Monday, May 20, 2013

Dakwa Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR Isu Penipuan Dakwat Kekal?

Jingga 13 mendesak Ketua Polis Negara yang baru agar menangkap dan mendakwa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas jenayah yang tidak boleh dimaafkan iaitu menipu rakyat Malaysia di atas kes DAKWAT KEKAL yang TIDAK KEKAL.

Pelbagai laporan polis dibuat terhadap kes tersebut ternyata sedikit pun tidak memberikan kesan terhadap jenayah yang dilakukan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang juga turut melibatkan jutaan Ringgit Malaysia wang rakyat.

Alasan kononnya petugas SPR yang tidak “menggoncangkan” botol dakwat pada proses pengundian awal anggota tentera pada 30 April 2013 adalah satu penipuan dan pembohongan kerana pengundian berlaku pada 5 Mei 2013 juga masih berlaku kes yang sama!

Ternyata dakwat yang dibeli oleh pihak SPR adalah tidak berkualiti dan tidak kekal sepertimana yang diwar-warkan oleh SPR.

Adakah wujud komisyen daripada pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut sehingga dipertahankannya sedemikian rupa sedangkan ternyata tidak berkualiti dan merugikan wang rakyat??

Jingga 13 mendesak agar satu siasatan secara menyeluruh dilakukan terhadap pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut. Tangkapan dan pendakwaan wajar dibuat terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR oleh pihak polis kerana terhadap banyak laporan polis berkaitan isu tersebut.

Tindakan dengan PANTAS terhadap beberapa blogger Milosuam, King Jason dan terbaru terhadap Aktivis Mahasiswa Adam Adli menunjukkan dwi-standard Ketua Polis Negara baru begitu tunduk dengan sang penguasa dengan menggunakan undang-undang tetapi bersikap berbeda terhadap mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN seperti SPR sedangkan jutaan RM wang rakyat dibazirkan begitu sahaja dari tindakan penipuan mereka.

Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia
xxx2

Komen Anda

58 Responses to " Dakwa Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR Isu Penipuan Dakwat Kekal? "
James John said...
May 21, 2013 at 10:11 AM

Saya tidak bimbang dengan dakwat kekal boleh dibasuh hari ini kerana esok anda tidak boleh mengundi kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar


James John said...
May 21, 2013 at 10:11 AM

Tambah beliau lagi bagaimana seseorang boleh mengundi tanpa MyKad atau nombor IC? Satu nama hanya ditulis sekali.


James John said...
May 21, 2013 at 10:14 AM

Bagi meredakan keadaan dan menjelaskan keadaan sebenar, SPR telah menjemput pihak media untuk menyaksikan sendiri tatacara penggunaan dakwat kekal dan tahap keberkesanannya sebagai mekanisme untuk mengenal pasti pengundi yang telah dikeluarkan kertas undi.


James John said...
May 21, 2013 at 10:15 AM

Sidang media yang diadakan di Pusat Media SPR, Ibu Pejabat SPR Putrajaya telah dihadiri oleh lebih kurang 60 orang anggota media. Dalam sesi pertemuan ini, Y.Bhg. Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, Setiausaha SPR telah menerangkan kepada anggota media yang hadir tentang tatacara penggunaan dakwat kekal dan menunjukkan hasil penggunaan dakwat tersebut. Dengan ini apakah lagi dakwaan orang bahawa ianya tidak kekal adalah benar?


James John said...
May 21, 2013 at 10:15 AM

keberkesanan kaedah ini, Y.Bhg. Datuk Kamaruddin telah mempelawa para hadirin untuk mencuba sendiri calitan dakwat kekal pada jari mereka. Beberapa orang anggota media yang mendakwa telah mengundi secara pos telah tampil untuk merasa sendiri pengalaman dicalit dengan dakwat kekal. Ada antara mereka yang selepas dicalitkan dakwat, cuba menghilangkan dakwat tersebut dengan beberapa bahan cecair yang mereka bawa sendiri. Hasil ujian tersebut menunjukkan tanda dakwat masih kekal di kulit walaupun setelah dicuci beberapa kali dengan pelbagai bahan cecair.


James John said...
May 21, 2013 at 10:16 AM

Hasil ujian tersebut menunjukkan tanda dakwat masih kekal di kulit walaupun setelah dicuci beberapa kali dengan pelbagai bahan cecair.


James John said...
May 21, 2013 at 10:20 AM

Lantas daripoada demonstrasi dakwat SPR itu, SPR juga menjawab dakwaan yang dakwat tersebut tidak kekal, iaitu SPR ingin memaklumkan bahawa SPR telah membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal bagi tempoh 5 hingga 7 hari.


James John said...
May 21, 2013 at 10:21 AM

Berikutan dengan laporan polis itu, SPR telah berbincang dan mendapat maklum balas kemungkinan perkara itu berlaku disebabkan oleh kegagalan sebahagian daripada petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal. Sebaik selepas SPR menerima laporan polis dan maklum balas itu, suatu arahan telah dikeluarkan kepada semua petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal.


James John said...
May 21, 2013 at 10:21 AM

SPR juga telah membuat beberapa ujian menggunakan dakwat kekal pada 30 April 2013 terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos. Sebahagian daripada mereka ini telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian yang lain pula telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang. Hasilnya, SPR mendapati jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan jari mereka yang dicalit menggunakan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang. Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 11:19 AM

James John anda setuju bahawa, spr memang menipu dengan mebiarkan petugas tidak menggoncang botol tersebutkan? Bangang betullah kamu nih, mempertahankan perkara yang semua orang tahu... Semua pengundi tahu dakwat itu tanggal dengan senang...


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:20 AM

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mencabar pembangkang menjemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan mereka mengenai pilihan raya umum ke-13.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:21 AM

Katanya langkah itu lebih baik daripada pembangkang terus menyebarkan pelbagai dakwaan dan tohmahan terhadap institusi tersebut sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai, terutama penyokong mereka.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:21 AM

Kalau SPR boleh pergi ke majlis anjuran Umno, sudah tentu SPR akan pergi ke majlis yang dianjur oleh parti-parti lain.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:21 AM

Anggota Parlimen Pontian itu juga yakin SPR akan menjawab sebaik mungkin isu yang dibangkitkan seperti pengundi hantu dan dakwaan lampu padam pada sesi dialog tersebut, sekali gus menghentikan penyebaran fitnah yang berleluasa terhadap institusi berkenaan.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:21 AM

Pada masa yang sama Ahmad menyarankan SPR membawa pihak yang memfitnah mereka ke muka pengadilan.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:21 AM

“Tiada salahnya mereka saman mana-mana NGO atau pihak yang buat fitnah kerana segala-galanya ada bukti seperti di suratkhabar milik pembangkang atau rakaman ucapan pihak pembangkang.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:21 AM

“Jangan biarkan fitnah bermaharajalela sampai rakyat fikir kerajaan hari ini tidah sah. Tuduhan itu berikan nama buruk kepada SPR dan mencemarkan nama Malaysia di dalam dan luar negara.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:21 AM

PENGGUNAAN dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) menyaksikan pelbagai persoalan timbul termasuk reaksi negatif bahawa dakwat tersebut tidak kekal.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:21 AM

Banyak pihak mempersoal mengapa dakwat mudah tanggal tidak sampai 24 jam selepas dicalit oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:21 AM

Adakah di negara-negara lain yang menggunakan dakwat kekal juga mengalami perkara yang sama? Jika dilihat tujuan asal penggunaan dakwat kekal ini adalah bagi memudahkan perjalanan proses pilihan raya dan mengelakkan sebarang penipuan.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:21 AM

Beberapa negara demokrasi besar di dunia terpaksa menggunakan dakwat kekal kerana mempunyai jumlah rakyat dan pengundi yang terlalu ramai.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:21 AM

Bagi negara-negara ini, untuk melaksanakan satu sistem pendaftaran rakyatnya secara menyeluruh bagi mewujudkan sistem pengkalan data yang lengkap adalah sukar dilaksanakan.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:21 AM

SPR sebelum ini telah mengadakan demonstrasi penggunaan dakwat kekal kepada wakil-wakil media bagi membuktikan dakwat kekal dicalit pada jari pengundi memang tidak boleh dipadamkan.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:22 AM

Antaranya, botol dakwat perlu digoncang setiap dua jam sekali selama 30 saat, jari pengundi perlu bersih serta kering, dan dakwat perlu dicalit pada keseluruhan ruas pertama hingga ke kuku dan bahagian bawah jari. SPR memberi jaminan sekiranya peraturan ini diikuti, dakwat kekal dicalit di jari pengundi tidak akan hilang sehingga tempoh lima hingga tujuh hari. Ini kerana penggunaan dakwat itu sudah diuji dan diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia dan diputuskan halal oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:22 AM

Dalam demonstrasi itu, ternyata percubaan petugas media berkenaan untuk memadamkan kesan dakwat dicalit pada ruas pertama jari telunjuknya termasuk bahagian kuku tidak berhasil meskipun menggunakan beberapa bahan pencuci. SPR juga menggariskan beberapa peraturan perlu diikuti petugas SPR di pusat mengundi pada hari mengundi.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:41 PM

the Opposition has not been able to get its act together in recent years until the watershed 12th General Election of 2008.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:41 PM

Mass civil disobedience was not employed by the Opposition as a weapon in their arsenal.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:42 PM

The first past the post system should be reviewed to allow for the voices of the losing voters to be heard in the legislature, through non-constituency based seats, if a party which failed to win even one seat in any legislature managed to muster a minimum five per cent of the votes cast nationwide.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:45 PM

The BN, thick-skinned as they are when it comes to corruption issues, are extremely sensitive when it comes to any hints of any element of fraud in the quest for power.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:45 PM

It’s aware that the eyes of the world are on it and besides there’s the question of the Malay maruah – self-respect – and the issue of legitimacy to consider on such issues, if not in corruption.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:46 PM

This maruah/legitimacy factors, the Malay Achilles Heel, has seen the BN Government setting up the long-awaited Royal Commission of Inquiry (RCI) on the extraordinary population explosion in Sabah and its reflection in the electoral rolls.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:46 PM

The same factors, maruah and legitimacy, has seen the BN wrestling with the issues of statelessness, and the marginalisation and disenfranchisement of the Indian Nation in Malaysia


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:47 PM

The legitimacy of Malaysia in Sabah and Sarawak, and the right of Malaysians abroad to vote.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:47 PM

Legitimacy by itself has wider implications, embracing security considerations, and its reflection on valuation in the economy in several areas driven by investor and consumer confidence viz.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:47 PM

When politics comes in through the door, economics will fly out the window with widespread security and other implications which will render any quest for political power either pointless or a phyric victory.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:40 PM

Kerakusan Anwar mahu menjadi Perdana Menteri telah menyebabkan setiap gerak langkah beliau penuh dengan tipu muslihat. Maka Datuk Seri Najib harus berhati-hati dalam membaca dan menafsir perilaku Anwar ini. DS Najib harus sentiasa berwaspada dan memikirkan sedalam-dalamnya muslihat Anwar. Setiap langkah Anwar sebenarnya adalah untuk mengaburi agenda sebenar beliau. Sentiasa bertanyakan “WHAT’S NEXT” langkah Anwar seterusnya. Percaturan apa yang dirancang oleh Anwar dan “PARTNER IN CRIME” beliau.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:41 PM

Dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lepas Anwar membawa agenda “BERSIH” yang kononnya menuntut pilihanraya yang adil. Sedangkan pada masa yang sama Anwar telah merancang dengan teliti untuk menipu dalam pilihanraya umum ke 13. Anwar yang pernah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri amat tahu selok belok Suruhanjaya Pilihanraya dalam mengendalikan proses pengundian. Maka beliau telah bertindak meletakkan “orang-orangnya” sebagai petugas sementara SPR.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:41 PM

Semasa proses pengundian berjalan maka petugas SPR yang merupakan agen pakatan haram telah bertindak berat sebelah dalam mengendalikan proses ini. Di kawasan yang majority adalah pengundi Cina maka petugas SPR yang merupakan agen DAP telah bertindak mempengaruhi pengundi. Sewaktu pengiraan undi mereka juga memanipulasikan keadaan yang menyebelahi mereka ini. Petugas SPR agen pakatan haram cuba sedaya upaya merosakkan kertas undi yang memangkah Barisan Nasional.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:41 PM

Sandiwara yang cuba dimainkan oleh Karpal Singh pula amat ketara merupakan lakonan yang telah dirancang. KONONnya DAP tidak menyokong Anwar dalam menganjurkan “Himpunan Bersiri Kera Dalam Jagaan” Anwar ini sedangkan semua perhimpunan anjuran Anwar ini dihadiri oleh majoriti kaum Cina yang merupakan penyokong tegar DAP. Orang buta pun boleh baca bahawa Anwar ini bertindak bagi pihak DAP dalam mengumpul dan menghasut bangsa Cina terus memberontak dan membenci kerajaan Barisan Nasional.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:42 PM

Sebelum PRU13 berlangsung Anwar telah berjanji bahawa beliau akan menjadi pensyarah sepenuh masa sekiranya Paktan Haram kalah. Namun manusia munafik ini sememangnya tidak pernah mampu tepati janji apabila beliau tetap menyatakan yang beliau akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum walaupun telah kalah dalam PRU13.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 4:07 PM

SPR=SURUHANJAYA PENIPU RAYAT


Anonymous said...
May 21, 2013 at 4:28 PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) percaya dakwaan bahawa dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal pada Selasa boleh dipadam timbul ekoran kegagalan sebahagian daripada petugasnya untuk mematuhi cara penggunaan dakwat berkenaan.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 4:28 PM

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, badan itu percaya dakwat kekal itu boleh dicuci kerana botolnya tidak digoncang terlebih dulu sebelum dicalit kepada pengundi. Sehubungan itu, satu arahan telah dikeluarkan kepada semua petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat itu.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 4:29 PM

"SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 ini selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa," katanya.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 4:29 PM

Kenyataan SPR itu adalah reaksi kepada pendedahan beberapa pengundi awal yang tersebar melalui laman sosial bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jari mereka mudah hilang dengan basuhan air atau sabun. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua juga mendakwa menerima aduan sama daripada beberapa anggota polis dan kemudian membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Koperasi Polis, Batu Caves.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 4:30 PM

Seorang lagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar juga membuat satu laporan berasingan di Sentul selepas melihat sendiri dakwat berkenaan dipadamkan daripada jari seorang anggota tentera.

Menurut Kamaruddin, susulan pendedahan dan aduan polis tersebut, SPR pada Selasa telah membuat beberapa ujian menggunakan dakwat kekal terhadap pegawai-pegawainya yang telah mengundi secara pos.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 4:30 PM

Ujian itu dibuat dengan menggunakan dakwat kekal daripada botol yang tidak digoncang serta botol yang telah digoncang mengikut cara-cara penggunaan yang dinyatakan pada kotak dan botol dakwat berkenaan.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 4:31 PM

"Hasilnya, SPR mendapati jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan jari mereka yang dicalit menggunakan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang," katanya.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 4:31 PM

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam pada itu menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan kerana ada laporan polis telah dibuat mengenainya.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 4:34 PM

Saya tidak bimbang dengan dakwat kekal boleh dibasuh hari ini kerana esok anda tidak boleh mengundi kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
( Persoalannya kenapa bazirkan wang rakyat untuk mengimport dakwat tersebut. Kenapa tak beli saja dakwat yang ada di kedai-kedai buku di seluruh negara. Wang pun tak keluar dalam negara. Siapa pemilik syarikat yang mendapat projek mengimport dakwat tersebut. Oleh sebab dakwat itu tak kekal, maka SPR tak seharusnya membayar kos dakwat tersebut kerana ia sudah berlaku perlanggaran syarat pembelian dakwat tersebut.)


Anonymous said...
May 21, 2013 at 4:38 PM

Lepas mengundi saya gosok dengan limau nipis jari saya yang terkena calitan dakwat tersebut, terus hilang. Jadi mungkin James John ini underage yang belum layak mengundi sebab itu tak dapat cuba sendiri mencuci dakwat tersebut. Kasihan!


shark yu said...
May 21, 2013 at 5:50 PM

MASA BERCAKAP DAH HABIS. HERET PENGERUSI SPR, TIMBALAN DAN SETIAUSAHANYA KE MAHKAMAH...HERET SAMPAI SANGKUT


Anonymous said...
May 21, 2013 at 5:51 PM

Kalau tak dapat bertindak adil terhadap semua parti, baik letak jawatan saja.

Kalau hanya berani mengugut dan bertindak ke atas pemimpin PR dan membisu sahaja terhadap salahlaku pemimpin BN, baik saja letak jawatan dan masuk politik.

Tak usah buang masa untuk mengheboh. Rakyat ada mata dan telinga untuk menilai kemampuan, keberanian dan kejujuran anda.


shark yu said...
May 21, 2013 at 5:52 PM

KENAPA GAMBAR ORANG YANG ADA TANDA ? TU MACAM TAK CERDIK SAJA.......
DIA SEKOLAH KE TIDAK?
CAHAYA DAN SERI MUKA PUN TK ADA....
LETAKLAH GAMBAR ELOK SIKIT


Afgan said...
May 21, 2013 at 9:03 PM

SPR: Dakwat kekal terus diguna pada PRU14

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan melaksanakan beberapa penambahbaikan terutama dari segi kualiti dakwat.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata penggunaan dakwat kekal itu akan tetap dilaksanakan kerana ia diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen dan dimaktubkan dalam undang-undang pilihan raya.

"Kami akan kaji ramuan dakwat itu, serta meletakkan satu standard terhadap kualiti dakwat itu," katanya kepada pemberita selepas rancangan bual bicara Hello Malaysia yang dikelolakan Bernama TV, malam tadi.

Beliau berkata tindakan sesetengah pihak yang cuba memperbesarkan isu penggunaan dakwat kekal yang didakwa mudah luntur selepas dicalit tidak lebih kepada motif politik semata-mata.

Wan Ahmad berkata penggunaan dakwat itu hanyalah untuk menghalang pengundi mengundi dua kali, namun jika dakwat di jari mereka hilang, ia tidak bermakna mereka dapat mengundi sekali lagi kerana asas utama yang dilihat oleh SPR ialah nama pengundi dalam daftar pemilih.

"Masyarakat perlu faham kami (SPR) baru pertama kali menggunakan dakwat kekal dan sudah tentu terdapat sedikit kelemahan...kami telah lantik satu syarikat terkenal untuk menghasilkan dakwat untuk PRU13 yang mana syarikat itu turut menghasilkan dakwat kekal di negara-negara lain. Mungkin ada kelemahan daripada syarikat itu sendiri yang menyimpan dakwat terlalu lama.

"Kami telah tempah 250,000 botol dakwat kekal pada PRU ini dan dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan kami simpan di lokap-lokap balai polis daerah untuk memastikan ia selamat.

"Mungkin akibat disimpan terlalu lama kandungan dakwat telah menurun dan menjadi cair," katanya.

Beliau turut mengkritik sesetengah pihak yang membasuh dakwat kekal dengan menggunakan bahan peluntur dan seterusnya memuat naik di laman sosial bagi tujuan menjatuhkan kredibiliti SPR.

Mengenai gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi, Wan Ahmad berkata tiada insiden sedemikian berlaku kerana beliau telah mengesahkan dengan semua Pegawai Pengurus (RO).

"Bila saya dapat maklumat ada pihak mengatakan berlaku masalah bekalan elektrik, saya terus telefon semua RO setiap negeri untuk pengesahan maklumat," katanya.

Semalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menjelaskan tiada gangguan bekalan elektrik berlaku semasa proses pengiraan undi pada PRU13 Ahad lepas. - Bernama


Afgan said...
May 21, 2013 at 9:04 PM

Ahmad Maslan cabar pembangkang jemput SPR beri penjelasan

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mencabar pembangkang menjemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan mereka mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya langkah itu lebih baik daripada pembangkang terus menyebarkan pelbagai dakwaan dan tohmahan terhadap institusi tersebut sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai, terutama penyokong mereka.

"Kalau SPR boleh pergi ke majlis anjuran Umno, sudah tentu SPR akan pergi ke majlis yang dianjur oleh parti-parti lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan taklimat kepada ketua-ketua penerangan cawangan, bahagian dan sayap Umno, serta badan bukan kerajaan (NGO) bersama SPR, di sini hari ini.

Anggota Parlimen Pontian itu juga yakin SPR akan menjawab sebaik mungkin isu yang dibangkitkan seperti pengundi hantu dan dakwaan lampu padam pada sesi dialog tersebut, sekali gus menghentikan penyebaran fitnah yang berleluasa terhadap institusi berkenaan.

Pada masa yang sama Ahmad menyarankan SPR membawa pihak yang memfitnah mereka ke muka pengadilan.

"Tiada salahnya mereka saman mana-mana NGO atau pihak yang buat fitnah kerana segala-galanya ada bukti seperti di suratkhabar milik pembangkang atau rakaman ucapan pihak pembangkang.

"Jangan biarkan fitnah bermaharajalela sampai rakyat fikir kerajaan hari ini tidah sah. Tuduhan itu berikan nama buruk kepada SPR dan mencemarkan nama Malaysia di dalam dan luar negara," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata jentera penerangan Umno akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai dakwaan pembangkang berkenaan.- Bernama


Afgan said...
May 21, 2013 at 9:05 PM

Pembangkang perlu akur, undi popular bukan penentu bentuk kerajaan

Isu undi popular tidak sepatutnya timbul kerana sudah 13 siri pilihan raya umum (PRU) dijalankan di Malaysia berdasarkan sistem pemilihan kawasan mengikut parlimen.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, perbandingan antara undi popular bukan penentu kemenangan sesuatu parti untuk membentuk kerajaan.

“Peratusan penduduk berubah, sudah lebih lapan tahun tiadanya persempadanan semula, jadi sudah pasti ada peningkatan penduduk di suatu kawasan terutamanya di kawasan bandar.

“Kebanyakan Pakatan Rakyat (PR) menang di kawasan bandar, oleh itu majoriti mereka lebih banyak daripada Barisan Nasional (BN) yang lebih banyak menang di kawasan luar bandar di mana jumlah pengundinya hanya lapan ke sepuluh ribu sahaja,” katanya.

Menurut Shamsul Adabi, pembangkang sengaja mempersoal isu undi popular itu ketika ini kerana gagal mengotakan janji penyokong mereka.

“Kenapa mereka tidak timbulkan perkara ini semasa PRU12? Pembangkang sengaja mainkan isu ini kerana sistem kita amalkan jumlah pengundi di setiap kawasan adalah berbeza. Adalah mustahil untuk diselaraskan,” katanya.

Beliau yang merupakan Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) percaya kerajaan sentiasa bersedia menambah baik sistem sedia ada, tetapi pembangkang perlu menerima hakikat setiap kali pembaharuan itu dilakukan.

“Sudah tentu dalam pelaksanaan ada kekurangan tetapi tidak bermakna pelaksanaan itu gagal. Jika benar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus, bagaimana mereka boleh tambah kerusi di Parlimen pada PRU kali ini,” katanya.

Sementara itu, pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian berkata, sistem 'first-past-the-post’ masih diamalkan sejak dari dulu.

“Walaupun menang dengan satu undi, parti itu tetap menang, jadi kerusi dimenangi BN lebih banyak daripada PR membolehkan BN bentuk kerajaan,” katanya.

Sivamurugan berkata, pembangkang sepatutnya akur dengan sistem yang telah diamalkan sejak tahun 1959 itu.

“Peratusan keluar mengundi tinggi, itu antara sebab undi popular meningkat. Bagaimanapun mereka tidak boleh gunakan situasi ini sebagai alasan untuk bentuk kerajaan.

“Sudah jelas apa yang diimpikan mereka tidak jadi realiti, oleh itu seharusnya PR berusaha mengekalkan sokongan rakyat kepada mereka dengan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan bukan mengajak rakyat turun kejalanan untuk menentang keputusan PRU yang telah dimuktamadkan,” katanya.

Beliau turut menjadikan analogi dalam sistem bola sepak sebagai contoh mudah.

“Jika pasukan Perak berada di tangga ketiga liga, tetapi mereka mempunyai kelebihan dalam jumlah gol berbanding Selangor yang hanya menang dengan perbezaan satu gol.

“Tetapi Selangor menang hampir di setiap perlawanan membuatkan mereka berjaya mengumpul mata dan berada di tangga teratas berbanding Perak yang pernah mengalami kekalahan dalam dua ke tiga perlawanan,” katanya.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 9:06 PM

Masih lagi ada masa untuk fail petisyen jadi jangan legahkan lagi failah cepat kalau tidak puas hati.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx