Sunday, May 26, 2013

Betul Ke Ada Perjanjian Anwar & Najib??

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dalam edisi semalam (24/5/2013) melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia. Perjanjian bertulis ini dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya ke-13.

Penjanjian ini adalah apa yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.

Manakala Suara Keadilan pula melaporkan bahawa DS Anwar menafikan belia memulakan perlanggaran penjanjian bertulis berkenaan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada awalnya melanggar perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Anwar berkata, perjanjian itu yang ditandatangani antara dirinya dan Najib tidak lagi dianggap terpakai selepas berlakunya penipuan dalam berkempen, tiada akses kepada kebebasan media dan pilihan raya yang adil seperti mana tuntutan Bersih sebelum ini.

“Tak perlu nak cari kesalahan orang lain jika Najib sendiri yang melanggar syarat (perjanjian damai) tersebut.

“Kita sudah tandatangan syarat yang ditetapkan tetapi ia tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas upacara penutup Kongres PKR ke-9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.