Wednesday, May 15, 2013

PERKASA berang dengan AirAsia?

Ketua pegawai eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani menjadi sasaran cemuhan balas dari pelbagai penjuru hari ini ekoran tulisannya di laman sosial yang didakwa memperlekehkan pertubuhan pro-Melayu PERKASA dan akhbar Utusan Malaysia.

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/422/200x276x8c69bf2bdee8fada2056f62da27efdca.jpg.pagespeed.ic.mXBRRT9R-L.jpgDalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu hari ini menyiarkan kenyataan dari pemimpin PERKASA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar sikap “bongkak” dan “lupa diri” Azran.

Berang dengan tulisan Azran, pemangku presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut “angkuh” kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa “kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia”.

"Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?

"Dia menuduh kerana fikiran sempit Perkasa menyebabkan orang Melayu ketinggalan, tetapi tidakkah dia tahu dengan kuasa politik di tangan orang Melayu sahaja segala agenda dan kepentingan Melayu dapat direalisasikan sehingga kita mampu memiliki syarikat penerbangan yang sama sekali tidak terfikir boleh berlaku?," kata Abdul Rahman seperti dipetik Utusan.

Menurut laporan berkenaan, Azran menulis di Twitter dan Facebook bahawa beliau meluat dengan Utusan Malaysia dan menyalahkan akhbar tersebut kerana menyiarkan laporan muka depan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?'.

Turut dibariskan dalam laporan Utusan hari ini ialah ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan yang menyifatkan Azran sebagai individu yang "lupa asal usul" kerana mengecam peranan akhbar tersebut.

"Dalam konteks ini tidak kira setinggi mana pendidikan dan taraf kehidupan seseorang Melayu itu, tetapi dia tidak berhak sama sekali mengkritik suara Utusan Malaysia dalam mempertahankan hak orang Melayu," katanya.

Sementara itu, seorang aktivis anti-PKR Abdul Ghani Haroon pula dalam laporan di halaman sama menyebut, tindakan Azran tidak mencerminkan pemikiran moden seorang tokoh korporat kerana turut menarik balik iklan AirAsia X di akhbar berkenaan.

"Orang seperti ini adalah mereka yang lupa daratan dan lupa sejarah tentang perjuangan memartabatkan anak bangsa sendiri di bumi Malaysia," katanya. -MK
xxx2

Komen Anda

74 Responses to " PERKASA berang dengan AirAsia? "
Anonymous said...
May 15, 2013 at 7:53 AM

pandai pula marah hehehehehe


Anonymous said...
May 15, 2013 at 12:07 PM

Propaganda politik yang menggunakan isu perkauman bagi meraih sokongan daripada rakyat oleh pembangkang sekarang sudah dirancang dengan teliti namun ia tidak akan berkesan di negara ini.

Profesor Ulung, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, pembangkang sekarang bukan lagi seperti zaman dahulu kerana mereka berduit serta mendapatkan khidmat nasihat pakar strategi dari luar negara.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 12:07 PM

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yang mahu para pemimpin pembangkang menghentikan segera propaganda politik mereka dengan menggunakan isu perkauman bagi meraih sokongan daripada rakyat.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 2:17 PM

PRU-13 dedah isu perkauman masih menebal ~ JANGAN BIARKAN HAL INI TERUS BERLAKU. INI NEGARA KITA. KALAU DAH TAK AMAN TAKKN NAK JADI PELARIAN KT NEGARA ORG?,,

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang baru lalu memberi pengajaran amat berguna kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia mendedahkan betapa soal perkauman sebenarnya masih menebal dalam jiwa sebilangan rakyat dan menjadi duri dalam daging masyarakat majmuk Malaysia. Walaupun sudah lebih lima dekad kita merdeka dan amalan perkongsian kuasa antara kaum berjaya memakmurkan Malaysia, sentimen perkauman ternyata sesuatu yang bukan mudah untuk dikikis. Apatah lagi pihak pembangkang sering memomokkan kepada rakyat kononnya UMNO sebagai parti dominan Barisan Nasional (BN) adalah punca kepada permasalahan itu.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 2:18 PM

PRU-13 dedah isu perkauman masih menebal ~ JANGAN BIARKAN HAL INI TERUS BERLAKU. INI NEGARA KITA. KALAU DAH TAK AMAN TAKKN NAK JADI PELARIAN KT NEGARA ORG?,,

Malangnya, enigma yang dicipta pembangkang itu semakin meresap dalam pemikiran rakyat sehingga akhirnya sekelompok mereka sudah tidak lagi mampu membezakan antara kebenaran dan pembohongan. Soal keadilan dan hak kesamarataan dimanipulasi dalam pengertian yang amat berat sebelah. Mereka menyebarkan stigma kononnya Kerajaan BN yang diterajui UMNO selama ini bersikap tidak adil kepada bukan Melayu. Malah kontrak sosial yang dipersetujui sekian lama mula dipertikaikan tanpa berselindung lagi.
Justeru, penegasan Datuk Seri Najib Razak bahawa UMNO bukan parti rasis kerana sentiasa memberi keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum di negara ini seharusnya menolak segala dakwaan pembangkang itu. Kenyataan Perdana Menteri itu satu jawapan ikhlas seorang pemimpin seluruh rakyat Malaysia bahawa kerjasama UMNO dan parti komponen BN lain adalah berasaskan keadilan, kesederhanaan dan kesaksamaan kepada semua kaum. Hakikat ini terbukti menerusi dasar dan wawasan Kerajaan BN untuk membawa kemajuan dan pembangunan yang menyeluruh kepada seluruh rakyat Malaysia.





Anonymous said...
May 15, 2013 at 2:18 PM

PRU-13 dedah isu perkauman masih menebal ~ JANGAN BIARKAN HAL INI TERUS BERLAKU. INI NEGARA KITA. KALAU DAH TAK AMAN TAKKN NAK JADI PELARIAN KT NEGARA ORG?,,

Walaupun sektor ekonomi dikuasai bukan Melayu, UMNO tidak pernah bertindak mengekang pencapaian kaum itu, sebaliknya sentiasa berusaha mengembangkan kekayaan negara supaya orang Melayu, Bumiputera dan kaum lain dapat sama menikmatinya. Langkah kerajaan memberi bantuan untuk melahirkan usahawan dan kelas menengah Melayu dan Bumiputera tidak boleh dianggap rasis kerana ia berteraskan kepada matlamat mengecilkan jurang ekonomi antara kaum dan sejajar peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, wajar untuk kita mempersoalkan niat sebenar pembangkang yang menuduh UMNO dan orang Melayu sebagai rasis sedangkan kekayaan negara hasil dasar kerajaan lebih dinikmati bukan Melayu. Apakah mereka tidak lagi mahu meneruskan amalan berkongsi kuasa dan kekayaan yang dipelopori UMNO dan BN selama ini?


Anonymous said...
May 15, 2013 at 2:49 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar tindakan segelintir pihak yang membangkitkan isu sensitif demi meraih keuntungan politik.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 2:49 PM

Beliau berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu adalah sikap yang tidak baik dan boleh menjejaskan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 2:50 PM

"Saya lihat ada sikap degil, sikap yang tegar, sikap yang mahu meraih keuntungan politik jangka pendek dan membangkitkan isu-isu oleh beberapa orang politik semata-mata nak meraih keuntungan menjelang pilihan raya.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 2:54 PM

Pejabat Peguam Negara mengesahkan menerima laporan bahawa beberapa pemimpin parti politik mengaitkan isu berkaitan perkauman dalam ceramah mereka sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Bagaimanapun, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Abdul Wahab Mohamed, berkata beliau tidak dapat membuat sebarang kenyataan mengenainya buat masa sekarang kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 2:55 PM

Tambah beliau, pihaknya juga ada menerima aduan membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan beberapa isu termasuk mengenai dakwat kekal selain beberapa insiden ketika hari pengundian.
Setakat ini, 327 laporan polis diterima merangkumi aduan mengenai dakwat kekal yang mudah dibasuh selain isu pemerhati pilihan raya yang diarahkan keluar oleh Ketua Tempat Mengundi selama 30 minit selepas tamat tempoh mengundi dan sebelum pengiraan undi.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 2:57 PM

Selain itu, ada aduan membabitkan nama pengundi tersenarai semula selepas melakukan undi pos, pengundi hadir untuk mengundi sudah dipotong namanya sedangkan belum mengundi selain petugas SPR memangkah kertas undi sebelum diserah kepada pengundi untuk dimasukkan dalam peti undi, katanya pada satu sidang media. Dalam pada itu, kata Wahab, empat lelaki akan didakwa secara berasingan di tiga Mahkamah Majistret di Selangor hari ini kerana melakukan pelbagai kesalahan pada hari mengundi 5 Mei lalu.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 2:58 PM

Katanya, seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret Teluk Datok kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menghalang penjawat awam (pegawai polis) daripada menjalankan tugas rasminya di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Kah Wah, Kuala Langat pada jam 3.45 petang 5 Mei lalu.

Dua lagi lelaki akan didakwa di Mahkamah Majistret Klang kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan pada jam 5.09 petang 5 Mei lalu kerana mengambil bahagian dalam rusuhan dan memiliki batang besi serta topi keledar di Jalan Mesra, Pandamaran, Pelabuhan Klang.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 2:58 PM

Katanya, seorang lagi individu turut dihadapkan di mahkamah sama dan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin bas syarikat Cityliner Sdn Bhd kira-kira jam 5.09 petang 5 Mei lalu.

Mengulas perkembangan insiden letupan ketika kempen di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 23 April lalu, Wahab berkata tiada perkembangan baru sehingga sekarang dan kes itu masih dalam siasatan.

Katanya, setakat ini empat suspek ditahan bagi membantu siasatan tetapi semua mereka didapati tidak terbabit dalam insiden berkenaan.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 3:00 PM

Putrajaya menggesa pihak media dan ahli politik hari ini berhenti daripada cuba mewujudkan ketegangan kaum selepas Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin menuduh DAP dibelakang rusuhan kaum 13 Mei.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 3:01 PM

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Bin Hassan juga berkata Utusan Malaysia dan penerbitan media lain supaya
"bertanggungjawab ke atas apa yang mereka laporkan”.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 3:02 PM

“Pihak berkuasa yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mewujudkan perasaan permusuhan dan kebencian,” kata Azman.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 3:02 PM

“Bukan sahaja Utusan, tetapi seluruh komuniti media dan ahli politik tidak perlu membuat sebarang kenyataan yang menyakitkan perasaan orang lain,” katanya.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 3:04 PM

“Bukan sahaja Utusan, tetapi seluruh komuniti media dan ahli politik tidak perlu membuat sebarang kenyataan yang menyakitkan perasaan orang lain,” katanya.
Pihak polis ketika ini sedang menyiasat Utusan Malaysia kerana menghasut selepas akhbar tersebut menghasilkan artikel “Apa lagi Cina Mahu?” serta menuduh pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN.


Elesha said...
May 15, 2013 at 8:40 PM

Siasatan masih diperlukan.


Lelan said...
May 15, 2013 at 8:42 PM

Cuma pihak tertentu yang mencetus ketegangan antara bangsa dan kaum.


Hassan said...
May 15, 2013 at 8:44 PM

Kenyataan yang menyebabkan salah faham dan ketidak senang hati harus dielakkan.


Moris said...
May 15, 2013 at 8:45 PM

Rafizi akan mendedahkan lebih banyak bukti.


Lina said...
May 15, 2013 at 8:46 PM

Politik Malaysia sering dikaitkan dengan rasuah.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 9:21 PM

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani berpendapat bahawa pandangannya tentang akhbar Utusan Malaysia telah dibincang dan diperbesar-besarkan.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 9:22 PM

"Perkara ini telah diperbesar-besarkan," kata Azran ringkas sewaktu dihubungi Malaysiakini.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 9:22 PM

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut tentang kenyataan pihak-pihak lain yang menyanggah pandangannya itu.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 9:22 PM

Azran sebelum ini dilaporkan mengkritik pendirian editorial akhbar itu menerusi akaun Twitter beliau.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 9:22 PM

Beliau dilaporkan meluahkan rasa jengkelnya terhadap isu perkauman yang dimainkan editor akhbar tersebut akhir-akhir ini.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 9:23 PM

Beliau dilaporkan turut mengkritik Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai pertubuhan tidak relevan yang menyebabkan orang Melayu berfikiran sempit.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 9:23 PM

Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu semalam menyiarkan kenyataan dari pemimpin PERKASA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar Azrin sebagai "bongkak" dan "lupa diri".


Anonymous said...
May 15, 2013 at 9:23 PM

Berang dengan tulisan Azran, pemangku presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut "angkuh" kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa "kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia ".


Anonymous said...
May 15, 2013 at 9:23 PM

"Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?," Abdul Rahman dilaporkan berkata.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 9:24 PM

Diharapkan para pembaca akan tahu macam mana nak menilai perkara ini.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 11:50 PM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu reda dengan ketentuan Allah SWT setelah gagal mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri apabila ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 11:50 PM

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, sebagai seorang Islam, Anwar perlu menerima kegagalannya itu dengan hati terbuka.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 11:51 PM

Beliau berkata, Allah telah menentukan Barisan Nasional (BN) terus memerintah negara ini dan pakatan pembangkang pula ditakdirkan untuk tiga negeri, maka tidak ada sebab bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak boleh menerima ketentuan tersebut.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 11:51 PM

"Kita orang Islam perlu bersatu padu di atas nama Islam, bukannya menghasut orang dengan mengadakan demonstrasi sehingga berupaya mengundang perpecahan.


Anonymous said...
May 15, 2013 at 11:51 PM

"Dia (Anwar) kena sedar diri, dia sudah tidak mampu menjadi Perdana Menteri dan kalau jadi sekali pun, dia pasti akan jatuh juga. Jadi redalah dengan semua ini. Kalau dia masih tidak reda, dari segi akidah, dia akan menanggung dosa yang besar," katanya


Anonymous said...
May 16, 2013 at 1:02 PM

jgn gaduh2. .tidak baik.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 9:56 PM

Bila politik dikaitkan dengan kaum dan agama, inilah yang berlaku.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 10:30 PM

Tidak kira apapun agama kita, saya yakin dan percaya kita diajar untuk jadi baik dan bukannya jadi orang jahat.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 10:31 PM

Maka matanglah dalam segala hal supaya kita tidak berpecah sesama sendiri. 1Malaysia lah katakan.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:17 PM

Tak perlulah kita bersifat menunding jari atau marah-marah. tidak ada maknanya juga tu.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:18 PM

Tolonglah hentikan propaganda politik ini :(


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:05 AM

DATUK Seri Anwar Ibrahim sewajarnya berundur daripada arena politik kerana itulah kehendak lebih 81 peratus rakyat yang mengikuti kaji selidik yang dijalankan oleh akhbar The Edge minggu ini.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:05 AM

Ia juga sebagai tuntutan janji Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang mahu bersara dan menjadi seorang pensyarah di luar negara, jika pakatan pembangkang gagal ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:06 AM

Blog Kedah Ke KL (kedahkekl.blogspot.com) berkata, kaji selidik itu jelas membuktikan bahawa rakyat menolak cara berpolitik Anwar yang mengheret rakyat ke jalan raya semata-mata memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:06 AM

“Rakyat Malaysia yang masih mempercayai tipu daya Anwar harus menyedari bahawa betapa pentingnya rakyat bersatu untuk terus majukan Malaysia dan bukannya berterusan ditipu Anwar yang mempunyai agenda kepentingan peribadi dalam politik," katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:06 AM

Nada serupa disuarakan blog Keris 7 Lok (keris7lok.blogspot.com) yang mahukan agar Anwar segera berundur dan tidak lagi merosakkan pemikiran anak-anak muda dengan politik jalanan beliau semata-mata mahu mencapai cita-cita peribadinya.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:06 AM

Katanya, golongan muda sudah sedar dan tidak akan tertipu dengan pemimpin “fesyen lama" seperti Anwar tetapi mahukan transformasi seperti dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:07 AM

“Dulu kata bila kalah akan berundur, tapi datang gila dia dah kalah pun umum pakatan pembangkang menang. Hilang akal ke apa?

“Rakyat yang sokong Anwar patut sedar yang dia hanya mempergunakan penyokong dia untuk penuhi ‘perjanjian syaitan’ yang entah dengan siapa dia buat.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:07 AM

“Anwar harus berundur! Nyah dari politik Malaysia! Menyusahkan dan memualkan. Penat tengok perhimpunan yang ‘kosong’. Yang turun himpunan tu pun patut sedar yang mereka hanya membuang masa. Keputusan pilihan raya dah termaktub," katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:07 AM

Blog Uruk-Hai (mediauruk.blogspot.com) pula berkata, PRU-13 sekali lagi membuktikan bahawa Anwar seorang yang bercakap kosong dengan menjanjikan bulan dan bintang, termasuk berjanji untuk berundur jika gagal ke Putrajaya.

Bagaimanapun, apabila keputusan PRU-13 terus memihak kepada Barisan Nasional (BN), Anwar seperti seorang badut apabila mengumumkan pakatan pembangkang memenangi pilihan raya itu dan beliau tidak sepatutnya berundur.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:07 AM

“Ramai yang terkejut bagaimana Anwar boleh kata pembangkang menang sedangkan pakatan PKR-DAP-Pas itu hanya menang 89 kerusi berbanding 133 milik BN.

“Anwar kelihatan terdesak mahu merampas kuasa dengan menganjurkan beberapa siri himpunan haram sejak tewas pada PRU-13 lalu," katanya.


Anonymous said...
May 18, 2013 at 8:48 AM

Amboi. .. Aku salah baca ke ni?

Siapa yg perkauman? Terang terang si PERKASA dan Utusan yang perkauman tapi dituduh nya pembangkang yang racist.

Sudah lah jangan membodohkan rakyat. ini orang makin benci. Sudah sudah lah buat fitnah.


UMNO pertahan kuasa Melayu said...
September 29, 2013 at 11:30 PM

KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bukan sahaja mendatangkan tsunami politik Cina kepada Barisan Nasional (BN) bahkan dikhuatiri ‘mengancam’ masa depan politik, ekonomi, dan sosial bangsa Melayu.


UMNO pertahan kuasa Melayu said...
September 29, 2013 at 11:31 PM

Walaupun BN mencatatkan penurungan kerusi Parlimen daripada 140 kepada 133 kerusi, manakala DAP memperolehi 38 kerusi (sebelum itu 28 kerusi), Parti Keadilan Rakyat (PKR) 30 (31), dan Pas 21 (23), tetapi kejayaan merampas kembali Kedah secara tersirat memberi harapan bahawa kuasa politik Melayu masih utuh.



UMNO pertahan kuasa Melayu said...
September 29, 2013 at 11:31 PM

Tindakan majoriti kaum Cina berpaling daripada MCA dan Gerakan kepada DAP adalah jelas atas sentimen perkauman.

Sekarang, orang Cina berada dalam persimpangan dilema. Ada yang menganggap berpayung bersama UMNO/BN seolah-olah bersubahat membenarkan pelbagai perkara ‘tidak kena’ akan berterusan berlaku.


UMNO pertahan kuasa Melayu said...
September 29, 2013 at 11:32 PM

Situasi ini tidak dapat dipersalahkan ke atas mereka 100 peratus. Pastinya, pengundi Cina yang memangkah DAP, PKR dan Pas kini dalam keadaan bermasam muka. Bukan salah mereka tetapi ‘hasutan’ kepimpinan Cina memaksa tindakan ‘berani mati’ itu.

PRU-13 adalah sebuah episod mengejutkan apabila kaum Cina seolah-olah mengkhianati kepercayaan BN terhadap bangsa itu.



UMNO pertahan kuasa Melayu said...
September 29, 2013 at 11:32 PM

Pada kali ini membuktikan bahawa medan pertempuran UMNO bukan sahaja tertumpu di atas kertas undi tetapi berlarutan sehingga keluar daripada pusat mengundi.

Namun, hakikatnya Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya memimpin UMNO sebagai tonggak utama kuasa Melayu dalam Kerajaan Persekutuan untuk kali ke-13.


UMNO pertahan kuasa Melayu said...
September 29, 2013 at 11:33 PM

Ketika tsunami politik 2008, UMNO memperolehi hanya 79 kerusi, tetapi PRU-13 pencapaian itu melonjak lebih 10 peratus apabila menguasai 88 kerusi Dewan Rakyat.

Kejayaan itu begitu mengecewakan pakatan pembangkang - DAP, PKR dan Pas untuk menumbangkan BN.

PRU-13 yang baru berlangsung seminggu lalu sebelum ulang tahun UMNO ke-67 hari ini ialah sebahagian besar orang Melayu masih bersama UMNO.

Orang Melayu juga yakin hanya UMNO membela nasib bangsa dan mempertahankan kesucian agama Islam.



UMNO pertahan kuasa Melayu said...
September 29, 2013 at 11:34 PM

Jika tanpa keyakinan ini, manakan UMNO dapat membantu BN kembali merampas Kedah, dan mengekalkan pemerintahan di Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, dan Terengganu.

Kemenangan UMNO ini juga membuktikan di bawah kepimpinan Najib, masalah imej dan ahli UMNO pada PRU-12 sudah berjaya dipulihkan, tinggalkan masyarakat Cina sahaja yang mula berubah angin.

Seperti PRU-12, PRU-13 pun dilihat ujian besar kepada UMNO.



UMNO pertahan kuasa Melayu said...
September 29, 2013 at 11:35 PM

Rakyat sudah menguji kuasa undi mereka. Ternyata undi mereka boleh mengejutkan Malaysia. Menteri atau pemimpin parti boleh tewas. Pemerintah boleh ditumbangkan dengan undi rakyat jika mereka tidak suka.

Ungkapan, “Saya percaya rakyat akan memilih parti berdasarkan rekod prestasi cemerlang, bukannya parti sekadar bercakap kosong" - sudah tidak laku lagi sekarang.


UMNO pertahan kuasa Melayu said...
September 29, 2013 at 11:35 PM

Kempen menjanjikan pembangunan yang rancak juga gagal sejak Pas menawan Kelantan. Kini penyakit sama melanda Selangor dan Pulau Pinang.

Orang UMNO yang berjumlah 3.5 juta ahli itu harus ingat, rakyat menggunakan kuasa undi untuk memilih sesuatu yang sesuai dengan kehendak mereka.

Apa pun martabatkan UMNO sebagai jaguh politik Melayu di sebuah negara majmuk seperti Malaysia harus dibaik pulih supaya terus disenangi rakyat.

Kini dengan kuasa yang ada, yang mana dengan jumlah perwakilan seramai 89 daripada 133 ahli BN di Dewan Rakyat, UMNO perlu terus didokong sebagai tunggak kuasa.

Jika UMNO lemah, bererti kuasa Melayu juga akan lemah dan mungkin akan mengundang ketidakstabilan politik negara. Inilah yang dikhuatiri.

UMNO tidak boleh mengalihkan pandangan daripada persoalan, mengapa orang Melayu mulai berpaling daripada UMNO, sebaliknya Pas dan PKR pula menjadi perhatian? Adakah benar perjuangan Melayu dalam UMNO sudah tidak ada apa-apa lagi?



UMNO pertahan kuasa Melayu said...
September 29, 2013 at 11:36 PM

UMNO usah lupa akan budaya politik di negara ini yang masih dicengkam oleh sikap perkauman akibat kegagalan kita selama ini membentuk sebuah negara bangsa yang berpegang pada kebudayaan kebangsaan.

Ketika orang lain begitu galak menuntut itu dan ini dengan alasan memastikan kebudayaan dan kepentingan mereka terpelihara, UMNO pula tidak peduli sebaliknya bersikap ‘longgar’ dalam mempertahankan apatah lagi mahu mengukuhkan jati diri dan kepentingan bangsanya.

Ringkasnya, dasar dan tindakan UMNO dikatakan tidak memiliki kesungguhan politik yang kuat seperti mana parti kaum lain. Kelunturan dalam mempertahankan bahasa, ekonomi, budaya dan maruah bangsanya sendiri memberi implikasi yang besar terhadap parti berusia 67 tahun ini.


UMNO pertahan kuasa Melayu said...
September 29, 2013 at 11:36 PM

Apa yang UMNO harus lakukan selepas ini? Hanya Perlembagaan Persekutuan dilihat perisai yang menentukan tenggelam timbul UMNO dan bangsa Melayu untuk masa akan datang.



UMNO pertahan kuasa Melayu said...
September 29, 2013 at 11:37 PM

Berjuta ahli UMNO masih setia setelah berpuluh tahun menjadi ahli. Mereka masih berpegang kepada prinsip tiada parti politik yang boleh membela mereka selain daripada UMNO. Pada mereka Melayu adalah UMNO dan UMNO adalah Melayu.

Hayatilah sejarah penubuhan UMNO pada tahun 1946 dahulu. Melayu bersatu dalam satu nama parti hasil gabungan berpuluh persatuan dan pertubuhan Melayu dan suku kaum Melayu di Tanah Melayu.


UMNO pertahan kuasa Melayu said...
September 29, 2013 at 11:37 PM

Wajarlah para pemimpin UMNO sekarang menerapkan kembali semangat perpaduan dan bersatu orang Melayu seperti di era 1946. Jangan pinggirkan pendapat dan komen akar umbi UMNO. Jelajahlah ke seluruh negara untuk memberikan semula keyakinan ahli UMNO terhadap parti.

Selamat menyambut Ulang Tahun UMNO Ke-67.


Kelly said...
September 29, 2013 at 11:38 PM

Kenyataan balas UMNO kepada pengkritik akhbar memang tepat, kerana Negara kita bebas untuk bersuara.


Anonymous said...
November 7, 2013 at 3:15 PM

Malaysia’s deep-water acreage could potentially hold 8 billion barrels of oil equivalent. Current oil reserves are about 4.2 billion barrels,” he said.
He added that the new SOG at Kimanis to be ready for operation by early 2013, will have capacity to store 2.5 million barrels of crude oil and can handle 300,000 barrels of crude oil a day and about 1,250 per cubic million feet of gas a day.


Anonymous said...
November 7, 2013 at 3:15 PM

The 500km SSGP will transport gas from the SOGT in Kimanis to Bintulu for processing into liquefied natural gas (LNG) at the Petronas LNG Complex for export. The pipeline system also has provisions in Sabah and Sarawak.


Anonymous said...
November 7, 2013 at 3:15 PM

Petronas will be investing RM3 billion to build a mega ammonia urea plant in Sipitang. The plant is expected to be ready by 2013 in time for the gas from the northern field (block J) of Sabah to be channelled to Bintulu via Sipitang in 2013-2014. This is the first urea plant in this region and will act as an anchor industry


Anonymous said...
November 7, 2013 at 3:15 PM

The SOGT in Kimanis will be getting 750 million scf of gas from the north field and it will be piped to Sipitang before it is diverted to Bintulu.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx