Sunday, May 19, 2013

5 Mei adalah revolusi aman

IA bukan reformasi, ia bukan transformasi, apa yang berlaku pada 5 Mei lalu adalah revolusi. Revolusi politik aman yang sedang mengubah bukan saja Malaysia malah boleh mempengaruhi suasana politik negara jiran juga.

Sememangnya Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) masih melaungkan Reformasi, dan ia cuba dipintas dengan program Transformasi oleh Barisan Nasional tetapi yang berlaku ialah suatu revolusi aman melalui peti undi.

Fenomena revolusi ini berlaku kerana DAP mengutarakan 'Middle Malaysia' menggantikan 'Malaysian Malaysia' dan PAS menetapkan Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam.

Gabungan mantap PAS dan DAP dengan berdiri di atas asas Reformasi KeADILan telah melahirkan revolusi aman politik Pakatan Rakyat.

Sememangnya sepanjang kempen PRU13, DAP sedikit pun tidak menyebut 'Middle Malaysia', malah banyak orang melihat parti itu tidak ada mengalami sebarang perubahan. 'Middle Malaysia' juga dilihat serupa saja dengan 'Malaysian Malaysia'.

Sebaliknya, apa yang dilancarkan oleh DAP ialah kempen Ubah yang sebelum ini digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak kepada Ini Kalilah. Walaupun para pengkritiknya tentu mengatakan bahawa kedua-dua kempen itu telah gagal kerana DAP tidak berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional negeri Sarawak dan juga kerajaan Barisan Nasional Persekutuan, tetapi mesej yang hendak disampaikan itu berjaya memaut majoriti pengundi.

Perubahan telah berlaku. Kali inilah masanya. Inilah dia revolusi aman. Apabila dimaksudkan Ubah dan Ini Kalilah ia bukan saja ditujukan pada menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, tetapi perubahan pada pemikiran rakyat, dan lebih penting lagi kepada DAP sendiri.

Jadi, DAP sudah berubah. Kali in DAP telah menerima persepakatan dengan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tidak seperti dalam pilihan raya umum 2008 apabila ia keluar daripada Barisan Alternatif.

Maka walaupun DAP tidak melaungkan 'Middle Malaysia', dari segi perbuatan, ia telah melaksanakannya. Ini adalah suatu revolusi. Begitu juga dengan PAS.

PAS tidak banyak menyebut Negara Berkebajikan semasa kempen tetapi parti itu di mana-mana menyatakan azam untuk menyertai kerajaan yang iltizamnya adalah urus tadbir baik.

Maka revolusi aman ini dapat berlaku apabila PAS dan DAP dapat bertemu di tengah-tengah, 'Middle Malaysia' dan Negara Berkebajikan diperkukuhkan dengan politik baru berasaskan Reformasi tajaan KeADILan.

Tentunya PAS dan DAP bukannya sempurna. Apatah lagi KeADILan. Tetapi Anwar Ibrahim telah membawa satu cara berpolitik bukan berasaskan kaum tetapi muafakat pelbagai aliran.

Perbezaan aliran bukan saja dalam Pakatan Rakyat tetapi juga dalam KeADILan walaupun menjadi bahan cemuhan Barisan Nasional adalah sebenarnya kekuatan, dan bukannya kecacatan.

DAP boleh menegur PAS dan KeADILan dengan berterus-terang, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh MCA dan MIC terhadap Umno. PAS juga boleh menegur DAP dan KeADILan secara bebas, sesuatu yang ia tidak dapat dilakukan terhadap Umno dan MCA ketika ia berada dalam Barisan Nasional.

Cara berpolitik Pakatan Rakyat adalah berbeza daripada Barisan Nasional. Inilah juga sebahagian daripada revolusi aman. Malah dalam KeADILan juga, kelompok-kelompok berlainan fahaman bebas mengkritik satu sama lain.

Lihatlah bagaimana Azmin Ali mengkritik Anwar Ibrahim. Begitu juga kritik golongan kiri KeADILan terhadap Anwar dan Azmin. Dalam KeADILan, kelompok-kelompoknya tidak terdiri daripada kaum berbeza tetapi fahaman berlainan.

Kelompok paling besar ialah golongan kiri dan kanan. Ia adalah jelmaan ekoran gabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia dahulu. Dalam golongan kanan pula terdapat kelompok Islamis, yang terdiri daripada mereka yang pernah aktif dalam ABIM dan juga reformis, kelompok bekas Umno yang menyahut seruan Reformasi Anwar ketika beliau disingkirkan daripada Umno dahulu.

Adanya kelompok dalam parti politik bukanlah suatu yang pelik atau mencacatkan. Dalam DAP dan PAS pun terdapat kelompok-kelompok yang berbeza aliran dan fahaman. Tetapi semuanya wajar memahami mengenai kepentingan parti dan pakatan secara keseluruhan. Ia adalah sebahagian daripada demokrasi masa kini.

Apa yang boleh dilihat sebagai revolusi ini dipacu oleh teknologi maklumat. Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat hanya berada di tengah-tengah revolusi teknologi maklumat untuk melaksanakan tuntutan rakyat.

Justeru, kejayaan revolusi aman ini bergantung pada rakyat sendiri yang perlu turut aktif berperanan memilih keadaan politik bagaimana yang mereka perlukan.

Oleh ABU FIRDAUS
xxx2

Komen Anda

108 Responses to " 5 Mei adalah revolusi aman "
Anonymous said...
May 19, 2013 at 7:13 PM

The 13th general election has elements fitting the hypothesis that Pakatan Rakyat, or PKR in particular, is a foreign stooge working to change the regime for the benefit of the United States of America.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 7:13 PM

However, whether PKR is indeed on the US payroll to do its bidding can only be confirmed by the party itself.NONEThis is the argument put forth by blogger Ruhanie Ahmad at a forum in Universiti Malaya today that discussed the way forward for the BN and Pakatan after GE13.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 7:14 PM

According to Ruhanie, who authors the socio-political blog Kuda Kepang, geo-political readings would make US interference not entirely surprising. He told a packed lecture hall at the main campus in Petaling Jaya that this was because the US has been sore with Malaysia for blocking its control of the Malacca Straits.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 7:14 PM

“If they can control (the Malacca Straits), they can transport energy from the Middle East to East Asia.Control of sources of energy and transportation routes will make the US the ultimate superpower,” said Ruhanie, who is a doctorate candidate in geo-politics and security studies.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 7:15 PM

Malaysia’s Prime Ministers from Dr Mahathir Mohamad to Najib Abdul Razak have been clear that no global superpower will have a stake in the maintenance of the straits.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 7:15 PM

This makes Malaysia the last elusive jigsaw piece in the US bid to control the Southeast Asia maritime channels, after successfully forging agreements with the Philippines, Thailand and Indonesia.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 7:15 PM

I see the 13th general election as the climax to an attempt by a superpower to put its proxy against the ruling government. That is my initial assumption. Is it true?” asked the former BN backbencher.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 7:16 PM

Ruhanie said question marks over foreign influence also extended to NGOs such as electoral reform group Bersih, which has admitted to receiving funding from US sources. He said that this argument was also put forward by “authentic” sources like socio-political portal Global Research writer Tony Cartalucci, who said that Wall Street was disappointed that its “proxy” lost in the Malaysian election.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 7:16 PM

“For the BN, this election exposes two security problems – national security and societal security – and this must be corrected by the BN as a government’s role is to safeguard security.”


Anonymous said...
May 19, 2013 at 7:17 PM

However, Ruhanie’s views were challenged by members of the audience, made up largely of post-graduate students and doctorate candidates.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 7:18 PM

“The first BERSIH is not the same as the second and third BERSIH (rallies),” he said, admitting that he was also very critical of the Abdullah Administration, but that he was okay with the Najib Administration.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 7:18 PM

Also on the panel were Merdeka Centre Director Ibrahim Suffian and Keevan Sivarajah (left), who coordinated the Institute of Democracy and Economic Affairs (Ideas) election observation mission.In response to Ruhanie, both started their presentations by admitting that they are foreign funded.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 10:23 PM

Buat apa nak buat revolusi2 ni?


Anonymous said...
May 19, 2013 at 10:27 PM

Peace is the main thing to consider.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 10:39 PM

Jangan la kita memprovokkan kemananan.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 10:57 PM

Investigations are being carried out following reports of sabotage by Umno members against the party during the 13th general election.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 11:00 PM

Investigations are being carried out following reports of sabotage by Umno members against the party during the 13th general election.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 11:05 PM

Umno disciplinary board special committee acting chairman Tan Sri Megat Najmuddin Khas said any decision or punishment to be taken against the saboteurs would be known by next week


Anonymous said...
May 19, 2013 at 11:08 PM

“The disciplinary board received 11 reports of sabotage and we have directed the investigators to probe carefully so we can make a fair decision,”


Anonymous said...
May 19, 2013 at 11:09 PM

The issue of Pulai Sebatang assemblyman Datuk Tee Siew Kiong's appointment as Johor exco will be discussed at the party's central committee meeting on Tuesday said MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 11:16 PM

The natural resources and environment ministry will set up a special team with the respective state governments to look into the destruction of forests and hill slopes in the country.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 11:17 PM

Umno vice-president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal has called on the opposition not to waste time holding illegal rallies to protest the outcome of the 13th general election as it would only be to the detriment of the people.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 11:18 PM

the opposition should instead focus on developing the states under their rule and fulfil the pledges they made to the people in the 13th general election.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 11:21 PM

Cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Dewan Negara dimansuh, disifatkan sebagai karut dan tidak masuk akal.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 11:22 PM

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dakwaan Karpal kononnya kewujudan Dewan Negara tidak memberi makna dan membazir hanyalah tuduhan dangkal.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 11:22 PM

"Saya selaku bekas Senator amat tidak bersetuju dengan pandangan Karpal, dan saya bersetuju dengan pandangan bahawa ini adalah permulaan DAP yang lepas ini mahu hapuskan bermacam-macam lagi.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 11:22 PM

"Buktinya, beberapa tokoh korporat seperti Datuk Seri Idris Jala pernah berada dalam Dewan Negara dan kini sudah menjadi menteri, yang sudah tentu pandangan mereka itu telah berjaya membangunkan negara," katanya


Anonymous said...
May 19, 2013 at 11:23 PM

Beliau berkata demikian ketika diminta menggulas cadangan Karpal kononnya Dewan Negara tidak perlu, dan perbelanjaannya tidak perlu ditanggung oleh rakyat.


HIDUP BN! said...
May 20, 2013 at 12:14 AM

UNPERTURBED by Karpal Singh's threats to sue him, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has reiterated his opinion that DAP adviser Lim Kit Siang is a racist.


HIDUP BN! said...
May 20, 2013 at 12:15 AM

Dr Mahathir said along with Lim, DAP and Pas were also racist parties.

The outspoken former premier said while DAP was a Chinese racist party, Pas was a Malay racist party because they only fielded candidates in areas with a Chinese and Malay majority respectively.



HIDUP BN! said...
May 20, 2013 at 12:15 AM

On the other hand, MCA and Umno contested in every area, irregardless of whether they had Chinese or Malay majorities, he said when speaking at a ceramah at Kampung Padang Jual, at the invitation of Barisan Nasional candidate for the Johol state seat, Abu Samah Mahat.


bs by cnn said...
May 20, 2013 at 12:16 AM

Dr Mahathir said Karpal's threat was merely to stop him from calling Lim a racist as they had learnt the tactic from PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim.


HIDUP BN! said...
May 20, 2013 at 12:16 AM

He said Anwar had stopped him from alleging that Anwar was involved in sodomy by slapping a RM100 million suit.

"This is like censorship. They are trying to stop me from expressing my views despite all the talk about Pakatan wanting to promote freedom of speech and press freedom.



HIDUP BN! said...
May 20, 2013 at 12:16 AM

"I recently wrote in the NST (New Straits Times) calling Lim a racist and Karpal can threaten all he wants, but I will not stop. Recently, Karpal had even said that they will arrest me once they form the government."

Dr Mahathir said Pakatan was already going around threatening everyone even before they formed the government. "If they form the government, that is what we can expect from them."


HIDUP BN! said...
May 20, 2013 at 12:17 AM

Condemning Pas spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat for saying that those who don't join Pas are kafir (infidels), Dr Mahathir questioned if the Kelantan menteri besar was saying that 1.6 billion Muslims worldwide, including three million Umno members, who are not Pas members, were all kafir.


HIDUP BN! said...
May 20, 2013 at 12:17 AM

Dr Mahathir told the crowd not to look at individual candidates when they voted but the party they represented as it was the party which formed the government and not candidates on their own.


HIDUP BN! said...
May 20, 2013 at 12:17 AM

He (Mahathir) also said voters should reject those who have retired from top government posts and were contesting in the 13th General Election just to seek revenge.

"These people, including generals, are exploiting political parties for their own self interest."


fencer said...
May 20, 2013 at 12:43 AM

walaupun bantahan PR itu ada asasnya dan perlu disiasat


fencer said...
May 20, 2013 at 12:44 AM

namun cara PR untuk menunjukkan ketidakpuasan hati itu bukanlah dengan mengadakan rally


fencer said...
May 20, 2013 at 12:44 AM

sebaliknya, PR masih mempunyai remedi lain yang sah di sisi undang-undang, iaitu mengadakan petisyen pilihan raya seperti peruntukan Perkara 118 Perlembagaan:


fencer said...
May 20, 2013 at 12:44 AM

yakni, “Tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau ke Dewan Undangan Negeri yang boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.”


fencer said...
May 20, 2013 at 12:45 AM

PR seharusnya menyalurkan ketidakpuasan hati dengan membawa isu ini ke muka pengadilan


Anonymous said...
May 20, 2013 at 12:14 PM

keputusan PRU pada 5 Mei harus diterima oleh semua pihak


Anonymous said...
May 20, 2013 at 12:16 PM

jika ada bantahan kena mengikut prosedur, bukan dgn cara salah


zainal said...
May 20, 2013 at 1:45 PM

Keamanan dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum adalah pemangkin kepada pembangunan sesebuah negara.


zainal said...
May 20, 2013 at 1:46 PM

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan memerlukan keamanan dan perpaduan.


zainal said...
May 20, 2013 at 1:46 PM

Katanya, negara Malaysia khususnya di Sabah adalah modal kepada keamanan dan kemakmuran kerana perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini sudah sedia terjalin sejak dahulu lagi.


zainal said...
May 20, 2013 at 1:46 PM

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Parlimen Keningau berkata, Pesta Kaamatan yang disambut pada setiap tahun adalah salah satu daripada landasan untuk memangkinkan lagi perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negeri ini.


zainal said...
May 20, 2013 at 1:47 PM

Ini katanya, kerana Pesta Kaamatan yang sinonim dengan masyarakat Kadazadusun Murut (KDM) bukan sahaja disambut oleh kaum ini tetapi ia turut disambut oleh masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negeri ini.


zainal said...
May 20, 2013 at 1:47 PM

“Malah ia turut disambut bukan sahaja di peringkat negeri tetapi telah dijadikan sebagai salah satu peayaan di peringkat kebangsaan,” katanya semasa berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau yang berlangsung di Dewan Arked di sini pada Ahad.


zainal said...
May 20, 2013 at 1:48 PM

Justeru itu katanya, sambutan Pesta Kaamatan perlu yang diwarisi dari nenek moyang dan mula disambut secara besar-besaran pada tahun enam puluhan perlu dikekalkan sebagai landasan perpaduan disamping menjadi kayu pengukur kepada pencapaian masyarakat KDM dalam bidang pertanian khususnya penanaman padi.


zainal said...
May 20, 2013 at 1:48 PM

Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah ini diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat setempat, pameran jabatan dan agensi kerajaan serta sektor swasta selain Unduk Ngadau yang menjadi acara kemuncak.

Selain itu upacara memuji semangat padi “magabau” turut diadakan oleh kumpulan “bobolian” dari Kg. Merampong Keningau.

Hadir sama Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Haji Sairin Haji Karno; Pegawai Daerah Keningau, Amat Mohd. Yusof; Ketua Daerah Keningau, OKK Amir Datuk Arif; Ketua Bahagian PBS Sook, Datuk Bernard Maraat, Ketua-Ketua Jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:39 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pakatan Rakyat yang sering memainkan isu perkauman tidak harus diberi peluang membentuk kerajaan kerana mereka akan hanya membawa negara ke arah kehancuran.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:40 PM

Perdana Menteri berkata pakatan pembangkang sengaja memainkan isu perkauman semata-mata mahu memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Sebaliknya, beliau berkata Barisan Nasional (BN) lebih menekankan keharmonian dan kemajuan masyarakat berbilang bangsa dan tidak akan membenarkan sesiapa sahaja mengapi-apikan sentimen perkauman di negara ini.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:40 PM

"Jika anda main dengan isu perkauman semata-mata untuk menjadi popular atau mendapatkan kerusi, yang mana kerusi itu hanya akan diguna untuk hancurkan negara," katanya.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:40 PM

Najib berkata sebagai sebuah parti gabungan pelbagai kaum, BN sentiasa berpegang kepada polisi untuk memastikan rakyat akan menikmati keamanan dan keharmonian kaum, seperti yang diinginkan semua.


Peng Sen said...
May 20, 2013 at 2:41 PM

Tuntutan Bersih adalah baik dan amanah untuk menegakkan keadilan.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:41 PM

Beliau juga turut mengingatkan golongan ahli perniagaan supaya tidak mengambil risiko memilih pakatan rakyat kerana sebagai golongan peniaga, mereka mahu meminimakan risiko dalam perniagaan.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:41 PM

Beliau turut mengingatkan rakyat, terutamanya masyarakat Cina, supaya memberi sokongan kepada BN untuk memperolehi mandat kuat untuk terus memacu agenda transformasi negara, dan sekali gus menjayakan misi menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.


Makmur said...
May 20, 2013 at 2:41 PM

Perpaduan dan keamanan harus dipeliharakan.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:42 PM

Najib juga turut merakamkan penghargaan kepada MCA kerana telah meminjamkan kerusi Parlimen Wangsa Maju untuk ditandingi oleh calon Umno pada PRU13 kali ini.

Beliau berkata aturan itu membuktikan kesepakatan yang dimiliki oleh parti komponen itu bagi membawa pembaharuan kepada kawasan tersebut.


Lu said...
May 20, 2013 at 2:43 PM

Isu sensitif seperti perkauman harus dielakkan.


Jason said...
May 20, 2013 at 2:44 PM

DAp mencapai result yang cemerlang sekali.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:44 PM

Rakyat Malaysia pasti akan menolak revolusi ala-Arab atau Arab Springs kerana tiada alasan untuk terikut-ikut, apatah lagi setelah melihat kesan buruk berpanjangan akibat revolusi seumpama itu, menurut beberapa pen analisis dan pemerhati politik.



Ijam said...
May 20, 2013 at 2:44 PM

Adakah BN benar menag di PRu13?


Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:45 PM

Lantaran itu sebarang usaha parti pembangkang untuk cuba membangkitkan penentangan rakyat terhadap kerajaan menerusi protes jalanan pasti tidak akan mendapat sokongan majoriti penduduk Malaysia.



Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:46 PM

Penganalisis politik Dr Kaisan Abdul Rahman memberikan lima alasan kenapa rakyat akan menolaknya, iaitu;
* Amalan demokrasi di Malaysia terbukti sudah cukup baik dengan pilihan raya tetap diadakan lima tahun sekali tanpa gagal dan proses demokrasi yang mapan sehingga membawa kemajuan negara yang membanggakan dan kesejahteraan hidup rakyat.



Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:46 PM

* Melalui pilihan raya umum, rakyat boleh memilih kerajaan yang mereka mahu dan suara majoriti sentiasa dihormati dengan bukti yang jelas apabila empat negeri kini diperintah pembangkang.



Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:47 PM

* Rakyat Malaysia yang bijak tahu muslihat sebenar di sebalik percubaan untuk mencetuskan huru-hara yang didalangi pembangkang, yang bukan untuk memenuhi tuntutan yang mereka dakwa, sebaliknya untuk kepentingan pemimpin pembangkang yang rakus untuk berkuasa walaupun dengan mengorbankan kesejahteraan rakyat dan imej negara.



Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:47 PM

* Rakyat Malaysia tidak sebodoh yang disangka oleh pembangkang untuk mengubah kerajaan yang ada, apatah lagi mengorbankan keamanan dan kerukunanhidup serta merosakkan pertumbuhan ekonomi yang mantap yang telah dibina sejak lebih 50 tahun lepas.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:48 PM

* Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional sekarang begitu telus, malah sentiasa berusaha memperbaiki prestasi untuk meningkatkan kebajikan rakyat melalui pelbagai program dan bantuan, yang mana di negeri-negeri diperintah pembangkang hanya tinggal janji kosong.



Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:48 PM

“Saya yakin berapa kali lagi pun pembangkang menganjurkan perhimpunan, ia tidak akan berhasil mencetuskan Arab Springs, malah akan membuatkan rakyat lebihmembenci kerakusan pembangkang. Rakyat Malaysia sangat menghargai keamanan yang dinikmati sekarang,” katanya



Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:49 PM

Beberapa pemerhati politik pula berkata, Arab Springs tidak akan menjangkiti Malaysia kerana kerajaan hari ini cukup sedar dan peka dengan masalahdihadapi rakyat selain berusaha menyediakan langkah konkrit untuk menyelesaikansesuatu kemelut contohnya rasuah, kemiskinan serta pengangguran.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:50 PM

Ini ditambah pula dengan keadaan negara yang aman damai serta maju yang kini dikecapi rakyat, tiada sebab untuk mereka berasa tidak berpuas hati dan turun ke jalanan untuk mengadakan protes seperti yang dilakukan di beberapa negara Arab.



Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:50 PM

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata revolusi di beberapa negara Arabberikutan sistem pemerintahan yang diamalkan tidak baik, yang membawa protes jalanan untuk menuntut sistem pemerintahan lebih demokrasi.

“Tetapi dalam konteks Malaysia, tiada rakyat yang mahukan revolusi sebab kita telah mempunyai sistem demokrasi yang baik dan kita juga telah majudaripada segi politik, ekonomi dan sosial.



Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:51 PM

“Tak mungkin revolusi Arab akan berlaku di negara ini, cuma percubaan itu ada daripada pihak-pihak tertentu demi kepentingan sempit mereka,” katanya



Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:52 PM

Beliau berkata di Malaysia, tiada keperluan untuk mengadakan revolusi kerana negara telah lama mengamalkan demokrasi dan adalah malang bagi rakyat jikapercaya kepada momokan pembangkang bahawa sistem pentadbiran kerajaan bersifat menindas mereka.



Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:52 PM

“Jika mereka percaya kepada pembangkang, maka akan hancurlah negara. Adalahbodoh bagi mana-mana rakyat untuk menerima bulat-bulat hasutan pembangkang untukmewujudkan revolusi yang nyata hanya untuk kepentingan individu tertentusahaja,” katanya.



Anonymous said...
May 20, 2013 at 3:01 PM

PRU-13 sudah dua minggu berlalu dan BN yang kembali menerajui Kerajaan Pusat telah pun menamakan anggota kabinetnya, sementara setiap negeri baik yang dimenangi BN mahu pun pakatan pembangkang juga sudah selesai upacara angkat sumpah Menteri Besar dan Ketua Menteri.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 3:01 PM

Itu menandakan masing-masing samada dari pihak BN atau pun PR telah pun menerima keputusan PRU-13, sekali gus menutup suara sumbang segelintir pihak yang mempertikaikan ketelusan proses pilihan raya yang diuruskan oleh SPR.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 3:01 PM

Di sebalik semua itu, kini tibalah saatnya di mana pihak yang menang di kawasan masing-masing fokus untuk berkhidmat kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka sementara pihak yang kalah pula daripada terus menyalahkan orang lain adalah lebih baik memperbaiki kelemahan sendiri.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 3:01 PM

Bila bercakap perihal kemenangan, kita tidak boleh menolak faktor dukungan penyokong sebagai ramuan penting kejayaan sesebuah parti politik. Oleh itu amat penting untuk mengekalkan kemenangan maka khidmat bakti perlu diutamakan dahulu kepada penyokong sendiri.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 3:02 PM

Lantaran itu, BN selaku pemenang PRU-13 yang diamanahkan untuk kembali menerajui Kerajaan Pusat serta menggalas tugas memerintah sebahagian besar negeri-negeri teramat perlu untuk berusaha sedaya mungkin memenuhi pengharapan para penyokongnya sepanjang lima tahun mendatang ini.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 3:02 PM

Biarkan sahaja kawasan yang dimenangi pakatan pembangkang diuruskan sendiri oleh wakilnya kerana itu yang majoriti pengundi di kawasan itu kehendaki. Namun dalam soal kebajikan dan khidmat asas sebagaimana peruntukan dalam Perlembagaan boleh saja diteruskan.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 3:02 PM

Dengan cara ini barulah para pengundi di sesebuah kawasan atau negeri dapat mengenal pasti sejauh mana kemampuan wakil yang dipilihnya.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 3:02 PM

Polisi BN selama ini memberi khidmat untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengambil kira siapa yang disokong oleh seseorang itu amatlah terpuji, tapi adakah ia dihargai oleh semua?


Anonymous said...
May 20, 2013 at 3:02 PM

Dilihat pada keputusan PRU-13 yang lalu jelas menunjukkan masih ada sesetengah pengundi yang merasakan pemimpin pembangkang boleh memberi khidmat yang lebih baik untuk mereka meskipun realitinya hanya indah khabar dari rupa.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 3:03 PM

Justeru itu, apa lagi perlunya untuk BN mengekalkan polisi yang sama berkhidmat untuk semua?


Anonymous said...
May 20, 2013 at 3:03 PM

Bukankah lebih baik BN melakukan sedikit anjakan paradigma dengan mengutamakan dulu khidmatnya di kawasan atau negeri-negeri yang dimenangi sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang diterima.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 4:33 PM

Keamanan dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum adalah pemangkin kepada pembangunan sesebuah negara. negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan memerlukan keamanan dan perpaduan.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 4:33 PM

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM75 juta bagi pelaksanaan aktiviti 1Azam (Akhiri Zaman Miskin) sepanjang tahun ini yang mensasarkan seramai 7,500 peserta eKasih.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 4:33 PM

Bagi tahun lalu sahaja hampir 80 peratus peserta eKasih telah mendapat manfaat daripada pelbagai kursus yang disediakan oleh kerajaan


Anonymous said...
May 20, 2013 at 4:34 PM

program 1Azam e-Kasih itu lebih menumpukan kepada kursus kecantikan dan pembuatan kek yang boleh menjana pendapatan dalam tempoh tiga bulan.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:11 AM

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa pembangkang supaya tidak membuang masa menganjurkan perhimpunan haram bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:11 AM

Sebaliknya tumpuan wajar diberikan pihak berkenaan untuk membangunkan negeri yang mereka perintah dan menunaikan segala janji pilihan raya.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:11 AM

Beliau berkata demikian selepas Majlis Kesyukuran Dan Apresiasi Pengundi BN di Semporna.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:11 AM

Katanya pembangkang perlu menerima keputusan PRU13 dan tidak sepatutnya mempertikaikan sistem pemilihan yang dijalankan di negara ini


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:12 AM

Walaupun pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang permit kepada mereka untuk berbuat demikian berasaskan pertimbangan daripada segi keselamatan dan ketenteraman awam, namun penganjur perhimpunan itu tetap berdegil untuk meneruskan niat mereka, tanpa mempedulikan hak orang lain untuk menjalani kehidupan dengan tenang dan selesa.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:12 AM

Sehingga kini, pelbagai pihak, bukan sahaja di ibu negara, tetapi juga dari seluruh negara telah menyuarakan bantahan dan membuat laporan polis mengenai perhimpunan haram yang akan diadakan itu.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:12 AM

Ini termasuk peniaga, pemandu teksi, pihak berkuasa seperti polis, pemimpin kerajaan dan badan bukan kerajaan. Bagaimanapun, kumpulan pengacau ini tetap berdegil untuk meneruskan juga agenda mereka untuk turun berdemonstrasi di jalanan.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:12 AM

Kumpulan ini cuba menghalalkan tindak-tanduk mereka dengan menjadikan rakyat sebagai perisai, tanpa memikirkan kesan negatif yang akan timbul daripada tindakan mereka.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:12 AM

Perhimpunan haram yang berlaku di Thailand, Indonesia dan Timur Tengah jelas memperlihatkan impak negatif yang sangat besar terhadap kestabilan politik, perpaduan dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi, selain merencatkan peningkatan kehadiran pelancong di negara terbabit.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:12 AM

Apa yang lebih membimbangkan, ada pihak luar yang mengambil kesempatan dan ini boleh menjejaskan imej negara di mata dunia.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:12 AM

Lebih malang lagi, tindakan tidak bertanggungjawab pihak pengacau itu turut membawa kesusahan terhadap golongan warga emas, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:12 AM

Golongan peniaga juga akan terjejas teruk sehingga terpaksa menanggung kerugian besar ekoran rusuhan yang terjadi ketika kumpulan pengacau ghairah berdemonstrasi.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:12 AM

Jika penganjur menyatakan tujuan perhimpunan haram ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih, kenapa ia tidak dibawa mengikut saluran yang betul, iaitu menyerahkan kepada mahkamah atau menggunakan saluran undang-undang untuk menuntut atau menegakkan keadilan seperti yang diperjuangkan.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:13 AM

Malah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah menyatakan kesudian untuk mendengar tuntutan dan pandangan kumpulan pengacau ini.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:13 AM

Ada yang berpandangan berhimpun itu suatu bentuk kebebasan yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun sejauh manakah keberkesanan pihak penganjur untuk menjamin demonstrasi yang dijalankan tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak, khususnya rakyat di sekitar Kuala Lumpur.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx