Thursday, May 16, 2013

Cara terbaik tingkatkan mutu pendidikan

SAYA pernah ditanya apakah pendapat saya mengenai bagaimana caranya untuk meningkatkan mutu pendidikan negara kerana waktu ini ia berada pada imej buruk.

Maka saya hanya jawab “bebaskan media”. Saya terangkan kepadanya hanya dengan media yang bebas memuji dan mengkritik baru ada maklum balas baik.

Setelah banyak tahun media arus perdana tidak menampilkan isuisu pendidikan secara berimbang kerana mereka dikawal supaya kerajaan dipandang indah dan terus mendapatkan sokongan.

Sedangkan keadaan pendidikan di negara ini tidak dapat dinilai secara berimbang.

Untuk mengharapkan media arus media pinggiran untuk mengulas mengenai pendidikan tidak boleh dibuat kerana ia berpecah-pecah, mereka kekurangan sumber terlatih dan lebih-lebih lagi mereka mudah diculik oleh pihak yang memiliki kuasa dan berdana besar.

Media arus perdana ada tiga saluran iaitu akhbar, televisyen dan radio dengan Internet sebagai penyambung dan perangkai kepada jenama asalnya.

Akhbar adalah media terbaik untuk membincangkan mengenai kedudukan pendidikan di negara baik di peringkat rendah mahupun tinggi. Bentuk cetakan membolehkan akhbar menyediakan ruang yang besar dengan tempoh masa berhari-hari bagi mengetengahkan isu-isu.

Namun kini akhbar tidak boleh berbuat demikian.

Sejak beberapa tahun kebelakangan akhbar banyak masuk ke bilik-bilik darjah dengab mereka menjadi sebagai sebahagian daripada alat mengajar.

Lihatlah akhbar-akhbar arus perdana negara.

Daripada Utusan Malaysia, Berita Harian, The New Straits Times hinggalah Star mempunya banyak ruang untuk digunakan sebagai alat pengajaran di sekolah.

Dalam keadaan begini, tidak ada mana-mana akhbar yang berani mengkritik sekolah dan Kementerian Pelajaran kerana bimbang akhbarakhbar mereka diharamkan daripada masuk bilik darjah.

Apabila keadaan begini berlaku saban tahun, akhbar-akhbar itu tidak dapat lagi melahirkan pemberita dan wartawan yang cekap menghidu isuisu berkaitan pendidikan. Akhirnya, mereka akan melahirkan wartawan yang hanya mampu membuat kertas-kertas soalan peperiksaan.

Pada masa ini semua akhbar mempunyai ruangan promosi institusi pendidikan tinggi. Semua IPT termasuk IPTA menghabiskan berjutajuta ringgit membeli iklan dalam akhbar dan bidang ini sudah menjadi perniagaan besar.

Kalau dahulu, iaitu pada tahun 80-an, iklan yang disiarkan oleh IPTA pengumuman pengambilan pelajar dalam waktu-waktu tertentu tetapi sekarang iklan mereka adalah bentuk komersial dan dibuat sepanjang tahun.

Dengan memperoleh pendapatan berjutajuta ringgit ini tidak ada akhbar yang akan berani mengkritik mana-mana IPT kerana bimbang periuk nasi mereka terjejas.

Ditambah pula pada zaman ini semua IPT termasuk IPTA selaras dengan amalan perhubungan awam terkini bersama pula dengan fahaman kepentingan penjenamaan berbelanja jutaan ringgit untuk menjaga nama baik institusi masing-masing.

Dalam keadaan ini, mereka akan berusaha mengadakan pelbagai helah supaya dapat mewujudkan hubungan baik dengan akhbar.

Untuk itu, maka berlakulah kerjasama IPT dengan akhbar yang ada kalanya menggunakan agensi media melibatkan jutaan ringgit bagi mengadakan acara bersama. Umpamanya, IPTA menganjurkan konvokesyen yang dikendalikan oleh pihak akhbar.

Keuntungan besar yang diperoleh oleh IPTA berkenaan ialah mereka memperoleh imej baik yang dipaparlan oleh akhbat yang menjadi rakan media mereka. Maka yang pasti akhbar berkenaab tidak akan berani mengkritik IPTA berkenaan jika timbul sebarang isu.

Pada zaman ini pula semua kementerian termasuk Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi serta agensi-agensi kerajaan mempunyai peruntukan berjuta-juta ringgit untuk mengupah pakar runding bagi merancang kempen besar-besaran melalui iklan dan kegiatan perhubungan awam untuk menampilkan pencapaian mereka.

Dalam keadaan ini, tidak ada akhbar yang berani mengkritik manamana kementerian kerana bimbang iklan berjuta-juta ringgit itu ditarik balik lebih-lebih lagi kedudukan pendapatan jualan dan iklan yang kian terancam merosot.

Pada zaman ini pula syarikat-syarikat besar termasuk yang dimiliki kerajaan terlibat dengan pendidikan. Ada antaranya memberikan biasiswa dengan diiklankan dalam akhbar. Ada pula yang menubuhkan universiti.

Tidak ada manamana akhbar yang akan sanggup mengambil risiko menjejaskan pendapatan iklan mereka dengan mengkritik universitiuniversiti milik syarikatsyarikat korporat.

Ditambah pula sejak empat tahun lalu, kerajaan yang bimbang tidak dipilih semula telah memberi tekanan kepada akhbar supaya menyiarkan perkara-perkara yang baik saja supaya mereka dapat memenangi pilihan raya.

Justeru, semua masalah pemdidilam disapu ke bawah karpet. Para pelajar yang dilatih dalam komunikasi massa keluat bekerja untuk menulis cerita baik-baik saja seperti para penulis upahan iklan.

Oleh ABU FIRDAUS
xxx2

Komen Anda

83 Responses to " Cara terbaik tingkatkan mutu pendidikan "
gag said...
May 16, 2013 at 11:23 AM

Keseimbangan dalam penyairan negatif dan positif isu berkenaan pendidikan hendaklah juga dititik-beratkan. Jangan hanya kerana media bebas segala isu-lsu yang akan memakan negara sendiri sekaligus mencalitkan arang di media-media yang terlibat.


gag said...
May 16, 2013 at 11:40 AM

Tindakan menyaman media atau penulis blog tertentu terutamanya oleh parti-parti pembangkang boleh memberikan petanda buruk terhadap kebebasan media di negara ini.


gag said...
May 16, 2013 at 11:40 AM

Malahan ia juga dianggap sebagai satu usaha mengheret institusi kehakiman dalam menimbulkan keraguan terhadap pihak berkuasa sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:40 AM

Tarikh 16 Mei di setiap tahun adalah sambutan Hari Guru yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya murid dan pelajar bagi mengiktiraf dan mengenang jasa para cikgu yang telah banyak memerah keringat dan menabur bakti dalam mendidik mereka menjadi pemimpin yang berwawasan di masa hadapan

Setiap tahun,sambutan ‘Hari Guru’ seiring dengan temanya,untuk tahun 2013 ini ia bertemakan ‘satu Aspirasi satu Agenda’ yang membawa huraian maksud seperti berikut

1ASPIRASI

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi

1AGENDA

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara


gag said...
May 16, 2013 at 11:41 AM

Seorang peguam, Hasnal Rezua Merican menyatakan, tindakan menyaman akhbar atau penulis blog kini menjadi trend untuk menyempitkan kebebasan bersuara dan media.


gag said...
May 16, 2013 at 11:41 AM

Beliau mengulas demikian berhubung trend pihak-pihak tertentu terutama parti pembangkan yang mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan penulis blog tertentu konon melemparkan fitnah terhadap mereka.


gag said...
May 16, 2013 at 11:42 AM

Hasnal Rezua berkata, selain itu adalah benar dari segi undang-undang, sesiapa yang menyebar fitnah tidak kira penulis asal atau pencetak dan sebagainya boleh disaman dan dikenakan tindakan.


gag said...
May 16, 2013 at 11:44 AM

"Tapi yang ada sekarang, baru ditanya soalan, sudah nak saman. Baru ditanya soalan, sudah ugut hendak panggil pengawal keselamatan. Kalau tidak bersedia untuk menghadapi media, memberikan jawapan atau penjelasan terhadap soalan yang akan diberikan, jangan dipanggil sidang media,


gag said...
May 16, 2013 at 11:46 AM

"Tapi yang ada sekarang, baru ditanya soalan, sudah nak saman. Baru ditanya soalan, sudah ugut hendak panggil pengawal keselamatan. Kalau tidak bersedia untuk menghadapi media, memberikan jawapan atau penjelasan terhadap soalan yang akan diberikan, jangan dipanggil sidang media,’’ katanya.

Tindakan saman media dan penulis blog ini juga, kata Hasnal Rezua, merupakan usaha untuk menutup mulut tidak kira dari media atau pun penyokongnya sesebuah parti itu sendiri.

Seorang lagi peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) menyatakan, tindakan saman-menyaman itu juga berkemungkinan adalah untuk menakut-nakutkan media mahupun penulis blog agar kebenaran sesuatu isu tidak didedahkan.

Beliau turut memberitahu bahawa saman-saman tersebut bersifat 'memilih’ kerana tidak semua disaman.

Memberi contoh dalam kes saman fitnah oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk 'Tolak Anwar - Hasan', syarikat penerbitan itu disaman ekoran penyiaran transkrip penuh sidang akhbar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang juga Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) di akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari tahun lalu.

"Bagaimanapun sehingga hari ini, Anwar tidak pernah memfailkan saman terhadap Hasan di atas kenyataan yang dikeluarkan itu,"


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:48 AM

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".


Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia.

Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu :

Pembangunan tenaga manusia, Kepesatan pertumbuhan ekonomi, Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial, Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat, Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual, Pembangunan teknologi dan sains dan Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.


‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain.

Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:48 AM

Apabila Kementerian Pendidikan telah menetapkan satu matlamat untuk menjadikan pendidikan bertaraf dunia, dengan sendirinya matlamat tersebut telah mengariskan apakah langkah-langkah yang perlu diambil. Langkah-langkah tersebut adalah:

Pengkorporatan Universiti

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, semua pihak di negara ini yang terlibat dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasa berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan. Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini yang sedang mengorak langkah mencapai status negara maju.

Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan mempunyai motif tertentu bukan sahaja bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan dengan mengurangkan tanggungan kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengajian tinggi, bahkan juga bagi menjadikan sektor pendidikan di negara ini lebih dinamis perkembangannya. Selaras dengan pengkorporatan universiti, adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusan universiti mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan pensyarikatan yang menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti.

Kerenah birokrasi dan pelbagai ‘red tape’ yang mengekang perjalanan universiti akan dapat diatasi melalui pengkorporatan universiti. Dengan ini universiti akan bertenaga meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya membawa era pendidikan bertaraf antarabangsa. Autonomi universiti akan digunakan untuk kepentingan korporat.
Pasaran pendidikan tinggi juga akan diperluaskan melalui pengeksportan pendidikan ke negara lain di samping menarik pelajar ke Malaysia dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar utama bagi menjamin kualiti, akauntabiliti dan kredibiliti pendidikan tinggi tempatan.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:59 AM

Peristiwa Penting UMNO

Januari 1946
Kerajaan British mengeluarkan Kertas Putih mengenai penubuhan Malayan Union yang berhasrat mahu menghapuskan hak Raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang asing dengan syarat yang mudah.

3 Januari 1946
Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union.

4 Mac 1946
Pergerakan Melayu Semenanjung Johor menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini disertai oleh 41 buah pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Kongres Melayu memutuskan untuk menubuhkan satu badan bagi mewakili orang-orang Melayu menentang Malayan Union.

29 dan 30 Mac 1946
Kongres Melayu mengambil keputusan memulau istiadat penubuhan Malayan Union.

1 April 1946
Malayan Union dengan rasminya ditubuhkan dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor. Hak-hak orang Melayu diketepikan.

11 dan 12 Mei 1946
Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar, Johor Bahru. Dalam Kongres ini Piagam UMNO telah diluluskan dan lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organization (UMNO). Dato Onn bin Jaafar dipilih sebagai Yang DiPertua.

29 dan 30 Jun 1946
Mesyuarat Agung UMNO pertama diadakan di Ipoh, telah melantik Datuk Haji Abdul Wahab (Panglima Bukit Gantang) sebagai Setiausaha Agung dan menetapkan corak bendera UMNO.

27 dan 28 Julai 1946
Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang telah mengadakan istiadat mengibar bendera UMNO.

10-12 Januari 1947
Mesyuarat Agung UMNO di Alor Setar, Kedah membincangkan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan contoh perjanjian negeri-negeri Melayu telah disusun oleh sebuah jawatankuasa yang dianggotaiseramai 12 orang.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:00 PM

Peristiwa Penting UMNO


11- 13 Mei 1947
Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Kota Bharu, Kelantan berdebat mengenai perlunya parti menubuhkan cawangan di seluruh negara dan tidak hanya sebagai gabungan persatuan-persatuan Melayu sahaja. Dato Haji Abdul Wahab meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung UMNO dan digantikan oleh Encik Zainal Abidin bin Abas.

2 – 4 September 1947
Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Johor Bahru mengadakan ketetapan mewujudkan derma pelajaran kepada anak-anak Melayu.

21 Januari 1948
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu di Kings House, Kuala Lumpur.

1 Februari 1948
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan rasminya ditubuhkan dan berakhirnya pemerintahan Malayan Union.

28 dan 29 Mei 1949
Persidangan Majlis Agung UMNO di Balai Rong, Arau, Perlis telah memutuskan satu perlembagaan baru membolehkan orang perseorangan mendaftar terus dan UMNO tidak lagi terdiri daripada pertubuhan yang bergabung dan sebagainya. Dengan itu juga, struktur pentadbiran UMNO berubah menjadikannya empat peringkat iaitu Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan. Terdapat tiga pertubuhan yang tidak bersetuju dengan perubahan untuk menjadi Ahli Bergabung dengan UMNO.

25 Ogos 1949
Perhimpunan Agung Kaum Ibu UMNO diadakan di Butterworth, satu badan yang dikenali sebagai Badan Ahli-ahli Perempuan UMNO telah diwujudkan dan Cik Putih Mariah Ibrahim Rashid telah dipilih sebagai Ketua. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1971, nama badan tersebut ditukar kepada Pergerakan Wanita.

26 Ogos 1949
Persidangan Agung wakil-wakil Pemuda di Butterworth telah melantik Kapten Hussein Onn sebagai Ketua/Setiausaha Hal Ehwal Pemuda dan Dato Onn Jaafar sebagai Penasihat. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1955, ia di namakan Pergerakan Pemuda. Keputusan untuk menubuhkan sebuah Pergerakan Pemuda sebenarnya telah ditetapkan di dalam Undang-undang tubuh UMNO yang diluluskan pada 29 Mei 1946.

20 Februari 1950
UMNO menganjurkan perjumpaan alim ulama Se-Malaya di Muar, Johor bagi memperjuangkan soal-soal keagamaan yang akan dibuat melalui UMNO.


James John said...
May 16, 2013 at 12:01 PM

1 ASPIRASI iaitu Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-202. Ini merupakan satu dasar program yang baik bagi bersama2 menaikkan taraf pendidikan di Negara.


James John said...
May 16, 2013 at 12:03 PM

Melalui Dasar pendidikan Negara iaitu objektifnya untuk memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem


James John said...
May 16, 2013 at 12:05 PM

Selain itu ''keberhasilan Murid'' iaitu bagi mengekalkan tahap prestasi sistem pendidikan masa kini, Pelan Pembangunan Pendidikan memberi tumpuan kepada lima dimensi, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.


James John said...
May 16, 2013 at 12:10 PM

Dalam tempoh penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, banyak contoh sekolah dan daerah di seluruh negara yang mencapai kejayaan cemerlang dan peningkatan yang dramatik telah dikenal pasti. Contoh yang telah dikenal pasti ini menunjukkan bahawa kecemerlangan merentas sistem pendidikan memang wujud, dan terdapat banyak peluang untuk dipelajari. Oleh itu, Pelan Pembangunan Pendidikan bukan sekadar menonjolkan isu dan jurang, tetapi juga cuba mengenal pasti, mengetengahkan dan memahami amalan terbaik dan kejayaan yang wujud dalam sistem pendidikan pada hari ini untuk diikuti dan dicontohi.


James John said...
May 16, 2013 at 12:12 PM

Kementerian Pelajaran menyedari hakikat betapa pentingnya pendidikan dalam menyediakan asas pembentukan negara bangsa dan pertumbuhan ekonomi mapan selaras dengan matlamat transformasi Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.


James John said...
May 16, 2013 at 12:14 PM

Kejayaan sesuatu sistem pendidikan dinilai melalui tahap pembelajaran dan perkembangan murid semasa mereka melalui sistem tersebut. Kementerian bertekad meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi untuk meletakkan Malaysia dalam sistem pendidikan pada kelompok sepertiga teratas di dunia.


James John said...
May 16, 2013 at 12:16 PM

Kurikulum bertulis menjelaskan pendidikan holistik berdasarkan standard antarabangsa. Kurikulum yang diajar dan kurikulum untuk pentaksiran mesti selaras dengan kurikulum bertulis. Dengan erti kata lain, kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah dan diuji pada peringkat peperiksaan awam sepatutnya sejajar dengan hasrat kurikulum bertulis.


James John said...
May 16, 2013 at 12:19 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan berganjak daripada mempertahankan Dasar Pendidikan Negara selagi masyarakat perlu kepada kemudahan pendidikan.


James John said...
May 16, 2013 at 12:21 PM

Perlantikan Datuk Mary Yap sebagai timbalan menteri pelajaran juga mampu membawa perubahan ditambah dengan pengalaman dan pencapaian tinggi beliau dalam bidang pendidikan tersebut.


James John said...
May 16, 2013 at 12:24 PM

Datuk Mary Yap ketika mengulas tentang rancangan jangka panjang di Tawau Sabah "Menerusi hab pendidikan, kita merancang menubuhkan sebuah pusat kajian pertanian memandangkan Tawau terkenal dengan perladangan kelapa sawit serta sektor agrikultur lain yang berkaitan perikanan."


headhunter said...
May 16, 2013 at 1:16 PM

CARA TERBAIK UNTUK TINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN NEGARA ADALAH DENGAN TIDAK MENGHASUT PELAJAR2 UNTUK BERHIMPUN DIJALAN RAYA ATAU MENGHASUT PELAJAR UNTUK MENJADI PENGGANAS..


headhunter said...
May 16, 2013 at 1:17 PM

BAGAIMANA MUTU PENDIDIKAN NEGARA MAHU BERKEMBANG MAJU JIKA PARA PELAJAR SERING DIJADIKAN MANGSA OLEH PAKATAN HARAM UNTUK MENCAPAI MISI RAMPASAN KUASA???????


headhunter said...
May 16, 2013 at 1:21 PM

KALAU INDIVIDU YANG MINDANYA SUDAH DIRASUK OLEH AGENDA POLITIK PAKATAN HARAM, PANDANGAN YANG MEREKA KEMUKAKAN KADANG KALA TIDAK MASUK AKAL.. MACAM2 PUTAR BELIT DIDENDANGKAN SEMATA2 MAHU PANDANGAN YANG MEREKA KEMUKAKAN ITU MAMPU MENJEJASKAN IMEJ KERAJAAN..


headhunter said...
May 16, 2013 at 1:22 PM

JIKA MUTU PENDIDIKAN NEGARA TERJEJAS, INDIVIDU PERTAMA YANG WAJIB DIPERSALAHKAN IALAH ANUWARRRR IBRAHIMMM..


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:13 PM

Pembangunan infrastruktur yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam transformasi pendidikan telah membawa perubahan kepada masyarakat termasuk di kawasan Sipitang, kata Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:15 PM

Beliau berkata kerajaan telah melakukan yang terbaik dalam agenda pembangunan pendidikan dengan membina infrastruktur bangunan sekolah yang cantik dan dinaik taraf di kawasan itu seperti SMK Sindumin, SMK Padang Berempah serta sekolah baru SMK Beaufort 3.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:16 PM

Sapawi yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sipitang berkata kerajaan BN melalui agenda pendidikan menjadikan pendidikan bertaraf dunia dan transformasi ke arah pembangunan pendidikan bagi tempoh 2013-2025 yang terbaik dan berkualiti.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:17 PM

Beliau berkata Sipitang telah diberi peluang dalam pembangunan bertaraf dunia dengan pembangunan Sipitang Oil & Gas di Banting, melibatkan 2,000 hektar tanah dengan projek pertama ialah Ammonia Urea Sabah (SAMUR) Petronas bernilai RM4.5 bilion.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:18 PM

Kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada usaha membangunkan bidang pendidikan kepada semua pihak dalam negara tanpa mengira sekiranya seseorang itu dari kaum minoriti sekalipun.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:18 PM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata matlamat kerajaan adalah untuk melihat semua rakyat mendapat pendidikan yang sempurna dan mencapai kejayaan yang cemerlang.

"Komitmen kerajaan Barisan Nasional adalah total, tidak pernah mengenepikan sekolah jenis kebangsaan," katanya.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:19 PM

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata komitmen kerajaan dalam memajukan bidang pendidikan tidak pernah berubah sejak negara mencapai kemerdekaan.

"Saya menerima permohonan setiap hari untuk menambah bilik-bilik darjah," katanya dengan menambah kerajaan sentiasa bersedia memberi peruntukan untuk membangunkan keperluan pendidikan kepada rakyat.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:20 PM

Beliau berkata kerajaan tidak pernah menghampakan permohonan rakyat yang mahukan pendidikan yang terbaik walaupun mereka terdiri daripada kaum minoriti.

"Kalau di sesetengah negara, minoriti itu maknanya (keperluan mereka) diambil kira kemudian (tetapi) tidak di Malaysia, selagi dia rakyat Malaysia, dia taat setia kepada negara ini, dia mendapat layanan yang adil dan saksama, dia berhak mendapat apa saja sokongan dan keperluan untuk dibantu oleh kerajaan," katanya.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:05 PM

Anwar sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa PR telah tewas merampas Putrajaya sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam masyarakat.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:05 PM

Sehingga kini beliau tiada bukti kukuh untuk dibawa ke hadapan, oleh itu menggunakan rakyat untuk berdemo di jalanan bagi menarik perhatian.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:06 PM

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, pembangkang sepatutnya akur dengan suara majoriti rakyat dan Anwar sebagai pemimpin utama perlu berundur kerana tidak mampu menunaikan janjinya sebelum pilihan raya.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:06 PM

“PR dilihat mengamalkan demokrasi terpilih apabila enggan menerima keputusan daripada Kerajaan Pusat, tetapi boleh menerima keputusan di kerusi-kerusi yang dimenangi sehingga bertindak pantas membentuk Kerajaan Negeri mereka.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:06 PM

“Mereka lemparkan banyak tuduhan bagi mengelirukan rakyat, PR juga menggalakkan demonstrasi jalanan sebagai cara untuk menyuarakan masalah, saya mahu pemimpin PR bertanggungjawab terhadap kesan yang bakal berlaku di kemudian hari nanti,” katanya.


mantera said...
May 17, 2013 at 9:31 AM

Perdana Menteri Dato 'Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan terus memberi keutamaan untuk mempertingkatkan taraf pendidikan negara.


mantera said...
May 17, 2013 at 9:32 AM

Dalam abad ke-21 ini, penguasaan ilmu mesti menjadi keutamaan,


mantera said...
May 17, 2013 at 9:32 AM

ibu bapa dan masyarakat umum sebagai faktor penting dalam pencapaian pendidikan negara.


mantera said...
May 17, 2013 at 9:32 AM

"Sektor pendidikan adalah sangat strategik dan penting. Kejayaan negara bergantung pada integrasi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran yang kreatif dan inovatif,


mantera said...
May 17, 2013 at 9:32 AM

negara bergantung kepada daya saing rakyat dalam membangunkan bakat mereka supaya mereka boleh menyumbang sesuatu kepada negara.


mantera said...
May 17, 2013 at 9:32 AM

Dengan minda cemerlang, kita boleh berjaya dan meletakkan negara ke depan.


mantera said...
May 17, 2013 at 9:33 AM

Persaingan dalam abad ke-21 bukan sahaja penguasaan akademik tetapi juga dalam aspek kreatif dan inovatif


mantera said...
May 17, 2013 at 9:33 AM

ibu bapa perlu memainkan peranan utama membantu dan menyokong anak-anak mereka membangunkan bakat dengan memberikan mereka sokongan moral dan bimbingan supaya mereka lebih berjaya


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 2:00 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggabungkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah satu bumbung adalah satu keputusan tepat.

Kata Timbalan Perdana Menteri, pelantikan seorang Menteri Kedua juga melambangkan keprihatinan kepimpinan Perdana Menteri untuk melihat bidang pendidikan di negara ini dapat diurus dengan lebih cekap dan menyumbang secara lebih berkesan kepada kemajuan negara.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 2:01 PM

Muhyiddin juga berkata, beliau telah mendapat keizinan daripada Perdana Menteri supaya menggunakan nama Kementerian Pelajaran sahaja bagi penggabungan dua kementerian.

Menurutnya, sebelum ini, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi diumumkan sebagai Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 2:01 PM

''Dengan penggabungan kedua-dua kementerian ini kita akan dapat melaksanakan dasar yang lebih seragam di semua peringkat pendidikan, di samping berkongsi sumber dan kepakaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara kita.

''Usaha transformasi pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila kepakaran daripada semua peringkat pendidikan digembleng secara lebih menyeluruh untuk menghasilkan satu lonjakan berganda dalam pendidikan negara.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 2:01 PM

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi berkata, setiap institusi pendidikan dalam negara ini perlu mewujudkan suasana yang kondusif untuk membolehkan murid daripada pelbagai latar kaum dan agama bergaul sesama mereka dengan lebih mesra dan akrab.

Sementara itu, Muhyiddin mengucapkan terima kasih atas pengorbanan dan keberanian guru di Lahad Datu, Sabah ketika berhadapan dengan situasi pertempuran serangan pengganas Kiram, baru-baru ini.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 2:02 PM

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Datuk Seri Idris Jusoh menyifatkan penggabungan dua kementerian di bawah satu nama sebagai amat baik dalam memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak di negara ini.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 2:02 PM

Katanya, pendidikan merupakan asas kepada kesejahteraan rakyat dan penting bagi memastikan keseimbangan antara pencapaian akademik cemerlang dan pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 2:02 PM

"Kita mahu pastikan kelangsungan pendidikan bukan sahaja di peringkat bawah tetapi juga di peringkat universiti. Saya akan berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri untuk berbincang tugas selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di Istana Negara hari ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 2:03 PM

Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I, Datuk Mary Yap Kain Ching, pula berkata beliau mahu memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, dilaksana dengan berkesan kerana pelan itu mengandungi pelbagai inisiatif untuk mentransformasikan sektor pendidikan agar pelajar dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

"Pendidikan merupakan keghairahan saya. Justeru pelantikan ini yang memberi saya peluang untuk kembali ke bidang pendidikan adalah sesuatu yang saya tunggu," katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 2:03 PM

"Ini satu cabaran yang berat tetapi saya teruja. Teruja bukan kerana mengenai saya, tetapi kerana negara, rakyat dan perkhidmatan," kata Mary yang dinamakan Tokoh Guru Kebangsaan pada 2012.

Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, P. Kamalanathan, pula berkata beliau sentiasa terbuka untuk menerima pendapat dan idea daripada semua pihak terutama golongan pendidik untuk terus memajukan bidang pendidikan.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 2:03 PM

Beliau bertekad memastikan objektif, visi dan misi yang ditetapkan Perdana Menteri akan terlaksana, khususnya dengan penggabungan dua kementerian utama pendidikan.

Kamalanathan juga berhasrat menjadikan 523 sekolah jenis kebangsaan Tamil di seluruh negara sebagai denyut nadi masyarakat India yang berterusan.

"Tujuh buah lagi akan ditambah dan kita akan pastikan sekolah ini terus diberi sokongan dan bantuan penuh pada masa akan datang," katanya.


Anonymous said...
May 17, 2013 at 7:57 PM

Penyatuan kurikulum tidak boleh dibuat berdasarkan nasionalisme sepertimana sekolah wawasan atau semangat negara bangsa seperti yang ada pada hari ini. Asas pendidikan formal adalah akidah Islam dan bukannya sekularisma. Seluruh mata pelajaran dan kaedah pengajaran harus berdasarkan akidah Islam semata-mata. Pemikiran-pemikiran lain yang mempunyai kaitan secara langsung dengan pandangan hidup tertentu yang bertentangan dengan Islam tidak boleh diajar apatah lagi untuk dipromosi dalam institusi pengajian. Dalam konteks ini, para guru dan pensyarah harus mengaitkan pelajaran yang diajar dengan akidah Islam dan hukum-hakam Islam serta kaitannya antara kehidupan di dunia dan akhirat. Dengan cara ini, pelajaran tersebut dapat mempengaruhi seterusnya menyentuh lubuk hati pelajar serta membuatkan para pelajar merasa puas dengan kebenaran pemikiran yang disampaikan. Bukan sepertimana sekarang, para pelajar tidak dibenarkan sama sekali untuk mempertikaikan kebatilan dalam mencari kebenaran apa yang diajarkan oleh para guru dan pensyarah serta hanya disuruh untuk mengikut tanpa soal.


Anonymous said...
May 17, 2013 at 7:57 PM

Kurikulum pendidikan Islam tidak sekali-kali akan diterapkan oleh sistem sekular demokrasi dan sistem-sistem kufur lain yang ada. Hanya sistem Khilafah yang mampu menerapkan kurikulum Islam secara menyeluruh dan membentuk personaliti Islami terhadap umat dalam negara. Adalah menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab bagi mana-mana parti Islam dan individu-individu Muslim yang menguasai Putrajaya untuk menerapkan Islam di atas manhaj sistem Khilafah. Tidak ada gunanya mendapat kuasa jika tidak mempunyai tujuan Islam yang jelas yang mana ia bukan sahaja memudaratkan diri dan negara, malah bakal mendapat kemurkaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Na'uzubillahi min zalik.


Anonymous said...
May 18, 2013 at 12:11 PM

Keputusan pilihan raya umum ke-13 yang mencetuskan semula isu integrasi nasional telah menimbulkan desakan supaya sekolah-sekolah vernakular diubah kepada sekolah satu aliran untuk memperkukuh perpaduan rakyat.

Seruan itu dibuat ahli akademik yang berpendapat masalah perpaduan kaum di negara ini berpunca daripada sistem persekolahan yang tidak selaras, dengan wujudnya sekolah pelbagai aliran.

Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkata sekolah-sekolah vernakular di Malaysia berkembang lebih maju dan hanya 10 peratus bukan Melayu belajar di sekolah kebangsaan.


Anonymous said...
May 18, 2013 at 12:12 PM

Beliau berkata jika di zaman penjajahan British mereka melaksanakan konsep pecah dan perintah mengenai pendidikan tetapi kini pendidikan ‘berpecah’.

“Sekarang jika dikatakan begitu ia akan dianggap tuduhan, tetapi jika kita benarkan lagi sekolah seperti ini jangan lagi harap untuk bercakap mengenai perpaduan, ia akan hanya disambut di mulut, tidak di hati,” katanya.

Nada lebih keras disuarakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang mahu sekolah jenis kebangsaan dihapuskan kerana ia tidak diiktiraf oleh Perlembagaan.


Anonymous said...
May 18, 2013 at 12:12 PM

Perkara itu sepatutnya disokong oleh seluruh masyarakat Malaysia, katanya yang menyifatkan mereka yang tidak bersetuju dengan sistem sekolah satu aliran sebagai antiperpaduan.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 4:52 AM

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) akan diperkukuh dan terus menjadi agenda utama sungguhpun Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi digabungkan.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 4:53 AM

Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha, Sektor Pengajian Tinggi, kementerian itu, Datuk Mahamed Hussain, berkata PSPTN yang disusun rapi dengan fokus terhadap aspek kebolehpasaran dan kebolehdapatan graduan perlu diteruskan.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 4:54 AM

PSPTN akan terus diperkasa di bawah kepemimpinan Menteri Pelajaran I, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibantu Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh serta timbalan mereka, Datuk Mary Yap Kain Ching dan P Kamalanathan.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 4:55 AM

Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh akan memastikan aspek pembentukan akhlak diberi penekanan seiring pencapaian akademik cemerlang.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 4:56 AM

usaha itu perlu bagi memastikan bidang pendidikan negara mampu dipacu dengan lebih hebat dan bertaraf dunia kerana akhlak baik dan pencapaian akademik tinggi boleh membawa kesejahteraan kepada masyarakat keseluruhan.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:02 AM

warga pendidik sama-sama berganding bahu bagi menentukan segala aspirasi kerajaan untuk merancakkan agenda pembangunan pendidik dapat dicapai.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:03 AM

bagi menjayakan semua agenda itu, warga pendidik memerlukan kerjasama ibu bapa dan masyarakat secara menyeluruh.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:04 AM

Harapan masyarakat terhadap sistem pendidikan negara amat tinggi


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:05 AM

memberikan tumpuan untuk berperanan dan memberi sumbangan berkesan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan yang bermula pada 2013.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:07 AM

segala perancangan dalam memantapkan sistem pendidikan negara harus dilaksanakn dengan teratur bagi mencapai matlamat bagi memastikan mutu pendidikan negara berada pada tahap tertinggi


Anonymous said...
May 21, 2013 at 8:44 PM

Pendidikan amat penting untuk memajukan negara.,


Anonymous said...
May 21, 2013 at 8:46 PM

The Malaysian education system is on track to becoming among the world’s best as stringent monitoring is in place to ensure its success under the Government Transformation Plan (GTP).


Anonymous said...
May 21, 2013 at 8:47 PM

Malaysia also ranks among the top in the world for equitable access to education.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 8:49 PM

Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said there was still a long way to go before Malaysia could justly claim that its education system was at par with the world’s best.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 8:49 PM

The targets of GTP 2.0 include achieving 92% enrolment at pre-schools; scoring international average in Programme for International Student Assessment (Pisa) and Trends in International Mathematics and Science Study (TIMMS); and reducing urban-rural achievement gaps by 25%


Anonymous said...
May 21, 2013 at 8:52 PM

The initiatives under GTP encompasses changes aimed at “three-foot horizon”, which would form the first wave of change towards the overall goals of the 12-year Malaysian Education Blueprint.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 8:56 PM

Technology is helping teachers to expand beyond linear, text-based learning and to engage students who learn best in other ways.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 8:56 PM

Its role in schools has evolved from a contained “computer class” into a versatile learning tool that could change how we demonstrate concepts, assign projects and assess progress.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 8:57 PM

adoption of technology by schools is still anything but ubiquitous.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 8:57 PM

Digital simulations and models can help teachers explain concepts that are too big or too small, or processes that happen too quickly or too slowly to demonstrate in a physical classroom.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx