangunan dan sebagainya."Laporan ini kita jangka akan terima pada bulan hadapan," katanya.

    Menurutnya analisis itu penting supaya BN dapat menggariskan strategi yang boleh diambil untuk memastikan parti itu mampu terus memperoleh mandat dalam pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  11. jika perlu tubuhkan saja RCI

    ReplyDelete
  12. keputusan PRU adalah keputsan dibuat oleh rakyat

    ReplyDelete
  13. Setakat 31 Disember 2012, MRT telah menawarkan 48 pakej kontrak berjumlah RM19.8 bilion dan 45% atau RM8.9 bilion dan daripada jumlah keseluruhan telah diberi kepada kontraktor Bumiputera.

    ReplyDelete
  14. Pada 2011 dan 2012 seramai 1,087 pemilik kedai runcit telah mendapat manfaat daripada menyertai program TUKAR dan purata jualan meningkat sebanyak 30%.

    ReplyDelete
  15. PNK Per Kapita pada tahun 2009 ialah USD6,700 dan telah meningkat sebanyak 49 peratus kepada USD9,970 pada tahun 2012.

    ReplyDelete
  16. Sehingga 31 Disember 2012, 149 projek telah diumumkan di bawah ETP dengan jumlah terkumpul sebanyak RM211.34 bilion.

    ReplyDelete
  17. Sumbangan PNK pada tahun 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan 408,443 pekerjaan dijangka diwujudkan.

    ReplyDelete
  18. Rakyat disaran menilai sendiri apa yang telah disediakan dan disumbangkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menjana pembangunan sejak mentadbir negara.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.