Monday, May 20, 2013

Pengundi hantu cemar integriti SPR dan JPN

Kehadiran pengundi hantu dalam Pilihan Raya 2013 tegas Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli hari ini menyebabkan daftar pemilih yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diragui serta kewujudan kad pengenalan palsu telah mencemarkan integriti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan, kehadiran lapan pengadu yang dihalang untuk mengundi kerana kad pengenalan mereka telah digunakan pengundi hantu ketika Pilihan Raya 2013 lalu membuktikan bahawa keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) diragui rakyat.

“Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca daripada daftar pengundi yang tidak bersih.

“Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab iaitu SPR dan JPN ... kehadiran pengundi hantu membawa impak besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integriti keputusan PRU13,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Ketika sidang media berkenaan, Rafizi turut memberikan salinan laporan polis lapan pengadu yang dinafikan hak mengundi kerana nama mereka telah dipotong kerani SPR pusat pengundian masing-masing disebabkan ada individu lain telah menggunakan nombor kad pengenalan untuk mengundi.

Daripada lapan mereka yang membuat laporan polis berkenaan, empat daripadanya adalah dari Selangor, dan satu masing-masing di Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu, dan Kelantan.

“Insiden seperti ini membuktikan wujud kad-kad pengenalan palsu yang dikeluarkan JPN yang telah diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu,” dakwanya.

“Saya tidak mengatakan keseluruhan JPN dan SPR terlibat... mungkin sebahagian mereka mengetahui perkara ini,” katanya lagi.

Sidang media hari ini adalah pendedahan bukti pertama didedahkan badan #siasat PRU13 yang disertainya, dan Rafizi turut berkata, beliau akan terus melakukan pendedahan termasuk membawa pengadu berkenaan dalam sidang medianya pada masa akan datang.

Pasukan #siasat PRU13 juga kata Rafizi sedang mendapatkan persetujuan pengundi-pengundi ini untuk membuat Akuan Bersumpah bagi mengukuhkan bukti yang ada.

“Insiden ini juga amat membimbangkan kerana ia membayangkan kegagalan JPN untuk memastikan kad pengenalan yang dikeluarkan adalah tulen, selamat dan unik kepada setiap rakyat Malaysia,” tambahnya.

“Saya mencabar SPR dan JPN untuk mengemukakan alasan mereka bagi dihakimi oleh mahkamah rakyat.” -TMI
xxx2

Komen Anda

56 Responses to " Pengundi hantu cemar integriti SPR dan JPN "
Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:23 AM

Sebelum hari pengundian pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kononnya ada usaha membawa masuk ramai pengundi hantu ke Selangor bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:23 AM

Dakwaan sama turut dibuat oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan angka kononnya lebih 40,000 pengundi hantu dibawa dari Bangladesh, Sabah dan Sarawak, dengan Selangor sebagai sasaran utama.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:23 AM

Tetapi bila keputusan PRU13 memihak kepada parti PAS, PKR dan DAP di negeri ini dengan mandat majoriti dua pertiga, faktor pengundi hantu ini tiba-tiba tidak berbangkit sekurang-kurangnya di kawasan yang mereka menang.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:23 AM

Logiknya jika benar ada pengundi hantu, merekalah yang memenangkan calon-calon parti Pakatan Rakyat ini. Kenapa bila kemenangan di pihak mereka, tuduhan itu tidak terpakai?


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:23 AM

Hakikatnya bila PR memperoleh mandat itu, faktor pengundi hantu yang mahu dijadikan sebab kepada kemenangan BN, sudah tidak terpakai.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:23 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin telah menegaskan dakwaan itu hanyalah penipuan PR.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:24 AM

“Kalau ikut logik, hendak bawa 40,000 (warga) Bangladesh (perlu) menggunakan pesawat Boeing 747 yang hanya boleh memuatkan 400 orang … bererti 100 buah pesawat terpaksa mendarat untuk membawa warga Bangladesh ini mengundi,” katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:24 AM

Sehingga kini tiada bukti diketengahkan pembangkang kerana dakwaan itu sememangnya tidak berasas dan mereka sudah tentunya tidak mahu memanjangkan lagi kisah Bangladesh ini kerana tempelaknya kepada mereka semula.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:24 AM

PRU13 menyaksikan PAS dan DAP masing-masing memperolehi 15 kerusi dewan undangan negeri manakala PKR memperolehi 14 kerusi di Selangor. BN yang telah difitnah dengan pengundi hantu, hanya memperoleh 12 kerusi.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:24 AM

Bekas pemimpin, penganalisis politik, pemimpin politik veteran dan ahli akademik yang ditemubual Bernama pada 2 Mei lepas telah menghidu strategi penipuan pengundi hantu itu, yang disifatkan mereka sebagai permainan psikologi terdesak pembangkang bagi meraih sokongan. Mereka sependapat bahawa serangan itu bertujuan menggambarkan sistem pilihan raya negara ini tidak adil dan pembangkang teraniaya untuk meraih simpati rakyat Malaysia juga masyarakat antarabangsa.


James John said...
May 21, 2013 at 11:40 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pembangkang kononnya ramai pendatang asing menjadi pengundi pada PRU-13.Tidak munasabah kerana terdapat juga pihak ketiga dan pemerhati luar ketika pilihanraya dijalankan.


James John said...
May 21, 2013 at 11:40 AM

Ini kerana Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU Ke-13 merupakan Daftar Pemilih yang diwartakan dan melalui proses pembersihan yang terperinci melalui semakan online dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih seperti yang terdapat dalam pangkalan data warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


James John said...
May 21, 2013 at 11:40 AM

Daftar pemilih yang telah digunakan dalam PRU Ke-13 adalah daftar pemilih yang terbersih mungkin yang disediakan oleh SPR.


James John said...
May 21, 2013 at 11:40 AM

Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai identifier pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih.


James John said...
May 21, 2013 at 11:40 AM

Melalui sistem pendaftaran itu, tidak ada sesiapa yang bukan warganegara sama ada dia Bangladesh, Indonesia, China atau India, yang dapat mendaftar.


James John said...
May 21, 2013 at 11:40 AM

Oleh yang demikian andaian dan dakwaan kononnya terdapat 40 ribu warga Bangladesh yang diangkut untuk mengundi dalam PRU Ke-13 baru-baru ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas dan fitnah semata-mata, kerana Daftar Pemilih yang diwartakan itu adalah muktamad.


James John said...
May 21, 2013 at 11:43 AM

Dakwaan wujud pengundi hantu dan pengundi luar negara yang kononnya diberikan kad pengenalan untuk mengundi setiap kali tiba musim pilihan raya adalah usaha untuk mensabotaj kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


James John said...
May 21, 2013 at 11:44 AM

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata perkara itu bukan isu baru dan tohmahan berkenaan dibuat bagi memburukkan imej dan mensabotaj SPR, sekiranya parti tertentu tidak menang pada pilihan raya ini. Ini adalah taktik pembangkang sekiranya tidak memenangi pilihanraya supaya mempunyai alasan untuk menuduh dan tidak menerima kekalahan.


James John said...
May 21, 2013 at 11:46 AM

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kerahsiaan undi setiap pengundi terjamin.Kerani SPR di pusat pengundian tidak dibenarkan dan tidak boleh mencacat, menulis nombor atau apa-apa. Ini ialah undang-undang," katanya kepada pemberita.


James John said...
May 21, 2013 at 11:47 AM

Apabila pengundi masuk ke tempat pengundian, kerani akan menyemak nama dan mengesahkan bahawa individu berkenaan ialah pengundi sebenar sebelum dakwat dicalit pada jari pengundi dan diberi kertas undi. Oleh itu ianya dikawal ketat supaya tiada penipuan berlaku.


James John said...
May 21, 2013 at 11:49 AM

Beliau turut menasihatkan semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan supaya tidak mengajar "ajaran sesat" kepada pengundi dengan memberi maklumat salah berhubung pengundian bertujuan menimbulkan kesulitan dan kekecohan. Pembangkan yang membidas keputusan ini sebenarnya tidak menemui apa-apa bukti yang kukuh pun sehingga kini.


James John said...
May 21, 2013 at 11:54 AM

Taktik pembangkang memainkan isu kecurangan pada hari mengundi masih berleluasa meskipun Pilihan raya kian lama berakhir dan diterima semua pihak terutama kerajaan BN yang hanya mahu membangunkan Negara kita Malaysia.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:26 PM

Of course this will tarnish the image of SPR.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:32 PM

This should not be read as having a Pakatan Rakyat (PR) Government in the Federal Administrative Centre instead of one formed by the Barisan Nasional (BN).


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:32 PM

Fraud can work both ways although the outgoing BN, revamped from the Alliance Party in the wake of the searing Sino-Malay race riots of 13 May, 1969, has ruled the country since 1957 when the British left Malaya.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:32 PM

In the absence of proof in the form of the proverbial smoking gun, indefinite BN rule by itself should not be seen as having been facilitated by fraudulent electoral practices


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:32 PM

The Court should not allow the gazetting of tainted electoral rolls even if evidence of such fraud, for example Projek IC and the like, was discovered well after the public display and objection period for such rolls is over.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:33 PM

Putrajaya, for example, is a parliamentary seat with less than 6,000 voters. There are many Putrajayas in Malaysia which are all BN territory.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:33 PM

Indeed, it has even been estimated that with as little as 18.9 per cent of the votes cast, the BN can still obtain 112 seats in Parliament to form the Federal Government.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:33 PM

Opposition strongholds have anything up to 100,000 or more voters.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:33 PM

So, BN can still lose the popular vote and form the majority in Parliament.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:33 PM

There’s a case for limiting the number of registered voters in any parliamentary seat to 50,000, plus or minus either way, within a 10,000 range. So, Putrajaya by itself will not qualify to be a parliamentary seat


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:26 PM

Agenda merampas negara melalui himpunan haram sedang berlangsung. DAP, PKR dan PAS sudah nekad mahu memerintah Malaysia melalui apa cara sekalipun. Agenda disusun rapi oleh DAP, pelakon utamanya Anwar Ibrahim yang akan mengetuai siri himpunan kera dalam jagaan dengan pelakon pembantu Karpal Singh dan Haji Hadi yang berpura-pura tidak menyokong tindakan Anwar Ibrahim.

Sebelum pilihanraya Umum ke 13 bermula mereka telah menyerang Suruhanjaya Pilihanraya tanpa henti. Maka pelakon-pelakon tambahan telah diletakkan dibeberapa kawasan untuk berlakon bagi menganiaya SPR. Pada masa yang sama agen-agen pakatan haram telah menyusup ke dalam SPR bagi memastikan mereka dapat memanipulasikan SPR sepenuhnya.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:27 PM

Penyokong kuat Rafizi sendiri mengakui bahawa Rafizi memang bijak memutarbelikan fakta demi kepentingan pakatan haram.Bersandarkan fakta-fakta yang disediakan oleh pelakon-pelakon upahan mereka maka Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mencabar Khairy Jamaluddin supaya menangkis kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini sedangkan mereka telah memasang perangkap untuk menganiaya Khairy. Kononnya cabaran itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada lapan pengundi yang tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang daripada membuang undi apabila orang lain telah mengundi menggunakan nama mereka.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:27 PM

Kenapa Rafizi tidak mendapatkan keadilan bagi mangsa sebenar yang telah dianiaya dengan kejam oleh pakatan haram. Mangsa telah dipukul dan dinafikan hak beliau untuk mengundi dengan begitu kasar dan hina. Ini kejadian sebenar bukan lakonan wahai En Rafizi. Kami sudah muak dengan lakonan jijik puak pakatan haram yang cuba mencipta kekecohan dan huru-hara dalam keamanan pemerintahan Barisan Nasional.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:28 PM

Kita ingin mengimbas kembali peristiwa yang cukup tragis dan menyayat hati ini. Apakah perasaan anda sekiranya ianya terjadi pada diri kita. Dengan biadap pakatan haram telah menyerang pengundi warganegara Malaysia tulen yang berwajah ala mamak.

“Hey, sini ada satu lagi pengundi hantu. Ini Bangla,” suara dari satu kumpulan yang menerjah ke arah Tajudeen Anvar Batcha, 50, 5 Mei lalu apabila dia dikatakan pemilik MyKad palsu.

Tajudeen, kelahiran Taiping, Perak, berang apabila dituduh sebagai warga asing. Paling menyedihkan apabila dia turut dipukul dan ditendang kumpulan yang memakai baju kemeja-t berwarna kuning.

“Saya bukan Bangla, Saya orang Malaysia. Saya ada MyKad sah dan saya ada hak mengundi,” balas Tajudeen namun tiada reaksi positif daripada kumpulan itu.

Pengalaman mengundi kali pertama Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang memberi seribu satu kenangan buat dirinya. Berketurunan India-Muslim, inilah pengalaman paling ngeri dalam sejarah hidupnya.

“Ini kali pertama saya mengundi di Rawang walau sudah menetap di sini hampir 10 tahun. Sebelum ini saya mengundi di Ampang. Apabila berpindah, saya tukar pusat mengundi. “Semangat saya pada pagi itu bagai disentak. Ketika saya berjalan menuju ke pusat semakan mengundi, kumpulan ini datang ke arah saya dan menjerit-jerit ke arah saya. Mereka mahu tengok kad pengenalan saya. Kerana tak tahu apa-apa, saya berikan sahaja. Selepas itu, saya dihalau daripada kawasan itu,” katanya.

Katanya, kumpulan itu terus berang apabila melihat MyKad miliknya berwajah baru.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:29 PM

“Beberapa hari sebelum mengundi, MyKad saya patah dan saya buat yang baru. Bila mereka tengok, terus naik angin dan menghalau saya.

“Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan kepada saya. Puas saya menafikan, tapi tidak diendahkan. Saya cuba mengawal emosi saya kerana tidak mahu kejadian tidak baik berlaku tetapi ada yang bertindak menendang dan memukul dada saya,” katanya.

Tajudeen, pengurus di pusat latihan memandu di Rawang mengakui rasa amat marah dan terus dapatkan pegawai polis yang bertugas.

“Selepas membuat laporan, saya kembali ke tempat pengundian, tetapi, perkara sama berlaku. Kerana tidak mahu terlepas peluang, saya diiringi beberapa pegawai polis menunaikan tanggungjawab mengundi,” katanya.

Suami kepada Deputi Superintendan Aisha Be Abdul Kadir ini berharap kejadian ini tidak akan berlaku pada masa akan datang.

“Janganlah menilai seseorang daripada paras rupa sahaja. Buat masa ini saya sedang menunggu hasil siasatan pihak polis sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Apa yang akan saya buat nanti, bukan mahu mengaibkan sesiapa, cuma memberi kesedaran terhadap mereka sahaja,” katanya.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:29 PM

Dalam kejadian sama, seorang lagi berketurunan India-Muslim menerima nasib yang sama. Niaz Ahmad Mohd Zubir, 35, turut dikecam gara-gara wajahnya dikatakan seperti ‘Mat Bangla’.

Kejadian yang berlaku sekitar 10 pagi di di Sekolah rendah Jenis Kebangsaan (C) San Yuk, Rawang apabila kumpulan yang sama turut menghalau Niaz daripada mengundi.

Adiknya, Nisar Ahmad Mohd Zubir, 28, berkata, abangnya dikepung sebelum dapat meloloskan diri. “Ketika itu, abang saya sedang beratur untuk menyemak kawasan mengundi. Pada masa itulah, kumpulan yang memakai baju Selangorku datang dan mengherdik abang saya.

“Mereka meminta MyKad, tetapi abang saya enggan memberikannya.

Abang saya juga dipaksa meninggalkan kawasan itu, tetapi abang saya berjaya juga mengundi,” katanya. Katanya, abangnya tidak sangka kejadian itu melanda dirinya kerana itulah pertama kali abangnya mahu mengundi.

“Kami dalam proses menyaman pihak terlibat,” katanya. Katanya, tindakan tersebut bukan kerana wang, tetapi sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya tidak bertindak sedemikian.

“Memang wajah kami ini tak macam orang Melayu lain, kerana kami ini keturunan campur. Tapi kami warganegara Malaysia yang sah. Jangan lihat pada paras rupa. Kami sudah tinggal di Rawang lebih 20 tahun,” katanya


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:30 PM

Kita sebenarnya tertanya-tanya mengapa mereka amat benci kepada mereka yang berwajah ala-ala mamak. Adakah naluri mereka yang begitu angkuh kerana berkulit cerah maka mereka memandang hina terhadap mereka yang berkulit gelap? Patutlah masyarakat India di Kampung Buah Pala adalah antara mereka yang pertama dianiaya apabila Guan Eng memerintah Pulau Pinang.


Dina said...
May 21, 2013 at 8:57 PM


Semua dakwaan pembangkang terhadap SPR tidak berasas

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu mencatat sejarah tersendiri apabila diwarnai dengan pelbagai isu seperti peratusan mengundi paling tinggi, kontroversi berkaitan penggunaan dakwat kekal dan dakwaan kononnya terdapat puluhan ribu pengundi hantu dan bermacam-macam lagi, yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Namun, banyak pihak menyifatkan pilihan raya kali ini paling bersih dan telus. Keputusannya, Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kuasa dengan kemenangan majoriti mudah 133 kerusi Parlimen berbanding pembangkang 89 kerusi. Seperti dijangka pembangkang tetap tidak berpuas hati dan menzahirkan bantahan dengan mengadakan perhimpunan haram memprotes keputusan PRU-13.

Ikuti pandangan dan penjelasan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD YUSOF mengenai PRU-13 dalam wawancara Bahagian Pertama bersama wartawan BH,
MOHD ANWAR PATHO ROHMAN.


Dina said...
May 21, 2013 at 8:58 PM

Wartawan: Bagaimana pandangan Tan Sri mengenai perjalanan PRU-13 pada keseluruhannya?

Abdul Aziz: Secara keseluruhannya SPR berpuas hati dengan proses pengundian seperti pengundian pos, pengundian awal pada 30 April dan pengundian biasa pada 5 Mei lalu yang berjalan lancar. Daripada 13,268,002 pemilih berdaftar, 12,885,434 pengundi biasa, 146,742 pengundi pos dan 235,826 pengundi awal menunaikan hak dan tanggungjawab mereka dalam PRU-13. Peratusan keluar mengundi juga tertinggi dalam sejarah pilihan raya umum negara, iaitu 85 peratus bagi bahagian pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Sepanjang PRU-13 juga tidak berlaku apa-apa perkara tidak diingini sehingga menjejaskan proses pilihan raya. SPR melaksanakan tanggungjawabnya menguruskan PRU mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan. SPR juga merancang dan melaksanakan PRU-13 supaya menjadi PRU terbaik. Walau bagaimanapun, manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan. Ada beberapa cabaran yang timbul tanpa diduga seperti kehadiran pengundi yang begitu ramai pada waktu pagi terutama kehadiran warga emas yang di luar jangkaan. Kedua, masalah penggunaan dakwat kekal yang dikatakan boleh dibasuh dengan mudah. Hakikatnya, kebanyakan pengundi yang dicalit dakwat kekal mendapati dakwat itu kekal pada jari jika proses penggunaannya betul dan cara pelaksanaannya di jari tepat. SPR juga sedang mengumpulkan maklumat dari seluruh negara mengenai kelemahan yang timbul dan akan berusaha memperbaikinya bagi menghadapi apa-apa pilihan raya pada masa akan datang.


Dina said...
May 21, 2013 at 8:59 PM

S: Seperti dijangka, pembangkang tetap tidak berpuas hati dengan SPR dan keputusan penuh PRU-13, namun mereka memperoleh majoriti dua pertiga di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Apa pandangan SPR dalam hal ini?

J: Saya sebenarnya hairan mengapa kumpulan ini tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13 kerana PKR, DAP dan PAS memenangi tiga negeri dan bukan saja menang dengan bergaya tapi mendapat majoriti yang begitu tinggi. Begitu juga di peringkat Parlimen, pembangkang memperoleh kemenangan dengan majoriti tinggi. Tetapi hakikatnya, parti ini tidak dapat kerusi Parlimen yang mencukupi bagi menubuhkan kerajaan. Maknanya, dalam PRU-13 mereka mendapat kemenangan besar dalam satu segi, tetapi dengan kuasa Allah parti ini tidak dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan. Ini adalah keputusan pengundi, tidak sama sekali pengundi dipengaruhi SPR. Sepatutnya, sebagai seorang Islam, apabila kita mendapat kemenangan begitu baik dengan majoriti tinggi dan dapat terus berkuasa di negeri yang diperintah sebelum ini, kita mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah.

Kepada kerusi yang kalah bertanding, kita harus menerima ini sebagai qada dan qadar Allah. Bagaimanapun, mengikut undang-undang, pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya yang diperolehnya, boleh membuat petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari selepas keputusan PRU diwartakan. Ia akan diwartakan pada minggu ini. Saya menasihatkan kepada parti politik dan calon yang bertanding kalau betul hendak buat petisyen, kumpulkan seberapa banyak bukti, fakta, dokumen dan gambar yang boleh menyokong dakwaan mereka untuk digunakan dalam petisyen pilihan raya nanti. Keputusan akan dibuat Mahkamah Tinggi dalam tempoh enam bulan. Sekiranya keputusan itu tidak diterima, calon dan parti boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan yang juga akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan. Maka, gunakan ruang dan peluang ini dengan sebaik-baiknya jika tidak berpuas hati. Tidak perlu berhimpun atau berdemonstrasi kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah. Keputusan pilihan raya ditentukan pengundi. Kalau kita tidak menghormatinya, seolah-olah kita mencabar keputusan pengundi.


Dina said...
May 21, 2013 at 8:59 PM

S: Jika pembangkang tetap berkeras mahu mengadakan perhimpunan membantah keputusan PRU-13 juga, bagaimana Tan Sri dan apakah kesannya?

J: Ia tidak akan memberi apa-apa kesan kepada keputusan pilihan raya. Mengadakan perhimpunan di sana-sini tidak mampu mengubah keputusan PRU-13. Undang-undang tidak menyatakan begitu, tetapi keputusan boleh diubah jika dibawa dalam petisyen dan kalau mahkamah boleh buat keputusan untuk mengarahkan PRU dibuat semula jika mendapati PRU yang lalu tidak sah. Namun, kalau membuat demonstrasi, ia hanya akan memberi akibat tidak baik kepada keamanan dan kemakmuran negara. Demonstrasi yang dilakukan pembangkang ini adalah strategi untuk menggambarkan kepada masyarakat antarabangsa kononnya pilihan raya kita tidak telus atau bersih. Ini akan mengakibatkan keadaan negara menjadi tidak stabil. Bagi yang tidak faham dengan proses pilihan raya di Malaysia, mereka pasti akan mempercayai dakwaan yang dibawa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan pembangkang. Sejujurnya, saya sangat suka dengan kenyataan pemimpin PAS yang menganggap kegagalan pembangkang menguasai Putrajaya adalah kehendak Allah. Itu satu pendirian yang baik. Maknanya kita menghormati keputusan dibuat pengundi dan tidak semua yang kita tanding itu mesti menang. Ada masanya menang dan ada masa kalah.

Maknanya kalau kita orang Islam, kita mesti menerima qada dan qadar Allah. Kita berusaha tapi yang menentukannya Allah. Yang peliknya, parti yang memperoleh kemenangan besar ini, mereka hendak menang besar lagi. Mereka menang sebab kerusi dimenangi bertambah, majoriti pun ada yang bertambah. Tapi ada juga yang kalah. Adat pertandingan, Barcelona yang bagus pun ada masa kalah 3-0. Ada masa kita kalah tapi jangan pula kita tuding kekalahan kita itu disebabkan orang lain, dalam hal ini SPR. Pengundi yang membuat keputusan. SPR hanya menyediakan gelanggang pertandingan.


Dina said...
May 21, 2013 at 8:59 PM

S: Adakah SPR menjangkakan pembangkang akan membuat petisyen. Adakah SPR bersedia menghadapi kemungkinan itu?

J: Saya harap begitulah. (Pembangkang) gunakan peluang itu. SPR dan Jabatan Peguam Negara sudah bersedia jika ada parti yang membuat petisyen pilihan raya. Lagi satu, kalau betul pembangkang mendakwa SPR menipu atau ada salah laku, sila buat laporan polis. Biar polis siasat SPR. Kita tengok apa yang berlaku.


Dina said...
May 21, 2013 at 9:00 PM

S: Sekali lagi, dalam PRU-13 ini pembangkang terus mendakwa wujud pengundi hantu termasuk menuduh SPR membawa masuk 40,000 warga Bangladesh ke negara ini untuk mengundi. Sebaliknya keputusan PRU-13 menunjukkan pembangkang terus berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen dan DUN. Apakah yang cuba ditonjolkan pembangkang sebenarnya?

J: Istilah pengundi hantu ini tidak ada dalam undang-undang SPR. Istilah itu dicipta orang lain seperti ahli politik yang menggambarkan pengundi itu bukan dalam senarai. SPR pun memandang berat perkara itu dan dalam undang-undang perkara itu dipanggil penyamaran iaitu membawa kad pengenalan orang lain untuk mengundi. Jika ada orang yang menyamar dan didapati bersalah, boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali. Apa yang sebenarnya banyak berlaku dalam proses pilihan raya kita di Malaysia ialah pengundi tinggal di tempat lain tetapi mengundi di tempat lain. Maknanya alamat mengundi dia berlainan dengan alamat tempat tinggal. Dalam keadaan seperti ini, mereka berhak mengundi sebab mereka telah mendaftar sebagai pengundi di tempat itu. Mereka bukan pengundi hantu.

Orang yang berpindah jarang ubah alamat pada kad pengenalan. Ramai yang duduk di tempat lain dan mengundi di tempat lain. Daftar pemilih SPR, kita mengundi bukan merujuk kepada nama, tetapi berasaskan nombor kad pengenalan dan nombor siri dalam daftar pemilih. Maknanya, apabila seseorang begitu keadaannya dia berhak mengundi di situ dan tidak wajar dipanggil pengundi hantu sebab ini menjadi lumrah di negara ini, ramai pengundi yang keluar dari tempat tinggalnya pergi ke tempat asal mereka untuk mengundi. Isu yang mengatakan adanya pengundi hantu yang disebutkan itu sebenarnya tidak benar. Kalau ada 40,000 Bangladesh dibawa untuk mengundi di Malaysia, sudah tentu ada dalam senarai nama pengundi. Buat apa kita hendak menipu. Kalau betul kami hendak menipu, baik kita menangkan semua kerusi negeri dan Parlimen.


Dina said...
May 21, 2013 at 9:00 PM

S: Ada pihak mendakwa terdapat penipuan dalam soal penggunaan dakwat kekal dan salah laku. Apa penjelasan Tan Sri dalam hal ini?

J: Saya mengakui SPR tidak mempunyai pengalaman langsung dalam hal menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya. PRU-13 adalah kali pertama SPR menggunakan dakwat kekal yang disyorkan Jawatankuasa Khas Parlimen. Walaupun begitu, dakwat kekal yang SPR gunakan masih tertakluk kepada syarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang menghendaki ramuan dakwat itu tidak ada unsur haram dan tidak menyekat air wuduk kepada orang Islam. Syarat dikenakan Jabatan Kesihatan pula dakwat kekal itu mengandungi tidak lebih satu peratus silver nitrat iaitu logam perak yang digunakan dalam dakwat berkenaan. Walaupun pada peringkat awalnya SPR bercadang menggunakan antara empat hingga tujuh peratus silver nitrat. Kandungan logam inilah yang menjadi ramuan penting untuk menentukan ketahanan dakwat kekal itu.

Tetapi, Jabatan Kesihatan menulis secara rasmi kepada SPR, jika kandungan silver nitrat itu melebihi satu peratus, akan mengakibatkan risiko penyakit buah pinggang dan kanser kerana dakwat itu menyerap dalam tubuh. Tapi negara lain, seperti Kemboja mahu guna sehingga 25 peratus kandungan silver nitrat. Dalam hal seperti ini, untuk tujuan masa akan datang SPR akan berunding dengan Jabatan Kesihatan supaya dakwat ini tidak memudaratkan kesihatan. Jangan kerana terlalu ghairah hendak guna dakwat kekal, ada pula pengundi yang menghidap penyakit buah pinggang dan kanser selepas pilihan raya. Kita juga merujuk kepada Jabatan Kimia untuk mengenal pasti ramuan dicampurkan untuk menghasilkan dakwat kekal. Dilema SPR ini, jika kita tidak memikirkan kandungan silver nitrat, memang kita guna mana yang dikehendaki pihak yang menuntut penggunaannya.

Isu yang timbul dalam penggunaan dakwat kekal ini ialah, kalau botol dakwat tidak digoncang dengan sepenuhnya maka ramuan terdiri daripada herba dan bahan kimia di dalamnya tidak akan menjadi sebati. Apabila ini berlaku, hanya cecair yang disapu dijari. Kedua, jari yang hendak disapu itu hendaklah tidak berminyak, kering dan tidak kotor serta cara menyapu hendaklah berkali-kali supaya penuh ruas pertama jari telunjuk kiri. Calitannya perlu sempurna. Dakwat kekal pula ada dua warna iaitu merah untuk pengundi awal dan biru untuk pengundi biasa. Berkenaan dakwaan salah laku, ini lebih kepada 'pemantau' hantu yang dilantik pihak tertentu dan tidak diiktiraf SPR. Mereka melakukan perkara salah di sisi undang-undang seperti menyekat pengundi menunaikan tanggungjawab hanya kerana disyaki pengundi asing. Seperti pengundi yang wajahnya mempunyai iras orang Bangladesh. Bukan saja menghalang, malah ‘pemantau’ hantu ini juga mengasari pengundi yang sah yang juga warga negara Malaysia. Saya sudah sebut sebelum ini supaya jangan menghalang pengundi hendak mengundi. Hanya kerana mukanya seperti orang asing seperti Bangladesh, mereka tidak dibenarkan mengundi. Ini perbuatan salah.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 5:53 PM

Istilah pengundi hantu adalah satu gimik politik pihak pembangkang memandangkan apa yang disuarakan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, hanya dihebahkan melalui media menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Anonymous said...
May 22, 2013 at 5:53 PM

Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, hakikat sebenarnya, apa yang terjadi terhadap pengendali blog pro-Umno Papagomo yang dikategorikan sebagai pengundi hantu dan mempunyai dua nombor kad pengenalan itu ia merupakan satu kesilapan.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 5:54 PM

“Sudah tentu dalam apa juga sistem sekalipun mesti ada silap, namun kesilapan itu hanyalah satu hal yang kecil, malah pemilik nama Wan Muhammad Azri Wan Deris juga mengaku dirinya, tidak mempunyai kaitan dengan Papagomo dan bukan penulis blog terbabit.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 5:54 PM

“Jadi saya saya rasa istilah pengundi hantu tidak wujud seperti yang didakwa pembangkang,” katanya.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 5:55 PM

Fatmi berkata, tahun demi tahun pengundi-pengundi berhijrah ke kawasan luar menyebabkan ramai pengundi baru datang dan pergi, maka ada di antara pimpinan kawasan tidak mengenali pengundi-pengundi di kawasan mereka, maka wujudlah istilah pengundi hantu.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 5:55 PM

“Ia hanya dijadikan sebagai satu usaha pihak pembangkang untuk meyakinkan rakyat bahawa terdapat ketirisan yang berlaku dalam SPR yang sepatutnya tidak dipersoalkan memandangkan badan terbabit mempunyai kewibawaan sendiri sebagai pengendali urusan pilihan raya.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 5:55 PM

“SPR ini satu badan yang cekap serta efisien dan merupakan pihak yang boleh diharap, jadi dengan hanya satu dua kesilapan kecil kita tidak boleh menuding jari terhadap mereka memandangkan segala yang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan dalam kerajaan,” katanya.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 5:57 PM

Selepas Suara Keadilan baru-baru ini mengaku melakukan tuduhan melulu terhadap seorang warganegara yang didakwa seorang warga Bangladesh, Ong Kian Ming, Ahli Parlimen DAP Serdang pula tampil memohon maaf atas tuduhan liar dan kotor beliau.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 5:58 PM

Dalam laporan yang disiarkan akhbar berbahasa Inggeris hari ini, Kian Ming dikatakan mahu berjumpa secara peribadi dengan Chua Lai Fatt dan keluarganya bagi memohon maaf kerana menuduhnya sebagai warga asing.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 5:59 PM

Kian Ming sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 dilaporkan menjadikan Lai Fatt yang secara fizikalnya kelihatan seperti orang India sebagai salah satu kes penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya memberikan MyKad kepada warga asing. Walau bagaimanapun, Lai Fatt sebenarnya merupakan rakyat Malaysia berketurunan India tetapi dipelihara keluarga Cina di Klang yang turut memberikannya nama tersebut. Sejak menyedari kesilapan itu, menurut laporan tersebut, Kian Ming telah membuat permohonan maaf menerusi akhbar Cina kerana secara salah menuduhnya sebagai pengundi asing.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx